Panjang yg ingin ditulis.. Malah tertarik utk menulis sesuatu yg xpernah diketahui oleh sesiapa, termasuk ahli keluarga terdekat... Suka duka kami, hanya kami yg tahu....
Nape tiba2 nk tulis? Nk share lagu fav sy dulu. Sy ada tiga lagu yg sy suka dr sejak belajar smp sekarang. Lagu pembakar semangat la konon sbb sy kan xminat sgt lagu :)
Mendengar lagu ini sll buat sy terimbas macam2 kenangan :)
Terbang tanduk --fynn jamal
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Ingin saya catatkan satu kenangan, semoga berguna catatan ini khas utk anak2 mama.
Pertukaran aliran dan universiti
Teringat masa abah melawat sy di Matrik KPM kelantan, sy pernah luahkan hati pada abah, sy sbnarnya bercita2 nk jadi peguam. Waktu tu dh nk habis satu sem sy belajar di matrik ambilan sblm result SPM.
Abah sy yg fhm hati sy minta sy tukar aliran even sy rasa mcm xlogik je sbb lecturer semua ckp xboleh amik jurusan undang2 kalo sy dlm aliran sains n waktu tu keputusan SPM sy agak baik (even xsebaik papa hehe), tp subject sains sy dpt A cth Bio A1, kata lecturer pasti permohonan sy ditolak.
Sudah jd ketetapan dan izinNya, Allah izinkan sy utk melanjutkan ke universiti dlm jurusan undang2 (UIA) elok slps kelutusan SPM diumumkan. Terima kasih abah krn faham pilihan hati sy dan berusaha mencari jalan utk capaikan impian sy.
Awal episod sbg peguam
Alhamdulillah sy diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara pada tahun 2007.
Masih sy ingat ma dan abah pernah teman sy ke kes2 bicara di mahkamah. Sy nampak ada riak gembira dan bersyukur di wajah ma dan abah, impian abah dan ma utk melibat sy berjubah peguam (robe) Allah izinkan tercapai.
Waktu rakan seusia mgkn ramai yg sedang bercinta n bergembira dgn pasangan, tp sy telah jatuh cinta pd kerjaya sy. Waktu tu weekend sy byk dihabiskan di pejabat. Terlalu tamak utk cepat pandai :p
Sampai la detik sy diijabkabulkan dgn suami, sy masih seorang yg sygkan kerjaya tp sy kena tambahkan ckit "super powe" hehe sbb keutamaan sy adalah keluarga sy pula, namun komitmen pd kerjaya masih xluak langsung.
Resignation letter
Yup, mgkn sy ni risk taker ckit. Sy issue resignation letter sy ketika sy dlm pantang anak kedua. Sbb jarak usia irham dan adam hanya setahun tiga bulan, hati xsanggup utk tinggalkan anak pada maid/baby sitter.
Suami sy setuju dgn permintaan sy. Bermula la kenangan "the ugly truth" yg kami lalui bersama. Yg mgkn xpernah sesiapa tahu sblm ni.
Waktu tu hanya suami yg bekerja. Gaji waktu tu bukan la terlalu tinggi malah suami tidak lg pergi offshore.
Sy pula sudah tiada mata pencarian tp kami ada dua buah kereta n sebuah rumah utk dibayar setiap bulan.
Kenangan tidak boleh dilupakan
1) kami terpaksa mengikat perut.
Tiada siapa tahu kami penah lalui fasa di mana sardin adalah makanan mewah kami. Sbb setiap hari sy masak telur. Dr sudut positif, inilah detik permulaan hidup sy, sy memasak setiap hari utk keluarga sy.
Waktu tu mujur irham hanya mkn bubur, kalo x sedih jgk dgn lauk yg sy sediakan. Tiap waktu dlm hidup kami, kami sanggup berkorban apa shj utk kami tp kami cuba utk memberi yg terbaik sll pd anak.
Masih sy ingat, tiap hari kalo suami tny :
Papa : hari ni kita makan apa?
Saya : hari ni sy masak kari.
Papa : hari ni kita makan apa?
Saya : hari ni sy masak kicap.
Tak perlu ulas pjg apa yg dimasak sbb suami tahu semuanya adalah berasakan telur semata hehe. Telur kicap, telur kari, telur masak merah etc etc.
Ini adalah fasa/detik plg sukar dlm hidup sy dlm tempoh 32 tahun ini. Akan datang, tiada siapa yg tahu lg. kami nekad xnk susahkan sesiapa utk hal2 kelangsungan hidup kami. Tetapi utk urusan ofis, sy byk terhutang budi dan kewangan dgn ma dan abah sy. Hny Allah yg boleh menbalasnya dan sy akan cuba sedaya upaya utk membahagiakan ma dan abah sll.
2) tiada maid, tp perlu bekerja
Waktu tu kos utk ambil maid agak tinggi. Sy xnk amik maid sbb sy nk simpan saki baki duit yg ada utk waktu kecemasan.
Sbb keje sndr, masa agak flexi. Pagi2 kami bgn awal. Suami sy basuh n jemur baju, sy pula mandikan anak.
Kemudian sy akan pimpin irham, galas beg susu anak satu, galas beg keje sy satu dan bimbit adam dlm baby carrier (bakul baby) menuju ke ofis. Terkejar2 buat keje sesekali kena stop salin diaper anak2, suap makan, menyusu anak etc. mmg agak penat.
Petang blk keje, cepat siapk2 anak sementara papa akan sibuk urus hal baju ie lipat n gosok, sy pula kemas rumah.
3) gembira dan bahagia
Walaupun dlm fasa plg sukar, alhamdulillah Allah anugerahkan kami kegembiraan sll :) kami boleh senyum ketawa sll. Malam2 papa pasti bawak sy pusing2 bila anak dh tido dlm kete, cerita2 dgn sy, pasang angan2 bersama.
Papa sll ckp, xpe kita penat tp Allah bg kita hepi. Xpe kita bersusah kurang dlm material, tp Allah bg kita anak2 penuh keleteh menawan hati dan jiwa, semuanya xapa janji kita ada Allah yg syg kita :)
Bila gaji papa masuk, hari pertama gaji papa pasti cuba gembirakan sy, bawak sy mkn special (ie bukan telur n makan kt luar la hehe), kdg2 bg kejutan beli hadiah (bukan nilai hadiah jd keutamaan, tp ingatan dan niat suami yg ingin melihat sy gembira even dlm waktu kami plg "tiada"). Sekali shj sbln. Lepas tu, sambung la rutin kami.
Even parents kami xpernah tahu perkara ni. Semua nmpk baik2 je. Malah parents kami dan adik beradik xpernah putus tny keadaan kami utk dihulurkan pertolongan :) terima kasih semua. Kalau la semua tahu keadaan kami waktu tu :):)
Hepi tak dtg bersama dlm material, sbb kalau material buat kita bahagia, kami la calon2 merana waktu tu. Haha. Malah kesusahan itu buat kami saling menghargai.
4) hampir keguguran
Tiga kali ariana hampir keguguran. Kali pertama, doktor PCMC ckp ariana xdpt diselamatkan. Tunggu waktu utk gugur je kata mereka. Hanya Allah yg tahu hati sy. Semua disebabkan sy terlalu aktif masa tu utk cari kerja.
Sy pernah bleeding yg smp lencun cm air paip byk. Sy cuba bertenang. Sy masuh ingat, sy menangis di katil hospital. Sy xnak lagi membiarkan org lain perkotak katik hidup sy.
Belum lg campur org yg sy percaya yg "mengambil" duit ofis secara salah hampir enam angka:( sedang waktu tu ekonomi ofis bukan la stabil sgt. Beberapa kali sy terduduk dgn mcm2 tamparan dlm kerjaya. (Xtertulis di sini dan telah sy cuba padam semuanya... InshaAllah)
Tiap kali ujian yg dtg dlm xsedar bkn mematahkan dan melemahkan, tp memberikan azam yg lebih kuat utk "melawan". Melawan sy adalah dgn terus mencari jalan utk terus bangun, jangan akur pd ujian dan kesusahan. Alhamdulillah
Pernah ma sy menangis dan ckp cukup la bekerja etc, cukup la semua sbb xsangkup melihat ujian bertandang. Tp lain pula abah dan suami sy.
Suami sy : sy xpernah paksa awk teruskan semua, tp kalo awk memilih utk berjuang, sy sentiasa bersama awk, menyokong tiap keputusan awk. Awk akan ada sy sll dgn awk.
Abah sy : jangan paksa diri andai tak mampu. Tp selagi boleh bertahan, terus berjuang, sbb abah sgt yakin, akan ada kejayaan dlm kesabaran.
Itulah penguat hati sy. Hati seorg ibu mmg lembut, xsanggup n menangis bila melihat anak dikandung bersedih. Tp doa ma sy xpenah putus utk sy. Ma sy sll menangis tiap kali sy ucap apa2 berita gembira dll karier sy.
Kini
Jatuh bangun adalah lumrah.pernah "diuji" dgn (kesenangan juga adalah ujian. Tlg jangan lupa ini). Ada tika sy dpt withdraw lebih 5angka pendapatan setiap minggu. Tak pernah terfikir dek akal waktu tu. Sy mula rasa cuak takut dan risau waktu tu. Plg takut sy hanyut dgn ujian kesenangan pd waktu. Bkn bermaksud skrang dh senang... Mcm sy ckp ada jatuh bangun kan. Adat la dlm berbisnes. Ada pasang surut kan). dan rezeki waktu tu sy dpt beli rumah dan kereta idaman sy. Alhamdulillah. Ada suami n ma abah yg sll ingatkan sy, sbb manusia ni mmg sgt mudah lupa dan hanyut.
Tp kini sy rasa sy lebih kuat dan tenang menempuh ujian Alhamdulillah. Kita xakan hidup sebagaimana yg kita corak, tp hidup kita sll lebih baik dgn apa yg Allah sudah tetapkan pd kita. Yakinlah. Saya rasa lebih tenang kini. Semoga masa2 dpn nanti juga akan lebih baik inshaAllah.
Penat dan keje kuat? Itu masih sama spt dulu hehe. Liku ujian lain plk la skrang. Macamana utk memajukan la pula. Cerita perjalanan hidup mmg xpernah habis kan :)
Moral
1) pesan abah, utk bahagia, ingat ingat dan sebut sll kegembiraan kebahagiaan dgn penuh syukur setiap yg baik... Lupa lupa lupa dan buang segala yg xelok. Tiada siapa yg tidak pernah melalui jalan yg sukar, tp mereka yg ingin berjaya harus buang dan lupa segala yg xelok dan dendam tetapi mengenang kesusahan itu utk lebih bersyukur adalah lebih baik.
Selingan : Sbb tu dlm blog ie diari sy lebih byk cerita gembira shj (kata pun nama blog Love Love Love).... Ia secara tak langsung bawa aura positif pd kita :) bkn bermaksud tiada cerita x seronok dlm hidup ini.
2) tiap kali kita rasa kita susah n struggle menempuh ujian hidup, pandanglah kiri kanan kita, lebih ramai yg struggle dlm kehidupan mereka, bersyukurlah.
3) tiap kali kita rasa iri hati, dengki etc melihat kehidupan org lain yg kita nmpk macam sempurna, ingatlah , kita tak tahu apa kisah silam mereka. Mgkn utk mencapai apa yg mereka ada skrang, mereka melalui pelbagai ujian dan cabaran dgn sabar. Mgkn ujian yg mereka tempuh itu kita sndr xsanggup utk diuji. Maka bersyukurla seadanya dgn apa yg kita ada, dgn apa yg kita diuji.
4) pesan abah dr dulu dan xputus smp skrang.
"Jangan tinggal dhuha, jgn tinggal tahjud jgn tinggal quran, dan bersedeqahlah ... Semuanya harus diamal setiap hari. InshaAllah kita akan tenang dan bahagia, di sini dan di sana"
Benar kata itu. Plg mudah dhuha dan sedeqah ie di dalam kawalan kita. (dbb tahjud mgkn ada yg tertido kan). Pastikan setiap hari bersedeqah tanpa gagal. Bukan nilai sedeqah, tp amalan itu yg penting. Ada hak org pd kita. Ye SETIAP HARI. InshaAllah kita sama2 berusaha perbaiki dan amalkan. Bila dh makin bertambah rezeki, maka pertingkatkan lah jgk jumlah yg disedeqahkan.
5) jangan putus berdoa. Hebatnya kuasa doa, hanya Allah yang tahu. Yakin sll. Doa pd ibubapa, pasangan, anak2 dan saudara mara. InshaAllah akan smp doa yg baik pd kita juga.
Ok la... Dah panjang sgt. Entry plg panjang sy dlm blog ni :) menggamit secebis memori.
Dr hanya mendengar sebuah lagu, terimbas kenangan, terucap kata terzahir dgn kata2.
Tp inilah antara sebahagian kecil kenangan sy. Yang tetiba rasa nk berkongsi bersama :):) sy hrp penulisan sy tidak disalah erti dgn episod2 pandangan negatif , tp sekadar berkongsi bahawa dlm hidup ini tak sllnya mudah, ujian dtg xbertepi, kegembiraan mencurah tak terperi. Semuanya hanyalah kronologi berbeza tiap kita sblm ke sana. Yang penting, apa jua ranjau onak dan duri, ujian bahagia dan derita, pastikan kita sabar dan berdoa sll agar tak lupa, bahawa Allah sentiasa sayangkan kita.
Terima kasih abang, ma dan abah, org yg sll yakin pd sy pd waktu sy plg "down" n segan bila org tny psl bisnes sy... Sll minta sy lupakan suara2 luar, tetapi terus berdoa dan berusaha bersungguh2 sll. Set kan apa yg lebih penting, lupakan segala masalah remeh.
Terima kasih abang, ma dan abah sbb xputus doa utk sy. Xputus memberikan masa utk sy dan pandangan tiap waktu sy perlukan.
Terima kasih abang ma dan abah sbb byk bersabar dgn sy...
Salam
Mrs nizar :)





















































