Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

Lipatan Sejarah -2013

Sekejap je masa berlalu, baru lg sy tulis ttg ups and downs 2012, tiba2 pejam celik pejam celik, 2014 bakal menyambut kita dgn beberapa jam lagi.

Sorotan 2013 (ups n downs) yg terlintas dlm ingatan kami.

JANUARY

-- habis pantang ariana, kami terus berpindah masuk ke rumah baru. Perpindahan yg plg sempoi. Hari pertama di KL kami habiskan membeli kesemua kelengkapan perabot rumah, dan hari kedua kami membeli kesemua kelengkapan brg elektrik. Kemudian kami terus berpindah masuk dgn hanya berbekalkan beg pakaian shj.




FEBRUARY

-- anak2 mula bersekolah di brainy bunch wangsa maju. 

-- bermula drama air mata etc setiap pagi sblm mula bersekolah.




MAC

-- bermulanya kehidupan weekend husband-&-wife bila papa join course di UTP tronoh. 

-- sy dilatih utk lebih berdikari.. Beberapa siri lawatan ke tronoh bersama anak2 berlangsung selain menunggu kepulangan papa setiap mggu (sblm papa buat daytrip utk jmpa kami). Pengorbanan seorg ayah, travel ke KL-tronoh setiap hari.

APRIL

-- alhamdulillah, dimurahkan rezeki. Sy membeli SUV 7 seater baru, model CX9. Sbb kami semua sll travel, perluka kenderaan lebih luas lepas kehadiran ariana kerana semua anak2 dilatih menggunakan carseat sejak kecil utk keselamatan mereka. InshaAllah.



MEI

-- papa berlepas meninggalkan kami sekeluarga utk job training di houston, USA.



-- bermula episod duka kami sekeluarga. Gelak ketawa jarang kedengaran, titisan air mata tidak pernah hilang saban hari. Smp kan sy tgk tiada lagi pic wajah sy yg ok, semua mata sembab sbb menangis tiap mlm bila bckp dgn suami, pagi dan mlm :( anak2 juga sgt teruk menangis SEtIAP MALAM ...

Sy cuma tido dlm 1 jam-2 jam je setiap hari sbb melayan kerenah anak menangis . Setiap mlm papa kena call pujuk semuanya.

Suma pic mata sembab ...



JUNE

-- siri kesedihan bertambah. Risau setiap masa bila tornados mula menyerang oklahoma city. 

-- kenangan paling pahit dan perit tpaksa sy lalui setiap hari demi mendengar berita suami.

JULAI

-- saya nekad membawa anak2 ke amerika slps diri tlalu sarat rindu pada suami, xsanggup mendengar pujukan suami utk ke sana setiap kali berbual, dan desakan anak2 yg tlalu rindukan ayahnya.

-- keputusan drastik dibuat. Terima kasih suami kerana bawa kami ke sana. Papa cepat2 belikan tiket lepas sy mendapat kelulusan visa pada hari yg sama.





Kenangan plg manis kami sekeluarga di oklahoma inshaAllah takkan dilupakan. Bahagia bersama slps derita rindu yg pjg :)






OGOS

-- perkembangan dlm karier sy. Sy take over HQ ofis sy. Dan bermula la ujian yg lebih besar dlm karier. Tiada harta yg lebih berharga berbanding ilmu.


SEPTEMBER

-- akhirnya kami menjual kereta mitsubishi lancer kami. Bkn krn kerosakan etc tp krn ia tidak lagi praktikal utk fmly ie meneruskan bayaran bulanan sedangkan penggunaan sekali dlm sebulan pun susah.





OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

-- beberapa siri percutian cuti2 msia tanpa henti setiap minggu kecuali hari minggu yg blk kampung.

--- macam2 idea papa lakukan demi mencipta kenangan manis kami sekeluarga. 







Alhamdulillah, semoga 2014 lebih baik dan lebih manis utk kami nnti inshaAllah. Kami mengalukan kedatangan 2014 dlm hidup kami. InshaAllah. Semoga 2014 membawa lebih byk keberkatan dan kenangan manis. Ameen. 





Monday, December 30, 2013

Tersasar impianku

Awal december 2013 aritu (dlm 8hb gitu),  bermula azam baru utk turun berat bdn. Sy kawal pemakanan (xamik supplement etc sbb takut). Niat hati nk berdiet sehingga akhir december je. Lepas tu cuba maintain ckit sebyk la kan. 

Mgkn target tinggi sgt. Nak turunkan 10.5kg dalam tempoh kurang sebulan ie hingga akhir december.

Esok dh 31.12.13. Sob sob sob. Harapan tinggi, konon nk melangkah ke tahun baru dgn berat badan spt sblm kahwin dulu ie 48kg.

Tp nmpknya mcm susah je nk berjaya. Sekarang berat badan sy dh 51kg. Maknanya ada lg 3kg berbaki. Macam mustahil nk turun dlm 2 hari kan.

Redha jelah. Tp syukur sekurang2nya sy dpt turunkan 7.5kg dlm tempoh kurang sebulan. Alhamdulillah (sblm ni 58.5kg). Kesan berat bdn naik mengejut dlm beberapa bulan je :(

Lg parah sejak ma n abah dtg, sy rosakkan menu sihat sy selama 4 hari bturut2. 

Hari ni pun sama, semua sy balun. Pizza, kek, chicken grill.. Semualah kiranya sbb meraikan bday partner sy :) ada 9 org xde dlm pic (ie bercuti dh). 

Pic wajah2 sebumbung di branch kuala lumpur :)




Dan ptg ni, sy layan rotiboy buttermilk (lama dh bertahan n bsabar masa berdiet) hasil pembelian papa huhu.

Juga ayam steam (nasi ayam).... Redha jelah. 5 hari cuti yg indah , tp sarat dgn rasa bersalah pd diri sndr. Kalau la x "menipu" lima hari ni, mgknkah ada sinar impianku terlaksana? Sob sob sob... Layan jelah.

Kalau sblm ni papa smp kejar sy n sy tpaksa menyorok dlm cadar sbb papa ajak mkn tart nenas fav sy (dia kesian tgk sy menahan rasa, nk paksa sy amik juga huhu), kali ni sy sendiri paw semua tanpa paksaan sbb cm dh nk gagal je misi.

Muahaha...

Tp target ttp bersambung. Kontrol ckit pemakanan utk lebih sihat dan capai impian berat 48kg. Ameen.



Saturday, December 28, 2013

Seharian di JPO | anak abah

Khamis lepas parents sy dtg jenguk anak2 di KL ie secara ad hoc. :) tokma n tokki tidur rumah kita dua malam sblm plan nak blk ke bangi plk. Sbb rumah kita dekat dgn lrt, waktu siang hari tokki n tokma jenguk anak2 suma yg bekerja ie kami suma bkumpul di klcc. Pusat tengah2 dr tpt anak2 kerja sbb ada tg dr bangsar utk lunch bersama. Sll waktu mkn ni la masa kami berbincang segala isu ie membuat laporan pd org tua la hehe. 

Kami lunch bersama di BumBu Desa KLCC. Kami smpt mkn ayam goreng berempah, ayam goreng cili hijau, talapia bakar, talapia goreng, sotong gulai, paru goreng, sayur cendawan, pucuk paku, kangkung etc (lupa dh :p). Gabungan menu fav sy n kakak kalo ke sini hehe.




Pagi sabtu tu tgh breakfast, tiba2 ma sy ckp nk cari kasut baru. Seharian shopping dgn tokki di klcc hari jummat,  tp yg ma sy hajatkan tp xjmpa hanyalah kasut clarks. (Ma sy sgt suka brand ni n mmg pakai brand ni je, xnak try yg lain huhu).

Mula tu sy ajak p mall. Pastu smpt ckp, sy pun bru pegi johore premium outlet n papa belikan sy kasut clarks baru ie harga asal rm400++ tp jadi rm250 je. Terus ma sy nk ke johor. Mujur tokki n papa setuju. Kami terus bergerak menuju selatan.

Smp je JPO, kemain parents sy redah kedai. Plan asal nk p clarks je, sekali kita melalui butik Coach dulu. Tiap kedai kena beratur nk masuk sbb ramai org. Tetiba je ma sy dh ada dlm barisan panjang di butik Coach. Aiseyman, abah sy terus pggl ma, suh p kedai kasut dulu sbb membazir masa beratur. Hahaha lawak plk tgk.

Actually ma sy mmg sgt suka shopping. Berbeza ckit dgn karektor sy. Tp layan jelah.

Mula2 kami jalan beramai2. Pas sekian lama masuk kedai ikut ma sy shopping, sy bpecah plk. Papa suh sy beli kasut lg, tp xde saiz plk. Sy apalagi, p shopping baju2 anak je dgn jayanya.




Pastu jmpa blk ngan tokma n tokki. Papa plk berpecah sbb nk cari brg lain ie shopping dgn anak2. Ma n adik sy plk shopping bersama. Tinggal la sy n abah.

Sblm tu smpt papa kirik pic dia lepak minum2 mkn kek dgn anak2 kat starbucks.





Semasa duduk2 dgn abah, Sempatla kami berbual...

Sy : kemain suma org shopping. Hehe. Sy ni kan payah sgt nk shopping brg sndr. Tp kalo utk anak, laju je. Kalo nk beli kt nizar pun, rasa enjoy je.

Abah : sama la. abah pun susah nk beli brg sndr. Tp kalau utk ma, senang la plk. Abah suka tgk ma hepi. Jadi sihat terus bila boleh shopping. Tgk kat umah la bape byk lagi handbag, cadar, set punggan mangkuk yg ma beli tp xterpakai lg haha.

Sy : nizar pun suka jgk shopping. Kira layan jgk la.

Abah : awk mmg byk "menurun" abah. ada waktu suka shopping, tp lebih mudah utk org lain. Byk lg la, awk ikut perangai abah.

Tengah berborak, tiba2 suami sy call.

Hubby : awk kt mana? Semua ok x? Shopping x? Sy kt GAP ni usha brg.

Sy : ok. Sy ok je.jom p mkn plk. Lapar la.


Elok lepas tu ma sy plk call abah. Bla bla bla tiba2 abah ckp, 

abah : ma dh call. Suh dtg kat Coach, nk beli handbag. 

Sy : hahaha. Gudluck abah. 

Abah : layan jelah. Ada duit pun bkn gembira. Tgk org hepi tu yg buat kita hepi.

Sy : ok la, sy nk jmpa nizar dh. Nnti kita jmpa ye. Sy order dulu dinner kt absolute thai.

Maka berpisah la dua beranak yg kepenatan mencari pasangan masing2 yg tgh galak bershopping hehe.

Ma sy mmg peminat tegar handbag Coach. Sy pun dh xtau berapa collection ma sy. Dan hari tu ma sy smp beli lg dua dan beberapa pasang kasut Clarks. Erk.








Masakan kat sini mmg terkenal dgn kesedapannya especially ikan siakap stim dan sotong stim. Tp smlm sotong stim xde n kerapu tiga rasa pun habis. Kami order siakap stim, udang tempura, sotong tempura , tomyam seafood etc. mmg semuanya sgt la sedap. Alhamdulillah. Kedai fav kami ni :)

Ni antara wajah kesygan hamba yg smpt papa snap masa shopping


Waktu ni papa ckp anak2 kata kenapa "dog" tu muka masam sgt. Sambil ajuk lg huhu.



Perasan tak kanak2 sgt enjoy tu n baju mereka dh berubah? Haha. Sbb ada air pancut kt sana. Anak2 mcm teringin nk main air, sy suh jelah mereka main sesuka hati. Sbb dh basah la kami tpaksa singgah ke kedai poney utk tukar persalinan. Alang2 dh masuk Poney la menjadikan sy shopping xhengat. Kalo x mgkn x shopping pun smlm :p



Semua kedai tutup pukul 10 malam. Elok kami nk blk dh, smpt ma sy patah blk beli lg cadar2 huhu. So jdnya kami btolak blk seiring dgn suma kedai tutup. Haha.

Kami terus rushing blk KL sbb pagi ni ma n abah dh nk blk terengganu. Semoga slmt pjalanan semuanya. Kami smp di bangi pukul 12.30am.

Alhamdulillah, seharian yg agak penat tp sonok even xde tangkapan utk sy kecuali anak2 heheheheh


Thursday, December 26, 2013

Kampung vs. Bandaraya | kewangan keluarga

Bulan lepas, sy, adik lelaki dan suami berbicang di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke kuala lumpur. Adik lelaki sy sedang dlm intern dgn sebuah company oil & gas di kl. sblm ni dia dh biasa dgn kehidupan kos rendah di tronoh.

Adik bertanya "awk kadang2 rasa cm susah/ menyesal x keje kt bandar. Ke baik keje kt kampung sbb kos hidup bandar sgt tinggi. Sy sgt terasa skrang cepatnya duit habis, dgn minyak kete, tol n mknan mahal".

Bagi sy, (kampung hny refer pd bandar kuala terengganu - kampung sy dan kota bharu- kampung suami),hidup di bandar atau kampung, dua2 pun terAsa kesannya.( ie kenaikan yg bmacam2 tu). Ni refer pd konteks kecik fmly kami shj.

Utk sy yg bekerja sndr, mgkn kehidupan di KL membuka peluang yg lebih utk meluaskan kerjaya (tp rezeki milik Allah, xsemestinya peluang ada, kita mmg akan dpt peluang tu).

1) makanan mahal

Kesan kenaikan harga minyak etc, hampir semua kedai mkn menaikkan harga mknan. Di kampung mahupun di bandar. 

Sy kira di kampung pun ada kedai yg mahal ie sy mkn dgn suami berdua, nasi goreng n tomyam semangkuk dikongsi dan air masing2 berharga rm30.

Mgkn di tronoh bandar kecil lebih byk pilihan gerai yg murah. Sama jgk KL, sbb persaihgan lebih sengit, kita senang utk mencari gerai yg lebih murah sehinggalah yg ridiculous harganya krn perbezaan lapisab masyarakat di kL.

2) tol/petrol

Yg ni mmg xleh elak. Hny di KL, kita tpaksa mengeluarkan duit extra apabila bergerak ( ie di kampung mgkn kos utk petrol je) tp di sini kita dikenakan tol pula.

Kenaikan yg tinggi mmg sgt membebankan, apatah lg ramai yg wajib menggunakan tol setiap kali keluar bekerja,bkn hny utk bjalan. Syukur sbb rumah kami dekat dgn rumah dan tiada tol. Namun kami masih membayar tol apabila keluar "marketing" mahupun bercuti. 
So yg ni mmg lebih elok tinggal di kg.

3) barang

Yg ni sy dan suami merasakan kebykan brg2 mgkn byk yg harganya lebih murah di bandar (mgkn sama la tp kami xjmpa sgt sbb jarang membeli bila blk kampung). 

Tp dr pengalaman dan logik akal atas dasar persaingan perniagaan yg lebih sengit di KL, mgkn ada benar pandangan ini.

Cth, ketika di kltn, kami plan nk tukar tayar kereta sy. Tp di kelantan, hampir semua kedai termasuk dealer kereta menjual dgn harga RM2000/ sebiji.

Kami blk ke trg pula, harganya masih sama. Plg murah RM1950.

Suami nekad utk blk KL dahulu sbb di kltn dan trg bkn byk pilihan kedai tayar size utk kereta kami.

 Alhamdulillah di KL lepas papa tny beberapa kedai, kami dpt harga plh murah cuma RM1600 sebijik. Nmpk mcm RM 400 je perbezaan, tp sbb tayar tu kan ada 4, so nmpk sgt ketara perbezaan harga iaitu sehingga RM1600.

4) misc

Kadar tarif letrik, petrol, gula etc. secara keseluruhan , setiap individu merasa bebanan xkira dimana mereka berada dan penyebab keseluruhan sara hidup tiba2 meningkat. Sgt menyedihkan. 

Dan byk lg yg kami bahaskan. Apapun hakikatnya, kesan kenaikan harga bkn hanya dirasai oleh warga kota, tp keseluruhan rakyat dinegara kita. Ada untung rugi setiap kawasan. 

Tp kita tetap kena lalui utk kelangsungan hidup. Mgkn lebih ramai lagi yg terasa impak kenaikan segala harga brg ni. Takkan nk migrate (point suami sy utk ajak pindah suma ke canada hehe), sedangkan ini tanah air kita, tpt yg kita berhak ke atasnya.

Adik bertanya lagi, mcmana pengurusan kewangan kami?

Kami xada apa2 rahsia pelik2 dlm uruskan kewangan. Tp kami meletakkan, "duit sy adalah duit fmly sy".

Gaji sy ke gaji suami ke, mmg kami guna bersama utk fmly. Sy dan suami tahu dgn terperinci ke mana duit kami dibelanjakan. Kami mmg sll discuss dulu sblm apa2 duit kami keluar dr poket. (Even duit isteri actually milik isteri hehe, tp keadaan skrang memerlukan kami saling tlg menolong).

Sy sll merasakan aturan Allah tu kena sgt (wajiblah kan).awal perkahwinan, gaji suami lebih tinggi dgn elaun etc. waktu tu hampir kesemua urusan keluarga papa bayarkan kecuali kereta sy, sy guna gaji sy. Waktu tu kad ATM suami ada dgn sy especially time papa offshore, tp still sy xguna dgn sewenang2nya. Smp papa penah call marah2 suh sy beli kasut baru sbb sy dh pregnant dgn menggunakan kad papa. 

Kemudian sy keje sndr. Alhamdulillah, mgkn skrang income sy kadang2 melebihi suami, tetapi ada waktu sy juga sgt terdesak, dgn bonus n gaji suami pula akan bantu sy. Dan waktu keadaan stabil, sy pula akan menampung apa yg perlu. Pendek kata, kami gabungkan duit kami bersama slps masing2 membayar komitmen masing2. Komitment plg besar sy adalah rumah ie RM4300 sebulan. Rumah lagi satu suami yg bayar. Kereta juga kami bayar asing2 selain komitmen lain. 

Lebihan dr duit gaji kami, akan kami guna bersama terutamanya utk anak2 (ie kos susu, diapers, fees sekolah etc). Jarang kami berbelanja duit kami utk diri sndr, especially yg besar2 ckit kecuali sbb hadiah dr pasangan. Rasa bsalah buat kami xmembeli dgn mudah, tp hati kami cepat lemah bila tgk pasangan teringin sesuatu.

Cth : semenjak kahwin sy xpernah beli handbag sndr, kasut sndr dan handphone sndr. Semua hadiah dr suami. Terima kasih.

Utk suami pula, (kasut baju etc dia suka shopping sndr ), brg gadjet termasuk handphone malah termasuk la ekzos kereta etc, ye itu sy yang hadiahkan. 

Sbb suami sll ckp, sy xakan beli brg sndr sbb sll rasa "xperlu tapi sgt mahu" bila inginkan sesuatu. Tp mgkn suami xperasan, awk pun mcmtu.

So conclusion, dlm kehidupan bekeluarga, bila dh berkahwin dgn mcm2 tekanan kewangan, sikap selfish adalah perkara utama perlu dikikis. Kita masing2 ingin "kesempurnaan", jadi kita sama2 kena bsedia utk melalui kesusahan dan kegembiraan bersama2. Jadi kami saling menyokong urusan kerjaya masing2 sbb kami tahu, end resultnya adalah utk kami juga. 

Bila dua2 pokai, kami hidup gaya pokai plk. Xmo stress stress hihi. Bila kami ada durian runtuh ( ie papa dgn bonusnya, sy dgn projek baru), kami akan raikan dan share "keuntungan bersama" pula. 

Apapun, semuanya hanya slps segala keperluan anak selesai. 

Semoga kita sama2 dimurahkan rezeki dan bertabah. Semoga berlaku keajaiban ie pak2 menteri tiba2 dpt idea yg kool nk bantu rakyat. Sbb rakyat "dah bantu" mereka berada di tpt mereka skrang kan!!!!

hehe Byk plk bebel.


Wednesday, December 25, 2013

Teka teki | math | poyo :)

Kami suka main teka teki. Smlm papa bg teka teki ni (maybe amik dlm internet la).

Ayat papa yg xleh blah : "awk rasa awk pandai math x? Kata anak cikgu pakar math (sblm ni parents sy cikgu pakar math). Kata terer math. Cuba jawab. Xaci pakai kertas"


Jeng jeng jeng .... 

Pas congak2 i terus jwb 27kg. N jwpnnya betul. 

Sy tny la formula en hubby yg nmpk konfiden jwb, rupanya dia xde formula, main cuba2 kira je ie agak2 berat arnab. Try kalo 2kg, try kalo 3 kg.

Hahaha itu xaci laaaaaa... 

Pastu sy amik pic ni fwd kt group fmly whatsapp sy.rule dia xleh pakai pen n kertas hehe.

Adik sy tg UTP plg cepat reply n siap bg formula dia (lain ckit dr sy la).

Apa yg sy kagum, sy minta ayah sy bkk whatsapp (perangai abah n ma sama je cm sy n suami sy. Kami suka lawan sape cepat jwb kalo teka teki. Hahahaah... Ma n abah dua2 jwb serentak n sgt cepat... Waaaaaaaa.....)

Masa kecik kami mmg sll buat math sama2 n sll tokki bg game. N kami suka lawan2. Rasa syok. Tp skrang dh masuk bidang law, mmg sgt jarang btemu math kecuali buat tort masa buat degree, n buat "kira2" budget gaji staff n kira bill utk client n kira untung rugi shj huhu :) 

P/s: hari ni hari gaji utk ofis sy. :)

On her birthday

Sabtu lepas kita plan nk celebrate bday ariana. Ntah mcmana, pejan celik pejam celik, 21.12.13 tiba tanpa mama sedar (december bln plg bz dlm sejarah karier sy).

Sbln sblm macam plan nk celebrate bday. Dh survey caterer & choc deco dh cari, tp tlupa nak booking. So jadinya tukar plan kita pegi cuti2 msia lg (pun ad hoc sgt. Xde proper booking etc huhu. Janji kasih kami xbertepi utk ariana. InshaAllah utk cuti2 oversea dlm masa tdekat sblm papa ke canada).

Bgn pagi tu kita breakfast kt Old Town taman permata. Plan nk bercamping di tanah aina raub  sbb irham dh lama nk ajak p camping (tp xde org angkat plk nk booking).



So kita menuju ke utara, layan jalan kampung sbb kami suka sgt pemandangan jalan kampung ni.

Mula2 papa bawak pegi slim river. Try cari chalet area tu sbb papa penah pegi water rafting kt situ.

Penat melilau ntah dlm "hutan" mana la, tp xnmpk chalet yg sesuai. Sempat kami singgah ke kolam air panas slim river. Nmpk jelas berasap sbb suhunya 104c dan dikatakan kolam air panas semulajadi plg panas di msia. (Jln2 kali ni xbyk snap pic, sy bz melayan anak2 sy hehe. Bila papa ingatkan bru sy snap haha).

Juga kita nak singgah kt satu kawasan perkelahan air terjun tp bila smp di tpt kejadian, cm xberani plk nk p sbb nmpk usang sgt.

Kami lunch di pekan slim river sblm bertolak ke teluk batik. Sgt cantik tpt ni. Kami mmg sukakan pantai. Tp malangnya suma hotel penuh. Dr hotel mewah sehinggalah hotel biasa. Sgt frust. Plan asal nk tido di Damai Laut, tp juga penuh. Kami call hotel smp bati gajah, suma penuh.

Malas fikir byk, kita singgah mkn di restoran terapun dayang utk celebrate bday ariana (ariana dh boleh mkn nasi la ckit2 hehe). Sgt sedap masakan di sini n unik sbb perlu melalui jambatan yg agak panjang ke pulau dayang (sbnya bkn pulau yg jauh la, tp sbb restoran tu terapung n sekeliling restoran tu ada kolam yg luas n chalet2 disepanjang kolam, so mereka pggl itu pulau hehe).

Kami order siakap stim, pari bakar (plg sedap penah sy n suami cuba), sptong celup tepung, tomyam, ayam masak thai cili, telur, kailan ikan masin dan kangkung belacan.

Masakan sini mmg sgt sedap. Anak2 suma mkn byk termasuk ariana. Ikan stim tu ariana je yg byk habiskan. Hehe. Suka sgt.









Selepas mkn2, kami plan nk tolak blk ke KL. kesian plk tgk papa penat sbb seharian kami meredah mcm2 tpt , nak explore tpt baru dan cantik kan. Sy pun call adik sy yg belajar di UTP tp tgh bercuti tu. dia suggest ada hotel bru n cantik area UTP. Alhamdulillah slps 40mi kami smp n ada blk utk kami. Selesa n cantik. Sgt moden. Tp xsmp snap pic, kami terus baring sbb penat angkut suma anak2 ke hotel sbb dh tido. Waktu tu dh 12 am. 

Keesokannya slps breakfast si hotel, kami btolak semula ke teluk batik dan marina island.

Marina Island ni sebuah pulau baru ie private island. Ada hotel besar ie Best Western di sini, tp sebesar2 hotel tu pun penuh. Papa teruja sbb hotel ni byk di USA. 

Kat marina island sgt cantik. Ada jgk offer island hopping. Sy pun pegi tny la. harga dia ok la cuma rm60 per head, tp sbb bkn speed boat besar (ie fmly sy penah charter boat keliling redang dulu, so mmg tau la saiz xla besar mana). Mmg seronok tp risau sbb bawak tiga anak kecik ie mmg nak charter utk fmly kami je. So tukar plan, xjadi la keliling pangkor n marina island. Pangkor island pun xjd p sbb dh p n cm xde apa sgt kt sana.

So papa kata kita xjd island hopping, kita buat bay hopping. Habis suma teluk kami pegi. Teluk batik, teluk rubiah, teluk senangin etc. mmg best layan suma. So bila ptg dh lunyai (ampun sbb sy xsnap pic jgk hehe)

Ni suma pic kat marina island shj :) lawa la kt sini :)



Ni jetty tpt kami nk sewa boat tu.






Sy la camerawoman nya waktu ni. Effort suami sy berenti kete suh snap pic sbb sy sedih dh nk blk hehe. 

Ni pic fmly sy jerit kuat2 dr seberang jalan sy tgh sibuk snap pic.  Nak jugak suh snap pic mereka hahaha...



Dan pic akhir ni di lumut :)



Malam tu kita btolak blk ke KL. begitu berakhirnya kita berehat ketika ulangtahun pertama kelahiran ariana humaira anak kpd sy hehe :)

InshaAllah akan adakan sedikit majlis sambutan kecilan bersama fmly ie adik beradik kami nnti. Plannya hari ni ie cuti krismas, tp papa plk cm xready :) inshaAllah mlm ni kita celebrate ckit bersama fmly kecik kita je.

Babai