Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 23, 2018

After 5 months, we are still alive n kicking haha | Ketuk2 Ramadhan

Salam ...

Rajin pula lately update blog. Tq pd biras kesayangan, cikwa yg betulkan blog kita :) tq tq ...

dalam pantang ni, ada masa terluang boleh la update blog kan.

Apa yang 5 bulan tu?
Alhamdulillah, kami masih ok (tak kan x ok kan, x ok kot buat2 la mcm ok hehe) selepas 5 bulan tak ada maid. Paling lama dlm rekod kot lama menunggu maid baru. (Dlm entry lepas dh byk tulis kenapa lama sgt). 

Alhamdulillah ada suami yg rajin, anak2 yang membantu selain fmly dan adik beradik byk membantu. 

Baru seminggu dua ni kami dpt jmpa company yg supply maid yg dtg harian, ie RM100 sehari. Ok la sbb spttnya 8 jam RM170. 

Sepanjang tempoh tak ada maid, sblm bersalin, gigih kami bawa ammar ke tempat kerja. Plg haru dekat2 nak bersalin, saya dh tak mampu bantu papa sgt kecuali memasak shj. Masa dlm pantang pula, seminggu pertama ma saya dan seorang makcik tukang urut saya dtg utk menjaga saya dlm pantang termasuk utk masak2 dan urut bertungku. 

So papa pula uruskan anak2 dan hal ehwal rumah. Bak kata papa byk yg kami tempuhi bersama, dan alhamdulillah finally we made it ... yeay ... even ada waktu saya agak down sbb mcm helpless. Byk nak buat tp tak mampu lagi masa dlm pantang tu :)

Inilah penyokong kuat saya selalu , dan dia juga pembantu saya setiap masa. Ni masa saya terpaksa keluar awal pagi utk appoinment dgn client. Tgh nak study file smpt lagi papa ajak selfie. Itu la papa :)



Dalam keadaan kelam kabut ke atau waktu saya dah penat, papa masih mampu senyum dan boleh ubah mood saya utk senyum sama

Even tak ada maid, kami bekerjasama agar ia tidak mengganggu rutin harian kami, aktiviti kegemaran kami etc. semuanya berjalan seperti biasa....

Kami masih keluar bersiar2 setiap weekend, keluar bergembira dan cari masa berkualiti dgn anak2.... mindset sentiasa ready utk kemas rumah, cuci baju n kemas blk peralatan kalau keluar picnic etc. hari jumaat adalah hari sibuk2 kami ie utk pastikan pakaian sekolah anak siap dibasuh dan digosok sepanjang utk mggu hadapan, semua baju2 lain sudah dicuci dan dilipat, rumah dimop n toilet di cuci sbb kami mahukan hari minggu yg santai dgn anak2 ie utk keluar bersama atau bermalasan di rumah shj.

Antaranya ni aktiviti dlm seminggu dua sblm bersalin...

Kita picnic di pantai Port Dickson. Abaikan mama yang macam batu besar di tepi pantai hehe















Breakfast di genting. Ni antara aktiviti plg kerap kami buat bila tak de idea lain. Sebulan at least sekali kami ke sini :) ada kedai favorite kami di sini. Dan sllnya bila turun, anak2 sll nak singgah di starbucks utk minum... bila meneruskan perjalanan pulang, sllnya semua psti sudah tidur kepenatan :) ulang rutin yang sama bila ke genting :) 








Yang ni wkend terakhir sblm bersalin, smpt bawa anak2 bermain bowling di Bukit Tinggi. Jalan tetap jalan even semuanya tak jauh dr rumah, janji anak2 happy sll dan ads masa berkualiti kita bersama :) 











Hingga saat2 akhir sebelum bersalin, kadang2 saya pun xlarat turun ke dapur dan perlukan bantuan papa juga huhu



Dan inilah rupa bila terpaksa attend meeting di ofis dlm keadaan anak pula sesekali ‘tidak sudi memberi kerjasama’. Hehe.. tak pelah, dah byk kali behave, sesekali nk join mama papa apasalahnya kan ammar :)



After all, yeay alhamdulillah semuanya dapat diatasi bila semua pihak ie suami dan isteri bekerjasama... juga anak2 sekalian... clap clap clap utk kita :) 

Kisah ketuk2 ramadhan....

So far alhamdulillah kita manage utk masak je dirumah spt tahun2 sblm ni. Last kami ke bazar ramadhan tahun 2010 kalau tak silap. Papa tak gemar ke makan makanan luar utk berbuka puasa atas faktor nak elak pembaziran, faktor kebersihan etc.

So kali ni saya dah diakhir2 nak habis pantang, boleh la turun ke dapur masak sikit2. Sambil siap2 bahan2 memasak sambil duduk di kerusi.

Tagline kali ni “sehari satu kuih”. Yelah tu papa, papa yg buat tagline tu. Lately mmg berminat mencuba resepi baru. Jom tgk apa yg smpt kita masak sehari dua ni.

Anak2 hantu seafood. Hari pertama cabaran sikit sbb dua2 anak teruna kami agak lesu. Utk boost semangat mereka, kami bg mereka pilihan menu ikut selera mereka. Irham request ketam cili, adam pula mahu udang masak lemak dan ariana mahu sotong goreng. Utk mama cuma ayam blackpepper :) 

Ptg tu hujan lebat, tetapi demi adam yang teringin sht pancakes ahmad lim, papa redah hujan lebat ketika leeat ptg utk adam. Papa tapau juga bihun sup special dr sana.






Ni irham punya :) 






Wajah anak soleh berterawih dgn papa



Ini antara dessert yang saya sediakan.. ada pisang salai dgn butter and icecream bersama soda herbs







Bulan ramadhan ni menjadi waktu utk kami berkumpul bersama keluarga atau bertukar2 menu dgn ma saya. Bila sy siapkan hidangan, saya minta adik dtg utk bawa pulang pd ma. Malah semua adik beradik pun akan hantar lauk pauk pd ma abah. Sebab sll ma sibuk masak utk kami. Bulan ramadhan kita nak ma rehat sikit. Tapi sll juga ma kirimkan kami juga dessert dan hidangan tambahan utk berbuka puasa. Dpt merasa air tgn ma even saya agak jauh dr rumah ma (xla jauh pun) tapi dlm pantang sy xbyk keluar. Ma abah yang sll dtg :) happy bila smlm abah dtg mengejut kerumah saya. 

Ini gambar kami sebelum pergi berbuka di rumah ma



Ada satu hari je kami tapau KFC, saya cuma goteng nasi sbb hari tu sy xberapa larat.

Ada kami cuba masak donut nutella dgn icecream juga :) yang ni semalam punya cerita :)






Dan  ini pula menu yang dimasak betul2 ikut permintaan papa 100% :)  lupa hari apa, dua hari lepas tak silap. Mudah lupa la plk bila dlm pantang hihi. Apa masak sblm ni pun ingat2 lupa kalau xsnap pic haha. 

Pada hari ni juga kali pertama saya cuba buat kuih seri kaya :)












Dan ini cerita hari ni. Suami ke Village Grocer utk buat groceries. 

Dpt mesej dr papa :) anak kami terutama ya irham dan adam adalah peminat seafood. Dan adam sgt sgt suka lobster. Sll kami mkn si johor atau di sabah atau bila fmly sy (kakak sll ke sabah), abg ipar n ma ke sana, akan tapau byk udang utk kami :) tapi yg masak sndr seingat saya last sekali sy masak ketika kami ke oklahoma.



Kami plan nak beli seekor utk irham dan seekor lg utk adam, tapi tak ada stok. Ada satu je huhu...



Harga pun ok kali ni sbb sll tak pernah kurang rm100 seekor yg belum masak... rezeki anak2







So gigih papa bawak blk. Saya buat masak merah lobster dgn udang super jumbo size masak sekali. Utk saya ayam papdrik dan papa ada tambahan kambing grill.

Sebelum masak ....






Wajah tak sabar dua beradik ni :) 










Wajah tak sabar anak2 terssyang... 







Hari ni mama tak smpt buat kuih :) dah ada aiskrim, so kita mkn aiskrim je ye :)

Sedikit sebyk cerita ketuk2 ramadhan. (lupa menu ikut hari sbb tak snap gambar pun ada :) doakan mama kuat sll dan inshaAllah akan masak sll utk kesayangan mama. 

Adam minta mama cukup jadi lawyer dah, minta buka restoran pula haha. Mama cuma masak eksklusif utk insan tersayang shj ok adam. Adam minta mama bukukan resepi sbb bila besar adam kata adam pula nak masak utk mama macam mama masak. Itu lah adam penawar hati saya yang plg suka makan hihi :) 

Semoga kita semua dlm lindunganNya sll dan diberi kekuatan dan diterima segala amalan kita spig ramadhan kali ni. Sama2 kita rebut peluang ini inshaAllah.

Salam.

Mrs Nizar