Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2016

Birthday Celebration : Irham Papa Adam

Lamaaaanyaaaa peram entry ni. Sampai kena tapau dlm satu entry je sekaligus. Even terlewat, mama update juga sbg kenangan kita nanti :) 

Entry tentang tiga sambutan ulangtahun hari lahir sejak april lalu, irham faris (29/4), en ahmad (12/5) dan adam hariez (18/8).

Birthday Irham Faris (29/4)

Tahun ni irham paling banyak kek. Ada 4 kek coklat utk irham.Sebab irham nak celebrate dgn kwn2 dan family. Mama papa akan cuba penuhi permintaan anak2 sekadarnya inshaAllah.



1) sambutan dengan kawan2 sekolah rendah.

Tahun ni, birthday irham jatuh pd hari jumaat. Mama minta kebenaran sekolah utk celebrate bday irham. Gambar irham dan kawan2 di sekolah kebangsaan.



Mama dan papa pun hadir atas jemputan cikgu utk join sekali party :)

2) majlis kedua bersama kawan2 di sekolah agama

Sebelah ptg pula, irham nak celebrate bday dgn kwn2 sekolah agama pula. 



Ini sekolah lama irhAm. Sekarang irham dah bersekolah di sekolah agama baru atas beberapa alasan. Nanti kita cerita next entry ye :) tapi sekolah agama ptg kali ni sekolah agama swasta ie ada yuran bulanan RM300 sebulan. Tapi irham nampak lebih gembira dan kami juga rasa lega. (Jgn salah fhm, sekolah lama pun bagus, tak ada berlaku perkara tak best pun :) tapi kami pindahkan irham atas beberapa faktor berkait fmly kami :)

Irham dgn seragam sekolah agama baru. InshaAllah adam juga akan join sekolah ni tahun depan.


3) sambutan bersama sanak saudara

Irham request nak celebrate birthday dgn sanak saudara juga. Kami adakan majlis mkn malam kecil kecilan dengan mengajak adik beradik kami dan sepupu2 irham. Tema kali ni, kebebasan order makanan :) kami makan2 juga bertujuan utk mengeratkan silaturrahim dan berkumpul bersama :) kita ke kedai favorite anak2, Sakura Kristal.








Seronok irham dpt banyak hadiah mlm tu. Irham tgh obses pd lego nexo knight masa ni. 

Gigih terus bukak hadiah mlm tu.


4) bersama family kecil kita

Kita juga celebrate bday bersama fmly kecik kita. Motif? Sbb adam dan ariana nak rasa kek jgk huhu. Alasan... Kek yg dibawak ke sekolah dan dinner dgn fmly mmg kami tapau utk tetamu shj. So adalah mkn2 dgn fmly kecik kita.

Actually malam sblm tu, kita beri peluang irham dan adik2 shopping hadiah mengikut pilihan sendiri. Mmg lego bexo knight jgk la yg dibeli (sblm dpt hadiah dr fmly member jgk).



Malam tu gigih semua nak buat terus lego baru mereka selain ariana. Ariana beli apa ek?




Ni la semua koleksi lego nexo knight yang dikumpul hadiah birthday mereka :) happy semua anak2





Lepas potong kek, kita lunch bersama ie papa tapau dr Shell Out. (Mama teringin nak shell out sejak malam dinner tu lagi, plan asal nak jemput semua celebrate bday di Shell Out, tp papa xberapa berkenan sbb papa kata mcm xselesa ramai2 ke sana. Pernah try berkumpul dgn semua flmy sy dulu, mknan ok, tp xjadi nak celebrate bday la semua sibuk ketuk2 ketam kan. Haha. Papa nak celebrate tmpt yg lebih santai relaks. So jadinya kita tapau utk mkn fmly kita je).




Birthday hero kesayangan tercinta (12/5)

Masa birthday papa, mama tak berapa sihat dan anak2 pula tengah nak exam. Jadi kita buat suprise birthday celebration di rumah shj. Memandangkan mama ni 24/7 ada dengan papa, mmg susah nk buat suprise. So terpaksa dptkan bantuan talian hayat dari adik2 utk belikan mknan etc. 

Slps mama dah sihat sikit dan irham dah habis exam, kita ke Hong Kong sbg hadiah birthday papa sbb papa suka jalan2 n bercuti :) pic sekitar majlis papa. Sgt happening :) semua nyayi lagu birthday utk papa dan berebut nak potong kek papa. :):) 










Birthday Adam Hariez (18/8)

Birthday adam juga ada beberapa episod mengikut permintaan adam.

1) celebrate di real kids.

Gigih sehari sblm birthday adam, papa belikan brg2 utk dimasukkan dlm goodies dr adam pada kawan2. Adam nak hadiahkan hot wheels pd kawan2 selain snek etc.





Adam hariez pula waktu ni tgh kemaruk lego technic


Adam ketika sambutan di sekolah. Adam plg happy masa bahagiakan goodies pd kawan2. 




2) sambutan dengan family kecil kami

Plan asal kita nak buat birthday party adam di mana2 kids club. Tanpa pengetahuan adam ie nak buat surprise. Dah buat reservation etc, tapi last minute terpaksa cancel sbb masalah kesihatan mama. Kita celebrate kecil2 la di Sakura Kristal juga. Sebelum datang ke sini, mama dan papa dah buat surprise belikan hadiah utk anak2 sbb kami tahu apa yang adam idamkan. Mmg adam plg happy mlm tu bila buka hadiah.

Macam biasa, papa mama berdating di toys r us sebab carikan lego technic utk adam.


Masa di Sakura Kristal







Masa ni anak2 nak makan pun tak tenteram sebab hati mereka dah tak sabar nak balik main hadiah masing2.

Ni adam, papa belikan dua set lego technic di mana boleh gabungkan dua set tersebut. Tp manual utk gabung set tersebut perlu di download dr internet. Tu adam gigih dgn laptop tu :)




Kagum tgk anak2 dgn lego, kejap je siap even nmpk sgt complicated ie utk usia mereka. Mereka xminat lego yang mudah ie padan dgn usia mereka. Kalau study tekun mcm ni, lega hati mama huhu. Ameen.


Sama hadiah adam dgn kek pilihan adam kan :)



3) hadiah ke kidzania

Sebab tak jadi buat birthday party ie mama tak berapa fit nak organize majlis, jadi kita bawak adam dan adik beradik ke kidzania pd hari minggu yg sepatutnya ada birthday party tu. Alhamdulillah mereka sgt teruja. Kami antara pengunjung plg awal tiba. Hampir semua yang mereka minat kami cuba, melainkan apa yang mereka tak minat nak cuba. 

Sekitar pic di kidzania. 



















Inilah antara beberapa kenangan manis kita sekeluarga. Pasti setiap kenangan manis bersama keluarga ini akan dirindui mama selalu. Selamanya. InshaAllah.

Membesarlah anak2 sebagai anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata ayahbonda.

Ameen


Salam

Mrs Nizar