Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 24, 2016

Rindu rinduan

Hari selasa lepas, my beautiful Ariana admitted di prince court. Actually anak2 tiba2 kena selsema beberapa hari sblm tu. Tp disebabkan irham dan adam sudah pandai keluarkan hingus dan kahak sendiri, alhamdulillah mereka cepat sembuh dlm dua hari je. 

Tapi cik ariana saya belum pandai lagi. Dalam tahun ni, alhamdulillah anak2 sihat je kecuali bulan ni irham ada demam masa kami ke singapore tu. Jadi, kami suami isteri cepat panik nak handle bila tiba2 je selsema dan batuk ariana ditambah dgn demam.

Ptg selasa kami bawa Ariana ke Twin Tower Medical Centre (Di KLCC) sebab suami saya serasi dengan ubat2 di sini kalau dia tak sihat. Masa ke sana tu Ariana mcm ok je. Tapi doktor dh ckp mcm nak demam. 

Tiba2 bila kami blk, jam 6pm, ariana mula demam dan suhu dlm 38C dan menghampiri 39C. Lepas tu ariana start batuk2 ie lebih rancak. Sebelum tu bukan macam ni, ie batuk acah2 je :) 

Ye, kami mgkn kategori ibubapa yang cepat panik apatah lagi slps kejadian ariana pernah kena "asthma attack" tahun lepas. Lepas tu dah tak ada siri semput ke apa berlaku. Alhamdulillah. Akibat kejadian dulu, kami ada portable neb, so kami neb ariana ptg tu atas nasihat doktor (baru tau kalau batuk2, doktor suggest neb daripada ubat batuk sbb neb lebih cepat bertindak). 

Tapi bagi saya, baik terlebih ambil tindakan dari terlewat. At least kita dh consult doktor dulu dan tau keadaan anak serius atau tidak. Tapi setiap apa rawatan yang doktor nak bagi, kami mmg consult dulu, ie bukan serah 100% la ie tujuan apa rawatan diberi, nama ubat, kesan sampingan etc. saya sgt selesa dgn paed anak2 kami di prince court sebab di akan terangkan segalanya dgn jelas dan lebih kepada rawatan secara alami dr bergantung pd ubat2.

So saya dan suami bergegas ke hospital slps solat isyak. Sampai di prince court, terkejut tengok ramainya orang. Tak pernah tgk seramai ni pesakit. Macam kat hospital kerajaan. Dan kebanyakanpesakit adalah kanak2. Sebab kami dah call sblm datang, alhamdulillah terus dapat turn.

Doktor cek dada ariana dgn statescope, alhamdulillah doktor kata clear. Tapi kami terus buat XRay juga, dan dari situ ada sedikit "warna putih" ie mgkn tkena jangkitan. Juga buat blood test dan swab test. Sebab risau demam ariana makin panas malam, kami setuju utk warded.doktor neb ariana sekali di sini sebelum di hantar ke wad.


Ariana mengantuk dan tertidur masa neb.

Malam tu kami dpt bilik sharing dulu sbb ramai sgt orang sblm tukar ke bilik single. Anak2 ie irham dan adam saya tinggalkan pada maid dan adik sy dirumah. Memang tak sesuai datang apatah lagi dgn bilik sharing tu.

Dan bermulalah episod rindu rinduan kami. Serius dah lupa dan tak ingat langsung dah bila kali terakhir kami tidur berjauhan ie saya tak tidurkan anak2. Malam tu susah nak lelap mata, terigat anak2. Suami balik rumah jam 1am, ampt jenguk anak2 sblm datang semula ke hospital dlm 2.30am. 

Malam tu ariana demam. Syukur, dengan izin Allah, ariana sihat hampir sepenuhnya pagi rabu. Rasa mcm nak balik je. Lepas tu doktor datang dan cakap, dari rekod blood test, ariana ada dijangkiti bakteria (ie lebih mudah utk dia rawat.katanya demam akibat bakteria lebih mudah dirawat berbanding virus. Alhamdulillah. Dua hari pengambilan terus antibiotik, inshaAllah semua akan ok. Katanya bakteria tu dr kategori microplasma. Sllnya dapat dr haiwan/binatang peliharaan). Bila fikir balik, kami xbela kucing2, tapi ada sehari dua sblm tu diorg happy betul main dgn kucing. Mmg tiap kali jmpa kucing, mereka teruja, tapi sy xbagi bela lagi sbb risau bulu kucing tu kan. Mgkn sebab lain, dan mgkn juga ada hari tu mereka main kucing liar tu yang tak bersih. Sebab mereka pun bercampur dgn kawan2 disekolah kan. Ada yang sihat dan ada yang kurang sihat. Syukur sebab tak ada apa2 yang serius.

Alhamdulillah so far tahun ni semua sihat dan aktif, sesekali allah nak uji bulan ni :)

Cik Ariana pula, diawal pagi terus tanya "mana irham dan adam tak datang tengok ariana. Tangan ariana sakit ni (kena drip)."

Kat rumah pula irham adam tak henti tny ariana dan mama. Papa pujuk utk datang lepas sekolah. Seawal 6am papa balik rumah utk siapkan anak2 mandi dan hantar mereka ke sekolah sblm dtg semula ke prince court.

At least papa dh jumpa semua anak2. So dia ok la. I la juga duk sayu2 tunggu ptg.

Yang lucu suami cerita, awal pagi dengar mereka susah hati duk ketuk pintu blk air papa, masa papa mandi tny mereka nak makan apa. Susah hati sebab mama tak de, takut tak de makanan haha. Selalu seawal pagi mama dah gigih di dapur. Hihi

Sy dah call dan pesan kat maid utk goreng ayam dan mkn cereal je. Cian anak mama :(

Petang tu, paling teruja. Saya dan ariana teruja tunggu irham adam smp. Tiap kali datang prince court, mereka mmg plg hepi (bab sakit tak hepi ye) sebab boleh shopping sesuka hati dekat shop di lobby hospital. Ariana tertunggu abg2, tak nak shopping sndr.

Sampai je ke wad, terus irham adam peluk mama. 

Irham : masa papa cakap mama kt hospital masa irham bangun pagi, irham sedih sgt. Terus mandi cepat2 sbb nak pegi sekolah cepat, nak blk awal jmpa mama. Tapi bila balik mama tak ada juga. Irham rasa nak nangis.

Adam : adam pula sll sebut nak jmpa ariana. Tapi sebenarnya dalam hati adam, adam ingat mama selalu. Kat sekolah, masa makan, tak henti2 rasa ingat mama, sampai rasa nak nanges.

Papa : yelah tu, adam mengada kan.

Adam : tak betul. Kalau tak percaya tengok dalam hati adam.

Pergh, skrip gaya cerita P.Ramlee dah anak sy hihi.

Kami turun ke bawah bersama, beli magazine n mainan anak2 dan dinner bersama. Satu malam tak de anak mmg besar impaknya. Mood swing. Petang tu saYa la plg hepi sebab keluarga kita sudah berkumpul bersama semula. Rasa nak peluk2 semua tak nak lepas2 :):) 

Kami makan dengan penuh selera. Saya berselera sebab makanan sedap dan satu lg sbb papa yg suap. Saya pula suap anak2 bergilir2 dgn papa juga. Saya tau anak2 plg hepi bila kami sekeluarga mkn saling bersuapan. Bak kata adam "makan satu family ni best". 




Kami makan di kre ate, kat dalam pcmc ni je. Kedai makanan korea. Papa cek ada halal ie makanan korea muslim spore. Jadi sy sekadar bertny di kaunter n mereka sahkan halal. Kami masuk la :) Sedap sgt. Especially mee goreng, nasi goreng dan chicken roasted dia.

malam tu anak2 tidur di hospital bersama kami. Pagi ni seawal 6am, papa bawak anak2 blk rumah utk bersiap ke sekolah.

Sesekali diuji, pasti ada hikmahnya. semoga antara hikmahnya dpt mengeratkan lagi kasih syg kami.

Syukur ariana dah sihat, dah tak ada demam2, tak ada batuk dan selsema. Sesekali ada la jgk dengan cam batuk2 biasa sikit. kalau ikut hati mmg nak minta blk hari ni. Tapi suami lebih prefer utk rehat sehari lagi n habiskan antibiotik di hospital je (melalui drip).

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sll dan tidak diuji dgn ujian yang tak mampu digalas. Ameen.

Pandangan pagi ni dr bilik ariana :)



Salam 

mrs Nizar


Thursday, August 18, 2016

Perbualan pagi : bersyukur

Tribute : superpapa to my kiddos.

Pagi semalam, spt biasa kami breakfast bersama. 

Papa : awak sangat bertuah, setiap hari boleh dating dgn suami, luang masa makan bersama setiap pagi, lunch dinner etc. awak boleh semua yang awk teringin, saya bawa dan layan semua. Sebut je mesti dapat kan?

Mama : tau, terima kasih abang.

Papa : tak semua orang ada rezeki mcmana ni. Ada org seminggu sekali, ada orang sebulan sekali pun susah tau nak duduk makan dgn suami dia berdua gini. Awak setiap hari ceria ada orang teman dan boleh ketawa selalu. Suami awak kan lucu.

Mama : hahaha... Betul, saya tau. 

Papa : ingat tak masa saya di petronas, semua orang sibuk keluar breakfast dgn kawan2, saya pula setiap hari turun nak breakfast dgn awk. Lunch plk, gigih setiap hari naik lrt la gi ofis awak sbb nak lunch bersama. Ingat tak?

Mama : ingat sangat. Terima kasih abang.

Papa : masa pregnant setiap hari dah makan pagi dan lunch dgn isteri,tp setiap kali balik kerja,  setiap hari saya tapau plk semua mknan favorite awk sbb takut awak lapar dan boring dalam jem. 

Mama : haha ingat. alhamdulillah, ye saya ingat semua. Sy bersyukur sangat cuma kadang2 xreti nk express rasa terima kasih sgt.saya harap abg mcm ni sll smp tua. Janji tau?

(Dalam hati saya pandai ckp "i love u" je berjuta kali sehari kat awk kan. Tu je cara sy pandai "zahirkan". Dan saya sgt maksudkan tau. Dan mgkn luahan dr entry juga hehe).

Papa : kadang2 kita terlupa benda remeh, kadang2 kita terlupa rahmat dlm benda2 remeh tu.

Mama : saya tak lupa sbb benda tu bukan remeh pada saya. 

Betul, masa papa tak de dulu, mmg emosi tak ok. Salah satu sebab tak de orang teman saya yang kuat makan ni hehe.

Papa : mungkin ramai je lelaki teman isteri pi check up sama2 etc. tapi awk pun antara isteri bertuah tu jugak sebab saya teman awk sll. Dari masa irham lagi kan?

Semalam pegi regular check up baby. Tau tak anak2, papa tak pernah gagal sejak kali pertama mama pregnant kan anak pertama ie irham. Papa akan teman dan ikut mama "jenguk" anak2 sll sejak anal2 masih dlm rahim mama. Kadang2 papa ambil cuti, kadang2 ambil time off. Pernah papa reschedule meeting dan discussion sbb clash date appointment mama. Thanks papa. Jom semua, kita kisa papa. Muah muah muah..:) 

 Tapi papa selalu teman mama sebab papa pun teruja nak tengok "adik" dan "sibuk" nak "nasihat dan bercakap" dengan adik masa doktor scan hehe.

Alhamdulillah, bersyukurlah utk setiap nikmat, dari sekecil2 rahmat utk kita lebih menghargai ujian nikmat yang lebih besar. InshaAllah.

Semalam, hati seorang isteri sudah tersentuh. Semoga Allah jaga dan tetapkan hati kita dilandas yang betul sll dan dijauhkan dari ujian yang tak mampu kita tanggung.InshaAllah.

Pic : breakfast smlm. Haaaaaaa hari tu entry sayu2 kenapa gemuk. Dh ce tgk mkn byk mana? Ni baru breakfast. Pasni insaf ye puan aimi. Siap ulam budu bagai di awal pagi ekekek...


Dan ni sehari dua sblm ni. Menu fav breakfast saya si uia :)


Tapi lately hampir setiap hari masak berat2. Even dah makan nasi di rumah, aktiviti makan2 diluar masih aktif. Kita tak panggil breakfast la, minum pagi sbb kat rumah dah makan nasi. Hehe. Pic nasi lemak permintaan suami di masak dgn kasih sayang hehe.




Sekian, salam.

Happy tummy, happy mummy,

Mrs Nizar



Sunday, August 14, 2016

Risau | Semangat | Terpikat

Risau

Saya agak risau dengan pertambahan berat badan saya yang agak mendadak dan "tidak normal" (dr sudut medical masih normal, maksud tak normal saya adalah lain dr adik beradik dan kawan2 saya).

Saya baru nak masuk 24 minggu mengandung (hampir 6 bulan), tp berat badan saya sudah mencecah 69kg ie 19kg pertambahan dari berat asal. 

(Mmg dah setiap kali pregnant, kenaikan berat mendadak dan sesak nafas etc terasa, tp tak serik2 juga nak tambah anak haha. Sbb itu la sumber keceriaan fmly kami :) bak kata papa, the more the merrier :))

Memang terasa sebab saya melompat 4 level kalau ikut dr ilustrasi di bawah ni.


Impak :

1) sangat susah nak duduk dan bangun kalau duduk di atas lantai.
2) super penat especially kalau naik tangga (lif office prob).
3) sesak nafas bila nak tidur. Mengiring tak senang, terlentang jd sesak nafas. 
4) tapak kaki sakit bila bjalan ie disebabkan perubahan drastik pertambahan berat badan. Lenguh2 badan.
5) kdg2 risau juga, bila jmpa adik beradik mereka terkejut tgk sy dan ckp "risau la, mcmana nak dpt blk figure dulu ni" even dlm gelak, ye sy pun cuak. Baru half way kot dah sebesar dan seberat ni. 

Kdg2 suami pun sll usik saya sebab besar sgt, berat sangat, even main2, ada hari mood tak baik, tak pasal2 dah nanges. Haish, salahkan hormon yang tidak stabil ini. 

As long as sy dan baby sihat, sy sudah bersyukur. Sgt menjaga karbo dan sugar intake, tapi badan saya masih naik bagai di pam dengan berjaya.

Risau :
1) pertambahan mendadak ni mengganggu kesihatan saya atau anak dikandung.
2) risau juga sebab sy dlm pantauan doktor takut datangnya diabetes.
3) sbb aktif bergerak sana sini, kedudukan baby sedikit rendah, doktor risau placenta trevia tapi masih di peringkat awal dan masih dianggap normal oleh gyne kami. Doktor nasihat bykkan rehat.hmmmmm.... 


Walaubagaimanapun, emosi saya sgt OK ie gembira dan bersyukur setiap kali baby menendang. Ye, kata doktor sgt aktif ni, melompat2 xhenti sll huhu. Hobi saya dan suami juga anak2, nak pegang perut dan rasa adik menendang. Macam satu kepuasan bila dpt pegang sama2 dan rasa sama2, ada nyawa lain dalam badan sy. Sayang sgt dekat dia. Semoga pjg umur dan kami berjumpa nanti. 

Saya sgt puas hati dgn detail scan di gleneagles. Sblm ni sy mmg buat setiap kali mengandung ie di prince court dan amoang puteri, tp di gleneagles plg jelas, plg details dan sy sungguh kagum. Kami view jantung baby dgn jelas kelihatan 4 ruang udara dan injap, ukuran dlm buah pinggang baby, pecah dalaman otak juga pengiraan saiz, pengiraan mengaliran darah dlm tiap organ spt jantung etc normal ke tidak, saluran darah dlm tali pusat ie normal ke tak dan segala bentuk details yg lain. ( sll kita tgk rupa baby, mulut sumbing ke tak, cukup sihat ke tak je kan ( itu pengalaman sy), tp kat sini smp ke details bentuk dan saiz organ kami boleh tgk bersama. Alhamdulillah.

Impak kerja : 
1) saya masih cuba aktif mcm biasa, tp pasti byk yg kurang. 
2) tak "presentable" dan saya rasa mgkn sukar meyakinkan org sbb nampak cam saya ni "berat dan lembab" huhu (mgkn perasaan sndr. Suami ckp mcm ok, tp self confident sy merudum ckit).

Semangat

So sbg manusia biasa, biasalah ada masa ups dan downs. Apatah lagi dalam tahun penuh mencabar spt hari ni, byk ujian dan pelbagai cabaran harus ditelan. Semua kesusahan harus dicari penyelesaian segera. Kena cepat bangkit. 

Dalam waktu down tu, suami dan ayah orang yg paling byk bg kata semangat dan beri kekuatan pada saya, kembalikan keyakinan even dlm keadaan bukan shj penat minda, malah penat fizikal juga. 

Ni kata2 semangat dari suami yang sy nak share. Terima kasih semua yang masih yakin pd saya. Alhamdulillah. Dalam keadaan sy plg lemah ni, saya yakin saya kuat kerana kasih sayang mereka disekeliling saya. 

Semangat juga dtg dr anak2. Melihat mereka saya rasa kuat, saya kena kuat sebab saya inginkan yang terbaik utk mereka. Happy sgt tgk anak2 :):) hilang lara di hati. Semoga anak2 terus jd penyejuk mata penawar hati kami. Ameen.





Terpikat

Cerita lain pula, saya sgt berkenan dgn tudung bawak satin dari Ariani. Kebetulan termasuk tgk, sbb sy sll pakai tudung bawak dibeli di kelantan je. 

Kakak saya selalu shopping di ariani n cakap tudung dia best. (Bukan bawal la, shawl n tuduh awning). Mahal juga tudung2 di sini, hampir mencecah seribu ringgit?? Hmmm....cuba tgk harga di label tu... Tp mmg banyak pilihan.



Saya tak pandai pakai tudung selain bawal dan tak pandai appreciate tudung mahal lagi heheh...

Sy beli yang bawal ie rm149 satu. Cantik dan mudah dibentuk. Saya suka. Kali pertama pegi, saya smpt beli tiga helai. Masuk kali kedua saya beli lagi tiga helai (suami bebel, dia ckp mujur dia xmasuk, kalau tak dia sekali amik terus lima... Haha kes2 stress isteri susah nk ajak shopping). So skrang sy baru ada 6 koleksi. Koleksi dia mcm xbyk sgt pilihan tudung bawal ni. 

Antara yang smpt sy snap. :)




Warna dia sgt lembut dan design lebih kurang je. Kalau minat warna terang2, satin ariana mgkn tidak sesuai la. Sy mmg suka warna lembut2 je :)

Ok itu je bebelan hari ni. Random :) hehe.

Sekian.

Salam.

Mrs Nizar








Monday, August 8, 2016

Happy 8th Anniversary My Love

08-08-08 --> 08-08-16 

Alhamdulillah, usia perkahwinan kami baru menjejak ke tangga ke-8. 8 tahun penuh magic.

semoga hubungan dan kasih sayang kami dibaja selalu dengan rasa cinta yang mendalam dan saling mengasihi dan menghormati antara satu sama lain hingga akhir hayat. Tiada yang lebih kami harapkan dari sebuah hubungan yang sentiasa di dalam rahmat Illahi. Dan semoga kami berjodoh di dunia dan terus berjodoh jua di akhirat nanti. Ameen.

Tahun ini memang kami langsung tak buat persiapan/ perancangan untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke lapan. Pernah merancang berangan nak meraikan di Maldives. Gigih cari tiket dan google hotel, tapi keadaan kesihatan saya macam tak mengizinkan. Even baru 22 minggu, tapi gaya sarat macam dh menghitung hari. Disebabkan suami takut nak ambil risiko kalau ada emergency di tempat terpencil itu, kami macam tak ada pilihan kedua, jadi kita macam tak ada perancangan lain selepas tu.

Kebetulan minggu lepas saya pun sangat  sibuk dan irham pun demam. First time untuk tahun ni irham faris kesayangan kami demam dan terpaksa tinggal sekolah. 

Sampai la pagi jumaat, tiba2 irham yang demam tu gigih nak juga ke sekolah. Puas pujuk, irham masih berkeras cakap dia sihat dan nak ke sekolah. So papa decided utk hantar irham ke sekolah. Beberapakali mama pesan, kalau tak sihat terus cakap kat cikgu sebab mama nak pick up irham awal. Malam tu badan irham panas sgt tp kebetulan masa subuh, suhu badan irham normal. Alhamdulillah.

Lepas hantar tiga anak kami ke sekolah, macam biasa saya dan suami pun berdating utk sarapan pagi. Pagi tu la suami ckp "sedih pula kita tak raikan anniversary tahun ni. Minggu dpn dah kita kena kerja wkend. Minggu lagi satu, kita nak buat birthday party adam. Sedih kan?"

I terus rasa sayu n terus plan utk bercuti. Suami nak ke pangkor laut tapi hotel semua penuh. Plan kedua tanjung jara resort tp semua blk juga penuh. Pastu sibuk tgk kat Club Med cherating, juga penuh. Sayu betul hati. Dah saat akhir sgt kan. Suami berangan nak bercuti di pantai ala2 pulau. Terus la saya cakap "jom pi singapore". Dan suami jawab "jom". 

Apalagi, terus masa nak makan tu saya booked hotel. Plan nak duk kat shangri la spore, tapi penuh dan harga pun dahsyat, RM3000++ per nite, cancel niat.  Mahal sangat, tak mampu.(Tapi nak cari bilik kurang RM1000 per nite mmg xde la di sentosa island kan). 

Lepas google, jumpa la Siloso Beach Resort. Nampak macam best. Terus booked hotel. Masuk office sekejap, terus balik rumah packing barang. Ambil anak2 kat sekolah, kami pun bertolak ke johor bharu.

So inilah kisah kenangan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8.

Jumaat 05-08-16

Sampai di johor, kami check in kat Thistle Hotel. Kenapa ke sini? Di sinilah kenangan tempat pertama kami bercuti berdua dan hotel inilah tempat kami menginap. Banyak kenangan manis di sini.


View dari bilik kami.


Toilet yang terbuka. (Orang kata sesuai utk orang yang berhoneymoon. Tapi seingat saya, masa ni kan kami baru kahwin, kami bukan pernah couple cintan cintun pun, dapat bilik mandi macam ni buat sy stress. Yelah, macam terbuka sgt. Rasa ada "stranger yang tidak boleh dipercayai" ada bersama dlm bilik. Haish, rasa tak de privacy dan keselamatan sy sungguh merisaukan (wengs hihi). Bukan boleh percaya sgt lelaki ni kan (terlupa dah kawin).  Suami pula kaki sakat kan. Lagi saya stress. Bila kami ingat blk kenangan tu, mmg tergelak besar. 

Ini kot kata org tua, manis bercinta lepas kawin. Tetiba je kena berbaik dgn stranger. Tak ke haru. Stranger plk berlagak je alim masa kenal, konon student maahad, tp lepas kawin baru ku tahu, tak la alim mana, dah terpalit pembawakan  kesan belajar kat america ye hehe (sorry gurau je abang). 


Tak byk kenangan kami "berdua". Sbb seingat sy, elok lepas honeymoon, suami dah kena pegi offshore. Balik offshore, sy dah pregnant. Tak berdua sgt dah kami sbb lepas tu bila bercuti berdua, semua pic dah xde selim melim, sentiasa jelas kelihatab kami dah "bertiga" dah. Dan sekejap je irham dah muncul dlm hidup kami. Alhamdulillah, rahmat Allah di mana2. 

Ni la tanda kasih cinta kami setakat hari ini. :) 


Sampai hotel kami dah lapar, konon dan "bertable for two" la kan. Sape kata tak boleh fefeling dating bila anak ada sekali? Hahaah... Anak2 masih kenyang, kami order room service je utk early dinner. Makanan yang super sedap. Makan berdua, anak2 busy hal masing2 xlayan mak ayah. Mak ayah pun feeling dating berdua je sambil mengimbas kenangan di awal perkahwinan. Tq anak2, kasi chance mama papa menggedik sesekali hehe.

Lepas makan, tiba2 cm baru tersedar "eh anak2 ada rupanya" hehe.. Syok bercerita dan makan berdua smp terlupa jap, eh ramai kanak2 bersama kami dlm bilik rupanya... Hehe apa daaaa.... Anak2 sporting duk main bersama tak hirau lgsg kami berdua hihi.



Ni saya punya. Mee goreng super sedap dgn udang jumbo. 





Petang2 kami bawa anak2 mandi kolam.



Irham direhatkan oleh mama sebab risau demam datang lagi.




Sempat bergambar di cermin ajaib ni. Cermin ni jadi saksi bergambar berdua masa honeymoon dulu. Sekarang dah berlima + satu :) inshaAllah :)


Lepas mandi, anak2 kelaparan, terus kami order dinner utk mereka sebab kami dah kenyang kan.





Sabtu 06-08-16

Plan nak bertolak awal pagi ke singapore, sekali kepenatan. Kami berehat dulu. Pukul 10am baru bertolak ke singapore. 

Kami terus check in di Siloso Beach Resort, Sentosa Island. Cantik tempat ni. Bilik mengadap pantai, gaya2 cam dalam hutan ada juga, dan paling penting swimming pool sangatttt besarrrr...

Pic sekitar hotel...







Spjg hari kami berehat di bilik je sebab irham tak berapa sihat dan saya pun memang nak rehat je, cepat terasa penat sekarang. Bercuti pun niat utk rehat. Jadi tak byk aktiviti kami, tak spt kebiasaan kami bila di spore. 

Petang kami ke pantai, santai seisi keluarga. Gambar sekitar hotel dan pantai di petang hari.







Malam pula, gigih suami google restoran seafood halal utk raikan hari istimewa kami. Kami menuju ke Rasa Istimewa Waterfront Restaurant. Memang istimewa di sini sebab makanan laut sgt segar, plg penting ketam nipah plg besar penah saya makan di sini dan makanan dia sgt sgt sgt sedap (jd kedai wajib dtg dah lasni kalau dtg singapore lagi). 

Antara menu kami ketam masak cili, kerapa tiga rasa, udang jumbo masak sweet sour (udang dia sgt sgt besar dan manis sebab fresh), sotong telur masin, lala (yg ni masakan plg win), tomyam (xbest sgt), kangkung belacan, telur dadar.









Memandangkan restoran ni "di atas air", jadi sempat kami pusing2 makan angin di sini sblm pulang ke bilik.




Ahad 07-08-16

Awal pagi, terus turun bawak anak2 berenang. Seronok sbb pool dia sgt besar. Alhamdulillah irham pun sihat sepenuhnya. Mama bg greenlight join adik2 mandi bersama.






Bila irham bersantai...



Sebelum balik, tiba2 adam ajak ke singapore. Singapore? Eh? Rupanya bagi adam kita mcm xpegi singapore kalau tak visit The Merlion dan pegi USS.

Sudahnya gigih papa bwk jap visit merlion. Nak pegi uss macam tak baloi sebab mama xlarat nak pusing. So pegi perkarangan uss, dan masuk kedai souvenir. Bila semua dh shopping mainan masing2 sbg kenangan dah cukup utk mereka iaitu "kami dah smp uss". Tak susah layan anak2 ni, hihi. Definasi melawat mereka mudah hehe.








Sblm tu kami breakfast di the coffee bean  dan lunch di kfc sbb kat hotel diragui mkanan dia halal. So kat sini ada sijil halal.


Sebelum balik, kita smpt visit city. Jalan2 kejap then blk kl.



Sblm blk rumah, sempat singgah mkn malam di bangi. 

08-08-16

Siang hari sibuk di ofis. Byk appointment. Tapi suami pandai celah ajak mkn2 di tarikh keramat kami. Akibat teringat ketam yg sedap di spore, kami memilih ke shell out lagi. Lama tak ke sini. Suami dh cuak sbb skrang shell out di buka di g-village, ie 4km je dr rumah kami. Yeay. Haha.. Last mkn kt shell out masa bday irham baru2 ni. (Nnti nak update psl bday irham sbb xlama lg dh birthday adam. Nanti confuse plk anak2 atau sy sndr bila nak tgk kenangan di hari istimewa anak2 kami).

Nyumsss...spt biasa kami mmg akan pilih ketam XxL fav sy, squid fav suami, lala utk anak2 etc.suami suka kentang manis jgk. Semua kami masak "curry2 omg". Mmg super pedas la :)



Candid makan. Semua pun nak "menulis" di meja :)






Alhamdulillah.

Semoga hubungan kekeluargaan kami erat sll dan dirahmati Allah selamanya. Saya berdoa agar lebih byk lagi kenangan manis dpt kami cipta bersama selagi usia dikandung badan.

Untuk Ahmad Nizar, lelaki yang saya nikahi lapan tahun lepas, terima kasih kerana menjadikan sy sbg isteri awk. Saya sgt bahagia spjg lapan tahun di sisi awk. Syukur. Pengorbanan dari awk sgt byk, tak terhitung oleh sy dan anak2. Bahagia kami krn adanya awk sll. Byk kenangan manis kita cipta bersama. Semoga kekal kemanisan itu selamanya. Hati ini milik Allah, jgn lupa berdoa dijaga hati kita sll ... InshaAllah.

Saya selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan awk juga. Semoga rasa di hati kita adalah sama, bahagia di hati saya turut awk rasa... Selalu.... ameen inshaAllah. 


Perbualan mengarut suami isteri

Isteri : kalau saya mati, abg kawin lain tak?
Suami : tak dah. Abg nak besarkan anak2 kita je. Besar kat kampung je kot.
Isteri : eleh, konon. Sekali tak smp seminggu mati dan gatal terus kawin. Lagi haru, tak mati lg saya,awk dah gatal. Tak baik tau, sian sy. 
Suami : awk tak kenal lg sy...saya macam nash la. Lagi baik dr nash kot.
Isteri : dah kenal sgt dah, tu sy nk ckp ni, tunggu la at least sebulan lepas tu kalau gatal pun. (Suami muka emo). 
Suami : kalau sy mati plk, awk kawin lain tak.
Isteri : jodoh ajal semua kita tak tahu. Kalau ikut hati, cukup la sy kawin sekali je. Sy dh rasa bahagia tu. 
Suami : eleh, yelah tu. Kalau berani awk kawin la lepas sy mati, tiap2 hari sy jadi hantu kacau awk. Ingat yeee !!

Pergh...


Salam.

mrs Nizar