Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 22, 2017

Finally .... yeayy...

Salam semua. 

Alhamdulillah smlm kita dh selesai shopping kelengkapan raya utk anak2 dan mama + papa kecuali tudung utk mama dan kasut mama + papa (mcm dh xsempat, xpelah. Sbb sll je belikan kasut utk diri sndr huhu).

Kisahnya mama dan papa penuh nekad utk capaikan hajat anak2 especially irham utk pakai baju merah. 

So awal pagi, lepas hantar anak ke sekolah masing2, kami singgah di ofis sekejap sblm menuju ke KLCC. Saya ada satu meeting di sini. Masa sy tgh meeting, papa cukup daring la, pulang blk baju melayu anak2 di isetan dan diganti dgn voucher. Cuak saya sbb takut xjmpa baju merah, so anak2 kami lgsg xde baju raya lagi ni.

Meeting selesai 10.30am, terus papa bawa saya ke Jakel Mall di KL. Kami main tarik je apa yg ada. Alhamdulillah ada baju melayu kanak2 warna merah ie koleksi yusuf iskandar. Papa pula terus ambil baju melayu merah koleksi Awal Ashaari. 

Kolekso baju mereka. Yeay alhamdulillah.




Baju melayu di sini lebih murah berbanding isetan ie yg kanak2 dlm RM100+ sepasang. Yang papa pula lebih kurang je ie RM200++. 

Dan ini baju anak dara kami :)
Koleksi lara alana 



Giliran saya pula. Jujurnya hari tu sy xberapa gagah. Jemu bsahur nasi, pagi tu sy sediakan bihun goreng je. Seawal pagi dh lunyai + start nak kena gastrik.

So emosi xberapa baik. Ditambah pula saya rasa tak de yg sy berkenan, baik material mahupin design. Sy duk je dlm fitting room, papa n staff jakel je carilan baju merah utk sy. Try satu koleksi Scha AlYahya, kami terus ambil je sbb kesuntukan masa nak jemput anak sekolah. 

Lepas beli cm xberapa girang sbb saya mcm 95% yakin saya akan pakai sekali je baju ni, atau mgkn separuh hari je ie pagi raya je. Papa ajak jenguk lagi baju lain, tetiba je air mata mengalir sndr. Bukan nanges, tapi air mata kuar tak tau la nape hehe. Ajak papa balik. 

Inilah bajunya hehe. Mgkn nnti boleh bagi adik kot :) 


Lepas tu gigih kami jemput anak. Sampai kat sekolah, anak2 ckp mereka kuat utk terus ke klcc utk sambung shopping. Gigih semua nak cari kasut n baju kasual.

Lama juga la tunggu mereka pilih kasut. Dua jam ok. Serius. Mama smp tergolek dah kat situ. Sangaattt xsama dgn perangai mama. Boleh shopping in 10mins je.

Lepas dua jam, ini pilihan kasut irham ie nak kasut sekali dgn roda. Mula tu saya xagree sbb risau bahaya kan. Tapi sbb yg ni design roda boleh disimpan ie masuk dan boleh jln dgn tapak biasa, kami turutkan jelah.



Adam pula ntah berapa kasut skechers dah ada. Yang ada lampu la etc. yg terbaru nak yang skech-air. 

Ni ariana punya, nak kasut ada lampu. Lebih kurang mcm kasut ariana sblm ni yang hilang sbb tercicir ntah di mana hehe.



Happy sgt malam tu tgk anak2 happy dan tersenyum puas. Siap kowtim nak tidur pakai kasut. Smp pagi pakai kasut haha. Janji raya kali ni betul2 kami ikut hajat dan pilihan mereka.



Dan ni kasut Ammar kami beli di mothercare.mujur ngam muat hehe.


Utk baju kasual kami beli sekaligus je di mothercare dan di poney. Yg kali ni semua pilihan mama. Semua agree mama pilihkan kali ni. Haha lega. Hanya biru dan kuning utk anak2 mama even beberapa helai dibeli hehe.




Mmg super penat sbb shopping semua sekaligus. 

Nak bagi anak x boring, layan la kejap ke kedai lego + usha kedai mainan utk mereka. Sabar dan tabah anak mama. Clap clap clap



Smpt papa pun belikan dua kemeja utk papa. Saya pula ke variante di klcc, terjumpa dia baju. Sukaaaaaaa sgt sgt baju tu. Xsnap pic hehe. Yg sy suka kena simpan dulu nnti entry raya la. Ada grey dan pink maroon (tgh fikir ok x sy pakai baju ni je masa pagi raya haha. Sbb kain selesa n design sy suka. Yang baju merah sy beli di jakel tu kain xselesa n design 100% sy xminat. Huhu). 

Layan jelah sesekali kan hehe.

Dlm penat tu, tlupa nak buat reservation utk fine dining di klcc. Semua penuh. So kami berbuka puasa di la cucur je. Akibat kepenatan, smp dua menu berbuka utk sy sorg hihi... 


Lepas tu baru kami balik ie elok slps berbuka puasa. Smpt la berterawih di masjid. 

Alhamdulillah kira selesai la kelengkapan. Dalam tak sedar, balik rumah buat kira2 dgn papa.... hmmm byk juga tershopping dlm nk jimat ie lebih RM4k kot. Utk mama papa cuma tiga baju kurung dan papa ada dua kemeja dan satu baju melayu. Hari raya mgkn kini ditafsirkan hari meraikan anak2 yg berpuasa di bulan ramadhan, dgn tabah dan gigih bangun bersahur bersama + ke masjid utk berjemaah hampir setiap waktu kecuali maghrib. Slps solat subuh di masjid, terus bersiap ke sekolah. Papa ckp papa happy sbb anak2 akan solat sunat sll di masjid + kdg2 ambil quran mengaji dgn papa. Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah anak2 mama. 

Malam ni kita akan bertolak ke terengganu sblm ke kelantan pula esok. Semoga slmt perjalanan kita inshaAllah ameen. Dan semoga aidilfitri ini diraikan dgn penuh kegembiraan buat anak2 ameen.

Salam

Mrs Nizar



Tuesday, June 20, 2017

Kerana anak kami turutkan....cheewaaaah

Salam semua especially anak2 mama :)

Hari ni nak cerita kisah kegigihan mama papa utk siapkan kelengkapan aidilfitri.

Smlm kami mula shopping lagi. Target utama selesaikn baju raya anak dulu. So kami terus ke klcc, waktu odd hours. Dekat2 nak berbuka puasa sbb org tak ada langsung, semua sibuk nak berbuka dan makan kan. Papa bekalkan air mineral + coffee + auntie anne's dr klcc.

Sempat pusing dlm parkson sekejap. Tapi mcm xbyk pilihan n byk dh xde size utk baju melayu anak2. So kami ke isetan. Pilihan warna x byk sbb bak sedondong semua kan, so kena pilih yg saiz semua cukup la kan.

Papa ckp sy nmpk bertenaga sikit shopping hari ni. Papa ckp mgkn sbb kat sini byk sgt pilihan lawa2 haha. 

Akhirnya kami pilih grey sbb merah dah xada. Brown, pink etc xcukup corumn ie saiz utk irham atau ammar xada.

Lepas pilih yang irham adam dan ammar, kami pilih pula baju kurung utk ariana.

Grey dan biru. Masa beli tu papa dan mama teruja sgt sbb nampak lawa. Mmg agak mahal baju2 kanak2 skrang, tp sgt lawa design (pada mata kami) dan jahitan cantik. Baju kurung ariana semua RM200++ sepasang. Kami amik dua.



Dua baju kurung dan tiga baju melayu dah hampir RM1k. Masa azan maghrib, kami stop minum jap then papa pegi solat bergilir masa mama bayar. Penat dah sbb mcm xnmpk baju yg menarik utk sy dan papa. So kami plan baju kami nak beli di bangsar.

Setiap 30min call anak sbb rindu. Jarang shopping xbawak mereka. Sbb kami kejar masa. Masa call tu irham cm syahdu sikit bila kami ckp xde baju warna merah. Dia ckp ok tp nnti ada la list baju jalan n kasut yg dia berkenan. InshaAllah cuba capai hajat irham.

Rupanya irham dan adik2 dah plan nk pakai merah. Pandai irham pengaruh adik2 huhu.

Lepas tu kami ke Bangsar, sbb sy bak usha di butik Jovian dan Variante. Saya suka baju2 di Variante, lawa2. Saya pernah beli baju utk dinner saya di sana agak cantik. 

#throwback pic dinner


Sampai Jovian, mmg xde pilihan. Masalah sekarang adalah saiz. Susah sbb dh habis saiz la yang cantik2. Uwaaaa... so kami blk jelah. Balik berterawih dulu. Plan utk sambung hari ni.


So pagi tadi, saya tunjuk baju kat ariana. Ariana cakap cantik tp mcm nak juga yang merah. Ariana kata baju kebaya grey cantik tp nk color lain sikit. Whoppppssss.... 

Nampak tak air muka yang berbeza bila dia suka atau tak suka baju tu. Mulut pandai ambik hati mama, ckp cantik. Tp air muka x boleh disorok.




Terus i text papa masa papa otw hantar irham adam ke sekolah.



Comel anak mama bergaya dgn baju raya hihi (sorry... over plk haha...siapa lagi nak puji anak kalau tak mak ayah sndr kan haha). 
So, irham adam pun mcm xhappy xada baju merah. Ariana pun mcm sayu xada baju merah.

So dpt arahan dr big boss ie ayahanda anak2, I cuti n reschedule semua appoinment. Papa nak tukar baju melayu grey kalau kami dpt cari baju merah.

Doakan ada rezeki anak2. Kalau x, terpaksa la pakai baju grey ini. Lawa je, nmpk classy tp niat kali ni mereka nak merah. Saya nak capaikan hajat anak. Papa dh bg greenlight, kalau sy mmg xberkenan juga warna merah, just beli yg biasa2 utk pakai sekali di pagi raya haha. Tak de la mcm tu kot, inshaAllah sy cari yg sy rasa sy akan pakai. 

So, jom mulakan operasi. Shopping baju jalan anak, baju melayu papa, baju kurung mama, kasut2 anak2 lepas diorg blk sekolah nnti dan list bertambah huhu....

Good luck utk mama papa. Kalau mama papa x jmpa, then anak2, lepas baca ni, sayang tahu yg kami mmg cuba utk capaikan hajat anak kali ni. Semoga dipermudahkan. Salah mama sbb sll last minute baru mula membeli :'(.

Salam.

mrs Nizar






Monday, June 19, 2017

Cubaan pertama.... gagal

Salam.

Baru rasa ramadhan menjengah, kita sudah ada dipenghujung. Masa kini dirasakan kian cepat berlalu. Sedar tak sedar, kita di malam2 akhir yang ditunggu2 dlm bulan yg mulia ini.

Alhamdulillah, tiba2 waktu tidur Ammar berubah sejak 10 mlm terakhir ramadhan. Sebelum ni ammar cuma tjaga utk minum susu. Tapi sekarang, setiap kali jam 3.30am, ammar akan beria bgn dan kejutkan mama papa dgn mukut membebel tak henti (dlm bahasa ammar) dan siap tendang2 mama, cubit2 pipi mama. Bila papa mama buka mata je, ada sorg budak comel tersengeh kat tepi. Muka cam happy sgt as if dia ckp "yeay, bgn pun mama dan papa kita ni" hehe. Selain itu, kami adik beradik pun akan saling kejut antara satu sama lain utk pastikan tiada yg tcicir utk bgn mlm. Abah sll ckp, kita berkasih syg bersama di dunia dan berdoa utk bersama di akhirat. Ameen.


Apakah percubaan pertama tu?

Actually kami sekeluarga belum shopping raya lagi. Langsung tak. Tak berkesempatan lagi. 

Plan asal, papa kata xnak beli baju melayu baru sbb last year papa pakai sekali je. Bila cek blk, last year kami beli dekat hugo clothier, baju papa RM366 sepasang manakala anak2 sepasang RM200. Papa ckp mcm elok sbb kualiti kain cantik so boleh recycle hehe.

Alhamdulillah anak2 kami bukan jenis push atau meminta2. Irham ada cakap nak baju melayu warna merah. Bila papa ckp nk pakai yg tahun lepas, irham ckp "ok papa".

Sehinggalah semalam.... tersentuh hati ibu dan ayah bila terdgr perbualan anak2. 

Adam : kita tak beli lagi baju raya kan? Kawan2 cakap semua dah beli.

Irham : tak apa lah tak ada baju raya. Kita sabar je. Kesian mama papa. Kita pakai je baju dulu, tak pun kita pakai jubah.

Ariana : nana nak baju baru. Nak baju princess pink. Haaa cantik.

Irham : tak payah la minta dgn mama. Kalau mama beli tak apa la, kalau tak, ok je.

Syahdu i suami isteri. Nampak sifat seorang abang di situ. Actually bukan tak nak beli, tak sempat lagi. So terus saya cakap kat papa "abg, hari ni juga kita cari masa utk pegi shopping semua". 

Smlm kami ke hugo clothier tu, cuba capai hajat anak2 nak warna merah. Tapi hati sy ni berat betul. Merah bukan warna saya. Boleh pakai merah, tapi utk baju melayu warna merah err baju kurung raya saya warna merah, cam sgt tak kena dgn sy. Takut rugi sbb pakai sekali je nnti. Saya suka warna lembut2 je atau gelap mcm biru gelap, biru lembut, pink pudar (pap a kata mcm baju saya nampak warna "buruk" sblm buruk) haha... tp skrang papa pun dh suka warna mcmtu la.

So smlm xsettle lg pembelian. Irham ckp ok boleh plk tukar warna. Serious x de idea. Yang lagi parah, saya mmg kurang ketahanan mental bila pegi shopping.

Ada la sesekali papa yang belikan baju raya kami ie termasuk baju kurung saya sbb saya xsmpt nk pegi shopping etc. menjelang raya sy sekeluarga sgt happy, tp bila sebut cari baju raya, sll rasa gentar sbb mcm ada time frame n kena beli dlm tempoh tertentu. Kalau hari biasa, xde mood nak shopping, xpayah beli.. senang hehe.

Smlm saya gagahkan diri. Papa gelak kemain kat saya. Semangat nak shopping. Masuk mall je xtahu mengapa asyik menguap. Jalan je ikut papa sana sini. Papa ckp xfaham kenapa tiap kali ajak pegi mall sy akan menguap xhenti dan smp berair2 mata. Papa ckp sll perempuan, tengah sakit kalau pegi mall suh shopping akan sihat dan ceria. Uwaaaaaa... parah parah...tak tau la ada tak org yg teruk mcm saya bab2 shopping ni... biasa la, tiap org ada kelebihan dan kelemahan masing2... kekuatan dan kesabaran setiap org berbeza kan... 

Smlm kami cari semua tak de yang berkenan. Papa minta saya kosongkan schedule dua hari. Agak payah. InshaAllah hari ni plan nk cuba habiskan list utk shopping seberapa byk yg boleh slps appoinment pagi.

Masalahnya ada dua lg benda tak settle ie hamper utk client2 + servis kereta. Pagi ni papa kata nk servis kereta ie tukar brake pads.

Hmmmm tahun ni tahun raya "budget". Hehe. Raya gaya jimat cermat.hihi. Kebetulan june ni byk plk kami terpaksa keluarkan duit ie baru sudah register sekolah baru anak2 (more than 10k utk pendaftaran n fee utk quarter year nnti cerita later2 psl sekolah baru anak2), weekend baru ni juga baru settle deposit kereta honda civic sbb sblm ni mereka minta deposit. Bayar full bila kereta nak smp. Kalau tak ada aral, inshaAllah hari ni dpt kereta baru. Yuran semester baru sekolah ariana juga kena bayar hari ni (dlm 2k), servis kereta sblm blk kampung (kalau servis biasa pun lebih RM1k, ni papa nak tukar brake pads etc hmmmm) dan mcm2 la. Kebetulan semua dlm bulan june. 

 Tapi june byk berlaku perkara istimewa juga. Nanti kita cerita ttg "June yang istimewa". 

Semoga hari ni dpt selesai cari keperluan raya utk fmly saya. InshaAllah. Kesian anak2 mama, tiap2 tahun suspen psl persiapan raya. 

Pic smlm dengan anak2. Smpt plk nak naik skuter jap sblm ke sekolah. 


Happy mommy 


Salam.

P/s : smlm papa ckp GST skrang dh termasuk mknan juga ie bahan mentah etc. semakin tertekan kehidupan seharian. Impak dirasai setiap lapisan masyarakat. Semoga ada jln dan cepat berakhir semua ini. Ameen. 

mrs Nizar





Tuesday, June 6, 2017

4 hari ....

Apa yang 4 hari? Actually sy dan suami terpaksa attend satu course selama 4 hari di Klang dr jam 9.30am - 5.30pm setiap hari bermula isnin lepas. Ini adalah course utk kerja "part-time" kami ie saya ada beberapa lesen ie utk wealth, PRS dan kali ni utk takaful. Mulanya ambil lesen pada awalnya sekadar suka2 atas saranan partner, tapi yang kali ni saya ambil sbb ia terlalu berkait rapat dgn karier sy sekarang. 

Cth : saya selalu bantu kwn2 bank utk dpt panel developer bagi dapatkan projek utk mortgage (loan rumah), tapi kali ni developer boleh terus submit loan client pd saya sbb conpany yang join ni juga menyediakan khidmat pinjaman perumahan dgn kadar interest yang baik. So saya boleh bawa client utk submit loan merek terus kpd saya shj (utk sy bawa pada office, dapat bantu client sejak awal mereka mahu beli rumah-apply loan-proses loan-dpt approval loan- sehingga loan disburse (firm saya pula di sini).
dan secara tak langsung menambah side income saya dlm proses loan mortgage client).

 Utk developer pula ketika dlm proses pembangunan juga perlu insurancekan projek mereka ie takut berlaku musibah ketika pembinaan spt runtuh etc, so tak menjejaskan kos pembinaan yang sllnya mencecah ratusan juta, jadi saya dpt bantu kwn developer utk dptkan perlindungan dan lain2. Oh ye, smp ke medical card, semua saya boleh buat ie utk benefit company dan plan keluarga. Nanti saya cerita lebih lanjut pasal "kerjaya tambahan" ini sbb ia bergerak seiring dgn kerja saya sekarang. Dua pekerjaan boleh bergerak serentak konsepnya :) Semoga dipermudahkan.

Panjang plk intro hehe. So kami attend bersama (saya mmg akan involve kan suami saya utk setiap mata pencarian sbb kami mmg bergerak bersama sll.)

So sebab kelas ni kami dah tahu awal, mula la saya dan suami rungsing. Rungsing sbb rasa lama tinggalkan anak dirumah (sll kami mmg akan lunch bersama atau berjumpa waktu lunch atau anak2 kdg2 ikut saya bekerja time cuti sekolah). Rasa sayu pula teringat anak2. Papa lagi la, duk risau sbb sll papa kab dgn anak2 sll bila hantar dan jemput anak blk sekolah. Terasa kosong di situ. Dulu pun mula2 berhenti kerja atas sebab utk menjaga anak2 sndr ie nak masa flexi bersama keluarga tapi dlm masa yang sama ada income jugak la. Dan ini akhirnya jalan yang Allah aturkan utk saya, alhamdulillah.

Ma dan abah yang dah mmg kenal sangat hati tisu anak dia (kalau berkait dgn fmly la, urusan lain hati besi tau kekekeek)... so abah n ma offer utk tunggu anak2 spjg kami pergi kursus. Kakak kedua sy pula jenis sll outstation, so apalagi sesuka hati gelak kat saya bila pagi saya nak bertolak pagi tu bila saya ckp mcm sedih je nak pegi kelas. Lama sgt rasa tinggalkan anak. Kakak gelak sbb klang tu dah la dekat, n kakak ckp rutin normal prg lain mmg awal pagi keluar kerja smp 5.30pm. Dan smp rumah lewat ptg n ada smp malam... huhu.

Ni msg dr abah :) hihi saya mmg jenis homesick teruk. Masa di uia, mmg blk ke terengganu setiap weekend tanpa gagal, rindu ma dan abah.


Jadi rutin saya sedikit berubah. Saya tak nak susahkan ma sediakan juadah berbuka. So malam2 lepas terawih gigih la saya masak utk sahur dan berbuka. 

Tahun ni kami adik beradik mmg tak nak ma penat sbb ma kami bukan kuat sgt. Kami suka tgk ma dan abah dpt fokus utk ibadah je di bln mulia ini. Sepanjang hari ma dan abah habiskan masa di surau betul2 di dpn rumah ma abah di Bangi. Program tadarrus, kuliah agama, kelas Quran etc smp berbuka bersama di surau dan tadarrus smp pukul 11mlm. Ada sesi lelaki dan perempuan. Ma saya ada buat kelas utk ajar al-quran juga pada kaum ibu.

So setiap hari kakak saya yg sulung dan kakak kedua akan balik dan memasak satu dua menu setiap orang dan hantar pd ma saya. Setiap hari ofis mereka tamat jam 4.30 ptg, kakak sulung dr klcc dan kakak kedua dari bangsar. So dlm 5.30pm mereka akan smp bangi dan terus masak juadah berbuka utk keluarga. Saya pun sll masak dan kirim pada adik saya utk dibawa pulang pd ma dan abah. Jangan tak tahu, adik lelaki saya pun gigih kadang2 masak utk ma ie hari minggu la :) adik sy pun pandai la masak basic2 utk family dia. masak dirumah adik dan tapau utk berbuka dgn ma. even ma tak kata apa2 cuma senyum tgk masakan anak lelaki ma, tapi saya tahu jauh di sudut hati ma saya happy sbb saya rasa i mgkn nangis kalau tgk irham adam ammar masak utk sy nnti hihi ameen. Kami mmg dilatih dr kecil sgt appreciate masakan yang dimasak sndr sebab itu la juga yang ma saya sll buat utk kami dr dulu smp sekarang. 

Ni pic baru ni, first time try nasi hujan lanas, mujur papa suka (nasi minyak colourful je pun hehe). Bolek kirimkan utk ma abah rasa juga. Abah ckp skill masak saya makin improve haha (sbb dlm adik beradik sy plg xpandai kot, kakak kedua saya plg superb bab memasak.. )

Saya masak nasi hujan panas bersama kari tulang, ayam goreng, daging masak merah, acar timun dan ikan masin.



Dan inj ammar saya bila di meja mkn. Adam suka mkn bubur byk2. Bila tgk juadah di meja, mulut ammar pasti ternganga dan sengeh2 nak capai apa je mknan di depan mata :)


Ni fav saya dari kecik dan fav anak2 juga.


Ada la sesekali ma memasak ketika ramadhan dan ajak kami berbuka. Mungkin ma kesian kot anak2 yang rindu air tangan bonda.

Tiba2 semalam tengah duk dalam kelas dpt msg ni pula :)


Yeay, saya mmg suka ma masak, tapi jauh di sudut hati mmg rasa bersalah sbb xnak ma penat. Baru ni bacaan gula ma smp 1.6 sbb berpuasa (diabetes ada naik dan turun mengejut). Gelabah kami adik beradik. Masa tu dah lepas berbuka. Abah saya panik sampai terlompat dari kerusi bawak kan milo dan coklat utk na dulu.

Sesampai di rumah smlm, tersenyum lebar tgk masakan ma. Berkali2 cium pipi ma ckp terima kasih. Malu2 ma sbb saya peluk ma mcm xnak lepas, ma gelak ckp dr kecik smp besar, kalau dpt mknan best , mesti nak peluk ma xnak lepas. Hihi.

Ma saya masa singgang tulang, sayur lemak + sotong, telur sambal, ikan siakap goreng cicah kicap, udang goreng, hati dan pedal goreng garing, budu, sambal belacan etc. terima kasih byk2 ma dtg masak di rumah saya. 

Saya tak masak hari tu sbb papa kata boleh beli kat kedai sbb kesian saya penat sgt kena masak lepas terawih atau lepas habis kelas (smp rumah pun dh pukul 6pm kan). Terima kasih abang, ur the most wonderful husband, sll ada ehsan pada isteri yang weng weng ini. 

Ni la menu smlm, biasa di mata orang, sungguh istimewa di hati saya. Iar tangan ibu tiada tukar ganti. 







Cokodok pisang tu ma yang buat :) fav anak2 especially ariana. Boleh habiskan 10 biji sekelip mata :)

Adam ckp " mama, tokma mmg la masak sedap. Tokma masak special sll sbb tokma kan mak mama. Mak mmg akan masak sedap utk anak sbb dia sayang anak dia sgt. Macam mama, masak sedap sll utk irham adam ariana sbb mama kan sayang sgt anak2 kan."

Tersentuh hati sll bila adam bercakap. Teringat baru ni masa saya happy sgt sbb adalah suami buat sesuatu yang best, tak sedar diri terus terlompat2 peluk suami n ckp "thanks abg thanks abg bla bla bla". 

Adam terus ckp :
" mama, your husband is a wonderful husband. So pls, dont change your husband ok because your husband is the great husband in the world. He loves you, so he marry you".

Amboih anak. Papa ckp tak tahu la nak happy ke nak sentap sbb adanya ayat "dont change your husband" heheh...

So itu la serba sedikit cerita kali ni. Cerita tentang keluarga kecil saya. Kerana di sini ada kegembiraan saya. Selalu bila saya sgt down, terus saya lari ke arah suami saya, saya akan blk jmpa anak2, atau terus lari ke Bangi dptkan kekuatan dr ma abah. Alhamdulillah atas segalanya. 

Salam

Mrs Nizar