Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2015

Mengidam | tradisional

Kisah org mengidam, ie suami tersayang. Balik dr bukit fraser last week, tetiba suami ckp teringin sgt mkn "signature dish" sy. Apa dia? Hehehe.. Sardin n ayam goreng. 

Nape jd signature dish? Sbb masa awal kawin, suami sy mkn lauk ni tanpa gagal lebih sbln spjg ramadhan. Xtau cmne dia boleh sabar n mkn dgn sgt bersungguh mcm sedap sgt. Dh itu je yg isteri pandai masak. Psssttt.. Bak kata org, awal kawin suma manis n comel kan hahah... Hrp kekal begitu hingga akhir hayat, ameen. Sy pun time tu mkn beria jgk, cm rasa penuh kepuasan dpt sediakan juadah utk suami setiap hari (even pandai buat sardin je masa tu ....kagum dgn diri sndr leh masak tiap hari hehe ...mmg wengs... Papa kan penah ckp baik dpt isteri xpandai masak tp rajin hahaha... Perasan :p)

So dlm letih2, cuba penuhi permintaan la nk sardin (smp dua tin, papa takut xcukup satu)dgn ayam goreng, ikan masin, sambal nenek, telur mata n tuna cili.  Papa kata kali ni papa nk makan smp puas (suami sy tgh diet. Lama xtgk papa mkn byk cmni). Terharu bila suami ckp "bila sy nk mkn sgt banyak smp puas n xpk diet, sy nk mkn yg isteri masak la". 

Thank you thank you.... Jom sardin semua :) ekeke


Tgk portion nasi papa... Waaaaaa... 1 pot utk papa sorg...


Waaaaa sukanya diaaaaa hahaha...


Aummmmmmm.....bismillah :)

Cite ttg isu tradisional.

Sy masih seorg yg konservertif ie kdg2 berpegang pd pesan org tua. Sbb sy rasa pandangan n petua org tua2 mmg berkesan. Cth:

1) petawali utk berhenti menyusu

Ariana agak susah ckit nk berenti menyusu. Elok lepas dua tahun, masih attach dgn mama. So slps usia 2 thn 2 bln (sy pun tgh pregnant), ramai yg ckp sgt xelok utk ariana dan adik kalo masih menyusu. Jadi sy ikut nasihat/petua makcik sy. Gigih ke temerloh kutip pokok petawali. Mmg mujarab sbb anak2 buah dh try. Utk ariana, papa slow talk dulu ckp nnti susu mama dh xsedap sbb ariana dh besar. Cara guna, getah pokok ni di calit sgt sgt sedikit kt *toot*. Alhamdulillah, lepas tu ariana sndr x nk n ckp "bluek, xnak". Alhandulillah. Ni la pokoknya...


2) kesihatan dalaman

Atas nasihat tukang urut sy, sy ambil akar serapat n manjakani (bkn jamu, yg asli punya). Sy minum air rebusan ni lepas pantang n jd amalan pd hari biasa.

Kata org elok utk penjagaan wanita, beri tenaga dan nk kekalkan kesuburan. Sy cuba jelah. Mmg sgt pahit. Bak kata org,"kalo x pecahkan rebung mana kan dpt sagunya".. Hehe layan jelah.

Ni yg suami sy tlg belikan di kedai jamu masa blk kampung. Oh ye, kalo mengandung jgn amik plk ye.




3) utk tenaga

Mkn la telur ayam kampung + madu + air rebusan beras dlm dua kali seminggu. 

Yg byk bg petua adalah org yg menjaga kami adik beradik masa dlm pantang dan makcik2 sy :)

Saja share kt sini kot berguna pd siapa2 :)

Sekian.

Mrs Nizar





Sunday, March 29, 2015

My 4th pregnancy

Alhamdulillah, kandungan sy dh masuk 9 minggu. Masih jauh perjalanan dan masih dlm tempoh berjaga2 krn diawal kehamilan sllnya sgt fragile. Doakan yg terbaik utk saya dan anak tersayang.

Pregnant kali ni adalah yg paling mudah berbanding tiga yg sebelum ni ie dr segi alahan n mengidam.  Alhamdulillah, semoga dipermudahkan perjalanan ini sehinggalah adik ariana selamat dilahirkan, ameen. 

Setakat hari ni, sy belum ada apa2 alahan dan kadang2 xterasa spt mengandung kecuali perut membesar, n cepat mengah. Tiada alahan makanan atau mengidam. Syukur. Aktiviti harian berjalan spt biasa. Cuma kalo aktif sgt n lari2 (adakah patut?) ada la rasa senak dekat ari2. 

Cuma sy tlalu cepat mengantuk (tp xde la sesi tido siang ye, keje yok keje hihi). Masa abg2 dan ariana dulu pun sama, mengantuk sll. Tp tahan jelah :p tido dlm kete otw p meeting tu biasalah :p

Makan? Sy agak kontrol kali ni. Sbb awal2 lg berat badan dh naik 9kg. So sy berhati2 dlm pengambilan makanan sbb usia pun meningkat kan. Sy tau risiko di situ.  Ni pic tiga  minggu lepas (baru 6 mggu uhuk uhuk). masa shopping baju maternity. Bolat sudaaa.sbb tu sy kontrol ckit so xla mendadak sgt berat bertambah. Ni antara edisi pertama shopping utk pregnancy kali ni....







Sy cuma lebih berhati2 sbb dr pengalaman sblm ni sy agak mudah bleeding kalau aktif sgt. Tiga2 org anak sy sblm ni mmg sy alami bleeding n spotting bila aktif bergerak sgt. 

Lelaki atau perempuan?
Utk kali ni agak susah sy nk agak jantina anak dlm kandungan. (Berdasarkan pengalaman lepas).

 Sblm2 ni sy boleh agak awal jgk la jantina anak dlm kamdungan. Sbb kalo anak lelaki sy mmg sgt sukakan seafood, hari2 nk seafood. Masa mengandungkan ariana pula, sy langsung xboleh mkn seafood.  bkn nk mkn seafood,malan tgk pic udang pun sy boleh muntah. Nk mkn kek je spjg masa. . 

Yg kali ni alhamdulillah xde mual2 spt tiga kadungan sblm ni. Kdg2 je rasa tu pun sgt mild cth lepas mkn byk sgt :p

Kali ni sy suka seafood, sy suka kek, n semua benda sy boleh mkn. Xde keinginan membuak2, cuma kalo terfikir sy mkn la. Kalo xde, xpe. Tp sll papa cepat2 je beli apa yg teringin dek tekak. Tq tq. (Instinct tu adalah tp rahsia la dulu.hihi)

Apapun, lelaki ke perempuan, semua kami terima dgn penuh syukur dan penuh keterujaan

Yg agak pelik kali ni, kalo hari2 yg sy rasa mual/lemah, sy terlalu teruja n teringin sgt nk mkn CILI BOH + GARAM. Dpt je cili boh campur garam sy jd gagah n hepi sgt haha. Wengs la. Cm nk pedas2 masin gitu :p 

Masa mengandungkan irham dan ariana xde kot yg pelik2. Masa adam sy jd terlalu suka bau sabun dettol. Ada satu hari tu sbb geram sgt, sy p mkn sabun tu. Bluekkkkk, pahit xhengat punyaaaaa.... Tsk tsk tsk...

Utk detik2 sblm kelahiran, inshaAllah sy akan cuba utk menikmati detik indah membawa zuriat keempat kami dgn sabar dan penuh syukur. Semoga  detik2 ini menjadi salah satu lg momen indah dlm hidup sy. InshaAllah.

Semoga perjalanan membawa khalifah Allah kali ini dipermudahkan dan diberi rezeki kemudahan ketika melahirkan. Semoga anak mama menjadi anak yg soleh/solehah dan sihat sempurna. 

Ameen.

Mrs nizar








Tuesday, March 24, 2015

Cerita perlis penang & salon

Selasa baru ni sy n fmly bertolak ke perlis slps anak2 blk sekolah. Actually, kami menuju perlis tanpa perancangan n agak mengejut. Dh beberapakali nk ke perlis tp sy xberapa larat. Tujuan? Dulu tujuannya nk beli perencah tomyam special kt sana.

Tp smlm kami ke sana atas urusan lain. Abah sy perlu ke perlis atas urusan jemaah masjid di kampung sy. Abah sy adalah bendahari masjid ie masjid tu majority jemaah adalah fmlymember jgk sbb rumah saudara mara belah mak sy semua kt situ.

Abah ke perlis atas jemputan utk berjmpa dgn pegawai majlis agama dan adat istiasat perlis. Actually jemaah masjid di tpt sy bsepakat n telah waqafkan tanah disebelah masjid utk dirikan sekolah tahfiz. Ramai pelajar yg belajar di situ. Jd abah n AJK lain cuba cari alternatif utk cari fund utk tahfiz (sebelum ni mereka dpt dana dr ahli jemaah n penduduk setempat utk membiayai sepenuhnya pelajaran anak2 disini selain bersama2 membina sekolah tahfiz di sini). So di perlis, kalau zakat di bayar di sana, sebahagian duit zakat akan diberi kpd wakil yg membayar utk diagihkan kepada asnaf di kwsn masing2. Ramai kenalan n org2 berpengaruh di negeri kelahiran sy setuju utk bayar zakat melalui masjid ini n disalur ke perlis di mana sebhgian zakat diguna utk pelajar tahfiz dan utk bantuan kpd fakir miskin setempat. 

Jemputan utk abah n jemaah ke sana agak mengejut. Abah xlarat nk drive n minta tlg belikan tiket keretapi sbb ma masih cuak nk naik flight. Tp sy xsedap hati sbb tau lama ma n abah akan habiskan masa ke perlis, sy risaukan kesihatan ma sy.

So lepas sekolah, kami sekeluarga bertolak ke kuala perlis. Perjalanan ke sana memakan masa dlm 5 jam. 

 Smp di perlis, abah ajak bermalam di kuala perlis sbb abah teringin ikan bakar kuala perlis. Kami cuba capaikan hajat abah. Bg sy ikan bakar di sini dibakar sgt istimewa tanpa perlu rempah/pencicah. Sedap.

Perlis tkenal dgn seafood yg murah2.untung org perlis :).  Sy juga smpt merasa udang yg sgt sgt besar n manis di situ (sll kita mkn size XXL kan, kali ni cm size gergasi hihi) selain sotong etc. -- xde pic sbb kelaparan n phone anak2 paw hehe. 

Kami bermalam di putra brasmana. Xbyk hotel yg OK kat kwsn ni. Agak lama kondisi hotel ni tp boleh la sekadar utk merehatkan badan. Kami amik flmy room (1 katil queen, 1 single bed, 1 extra bed, n ada sofa set cuma RM250) :):)

Awal pagi abah sy smpt ke jeti mengenang kenangan tika kami ke sini waktu sy masih di universiti. Lepas tu abah ke majlis agama utk bermesyuarat.

Di perlis, tpt wajib utk kami lawatu adalah padang besar. Xde apa yg istimewa di sana kalau nk shopping kecuali perencah tomyam yg sgt best. Anak2 dpt la mainan sbb murah (dh lama mereka cari baymax) hehe. Papa plk beli byk byk byk kerepek utk dia. 

Ni la yg dh lama sy idam nk beli. Dulu beli kejap je abih. Ni sy beli byk2 n kakak sy jugak kirim sbb nk cuba masak :)


Lepas shopping kami bertolak balik. Smpt singgah ke georgetown. Tujuan adalah utk ke kapitan di pesiaran gurney. Sy suka mkn kat sini sbb makanannya enak n suasana kedai yg santai (dpn pantai kan). 

Kat sini menu wajib haruslah nasi kandar bersama telur sotong n telur ikan (fav ma n sy la hihi)


Abah n suami sy plk minatnya sama, beriani claypot kambing + nan cheese + ayam tandoori.



Alhamdulillah :) hepi sgt tiap kali ke penang. Sevab penang selain ada byk tpt makan best, penang adalah tpt plg byk kenangan masa kecil sy (tiap tahun wajib abah bawak p penang bila cuti sekolah hihi). Bila dtg dgn ma n abah, hati lebih girang :)


Lepas mkn2, kami bertolak blk ke kl. alhamdulillah slmt smp jam 11 malam tadi :)

Ni plk cerita hari ni. First time bawak ariana p salon nk potong rambut. Sblm ni kali pertama rambut di potong oleh nenek kat kampung.

Mujur Ariana sgt sporting. Xnangis cuma malu2. Bila dh siap beria tgk cermin n ckp kat papa "nana ntik" ie ariana cantik ekekeke...

Abg2 pun dtg nk gunting rambut. En adam je sorg tukang gunting baik hati cuci rambut adam percuma :) pic di salon td :)

Comel je princess kami tutup mata n penyet2 idung geli rambut dipotong.





Ni abg2. Abg2 dh sll ke sini so xde hal la. 




Habis dh cite :)

Salam

Mrs nizar





Saturday, March 21, 2015

Table for two

Sy dan dia sgt suka keluar berdua di tgh malam sambil teman si dia layan selera (yeke layan selera dia hehe). 

Sejak xde maid, nk berdating berdua tgh mlm agak susah la sbb xde tpt nk tinggal anak2 kan.

Smlm suami sy mengidam nak mkn nan cheese super awesome di danau kota. (Pic throwback) - so far i xde plk mengidam lg :)



Suami ajak berdating. Acaner tu? Hihi. Kata papa xkan la xde bibik jd alasan kami dh xleh dating. Xbest laaaa... So malam td,anak2 kita bwk pusing2 dlm kete n semua pun tertido. Penat bru sudah buat homework kan.


Pastu apalagi, suami pun p order mknan n siap pesan suh sy bawak bekas utk letak kuah lg.

Inilah table for two kami... Atas handrest kereta je :) janji mkn berdua, yg lain dh tido hehe...(siang hari even tiap hari mkn berdua, xpggl dating, sbb kdg2 rushing n perbincangan lebih serius ttg kerja, kdg2 je santai2 hihi. Dating maksudnya mkn berdua penuh santai ok). Anak2 xgemar nan cheese n dh kenyang mkn nasi kan :)


Nyum nyum.. Sedapnya melayan nan cheese + tandoori ayam + kerutub ayam :) alhamdulillah :)


Yeay.... Dpt jgk lepas gian mkn tgh mlm berdua kt luar ekeekek... Bak kata suami "xperlu mknan mahal n tpt mahal2 utk berdating. Cukuplah kalau dpt makan bersama berdua dgn gembira sll" . Ameen inshaAllah :)

Inilah kisah gedik berdating tgh malam malam tadi :)

Sekian.

Mrs Nizar

P/s : skrang kami kat lost world tambun, attend fmly day ofis sy :)




Thursday, March 19, 2015

Conversation

1) situasi : bila anak2 belajar

Papa : irham nak belajar dgn papa ke mama?
Irham : papa

Ini situasi bila buat maths. Yup, sy agak garang bila mengajar. Sy xnak anak2 main2. Suami sy lebih bersabar. Mgkn sy xberapa sabar, nk tgk anak2 cepat fhm. Tp anak kita bukan robot OK. Doa sy utk anak2 xpernah putus. Semoga Allah perkenankan doa sy utk mereka. Ameen.

Tp dr segi reading, anak2 sll membaca dgn sy. Masih alasan yg sama, sy nk anak habiskan satu buku tiap kali membaca n sy tau mereka berdua sgt minat dgn aktiviti "reading". 



2) simpan menyimpan

Me : abg, dh ada vacuum baru, vacuum lama kita buang la.
Papa : eh, sayang la buang. Ok lagi.
Me : kalau ok, kita bagi la kt sape2 yg nak.
Papa : ish xkan nk bg sedeqah yg dh rosak.
Me : td ckp xrosak. Kalau rosak, kita buang la.
Papa : eh, xpe, kita simpan dulu.
Me : ???? 

Sll jadi gini. Sy mmg xsuka byk brg dlm umah. Semua benda kalo boleh sy nk cukup2 je dlm umah. Kalo beli baru n sno semak umah, sy suka bg je kt sape2/buang kalo dh x ok. 

Cth lain, storage kami. Ada tayar2 subaru. 

Me : byknya tayar. Jual la. Bkn ada harga secondhand ke? Xla penat nk simpan.
Papa : eh, mana laku dh tayar ni. Dh xelok dh nk guna.
Me : kalau dh xlaku, buang la.
Papa : xleh buang. Simpan dulu mana tau kot2 nk guna nnti.
Me : td kata dh xelok nk guna. Bayar storage lama2 lg mahal dr beli tayar baru. Hahaha...

Gitu la antara perbezaan me + si dia :):) xpelah, janji dia rajin kemas sndr semua n umah xsepah :)

3) honeymoon honeystar

Adik sy aina dh slmt menjadu isteri org last week.


Salah satu hadiah dr sy utk adik sy adalah package honeymoon ke laguna redang. Mmg sgt sweet pakej ni. 

Ada boat transfer, ada candle light dinner, snorkeling (2x), scuba, pakej spa, lunch dinner n bf di hotel, salah satu pakej lunch di sedia dan dibawa ke bilik tidur, ada kek utk pengantin n katil juga dihiasi dgn kuntaman ros etc. blk plk mengadap pool + laut.

Me : best plk pakej ni. Jom kita beli utk lita jgk. 
Papa : jom. 
Me : tp time candle light dinner tepi pantai tu xleh bawak anak kan.
Papa : memang la.
Me  : so kita bawak bibik, bibik tunggu la anak dlm blk jap kan.
Papa : ish mana best bercuti ada bibik. 
Me : abih anak2?
Papa : kita tinggal je dlm blk jap tgk tv.
Me :ha?? (Ok nmpknya kena postpone dulu plan smp jmpa better solution) hehe.

4) bergambar berdua

Lagi pic masa kawin. Bila teringat rasa nk tgelak. 



Mula2 kami amik pic berlima. Pastu papa ajak amik pic berdua. Time ni adam n ariana sibuk nk interframe jgk.

Papa : ariana nak handset papa? Nak handset papa. Nana tgk elmo ok. (Pastu tepuk punggung ariana suh lari ke dpn tv)

Elok ariana terkedek2 lari dgn handset , papa ckp lg :
Papa : adam. Tgk tu ariana amik hset papa. Pi kejar ariana.

Apa lagi, adam kejar la sbb nk berebut kan. Wengs tul papa. Tgelak i. Sll kemain papa nk elak anak main gadjet, ni siap umpan ariana utk alihlan perhatian adam. Mujur xgaduh dua org anak. Haha.

Papa : nak buat cmne, bukan senang nk amik pic bdua skrang. 

5) sweet talker

Eham : mama dh 30 ke?
Mama : ye
Eham : eham nmpk mcm 11 thn je
Mama : kenapa ?
Eham : sbb mama kecik sgt
Mama : mama dh 30. Dh tua.
Eham : eh xla, mama muda. Mcm 11 th .

Hahaha even ayat tu melampau, tq anak utk effort buat mama sengeh hihi

Sekian :)

Mrs Nizar






Wednesday, March 18, 2015

Penat | alternatif

Sejak xde maid, rutin kami agak padat. Sy bgn seawal 5am setiap pagi utk selesaikan kerja2 rumah n tido jam 1am.

Dgn keadaan kerja sy ie sy fokus 200% utk dua bisnes sy sekarang, mmg agak terasa letih apatah lagi slps berbadan dua. Kdg2 sy dh mula terasa penatnya. Kena tambahkan lg stamina pas pantang nnti hehe. 

Sy perlu balance dlm bahagi masa ut kedua2 karier yg sy ceburi sekarang. (Yg satu lg xsmpt nk fokus, n berapa minat kot hihi. Buat mana tdaya je). 

Kemuncaknya mggu lepas, bila weekend kami blk kampung utk bantu fmly n weekday terus bekerja.

Last week isnin + selasa sy n fmly blk rumah pukul 10mlm ie lepas meeting di cyberjaya n putrajaya, kami pusing2 mall kan. Smp umah kena uruskan urusan rumahtangga sblm kerja lg diawal pagi keesokan harinya. 

Rabu plk, schedule sy agak tight. Pagi ke shah alam etc. pukul 2ptg sy decided utk drive sndr pegi meeting di ara damansara sbb anak2 perlu ke kumon. Sy risau kalau pegi mlm, anak2 kdg2 dh penat. So sy berpecah dgn suami. 

Meeting ni sgt penting n selesai jam 6.45pm (stat pukul 4ptg). Sy stay kat citta mall utk solat maghrib sbb malas nk redah jem. Sy smpt dinner sbb tlalu lapar. Lepas dinner sy gerak blk n smp umah dh 9.30mlm.

Badan dh agak letih, tp sayu tgk anak2 tunggu mama blk sbb skrang hampir tiap masa anak2 bsama mama. Lepas suap anak2 mkn, sy kemas umah sy super bersepah. Basuh pinggan mangkuk etc. dh pukul 11mlm baru selesai n anak2 pun tido. Lepas mandi n solat, dh pukul 12am.

Baru sy mula nk lipat baju. Setiap hari sy basuh baju smp 3 load. Kapasiti mesin basuh mmg dh agak besar tp penggunaan baju tiap hari pun byk. Terutama tuala sbb fmly sy mmg jenis xleh guna tuala yg sama slps sekali guna.

Tgh lipat2 baju, sbb keletihan, tetiba je rasa nk nangis (tonyoh kepala ni kang... Emo pulak... Sila salahkan hormon ye). Suami sy terpinga2 tgk air mata sy mengalir plk mlm tu n bila tny nape sy ckp "saya penatttt"... Beria suami tlg urut lepas tu. Jauh disudut hati sy nk rumah sy sentiasa kemas + xde satu pun kerja bertangguh. Tp slps beberapa hari bturut2 blk dh agak lewat malam n bru nk siapkan semua kerja rumah, sy mula rasa lesu sblm mulakan lg rutin keesokannya pd awal pagi. 

Sy tau ramai ibu2 kuat diluar sana. Sy sll cuba utk menjadi "org yg sama" ie dpt selesaikan semua tugas dgn sempurna seperti biasa even kadang2 cepat ckit rasa letih n mengah masa pregnant. Sedaya upaya xnk jd pregnancy satu alasan utk sy. 

The next day, lepas discuss, keje2 umah ni, plg byk kami habiskan waktu pd kain baju. Bgn awal pg kul 5am sbb nk jemur dulu 1load sblm isi load yg baru.awal pg selain kelam kabut siap mkn minum anak, suami dh dua tiga kali duk jemur baju. Ptg plk balik keje kami cepat2 angkat baju dr jemuran. Malah kami mula membasuh pakaian sejak malam hari (another 1 load). 

Malam plk sy lipat n gosok suma baju (sll awal pg bru buat hehe) sbb xnk bertangguh nnti lg byk plk keje keesokannya. So cm byk masa n tenaga dibuang disitu ie urusan pakaian huhu. 

Alternatifnya baru la terfikir psl dobi. So skrang kami hantar baju tiap tiga hari. Mmg sgt menguntungkan masa n tenaga. Banyak masa jimat n leh buat benda lain termasuk rehat kan hihi. Jimat jgk sabun air elektrik sbb kos dobi pun xmahal sgt. Sekali basuh dlm rm50-60. So total sbln dlm rm400. Ok la sbb kami xbayar maid lg skrang ni (sllnya gaji permulaan maid skrang rm750). Masih untung.

Hari ni suami beli vacuum baru sbb katanya xletih sgt beli vacuum best ckit. Nnti maid kami pun dpt guna vacuum yg ok ie xla meletihkan diri kan. 

Td suami ckp nk beli iron steam plk sbb kami pakai yg biasa tu. So nnti kata suami xla penat sy nk gosok tiap hari. 

Inilah antara alternatif utk sy completekan keje rumahtangga tiap hari spt seorg surirumah dgn bantuan2 pelbagai cabang la :p terutama utk ibu2 berkarier yg kononnya busy spjg masa :) mgkn sbb nature keje sy yg byk bgerak sana sini + xmenentu waktu ie kdg2 smp lewat mlm, jd sy mmg perlu cari jalan utk mencari yg tbaik ie keje rumahtangga selesai + performance kerja pun dlm keadaan yg baik sll. 

Sy cuba elakkan diri dr tlalu letih utk paksa diri lakukan semua benda atau jd stress smp xsmpt nk hepi2 n gurau senda dgn pasangan dan anak2. 

Kena saling memahami n membantu. Sama2 fikir cara nk ringankan beban pasangan. Yg penting, komunikasi antara pasangan sgt penting. Bila letih, minta tlg :) jgn muncung2 pastu majuk2 pastu dh hambar suma. (Nasihat kt diri sndr jgk tu hihi). Kdg2 dgn komunikasi dpt eratkan hubungan sbb kita buang ego kita n tunjukkan kita mmg sgt saling memerlukan. Ecececeh bebel malam2.

Semoga hari2 berikutnya sy lebih kuat dan sihat Ameen. :):)

InshaAllah weekend ni maid kami smp :) yeay... Hrp anak2 x hidup nomad lg ikut mama papa sll ye n semoga maid yg dtg tu adalah seorg yg perikemanusiaan n ikhlas bekerja. Ameen.
 
Sekian :)

Mrs Nizar
P/s : april dh dekat. Impak GsT makin terasa. Td dpt surat dr kumon, fee utk tiap subjek dh jd rm160 seorg. Huhu. Suma naik naik naik.ini dh lebih 6% kenaikan. Haiyaaaa

Monday, March 9, 2015

Bila maid lari ....

Kisahnya pertama kali berlaku slps 7 thn kami guna khidmat pembantu rumah apabila maid kami lari last week.

Maid kami sudah agak berusia, so kami sll bersangka baik pdnya. Sehinggalah dlm bulan januari baru ni, maid sy minta utk bercuti. Katanya suaminya  sudah dtg ke malaysia dan mereka ingin berjumpa. 

Actually pd bulan 12, beliau ada minta utk pinjam duit dgn sy n menangis2 sbb anak mahu sambung belajar. Sbb kesian, sy bg pendahuluan sebulan gaji. 

Jadi sy agak terkejut bila bulan januari katanya suami dia dh dtg msia guna duit yg sy kirim. Sy mula risau bila dia kata suami dia dtg sbb sy takut dia bawak org luar masuk rumah kami. So sy inform agen dan agen minta bawak blk bercuti ke tpt agensi.

Balik dr agensi, sy dimaklumkan agen (mereka mmg dh mahir bab siasat menyiasat ni), katanya bkn suami yg dtg tetapi dia ada teman lelaki.(terkejut sbb agak berusia n wajah pun biasa2 je).

Maid kami menangis2 n salam tgn sy minta maaf n minta nk kerja dgn sy n ckp dia malu dgn sy. Tp agen dh xbg maid sy pakai handset lg. maid sy nmpk berubah ie bersungguh semula utk bekerja. Katanya dia malu n rasa mcm disihir (katanyaaaaa). 

Slps sebulan lebih xberhubung dgn fmly (even sy ada minta dia call fmly dia, dia kata xtahu no sbb semua dlm phone yg agen rampas, so minta no suami dr agen). Agen bg pd sy. Tp sy tau mereka xmesra berbual.

Smp la satu masa sy rimas suami dia asyik call n mengadu anak2 sedih rindu mama mereka. Hati sy cepat tersentuh bab anak2. Terbayang waktu suami di canada, hari2 berborak pun xcukup. Anak2 nangis tiap hari. 

Bila agensi ckp mereka nk pulang hset tp sy tukar no, sy bersetuju slps sy discuss dgn suami. Sy xnk nnti niat dia mencari rezeki smp merosakkan hubungan dgn anak2 n hilang kasih syg anak pd mama mereka. --pengajaran besar utk sy. Kadang2 hati kena keras ckit. Xsemua org hargai niat baik kita :(

Seminggu lepas dpt hset, nampak bibik kami ceria. Sehari sblm maid lari, hati tiba2 terdetik mcm maid nk lari. Xde apa2 tanda. Sy cuma tny suami sy :

Sy : abg, masa abg bg handset kt bibik, abg cek x phone bibik? Abg delete x suma no boyfriend dia dulu.

Abg : tak plk. Abg bg je. Sbb phone habis bateri.

Sy : rasanya dia boleh je call blk n lari kalo dia nk kan.

Abg : ada apa2 tanda ke buat awk pk gitu?

Sy : xde. Tetiba terasa cm kot2 bibik nk lari.

Dan keesokannya, memang maid kami lari. Syukur time tu sy bawak anak2 keluar. Actually sy sll pesan pd maid, ada apa2 prob, jgn lari. Ckp kt sy masalah n sy leh hantar je blk. Tp kalo rasa nk lari jgk, tolong lari bila anak dgn kami. Kasihanilah anak2 kecik, anak2 syurga Allah amanahkan utk kami jaga. 

Sy tgk dr cctv, maid kami mgkn dijemput seseorg. Dan dia lari sehelai sepinggang. Cuma amik beberapa paket mee segera n biskut je (cm kesian pun ada. Ntah apa dia fikir). Sblm dia lari pun dia hepi je bckp dgn sy waktu sy suh dia mkn nasi ayam yg sy tapau utk dia. Katanya xnk mkn lg sbb puasa sunat isnin khamis. Xpenah2 maid sy puasa sblm ni. Haish. 

Lagi haru bila suami dia xhenti sms sy tny kenapa wife dia xbalas hset. Off hset. Juga tny ada isterinya berselingkuh lg (lama xguna term selingkuh hihi... Tu term mereka la). N warning sy isterinya suka ganggu suami org. Sy xsmp hati nk reply sms maklum semua benda. Sy minta dia call agensi shj.

So sementara menunggu maid baru, rutin kami berubah la. Alhamdulillah so far sy lega sbb kami kuar umah semua keje umah selesai ie baju suma sy lipat awal pagi, suami tlg jemur.sy jenis plg xtahan blk umah, umah sepah. Jd stress sbb penat kan.  Mlm kami sama2 teman anak buat homework n selesai urusan rumah. Mana yg xsmpt suami akan buat masa sy di ofis. Syukur ofis dekat. Cuma time kerja bila slps waktu sekolah kami tpaksa angkut semua anak.

Dr sisi negatif, kesian jgk la mereka ikut mama n papa sll. Dr sudut positif, kami ada lebi masa dgn anak2. Waktu sy meeting, suami buat homework (lepak kt mana2) dgn anak, so masa berbual, tukar2 cerita + gaduh marah hihi juga bertambah. emosi anak2 lebih baik sbb sll dgn kami. Sy pun lega bila anak bsama kalo tpaksa blk lewat.

Cm smlm 5.30 pm sy meeting di cyber. Hari ni 5.30 pm bru nk stat lg meeting di putrajaya. So papa mgkn bawak anak2 beriadah di putrajaya sementara tu. N anak2 pun byk jgk tidur masa dlm perjalanan. 

Mgkn terfikir nape sy xdrive sndr n anak2 duk umah dgn papa. Ada jgk suarakan hati cmtu. Tp dlm keadaan sy xberapa sihat n history sblm ni sll bleeding bila aktif, sy n suami xberani nk amik risiko ie kami cuba sekadar mampu. Tq papa.

Allah uji waktu kami plg sibuk. Ada hikmah yg tersembunyi. Sentiasa lihat yg positif, kita akan happy sll. Fokus yg baik2 shj :) allah bg bz ckit mgkn nk siapkan rezeki lebih ckit sblm nnti kita sekeluarga cuti pjg bila mama bsalin ye :)

Sekian. Doakan kesejahteraan kami jgk ye. Salam.


Me,
A happy Mrs Nizar :)

Pic anak2 bru bgn tido lepas mama meeting di bangsar :)


Ni plk pic papa dan anak2nya di putrajaya tunggu mama meeting :) berpeluh suma penat lari n main kt playground. Papa ckp ni rehat jap sambil2 main lego masa tunggu mama :) thanks abang :)




Ni pula pic suami kirim :)






Alhamdulillah :)

Pss : masa utk dinner n shopping maternity dress mama di alamanda. Homework anak n reading smpt buat masa lunch sblm meeting di bangsar td dgn mama :) KPI mama papa utk buat reading dgn anak2 setiap hari. InshaAllah