Malam ni mama gigih teman papa utk siapkan persediaan anak2 ke sekolah. Dah pukul 12.30mlm, agak mengantuk, tapi papa masih gigih dgn penuh aktif dan teruja dgn persediaan anak2.
Kemain dah mama rasa mama gigih teman papa sampai berair mata, sekali kena sound dgn papa, siap gelak golek2 "cuba awk buat survey kat FB ke insta ke, ada tak suami orang lain yg balut semua buku anak2. Orang lain semua mak2 je buat. Saya tgk kawan sy semua mak2 je siapkan. Awk ni kira dpt suami yang rare tau. Dulu sorg je, skrang tiga orang... banyak tu buku semua nak balut, nak tulis nama etc".... saya yang sendu jawab la "awak kan suka anak ramai. Kena la jaga betul2. Sbb awk rajin jaga semua, so ada rezeki la boleh ramai anak". Tambah lagi ngusik papa "lagipun saya tak tahulah ni kesan dosa silam awk ke kena hadap semua atau atas sebab saya ni baik sgt, dapat rezeki suami baik juga...haha". Usik2 je, actually mmg papa ni sejak anak2 tadika lagi sgt teruja nak beli kelengkapan anak2 ie dr alatulis, plastik nak balut buku n siapkan semua. Sticker utk nama anak pada buku semua. Siap marah kalau sy yang nak buat ngeh ngeh ngeh....takut xkena dgn taste dia. alhamdulillah sbb saya pula dr kecik xsuka bab balut2 buku ni, sll ma dan kakak2 atau maid sy yg tlg masa sy sekolah dulu hehe.
Ni antara buku2 yang dibeli n papa tlg balutkan. Terima kasih daun keladi utk papa yang mmg baik hati :)
Semalam, hari selasa kita selesai beli buku2 sekolah anak2 (irham dan adam) tapi tak semua buku ada sbb byk yang belum sampai n katanya bila buka sekolah baru dpt lagi sebahagiannya.
Sejak Julai tahun lepas, irham dan adam mula bersekolah di Sekolah Setiabudi atas beberapa alasan even sgt berbelah bahagi sebab irham dan adam sblm ni bersekolah di salah sebuah sekolah berprestasi tinggi yang cemerlang selalu keputusan upsr pelajar mereka.
Kami setakat ni sgt berpuas hati dgn guru dan jadual pembelajaran di sekolah baru ni. Selain ada kelas hafazan (inshaAllah thn dpn anak2 kami rancang utk masuk kelas tahfiz juga di sini), ada kelas swimming etc.
Sekolah setiabudi ni sebenarnya salah sebuah sekolah dibawah universiti islam antarabangsa di mana utk pilihan aliran international (A-level) adalah sekolah international islamic school manakala utk aliran kebangsaan dipanggil sekolah setiabudi. Kedua2 sekolah ni bertempat dalam satu pagar.
Saya suka suasana di sini, mengingatkan saya pada keadaan ketika belajar di uia, ketika di asrama. Selalu di pasang ayat quran di koridor spjg waktu ie awal pagi dan waktu rehat dan blk sekolah (susah jenis mak ayah perangai mcm papparazi ni. Ada masa lapang sll jenguk anak dari jauh masa mula2 dulu hehe). Pelajar pun nampak behave je n kelas dia pun selesa berhawa dingin n agak kedap bunyi so kelas sebelah2 xdengar la kalau bisingkan kat luar hehe. Setiap pagi, mereka akan mulakan kelas dengan mengaji quran dan hafazan. Asas pendidikan di sekolah ni memang macam sekolah agama tapi uniform mereka tak nampak mcm sekolah agama. Sekolah ni integrasi sekali dengan pendidikan kelas agama jais. Result sekolah setiabudi juga sll cemerlang. Semoga anak2 dpt la sedikit aura kecemerlangan di sini ameen inshaAllah.
Gambar kenangan hari pertama persekolahan di sekolah baru.
Yuran tahunan sekolah tidak termasuk uniform, buku2 etc spt dibawah ie dlm RM12k setahun (so kalau kira dlm RM1k sebulan), tetapi kami bayar ikut semester.
Sedikit gambar di sekolah. Kredit dr google sebab saya xsnap gambar sekolah pula.
Kantin sekolah. Ada byk pilihan makanan dari 4 gerai berlainan pemilik. Dari segi makanan mmg sgt sgt byk pilihan. Ada yg jual mknan ie masakan melayu ie nasi lauk pauk, kuih muih, mknan arab, roti canai, nasi ayam, sup, tomyam etc. mcm kat food court kat luar la. Selalu sy bekalkan anak2 utk makan pagi jelah.
Ni antara ruang sukan mereka. Ada padang bola, netball, basket ball etc.
Selepas tu kita ke sekolah ariana pula. Sebelum ni ariana bersekolah di real kids. Mmg bagus di situ. Alhamdulillah ariana sudah agak lancar membaca dwi bahasa ie bahasa melayu dan english selain boleh selesaikan operasi matematik. Tapi kami pindahkan ke sekolah baru sbb sekolah sblm ni smp pukul 12pm, sekolah baru ni smp petang (sama dgn abg2 blk sekolah), ada kelas hafazan quran juga setiap pagi spt abg2 selain pakaian lebih sopan (dah makin besarkan) sbb sblm ni uniform ariana adalah skirt. Niat utk ajar rasa malu seawal usia muda inshaAllah. Even pakai skirt dulu, kami pakaikan seluar pjg juga utk ariana. Semoga ariana gembira dan ariana dpt pendidikan yg lebih baik di sini inshaAllah. Oh ye, ariana sekarang di sekolah IIUM Montessori. So satu pagar dgn sekolah abang2 juga.
Smlm kami dh buat bayaran yuran pendaftaran ie RM3150 manakala yuran bulanan RM450 sebulan.
Cuma awal tahun dpn mgkn kalut ckit, maid baru kamk masih belum smp. Malah biodata baru pun katanya smp januari. Agak susah utk mendapatkan khidmat maid islam dr filipina. Masuh berbelah bagi kalau nak ambil yang indonesia atas pengalaman pahit yg lepas. Semoga Allah permudahkan urusan maid kami inshaAllah. So pertengahan januari, maid saya akan tamat tempoh kontrak, kalau maid bay belum smp, mungkin kena bawa ammar ke ofis dulu sementara waktu. Masih merancang utk jadual awal tahun nnti.
Ok, Gambar slps selesai pendaftaran semua semalam :)
Hampir 90% dah selesai kelengkapan anak2. Kasut sekolah belum beli sbb papa kata sekejap je nak cari tu. Tahun lepas mereka mula sekolah baru bulan 7. So semua papa belikan kasut baru 2 pasang sorg. So tahun ni papa cakap tambah satu je. So ok la, baju uniform pun sama, beli satu set je semua termasuk baju melayu dan baju sukan nnti sbb yang tahun lepas baru pakai dlm 4 bulan je. Boleh recycle hehe.
Alhamdulillah lega bila semua selesai. Semoga anak2 membesar sbg anak2 soleh yang taat pd Allah dan rasulNya, kasih pd mama dan papa,cemerlang akhlaq dan berguna pd masyarakat inshaAllah.
Doa mama pada anak2 tidak pernah lekang pada setiap sujud mama setiap hari inshaAllah.
Salam.
Mrs Nizar