Lama tak menulis, byk nak tulis tp sekarang dlm keadaan kesihatan plg tak baik dan mood menulis merudum 100%. Sejak selasa tengah malam, saya sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun.
Alhamdulillah keadaan beransur ok dan jumaat saya makin sihat. Masih ada pening2, biasalah bila trimester pertama ni jarang saya sihat 100% tak pening2 mual ni. Redha dan nikmati seketika sebelum inshaAllah berakhir pregnancy sickness ni (sbb pagi petang siang malam tak sihat).
Jumaat tu smpt keluar minum petang dgn papa sblm plan nak ajak anak2 keluar. Ingatkan dah sihat sepenuhnya. Tiba2 malam tu lepas isyak terasa pening2 sikit tapi gagahkan diri sebab dah janji dgn anak2. Rasa lama pula tak bawa mereka keluar (atau mgkn saya yang lama xkeluar rumah hehe).
So kita ke melawati mall je. Plan utk minum2 je selain anak2 nak tgk brg2 mereka.
Tetiba tak sengaja singgah ke GSC. Dah lama papa ajak tgk cerita "bisik pada langit". Banyak review positif utk cerita ni. Tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan. Bila saya keluar ni, papa terus ambik kesempatan ajak semua tgk movie ni.
Saya tak nak bg review pun pasal cerita ni sbb rasanya dah byk sangat review tentang movie ni. Pendek kata sebuah filem sarat dgn pengajaran.
Malaysia pada pandangan peribadi mmg agak ketandusan cerita yang lebih bermanfaat dan perlu dihidangkan lebih cerita yang penuh dgn didikan agama dan akhlak yang baik.
Jujurnya saya dan keluarga memang tak menonton drama atau cerita2 apatah lagi cerita bersiri di televisyen. Bagi saya tidak ada elemen yang membantu masyarakat utk membaiki jati diri atau mendidik sahsiah yang baik. Tengok saja tajuk2 cerita akhir2 ini, geleng kepala kita dibuatnya. Malah malaysia bagai menzahirkan bahawa tiada salahnya percintaan dgn bebas antara lelaki dan perempuan. Ia agak menggusarkan hati kami. Cerita penuh angan2 tanpa sedikitpun memberi manfaat dan semangat utk kita memajukan diri dlm keadaan ekonomi tersepit, tetapi lebih kepada mengkhayalkan rakyat dengan angan2 gaya hidup mewah, pasangan cantik sempurna , perasaan hasad dengki dan iri hati tp itulah realiti keadaan hari ini etc. itu pandangan saya la, hehe.. saya dan suami la. Tapi kadang2 dlm cerekarama ada yang kami tengok juga sbb ada juga drama yang mendidik hati di situ.
Syukur anak2 pun mmg xberminat (harapnya xberminat la sampai bila2 ameen). Selalu diorg tgk kartun (pun kena tapis sbb byk juga yang merosakkan) selain dokumentari dr chanel discovery etc.
So berbalik cerita semalam, istimewa kisah kami smlm adalah kerana :
1) first time keluar sekeluarga tgk movie termasuk ammar (sbb mengejut beli tiket, bawak je ammar masuk). Kerjasama diberikan sungguh memberangsangkan hehe. Muah muah Ammar mama ni...
2) first time tgk movie di melawati mall. Sgt selesa kalau nk bawa anak2 sbb aircond dia "sesedap rasa" je, tak la sejuk sgt tmpt2 lain yg sll kami pergi.
3) first time bawa anak2 tgk movie cerita melayu ie bukan kartun. Sll kalau selain kartun mmg ber"movie date" dgn papa je.
Feedback :
Papa : ok la cerita ni. Saya agak lagi tragis. Tapi air mata terkeluar la juga masa time anak dia nazak.... hmmmm lepas pada scene nazak, saya x nanges tapi air mata keluar smp habis movie. Penat duk lap lap sll, saya biar jelah dia nak meleleh sndr kat pipi... hehe....Semenjak dah tua ni, emosional plk lebih2 lagi tgk cerita pasal anak2. Dah la tu, elok habis cerita, lampu terbukak je, minah kat dpn duk pandang sy kt blakang plk.Deng !! Terus cium ammar, baik punya nak cover nanges.
(Hahaahah sy gelak smp pagi dgr kisah papa. Papa ckp org nampak suami sy cm sado la masuk movie dgn topi bagai, sekali duk nanges je sll hahahaha... sorry abg, kantoi kang org plk kat sini hihi. Kan saya dh cakap, dalam hati papa anak2 saya ni "bertaman" orangnya...keekeke)
Irham : bila si anak meninggal, n beberapa lagi scene sedih, saya dgr irham teresak2. Saya diam je. Sekali bukan defensive dtg bisik mama "mama,irham selsema je".... hahaha tahan gelak mama papa... ok ok, mama tau awk SELSEMAAA la sangat.
Adam : adam tak faham la cerita ni. Baru start 20 min, tarik tgn mama then tido (hehe).
Ariana : sedih n peluk tangan papa. Tanya papa kenapa tak ada orang visit bila "hajar" dah mati... sob sob sob.
Ammar : selesa tidur dalam pelukan papa sebelum movie start smp habis hehe.
Saya : ada juga la terpaksa menyeka air mata. Bila kita menjadi ibubapa baru kita faham tentang dalamnya kasih sayang seorang ibu dan ayah terhadap zuriat yang dipinjamkan pada mereka, termasuk kasihnya orang tua kita pada kita.
Maid kami pun ikut sekali tengok movie. Ntah faham ntah tidak. Katanya faham tapi tersengeh2 (dia filipino tapi fhm bahasa melayu).
Family potret... hoayeah mama, pipi bulat itu menujukkan mama bawak "adik" juga malam tadi hehe...( berat mama dh naik 10kg+. Good job adik heheh).
Candid !
Pagi ni papa bertolak blk kelantan. Ada urusan. Papa tak bagi mama ikut sbb risau mama xsihat dan tak fit utk travel. So masa entry di tulis ni dlm mood rindu rinduan pada papa.
Satu malam je papa balik, inshaAllah ada rezeki jmpa lagi esok.
** entry di atas ditulis smlm. Perasan sangkut masa publish. Semoga papa slmt smp ke pangkuan kami hari ini inshaAllah.
Sementara itu, tokma dan tokki dtg temankan saya dan anak2 dirumah. Hari ni semua ajak tokki pegi shopping. Dpt kiriman whatsapp ni dr abah saya ...
Terima kasih abah bawak anak2 jalan2 n shopping ckit. Byk je keinginan mereka ni. Bila xada papa, cepat syahdu la pilak.
Ni si ammar, sll manja2 dgn papa. Hari ni pakcik ulit tido ye :)
Dan tokma masak breakfast n lunch kita. Hari ni ada kerapu sweetsour, tenggiri masak lemak, sotong+kacang goreng bersama telur dadar. Sedapnya.
Alhamdulillah dlm tak sihat ni, dpt strong family support utk jaga anak2 bila papa kesayangan tiada di sisi.
Kami tak sabar tunggu papa kesayangan kami balik ke pangkuan semula inshaAllah.
Teruja dpt msg papa yang ni....
Tq papa, tq nenek !
Alhamdulillah, nikmat apa lagi yg mampu didustakan....
Salam.
Mrs Nizar