Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 28, 2016

Happy weekend | Debaran Sabtu | Fresh Seafood | Picnic Cherating

Salam sayang... Sempat lagi update blog sementara menuju Setia Alam untuk meeting slps hantar irham ke sekolah agama. 

Gambar santai2 masa lunch tadi. Sempat habiskan masa tengok BBC  Earth pasal shark dengan anak-anak selepas lunch bersama sebelum hantar irham ke sekolah agama dan saya juga suami ke shah alam. Saya dan suami memang akan balik rumah setiap hari ketika lunch  hour untuk lunch bersama selain nak siapkan irham ke sekolah agama.


Tengok ni, cik ariana humaira, bila papa cakap, ok dah sampai masa untuk kami hantar irham, mula la cari mama nak suruh peluk dan tepuk dia dulu ie dodoi tido. Ish ish... :)


Selalu susah je nak berenggang.Bila tatap si ariana hari ni,  teringat plk lagi masa yang dihabiskan di hari minggu. 

Sabtu

Bangun awal pagi, papa cakap mama tak perlu masak. Papa nak bungkus je makanan untuk makan pagi sebab mama pun macam penat sikit. 

Mama keluar berdua dengan papa sebab lepas tu nak drop papa kat sekolah papa. Papa nak attend meeting PIBG, so mama akan stay dirumah dengan anak2.

Sampai rumah, terkejut tengok jari ariana ni. Masa tu mama tengah nk suap nasi. Rupanya masa mama pergi, jari stiana tersepit pulak dah.


Memang sangat panik. Mama try letak air sabun nak bukak tapi tak berjaya sebab dah bengkak. Terus call papa dan kami bergegas ke bahagian kecemasan di Prince Court Medical Centre.

Sampai sana doktor cakap kena potong plastik ni. Tapi kalau ariana tak bagi kerjasama, so doktor terpaksa bag full bius di Operation Theater. Mama sangat cuak. Nak nangis dah. Terus call tokki dan tokma minta doakan ariana dipermudah urusan. Lepas slow talk dengan ariana, alhamdulillah ariana bersabar even kadang-kadang ada merengek masa doktor tengah potong plastik di jari ariana.


Alhamdulillah berjaya. Doktor puji sebab ariana mudah dibawa berbincang, seperti dah dewasa :) masa doktor tengah cuba gunting yang agak susah sebab sangat rapat melekat, doktor pun dah nak give up sebab risau cederakan ariana, mama pujuk ariana tengok youtube barbie.

Lepas selesai potong, rasa nak menangis ucap terima kasih pada doktor dan nurse semua.. Sangat berterima kasih sebab mereka sangat professional dan lembut tutur kata dengan anak kami. Rasa sangat lega bila semua selesai.

Elok lepas selesai terus papa bagi hadiah barbie untuk ariana, beli kat hospital :) mujur ada jual. Happy la anak saya :) bill potong plastik tu RM156.60.



Lepas tu balik rumah, mama sangat letih dan terus tertidur sekejap.  Kesan stress sangat dan cuak tadi kan. Jadi lunyai badan. Dalam 15min je mama tertidur. Bila bangun tidur, tengok suami saya dan anak-anak pun bergelimpangan tidur. So, saya kasi peluang mereka rehat.

Petang tu papa ajak pegi beli seafood. Teringat kawan mama, Mira (emmira.com) ada cerita pasal beli seafood di kuala selangor. Kami bertolak ke sana dalam pukul 5 petang. 


Masa kami sampai katanya udang sotong tak banyak kali ni sebab bukan musim dia. Ada ikan je. Tapi yang best tu, elok sampai, ketam nipah baru sampai. Terus saya ambil. Lupa dh berapa kilo. Ada dalam tujuh ekor = RM90. Bestnya, murah dan segar.


Lepas tu kami sambung ke pasar pasir penambang. Banyak juga seafood segar baru naik, tapi sotong tak banyak la.

Saya beli udang galah sepit biru yang sangat besar dan fresh (cuma 6 ekor tp dah 2kg = RM58). 

Saya beli juga baby lobster (2kg = RM72)

Ketam (8 ekor = RM50).

Sotong (sekilo = RM26)

Ikan jenahak (seekor RM21).

Alhamdulillah ok la, fresh dan murah. Lagi murah dari sekali makan di shell out, tapi lagi banyak ekekeke.. 

Ketam nipah


Ketam


Baby lobster


Udang galah sepit biru XXL



Kami dinner sate di Sate Hut. 




Lepas makan, sebab dah penat, kita berehat je sekeluarga.

Oh ye, stress juga balik rumah. Yelah, suami cakap nak tolong cuci dan masukkan lauk pauk dalam peti ais. Saya pun nak mandi kejap. Tiba2 dengar suami panggil anak2. Elok lepas tu dengan semua menjerit dan nanges. Terkejut saya, terus lari mendapatkan mereka. 

Stress ada, marah ada, nak gelak pun ada.. Nasib la anak2, papa awk ni playful sangat dan kaki sakat. Kesian semua. Rupanya papa panggil diorg datang dapur. 

Terkejut la diorg sampai dapur tengok papa letak ketam-ketam yang masih hidup tu berjalan-jalan kat lantai. Mau tak nanges terkejut kan. Mula2 rasa nak marah juga, last2 tergelak pun ada. 

Sempat mama snap pic untuk kenangan anak2. Pasni papa, jangan la usik anak saya banyak sangat. Kesian la diorg. Tengokkkkk....ingat betul2 nak tolong saya, rupanya ada idea nak sakat anak ye duk dapur tu...sakan anak2 nanges lari kat tempat tinggi nak selamatkan diri... Marah niiii saya niiii...





Ahad

Bangun pagi, gigih isteri ke dapur. Nak masak untuk keluarga tercinta. Sempat masak satu lauk je, tiba2 dapat call kena ke terengganu ada hal urgent. Kena collect doc dan cheque dari client dengan segera. Sebelum bertolak, kita breakfast nasi lemak ketam cili bersama2. Anak2 pun dah siap semua kerja rumah, kita pun bertolak ke destinasi :)

Nyumnyum serius sedap.. Hahaha... 






Terima kasih anak2 sebab sangat sporting bersabar ikut mama pegi keje jauh2. Terpaksa lewat lunch sebab keje lambat sikit siap. Terima kasih paling banyak pada suami saya yang merupakan partner terbaik dunia akhirat, yang sangt rajin, sangat tabah, sangat gagah dan sangat sabar dalam sama-sama mencari rezeki dan menjaga keluarga kita yang tercinta. Alhamdulillah. Semoga abang kuat selalu, sihat selalu dan sayang kami selalu :) muah muah...

Elok lepas keje kita lunch istimewa hari ni di kemaman. Kedai kegemaran papa masa keje ulang alik ke kerteh dulu :)


Ni nasi saya. Banyak makan sebab terlalu lapar. Sedap sgt masakan di sini :)



Lepas makan, kita sempat picnic sekejap di pantai mak nik, kemaman dan juga pantai cherating. Anak-anak sangat happy kalau dapat ke pantai..... Saaaamaaaa macam mama dia :):)












Pukul 7 petang, kita bersiap untuk pulang. Cuci badan anak-anak dan bergerak ke KL.

Alhamdulillah selamat sampai KL dah pukul 10.30 malam. Gigih saya ke dapur, masak lauk pauk atas permintaan suami. Dalam perjalanan pulang, suami cakap teringat udang masak lemak cili padi yang sangat pedas, sotong masak merah dan ayam goreng untuk makan esok. Sebab risau saya tak terjaga awal, nanti tak sempat masak semua lauk.

Pukul 11 malam, gigih ke dapur terus. Lagi gigih sanggup masak dua periuk udang masak lemak. Satu yang sangat pedas untuk suami, satu lagi yang tak pedas untuk anak2.

Ni anak punya, kuning sikit warna dia.



Ini pula utk saya dan suami. Berasap pedas :)






Juga lauk sotong masak merah


Ayam saya perap je, goreng keesokan pagi, best makan panas2 :)


Hilang semua penat setiap kali memasak untuk keluarga apatah lagi atas permintaan suami tersayang. Sangat gembira bila melihat orang tersayang makan hidangan dari air tangan sendiri setiap hari. Happy dan puas hati tengok anak- anak makan nasi banyak2 sebelum ke sekolah di awal pagi. Alhamdulillah.



Lama juga nak siapkan entry. Dari time keje bawa ke malam haha. Mana sempat saya curi masa untuk update.

Wajah tersayang di malam hari. Ulangkaji pelajaran bersama sebelum mama temab untuk tidurkan anak2. Bila semua dah tidur baru mama dan papa masuk bilik. Tak tenang selagi anak-anak tak tidur. :)






Selamat malam semua. Semoga Allah melindungi semua orang-orang yang sangat saya kasihi. Ameen. Saya kasihkan keluarga saya kerana Allah Taala.

Salam.

Mrs Nizar