Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 19, 2018

Lama tak updates

Salam. Lama sgt xupdate. Sebab blog saya bermasalah. Tak ada masa lagi nak cari di mana silap sbb xboleh nak post new entry. ni cuba2 try attach sedikit pic....kerosakan pd blog ni mgkn kecil (tp sbb saya buta IT mmg tak dapat la nak buat apa2 lagi dlm keadaan agak busy ni ) saya tak boleh buka blog sendiri, hari ni try dpt pula. cuma xboleh buka bhg "dashboard" even nk view apa2 termasuk bhg comment etc.

satu lg reason tak smpt update blog sbb  dengan keadaan tak ada maid, n saya dh makin sarat (last week tpaksa ke hospital sbb mcm ada contractions). Doktor nasihatkan kena bedrest.
 Maid baru kami inshaAllah sampai dlm sebulan dua lagi. Baru lepas booking biodata baru, dah buat payment ie booking etc, dlm proses menunggu ketibaan :) doakan yang dtg ni baik2 dan ikhals dgn keluarga kami.

kelewatan disebabkan candidate sebelum ni tak jadi dtg sbb tak bersedia utk jaga baby. so utk dptkan pengganti ie biodata maid muslim Philippines mmg agak susah. Alhamdulillah tiba2 ada agensi dr damansara inform ada biodata baru muslim maid Philippines utk kami.

update perihal urusan rumahtangga !

Alhamdulillah , dikurniakan suami ringan tulang. 100% tugasan rumah diambil alih. Dr kemas rumah, mop, sapu lantai, cuci pinggan mangkuk, masak mudah2 ie nasi telur etc (yg lain sy masak atau beli je), laundry etc, siapkan makan pakai anak2, dan fully jaga ammar kesayangan kami. Semoga Allah membalas dgn 1001 nikmat dunia dan keberkatan akhirat kpd suami inshaAllah. malah suami juga sgt byk membantu di pejabat dan segala urusan di ofis byk diambil alih oleh beliau.

Alhamdulillah operasi di office lately semakin  berjalan lancar. Diberikan rezeki tak disangka, kami dpt panel hampir kesemua bank di msia dan lima projek developer utk diuruskan. Hampir hari2 blk malam (dgn team yg rajin even tpaksa push, semua nmpk redha sbb tahu kami masihru. Nak hire ramai2 xyakin lg sbb bukan semua payment dh diterima tetapi kerja dh kena jalan kan :). Alhamdulillah atas nikmat diberikan staff yg faham dan keluarga yang menyokong sepenuhnya. 

Doakan semua yang baik2 utk kita semua. 

Terdetik rindukan anak ketika menulis ni. Mereka bersama ayah mereka, bershopping sedikit dan habiskan masa bersama ketika cuti sekolah kerana mama tpaksa masuk ofis.

Even kelam kabut uruskan mereka, inshaAllah pasti satu hari nnti kita akan rindu suasana "kelam kabut" ini. Teringat pengorbanan suami dan anak2, yang faham bila mama kata kita betul2 kena berjimat sbb mama perlukan huge fund utk mulakan ofis. Rezeki Allah siapa sangka agak cepat utk kita bertapak even belum betul2 stabil, tapi kami yakin Allah selalu bsama org2 yg bersabar.

Teringat dengan surat dr Irham suatu ketika, pada waktu saya agak down (penat, risau, dan tpaksa pulang ke rumah lewat). Smp di rumah mengalir air mata membaca kiriman surat ini. 

Terima kasih Allah amugerahkan anak2 yang soleh solehah, yang besar hati serta faham setiap ujian adalah dr Allah. Ketika susah mereka faham malah terus menurus memberi semangat pada mama mereka. Sekejap shj anak saya dh besar kan? Anak saya sudah pandai dan faham setiap apa yang ibubapa meeka lalui. 

Dari waktu plg kami struggle utk membina semula nama baru, sehingga hari ini, satu persatu rezeki yang dianggap miracle malah sy sendiri tertanya2 rezeki yang diperoleh ie panelship n project etc dari mana? Hati plg dalam saya menjawab, ia adalah rahmat dan rezeki Allah berkat dr doa org2 yang sy sayang, yg tiada hijab doa mereka dan dari hati tulis suci iaitu ibubapa, suami dan anak2 syurga saya. Alhamdulillah. Bukankah kasih sayang dan doa ini juga satu kurnia rahmat dan nikmat Allah :)

Setiap rezeki hanya dr Allah. Dan dr surat ini juga, saya berdoa semoga selamanya anak2 ini fhm setiap apa yg kita dpt didunia ini hny semata2 dr rahmat Allah. Semoga Allah sentiasa dekat di hati mereka, dan menjadikan mereka dr org2 yang kuat dalaman dan fahaman, taat pd Allah swt. Mengalir airmata sy membaca surat ini. 

Pada saya, surat ini adalah tentang sebuah keyakinan dari sebuah hati yang ikhlas tentang kebesaran Allah, sepenuh kepercayan hanya pada Allah, dan dlm tiap detik hidup kita, semoga kita nmpk Allah di hadapan (ujian dtg adalah dari allah bersama rahmat. Setiap kegembiraan dan nikmat juga bukan kerana usaha kita tp hny kerana rahmat Allah. Dan yakin la, utk kesyurga juga bukan hny dgn amal soleh, tapi amal soleh adalah loncatan ke syurga , yang utama utk ke syurga adalah dr  izin dan rahmat Allah). 

Syukur Allah, setiap hari perbualan kami dgn anak2 cuba kami terapkan setiap apa shj yg berlaku di dunia ini, semua dr rahmat Allah, dlm susah dan dlm senang. Syukur, saya rasa mesej kami sudah smp dilubuk hati anak kami. Semoga selamanya termeteri di hati mereka.




Juga mesej dr suami yg berbahagia dgn anak2 :) i is jeles :)





Salam.

Mama yang terharu
mrs Nizar