Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 22, 2017

Cerita anak anak anak anak anak....

Malam baru ni masa santai dgn anak2 smpt main satu game dgn mereka... game "luahan hati".

Mama soal, anak jawab ....

Makanan
Mama : Dalam byk2 makanan, apa makanan favorite (nama setiap anak)?

Irham : irham suka nasi, ayam drummet dgn kicap. 
Adam : adam suka tomyam, paprik, udang, sotong, ikan, bla bla bla (mak aih mcm semua benda je)
Ariana : nana suka nasi, nugget, ayam dan kicap.

Ok, nampak di situ, senang je nak masak "lauk favorite", ada kicap n ayam dh settle hehe......

Jalan2?

Mama : kalau mama kata "jom pegi jalan", mana tempat plg rasa nak pergi, tak sabar nak pegi?

Irham : nak jawab tiga boleh? Irham suka klcc sbb ada toys r us, melawati mall sbb nak pergi mothercare dengan pergi main skuter.

Adam : adam pun suka klcc, melawati mall dgn aeon setiawaggsa.

Ariana : nana suka klcc, melawati mall dgn aeon.

Mama : dah byk tempat pergi, pegi hong kong, pegi disneyland, pegi spore ke, pergi legoland ke, semua xbest ke?

Anak jwb serentak : suka, tapi kalau pergi mall pun best sbb boleh shopping, tgk mainan. Kalau pergi jalan boleh shopping pun jadi best jgk. Selepas mall, suka pergi pantai.

Serius, mama baru tahu ni. Gigih mama ajak bercuti sll, semua suka pergi mall je? Dan tau tak, mall adalah tmpt plg mama xsuka pergiiii.... haish....klcc ok la kalau setakat nak pergi breakfast sblm orang ramai memenuhi setiap sudut. (Frust mode. Semoga itu jwp tak ikhlas mereka sbb game ni berjalan ketika mereka tgh sibuk ajak ke melawati mall buat groceries).

Paling sedih

Mama : apa kenangan plg sedih bg anak2?

Irham : kena marah dgn mama.
Mama : kena marah mcmana?
Irham : mcm kena rotan ke apa jadi rasa sedih. 
Mama : mama rotan sbb mama syg, tak irham ingat jgn ulang buat salah.


Adam : adam tak ada kenangan sedih. Adam happy je sll bila dgn family.
Mama : hi-5 adam !

Ariana : (dgn muka nak nanges dia). Nana plg sedih bila mama papa mati. Nana sedih sgt.
Mama : ok, tapi mama dgn papa tak mati lagi. Mama tanya apa yang nana dah rasa sedih sebelum ni sayang? :) kalau mama mati, boleh nangis, mmg sedih, tapi nana kena doa je kat mama papa sll ok, baru mama dgn papa dpt pahala dan kubur mama cerah.
Ariana : kalau mama dan papa tak mati, nana happy je sll.

Kenangan manis

Mama : apa pula kenangan plg manis dgn mama papa?

Serentak jawab, sampai I syahdu jap.

"Kita semua suka sgt sbb mama suka peluk dgn cium kita. Rasa happy sll sbb mama sll peluk kuat2 cium lama2."

Cita-cita

Mama: bila besar, anak2 semua nak jadi apa? Cerita cita2 masing2.

Irham : irham nak kerja tiga boleh mama? Satu irham nak jadi lawyer sbb kawan2 kata jadi lawyer bnyak duit. Lepas tu nak jadi engineer juga sebab nak jadi hebat mcm papa. Lepas tu irham nak jadi orang yang jual ferrari sbb nnti irham nak beri hadiah ferrari kat mama.

Adam : adam pun nak jadi tiga. Satu nak jadi hafiz, sbb adam nak tlg mama dan keluarga kita masuk syurga. Lepas tu adam nak jadi chef sbb nak masak utk mama, mama kan suka makan byk2 sedap2. Lepas tu nak jadi lawyer sebab nanti dapat duit byk2, adam nak bg kt mama dan papa.

Ariana : nana nak jadi lawyer sbb nana nak kerja dgn mama, dekat ofis mama. Boleh duduk dgn mama sll.

Hmmmm baik anak2....teruja mama main game ni :) even agak confuse ttg tanggapan pekerjaan lawyer tu. Itu bkn input dr mama papa tu. Sebetulnya, dtgnya amanah dan liabiliti yg berat bersama dgn karier sbg peguam ni . 

Dari game ni saya rasa, kadang2 kita tgk dr kaca mata anak2, hidup ini sgt simple dan penuh kasih sayang. Mereka happy dgn lauk pauk simple, tempat jalan2 yang mudah2, dan hanya dgn peluk cium cukup utk jadilan itu kenangan plg manis mereka dgn kita ☺️☺️ 

Wajah2 kesayangan hamba :)


Semoga anak2 membesar sgt anak yang soleh dan solehah inshaAllah.

Sekarang hampir setiap hari adam cakap kat mama nak masuk sekolah tahfiz. Adam selalu ckp cita2 adam nak jadi ustaz. Mama mula google mencari sekolah tahfiz utk adam. Kebanyakannya semua kena stay di asrama. Perlu kekuatan hati utk mama. Cuma adam ada pesan, adam nk jadi hafiz, tapi boleh tak cari yang xperlu ke asrama. Suami sibuk mencari input di sekolah sbb baru dimaklumkan adanya kelas tahfiz (atas pilihan) di sekolah mereka. Tapi waktu pulang agak lewat utk sessi hafazan. Irham dan adam dua2 berminat kalau ada kelas tahfiz yang boleh blk rumah di malam hari. Doakan mama jumpa jalannya inshaAllah.

Bercakap ttg anak2, bukan mudah utk mendidik anak2. Ia datang sekali dgn amanah yang berat, dibalut dgn kasih sayang dan kegembiraan buat setiap keluarga. Selalu risau dan merasakan teralu byk kelemahan kami sbg ibubapa. Terlalu byk perlu dibaiki dan dipelajari. Terlalu banyak kesabaran harus lebih dipupuk dihati.

Macam saya dan suami. Mmg kami sgt sukakan kanak2 (ataupun ayat lebih tepat, suka bermain dgn anak sndr hehe). Mmg sll suami usik2 utk tambah lagi team family kami, tapi mungkin belum tiba waktu tu (pada pandangan kami). 

Alhamdulillah, selepas beberapa "kesusahan dan pengorbanan", akhirnya impian kami dpt direalisasikan utk miliki firma guaman sndr. Belum beroperasi sepenuhnya sbb office pun belum siap. Sibuk tahap melampau, dan memerlukan modal yang sgt sgt besar. 

Pada mulanya saya sedar perubahan diri. Cepat sedih, emosi pasang surut, lapar sepanjang waktu (bila stress mmg bdn sy naik sbb akan lapar sll), selain pening kepala tak henti.

Ahli keluarga mula tegur sbb badan saya nampak naik mendadak. Sehinggalah hari ke cameronhighlands baru2 ni,  saya pening2 mual sebab jalan berliku kan (sll ok je). Balik ke KL, dtg lg perangai nak makan kek tak henti, siap nanges2 bila kek diingini habis atau tak sempat ke kedai kek sbb schedule padat.

Dalam perjalanan balik dr kerja, tiba2 terdetik "abg, ke saya pregnant ek?". Gelabah suami kita. (Sebab miss P datang je bulan ni, tapi sedetik cuma). Terus saya ajak ke farmasi, sekelip mata suami buat U-turn.

Dan .......... 


Kelu lidah seketika.... perasaan bercampur baur. Risau ada, takut, kelu lidah, tp dalam masa yang sama ada gembira bila teringat wajah baby comel. Kami agak terkejut juga sebenarnya.

Malam tu tiba2 air mata mengalir. Tak pasti air mata apa, bukan sedih, bukan marah, bukan takut, bukan sbb terlalu gembira juga.

Mungkin keliru... juga risau sbb bila pregnant, keadaan kesihatan saya selalu merosot teruk, kadang2 smp menjejaskan prestasi kerja. Walhal pada dlm keadaan paling kritikal sekarang, ie masa bukan sahaja utk mulakan sebuah ofis baru, malah terus utk perancangan memajukan firm kami. Saya ragu dgn kemampun saya, apatah lagi ketika kami punya anak kecil baru nak cecah 10 bulan dan perlukan perhatian lebih. Tapi dalam masa yang sama, hati masih melonjak kegembiraan. Bak kata papa, usia makin meningkat. Masa tak tunggu kita. :)

Teringat surah Al-Isra' ayat 31 (tentang rezeki itu dr Allah). Dari dahulu saya yakin, dan sangat marah dgn statement, takutnya surutnya rezeki kerana kehadiran anak2.  (Tapi kita wajib kena rancang tentang pengguna dan punca pencarian dan keadaan ekonomi kita). Setiap anak hadir dgn rezeki masing2. Malah mungkin kita sedang menumpang atas rezeki yang Allah turunkan utk mereka. 




Saya bangun malam dan istiqarah (saya sll istiqarah bukan hanya ketika utk buat keputusan utk dua pilihan, tapi bila saya buntu dgn apa2 shj).

Selepas solat hajat pohon petunjuk dan ketenangan hati juga solat istiqarah,  saya ambil al-quran. Saya belek2 secara rambang beberapa page (sll sy amalkan ni. Baca tafsir sbb kadang2 ada jwpan di dalamnya. Saya sll amalkan begini bila perlukan ketenangan hati, ada ustaz yang ajarkan. Katanya carilah jawapan setiap kerungsingan di al-quran, kita pasti akan bertemu jwpan). 

Terkedu saya dgn apa yang sy baca.


"...tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan , melainkan dengan sepengetahuanNya".


Juga ayat ini, ayat 8 dan 9. Paling terkesan. Kun Fayakun, tiada kuasa lain melainkan Allah, even tak terjawab di fikiran. (Sebab rasa macam kami agak "merancang" utk kali ini). 

Selepas itu saya dah mula rasa lega dan sgt tenang. Saya pasti Allah sedang merencana sesuatu yAng sempurna utk saya. Tak perlu fikir dan tak perlu risau, kerja je seperti biasa dgn kudrat yang Allah berikan. InshaAllah, saya boleh jaga family ie anak2 kecil saya seperti biasa even lesu sikit ketika alahan ni. Allah ada. 

Dengan tiba2, Sudah mula jatuh sayang pada si kecil di rahim ini. Rasa terlalu dekat dgn si kecil ini. Rasa seronok dia bersama saya setiap hari (tak boleh cover dah perut, semu seluar dan baju dh kena tukar).

Saya juga Mula rasa risau bila minggu lepas sy bleeding sbb terlalu sibuk lari ke sana sini. Terus pergi scan dan doktor kata alhamdulillah, semuanya Ok. Trauma keguguran dahulu belum habis. Faktor kesibukan. Dan kali ni, saya dlm keadaan yang sama, sgt sibuk, sgt memerlukan tenaga fizikal, dan dalam keadaan mudah stress sbb kejar tarikh utk mulakan semua kerja di ofis baru. 

Ofis baru ni mungkin juga rezeki adik :) inshaAllah. Setiap kali mengandung, ada je event besar dlm fmly berlaku slps itu. 

Saya tahu Allah ada perancagan yang terbaik. Semoga baby baik2 je dlm perut mama. Sebab mama sungguh2 sudah sayangkan baby, tiada sekelumit rasa risau lagi spt sebelum ini. Mama manusia biasa, ada waktu bagai orang yang tidak berilmu, bila risau pada anugerah pemberian Allah, walhal rencana Allah selalu yang terbaik. Semoga Allah pinjamkan baby pada keluarga kita dan selamat di rahim mama hingga sampai waktu utk bersua nnti. Masih dlm mode risau sbb baby sgt fragile lagi. Baru 7++ weeks (1st trimester). 

Doakan baby kami ye (dan saya juga redha andai sebaliknya berlaku). Mama janji jaga adik baik2 ye, yang lain kita serah pada Allah.


(Pic ketika 5- 6 weeks)

Doa yang baik2, berharap pada yang baik2.... inshaAllah sentiasa yang terbaik Allah tetapkan utk kita. Ameen

Sebab tu tajuk kat atas tu "anak anak anak anak anak". Semoga ada rezeki irham adam ariana dan ammar bertambah kawan dan adik mereka tak lama lagi :) 

Subhanallah alhamdulillah allahuakbar. 

Salam 

Mrs Nizar



Monday, September 11, 2017

Weekend kita kali inj | Bila nenek bersama kita | Ammar ke Cameron Highlands

Salam

Malam ni tak dapat lelap mata pula. Banyak pula yang bermain di fikiran, tentang debaran kali pertama izinkan anak ke lawatan sekolah sendirian (sll kami senyap2 follow atau anak pergi dgn adik beradik masa tadika- lagipun kali ni dua tempat lawatan pula anak sy join). Kedua, byk pula berfikir dgn perancangan hari esok. Lantas, handphone dicapai, dan mula menaip memori bersama kesayangan saya lagi di malam hari. 

Tak pasti saya ni normal atau tidak, tp setiap malam, ada satu perasaan sgt sayu bila menatap wajah anak tersayang. Terasa byk kelemahan diri sbg ibu kpd mereka. Mudah je air mata mengalir bila menatap wajah mula anak4 ketika mereka tidur. Cepatnya masa berlalu, cepatnya mereka membesar......

Berbalik pada cerita hari minggu kali ini...

Khamis lepas nenek dan suawi dtg ke rumah kita. Suawi smp ketika maghrib hari khamis sbb cikwa ada meeting di awal pagi jumaat di putrajaya.

Malam tu saya minta papa call cikngah utk ajak dinner bersama kita bila nenek tiba nnti.

Malam tu kita dot berkumpul dan dinner bersama. Saya masak kari ikan jenahak, ayam masak lemak cili padi , udang goreng, pak choy dan ulam2.




Ni pinggan saya, makan lewat mlm (pukul 11 malam huhu.)


Jumaat seawal jam 7am suawi nenek dan cikwa bersiap utk ke putrajaya. Saya sediakan mee goreng dan roti cheese telur dan susu utk mereka breakfast sblm keluar rumah selain masak ie rutin utk anak2 sblm ke sekolah. 

Lepas tu saya bersiap utk pergi kerja. Saya masak dulu utk lunch sebelum keluar kerja sbb takut lewat blk kerja, utk kami lunch bersama di rumah. Sllnya mmg kena masak dulu sblm kerja sbb anak2 akan blk sekolah nanti pasti cari nasi dulu kan.

Smpt masak kari tulang, sup ayam dan padprik campur (ayam udang dan sotong). 



Petang tu semua bersantai mandi kolam bersama2.




Utk dinner , kami mkn lauk sama ditambah sedikit daging blackpepper dan telur dadar. Malam ni pun kita dinner bersama dgn fmly cikngah. Setiap hari cikngah dtg jenguk nenek dirumah kita, so dapatla berkumpul utk makan beramai2.



Entry kali ni mmg byk pasal aktiviti makan je, bak kata nenek, dtg kali ni byk makan lepas tu tidur lepas tu makan lagi hehe. 

Sabtu tu plan asal kami nk berjalan2, tapi  nenek cuma nak berehat je dirumah, so memang papa pun layan tidur jelah selain kami cuma duduk berborak dgn nenek. Cuma suawi keluar jalan2 smp lewat ptg.

Awal pagi saya dan papa keluar tapaukan nasi lemak ayam kampung atas permintaan nenek. 

(Tak ada pic, mgkn upload later2 sbb gambar yang ada nenek tak bertudung, tunggu minta tlg papa edit dulu haha. Kantoi x pandai edit pic sbb xde apps dlm phone sy).

Utk lunch dan dinner saya plan nak masak. Tapi kita proper lunch agak lewat sbb rumah kita kehabisan gas. So papa smpt tapaukan burger n bubur etc di McDonalds. Pukul 3pm baru saya settle masak. Masak simple2 sbb semua dh lapar (errr saya yg plg lapar kot haha). Nenek request utk masak padprik lagi, so saya masak padprik dan ketam masak lemak juga telur dadar.




Petang pula, semua turun utk mandi kolam lagi. Kali ni lama ckit mandi manda




Lepas mandi manda semua pun kelaparan. So sblm dinner, papa request pula nak makan megi. Huhu. Kasi chance anak2 join sekali. Sejuk menggigil semua mandi slps hujan hehe. Nenek pun join sekali mkn megi petang tu hehe. Apakah .... ajak nenek makan megi????


Slps dinner, suawi call pizza hut pula (as if supper awal hehe). Semua layan makan lagi..... tagline minggu ni, jom balun makan hehe. Saya sukaaaaaa :) 



Pagi ahad pula, cikngah dtg dan bawakan breakfast utk kita. So kita breakfast bersama sblm nenek bertolak blk ke kelantan.

Bila nenek bertolak balik, papa bersiap2 n ajak keluar. Sbb dh beberapa hari kita duk rumah je. Papa tny nak ke mana, saya jawab la "jom pegi cameron". Tiba2 papa ckp, "jomsss, layan percutian tertangguh kita"... hehe... Cameron ni ada satu kenangan antara sy n papa. Masa tu tgh pregnant irham, bgn pagi terasa nk pegi cameron sgt. Tiba2 bergolek2 atas katil mcm budak umur 5 tahun nak beli mainan ajak papa pegi cameron. Gigih papa bawak. Kita masa tu "pembawakan budak" kot hehe. So bila ajak pagi ahad tu, terus papa jwb jom sbb papa kata risau sy buat perangai lama haha... saya acah2 je ajak actually, dah org kata ok, terus la kita packing.

Kita bertolak jam 10am. Bekal dlm perjalanan.... nyumssss....4 set breakfast 



Cuaca redup spjg perjalanan. Masa mendaki, suhu sgt sejuk dan kabus tebal spjg jalan.  Kalau tak silap, ini kali pertama kami Ammar ke cameron highlands ni.


Smp sana terus check in hotel. Hotel biasa je ie Nova Hotel. Yang penting baru, bersih n selesa ie ada ruang tamu, bilik tidur berasingan, dapur ringkas etc. ok la utk kami. 







Lepas rehat seketika ie solat, lunch (tapau nasi lebih yg cikngah belikan tadi) dan salin diaper n baju anak2, kami turun 
Ke Cameron Valley utk minum ptg.

Semua cake n pastry sgt la sedap :)


Sebab cuaca sgt dingin dan nyaman, smp tiga cawan teh tarik ariana dpt habiskan.






(Oh ya, kalau perasan, dlm blog, FB etc jarang sy letak pic saya. Actually sy mmg xsuka bergambar haha. Lain sgt perangai dgn suami yg cukup sporting bab suruh posing. One two three action... dia terus ready posing hehe...kdg2 siap papa yang suruh i snip snap pic dia hehe.... tapi kdg2 saya snap la gambar sndr juga utk kenangan anak2 nanti :) 



Bajet pemalu la kan... kuang kuang kuang... kalau ada pun byk utk sinpanan sndr sahaja bila papa snap :) shy la... apalagi kalau papa amik masa lama sgt nk snap, nak suh anak senyum la, tgk camera la etc... haishhhh... pastu lepas snap pic ygg diambil tak jadi juga haha (hehe gurau je). tapi sy sgt sgt sgt suka abadikan gambar kesayangan saya setiap masa.


Lepas tu kita ke pasar malam di tanah rata. Layan la anak2 nak shopping, ntah apa2 je yang mereka nak. Saya ckp kat papa, kita layan je, kenangan diorg. Amik jelah apa diorg nak....haruslah mainan yg mereka nak. 





Lepas tu kita dinner di restoran rasa sayang sblm balik hotel. Plan asal nak buat daytrip je n kelam kabut packing tu sbg persediaan jelah kot2 nak bermalam. Dah tertinggal semua brg keperluan cm berus gigi, etc. so smp shopping di mall bawak hotel sblm naik ke bilik.


Awal pagi kita pergi breakfast sblm singgah di Cameron Holiday Park.


Lepas tu kita ke Cactus Valley dan Big Red Strawberry. Smpt mkn ais krim goreng strawberry di sini dan jus strawberry juga strawberry milkshake. Kat sini cantik, dan boleh petik strawberry segar sndr. Juga melawat taman pelbagai bunga2 yang sgt cantik dan kebun sayur2 spt salad etc.

 Jutaan photo sekaligus ye ( kes mata dh mengantuk la ni hehe).


















Jalan turun dr taman agro tourism yang agak mencabar ie curam.


Lepas tu kita check out hotel dulu sblm sambung shopping di kea farm. Beli jagung dan ubi buah tangan utk fmly di kl.


Dalam perjalanan pulang, smpt saya singgah mkn nasi kandar. Ada ayam goreng, kari sotong, telur sotong etc... nyum nyum sungguh


Dan sekarang semua kesayangan saya sudah tidur. Irham ckp irham happy sgt hari ni (tahu tak mama jauh lg happy bil anak2 happy). Tinggal saya yang masih berjaga. 

Selamat malam kesayangan. Semoga mama mimpi indah lagi mlm ni, ditemani kenangan manis bersama keluarga, inshaAllah. Salam.

Good night zzzzzz

mrs Nizar