Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label pesanan penting. Show all posts
Showing posts with label pesanan penting. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Bila Saya Lupa Dia Mengingatkan

Bila saya lupa, dia mengingantkan...itulah ertinya sebuah perkahwinan....saling mengingatkan, sentiasa bersama waktu susah dan senang...


Nota ringkas utk anak mama, sedikit pesanan dr papa hari ni yg buat mama terbuka hati utk berkongsi dgn sayang semua....


tghari td, mama agak down, dapat 2 berita tidak berapa gembira, sedih...walaupun bukan pada mama, tp pada insan2 disekeliling mama yg sgt mama kasihi...(antaranya paklong- pakcik papa meninggal etc)....


semua dtg serentak...mama rasa down utk satu benda yg mama xsedar n cuma tau lepas cikteh kol mama n di saat akhir tak byk yg mama dpt bantu papa jgk...(even papa xkisah, tp mama sgt terkilan...ramai org mama tlg, tp mama terkhilaf utk giliran papa- tp sy masih berusaha...) bg papa semua ni benda kecik...tp tidak bg sy lebih2 lg melibatkan insan plg penting dlm hidup saya...


setiap hari, mama n papa ber"gtalk"...n lepas semua ujian yg dtg serentak, mama ckp kat papa yg mama sgt down, sedih, n hati rasa sgt sugul ptg ni....


papa jawab :"kita tak boleh selalunya hepi, sekali sekala Allah nak uji..lagi Allah sayang, lagi banyak ujian...kalau dulu, saidina Ali risau sebab hidup dia semua OK, dia takut Allah dah lupakan dia sebab tiada ujian"



terima kasih papa...kata2 itu buat saya bersemangat balik hari ni...buat saya rasa dugaan kita teramatlah kecik....buat saya rasa bertuah miliki awk yg sentiasa ada utk mengingatkan saya di saat akal wanita saya menjadi singkat dan bersedih utk benda yang diluar jangkauan kita.....awk penguat hati saya...selalu, setiap masa...alhamdulillah, terima kasih dan syukur, Allah adakan dia utk saya...


Tuesday, November 23, 2010

Holding hands............love oh love

Sitting on the beach chairs
watching the setting sun
holding hands and reminiscing
how it all begun
Sitting on the beach chairs
watching the ships out on the sea
holding hands and smiling
together we're meant to be

Sitting on the beach chairs
watching people walking past
holding hands and knowing
that our love will always last

Sitting on the beach chairs
watching the waves along the shore
holding hands we realize
our love is stronger than before



Sitting on the beach chairs
watching the changing tide
holding hands with happiness
to be by each others side




Sitting on the beach chairs
watching the sunrise
holding hands with tears of joy
there are no more good-byes


-best poet by joyce ebrecht-


-a i m i s h a n i z a -

Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.


Thursday, November 4, 2010

Entry Paling Istemewa, buah tangan dari Mama dan Papa untuk sayang..........rahsia untuk berjaya

Tepat jam 1 tengahari (4.11.2010), mama smp di KLCC, spt biasa utk lunch bersama papa….(mama pggl ini sbg happy hours – satu sbb dpt mkn, hehe mama mmg suka sgt bab2 mkn2 ni ;p n kedua hepi sbb ada papa…akan hepi buat apa je kalau dgn papa ;p) sorry sons, kasi chance la kat papa sket :)

Sambil mkn2 tu, biasalah, mama n papa akan bercerita…cerita macam2…tp perbualan hari ni mama rasa sgt berguna….mama sgt pasti !! utk anak2 mama suatu hari nnti……..

Yup, smlm papa attend satu talk …tajuk dia “ the law of attractions” iaitu satu talk motivasi yang sgt membantu kita utk mencapai sesuatu kejayaan…speaker dia Dr. Niki Shuhada, agak famous this lady…sll kuar TV jgk…

Ye sayang, anggaplah ini pesanan penting dr mama dan papa, krn mama dan papa mungkin akan lupa utk berkongsi semua fakta penting ini…dan kalau kami dah tak ada, inilah antara wasiat kami utk anak2 mama…

Dalam perbualan mama dan papa tadi, kami sempat membincangkan lebih kurang 6 points yg mana akan mama kongsikan di sini…..RAHSIA UTK KEJAYAAN ….Dan ini adalah entry istimewa, krn ia adalah buah tangan hasil gabungan dan cetusan idea dan tulisan bersama mama dan papa…..

RAHSIA 1 : Have a GOAL ! Must be clear. tetapkan matlamat - GOAL

Setiap apa kejayaan yang ingin dicapai harus mempunyai tujuan dan matlamatnya terlebih dahulu.bagaimana kita ingin berjaya andai tiada sebarang matlamat dibuat utk mengejar dan menggapai sasaran kita…tp matlamat itu haruslah sentiasa tetap (determine) xboleh senang2 berubah….

Cthnya, andai kita ingin mencapai target untuk membuat simpanan sebanyak RM100,000.00 dalam tempoh setahun, kita tidak boleh dengan senang2 dan cepat berpuas hati memberi kelonggaran pada diri kita, n ubah matlamat nk dicapai kepada RM50,000.00…kerana kelonggaran itulah akan menjadi punca kepada kegagalan kita….sekali kita sudah meletakkan sesuatu sasaran, jgn sesekali berani menoleh ke belakang…

RAHSIA 2 : We think in pictures ! Visual



Lahirkan sesuatu matlamat itu….biar sentiasa ada atau nampak di mata kita. Contoh yang diberi oleh Dr Niki, andai kita ingin sebuah kereta idaman, kita boleh amik gambar kereta tu dan letakkan sbg wall paper kt hset atau tampal di cubicle office etc, yg senang dilihat…kerana setiap kali kita memandang semua tu, otak kita akan dirangsang utk bekerja lebih keras bagi mendapatkan apa yg kita inginkan…

Begitu itu sahaja, begitu juga andai kita impikan sebuah rumah idaman dan keluarga bahagia, kita boleh mengambil gambar mana-mana rumah sesiapa sahaja yg kita berkenan dan kita juga boleh mengambil gambar-gambar individu2 yang penting dalam hidup kita untuk dijadikan motivasi utk berjaya…contohnya, kita memenuhi rumah kita dengan hiasan gambar keluarga (family portrait) - need to fill our house with pictures of our happy family ! (cthnye masa bercuti, hari raya, besday party, everybody in laughters !)


Ye sayang, papa pulak, masa nk SPM dulu, papa juga memvisualkan apa yg papa inginkan..papa akan tampal disemua tempat,, di bilik tidur etc, even di bilik mandi “Nizar Nak 10A1”….setiap kali papa terpandang semua ni papa pasti akan lebih berusaha untuk mendapatkan apa yang papa idamkan…dan alhamdulillah, papa berjaya mencapai apa yang papa inginkan, dan papa juga mendapat anugerah Pelajar Terbaik Kelantan 1999.

Dan di rumah tokki dan tokma, pada pandangan papa dengan menjadikan satu ruang (almari khas) untuk menggantungkan semua potret konvokesyen anak2 dan tokki, sijil2 dan kesemua anugerah dan pingat adalah salah satu cara untuk memotivasikan kita…mama bersetuju dengan papa….

p/s: Mama dan papa nak plan this weekend nak gi showroom nak tgk our dream car for the next one or two years !


RAHSIA 3 : Words Have Power !
motivasi diri dengan ucapan – lahirkan dengan perkataan


Ini juga sgt penting…andai ingin berjaya atau ingin mencapai apa jua sasaran , kita harus sentiasa ingat, tidak leka dan bersemangat utk mengejar sasaran itu…siapa lagi yg boleh sentiasa mengingatkan kita jika bukan diri kita sendiri…pastikan kita sentiasa sebut pada diri kita, contohnya “ irham pasti berjaya utk …blab la bla” atau “adam pasti akan mencapai ..bla ..bla..bla…terus dan terus ucap pada diri kita apa yg ingin kita sasarkan, ingin kita capai…kata-kata semangat inilah yang akan mendorong kita untuk terus berjaya..

Papa teringat kata Paul Walker dalam cite Fast n Furious, setiap kali sebelum berlumba dia akan ckp “I’m gonna win, I’m gonna win”….sentiasa bekalkan diri kita dengan kata motivasi :)

Bukan itu sahaja, malah inilah juga pentingnya orang sekeliling kita terdiri dari org yg sentiasa memberi semangat pada diri kita…contohnya suami isteri, ibu dan ayah, anak2 serta sesame adik beradik…

Antara cth diberi Dr Niki, dulu beliau seorang yg agak gempal ,tetapi disebabkan keyakinan diberikan suami yg sentiasa mengatakan dirinya sangat cantik, dia berusaha dan terus kekal untuk menjaga diri agar kelihatan cantik..dan akhirnya kini beliau secara fizikalnya telah berjaya menurunkan berat badan etc…

Bagi papa, begitu juga andai kita punya anak, dan selalu pesan pada papanya, “Papa, jgn bawak kete laju2 ye”… pasti hati seorng ayah tidak mampu menolak utk akur pada pesanan yg seiring dengan kasih sayang itu….

Itulah antara kuasa yang diperoleh melalui ucapan….luahkan sayang…dan peringat juga untuk mama dan papa, sentiasa memberi keyakinan kepada semua anak2 kami....

Malah mama percaya semua ni, bkn hanya untuk berjaya, malah kuasa luahan kata ini amat penting juga dalam sesuatu hubungan….hubungan suami isteri akan bertambah erat, bertambah manis dan penuh keyakinan andai pasangan sentiasa menyebut kata sayang, rindu dan cinta….dan inilah antara rahsia yang mama dan papa amalkan sejak dari awal perkahwinan kami...semoga rasa sayang ini akan terus bertambah setiap hari...amin...
begitu juga antara ibubapa kepada anak-anak….ikatan dan kasih syg antara anak dan ibubapa juga akan bertambah teguh dengan ucapan syg di mana mama dan papa tidak pernah putus mengatakan sayang kami pada anak2, kerana kami benar2 maksudkannya dan tidak mampu digambarkan betapa kami sangat menyayangi anak2 kami….kalaulah sayang dapat menilai kasih sayang kami ….

RAHSIA 4 : Maintain Positive Emotion (Emosi, Jiwa dan Kata Hati)
Even you have to fake it sometimes ! :p

Ye, perkataan “positif” ini sangat ringkas untuk disebut tapi tahukah sayang impak untuk menjadi seorang yang sentiasa positif adalah sangat besar.

Jangan sesekali kita merasakan kita akan gagal apatah lagi sebelum kita berusaha mendapatkannya. Ingat, setiap manusia dilahirkan sangat unik, sangat hebat tetapi kesemua kehebatan itu akan hilang sedikit demi sedikit andai kita sendirir tidak yakin dengan kehebatan kita, keunikan kita dan setiap org mmg dilahirkan untuk berjaya….

Bukan untuk berfikir gagal, malah untuk sesaat jangan sesekali ada rasa tidak yakin dalam diri….setiap sesuatu pasti akan terjadi mengikut apa yg kita fikirkan, apa yang kita bayangkan, apa yang kita igninkan…yang penting, jangan berhenti berusaha mencapainya…InsyaAllah, sayang akan berjaya.

Mama ingat lagi, sejak kecil, tokki bekalkan mama dan adik beradik sebuah lagu sbg dorongon kepada kami…antara liriknya …

“jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan ragu ragu
Usahamu tidak menentu
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan BOLEH !!!!”…….
RAHSIA 5 : Repetition and Impact ! sentiasa ulang

Ye sayang, jangan mudah putus asa…setiap apa yg kita ingin kan, kadang2 kita tidak akan mendapatkan dengan cepat…terus berusaha dan jgn cepat putus asa….cthnya kata Dr Niki, andai kita ingin mendidik anak2 agar menggosok gigi sebelum tidur, kita terpaksa melakukn perkara yang sama berkali2 dan mungkin bertahun2 kerana anak mungkin lupa, tapi kita jangan berputus asa…nasihatkan anak2 smp apa yg kita pesan dan ingin kita terapkan akan menjadi satu amalan kepada anak2…at one point, everything akan jadi automatic dan natural…..

Mama teringat pada irham sayang, waktu mama tulis ni umur irham 1 thn 6 bulan…irham dulu sll akan kacau mama n papa sembahyang,….then papa n papa akan bentangkan sejadah untuk sayang, biar sayang pun ikut kami…mula tu mmg syg xfaham tapi sekarang, sayang pun akan ikut sama “sembahyang” di sejadah dan akan menyebut “allahuakbar”…(smbyg versi budak setahun lebih ye…sempatlah bertahan beberapa minit, lepas takbir, terus ruku’ n sujud sambil sebut allahuakbar, then kemudian akan sengeh2 semula…) tapi mama yakin, satu hari, kalau mama dan papa tak putus2 membentang sejadah untuk anak mama sepanjang mama berjemaah dengan papa, insyaAllah tak lama lagi anak mama juga akan lebih memahami dan mudah mempelajari dan faham akan tuntutan agama untuk menunaikan solat..insyaAllah.

RAHSIA 6 : Pray and Be Calm

Jangan berhenti berdoa….dan doa haruslah spesifik…contohnya, kalau sayang sebut ingin berjaya dalam doa, berjaya itu terlalu umum….dan berjaya itu adalah berbeza mengikut perspektif individu..berdoalah dengan jelas, “Ya Allah, abugerahkan hambuMu ini keputusan peperiksaan 10A…” etc…semuanya kena jelas…

Contohnya papa, berdoa dengan jelas apa yang papa inginkan bila papa inginkan kereta impian papa…papa berdoa semoga papa diberikan kemurahan rezeki untuk memiliki kereta papa sekarang , Subaru Impreza WRX Sti.

Ingatlah, apa jua kejayaan yg kita capai, adalah kerana izin dariNya…andai sayang tidak apa yg syg impikan, jangan sesekali persoalkan takdir, kerana mungkin dia tidak memberi apa yg syg inginkan kerana Dia lebih tau apa yg lebih baik utk syg…dan mungkin Dia ingin memberikan sesuatu yg lebih baik dr apa yang syg minta….atau mungkin juga masanye belum tiba…..

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS :Al-Baqarah 216)

Apapun, sentiasa percaya pada kuasa doa….segala keajaiban hanya diperoleh dr izinNya….

Inilah sahaja antara pesanan mama dan papa untuk kali ini….
Dan hari ini, selepas makan tengahari, mama dan papa pulang beriringan ke pejabat…pulang ke pejabat dengan perasaan lebih bersemangat..untuk kongsikan butir-butir perbualan kami dengan anak-anak yang dikasihi….

Dan kesemua yang mama zahirkan disini juga sangat membantu untuk kami berdua mencapai matlamat kami…chaiyo…matlamat yang akan kami capai tidak lama lagi…(kami refer pada kami, kerana apa jua impian mama kini, adalah juga impian papa, begitu juga sebaliknya….dan impian kami adalah demi anak2 kami …insyaAllah)

Setiap kejayaan tidak akan dicapai andai tiada langkah pertama dimulakan….Dimana ada keberanian, di situ ada jalan, dan setiap jalan akan bertemu kejayaan dengan istiqamah…..
with love,
papa & mama
p/s : agak2 syg dpt cam tak, mana tulisan mama n mana tulisan papa ek ? :)

Monday, April 19, 2010

our beloved papa

papa....satu nama yg sgt special, utk mama dan anak2 mama...hari ni mama rasa nk bercerita pasal papa utk anak2 mama....betapa bertuahnya kita, punya papa dlm hidup kita....
perkahwinan mama dan papa sudah hampir 2 tahun...spjg tempoh ni, semakin hari, semakin mama bersyukur dgn jodoh mama, dan mama yakin papa ada ayah yg terbaik utk anak2 mama.....mama doakan semua yg dianugerahkan Allah, kasih syg ini, akan terus berkekalan utk kita semua...
sayang tau, lepas kahwin, atas beberapa alasan, dan salah satunya atas permintaan papa, mama mengambil keputusan tuk pindah tpt keje berhampiran ofis papa...syg tau, spjg perkahwinan ni, even b4 pindah ofis, mama n papa byk luangkan masa bersama, lunch etc....skrang lepas kami dpt kerja di tempat yg berhampiran, setiap pagi mama n papa akan breakfast n lunch sama2..pendek kata,semua benda kami lakukan bersama.....mama bahagia sgt krn spjg waktu tu, kami punya byk masa utk bercerita bergurau even spjg perjalanan ke ofis, mgkn ramai yg tertekan kerana jem, tp kami masih mampu bergelak ketawa dan usik mengusik spjg perjalanan.....mama sgt bahagia...kata org, karektor anak2 byk dipengaruhi oleh emosi ibu ketika mengandung...kalo betul semua ni, mgkn anak mama irham sgt ceria kerana ikut karektor mama masa pregnant dulu, yg sgt hepi dan bahagia dgn papa....even bab y kedua mama pun, mama hrp seorg yg ceria dan sihat sempurna...amin...
tp kadang2 mama terpaksa pergi ke court, pagi atau petang utk hadiri kes di mahkamah...bila waktu2 mcm ni, papa sllnya akan bersendirian waktu lunch,,,kesian papa...kdg2 papa ada jgk mkn dgn kawan...tau apa papa buat bila berseorangan ???? tak ada perkara lain dlm fikiran papa, hanya ingatan pada anak2...papa pasti akan ke toys r us atau kinokuniya utk cari buku atau mainan utk anak2 mama....mama sll terharu dgn papa....kdg2 mama sll rasa, dlm hati papa xpernah ilang nama anak2 mama, n sll utamakan anak2 mama dan sll berusaha utk bahagiakan mama...itulah papa kpd anak2 mama....
tiap masa, papa pasti tak lupa utk bertny, kelengkapan syg semua cukup ke tak....itu yg plg utama...n setiap kali terpandang brg mainan atau anak org, papa pasti xlekang sebut nama anak2 mama....n tau tak, papa xpernah berkira kalo mama kejut minta pertolongan...dgn mudah papa hulurkan utk tlg mama buatkan susu...even pernah satu mlm anak mama "uk uk" mama plk sakit perut (minor contraction kot), papa yg bgn n tlg mama basuhkan, ...pukul 3 pagi tau syg...
di rumah, even penat bekerja seharian, blk je kerja, papa pasti terus dukung dan cium abg eham (sbb eham je ada masa mama tulis ni)....main n sakat eham , tak pernah jemu.....mlm2 pun, papa pasti sabar melayan syg, bermain, tgk tv, kartun, tido sama2 etc...mama bahagia sgt dpt suami yg sgt sempurna utk menjadi papa kpd anak mama....
masa papa byk dihabviskan utk bahagiakan mama dan anak2 mama....papa sgt sabar dgn kerenah kita...yg kadang2 mmg mengada2 ;p...
papa mmg sweet...sll buat suprise utk mama, masa bday mama, dan mcm2 suprise lagi...bkn tu je,setiap ptg, hilang penat mama dgn kerenah papa...yg xpenah lupa utk buat mama hepi, belikan mama mcm2, bekalan mknan spjg nk blk umah, sbb jem kan..aunties anne, hot dog, mc D etc....yg pasti, tiap kali perjumpaan mama n papa, blk keje ke, lunch ke,senyuman xpenah lekang di pipi papa,,...bahagia sgt mama rasa....
byk yg mama nk tulis...byk yg mama nk ceritakan...tlalu byk utk diluahkan...betapa papa membahagiakan mama dan menjaga anak2 mama...
kerana itu, pesan mama, smp bila2 pun, harapan mama, bahagiakanlah papa selalu,...sygnilah papa sll...kerana setiap detik papa hny tahu membahagiakan kita....menjaga kepentingan kita....mencari senyuman di wajah kita....apapun yg terjadi, even kalo mama dh tak ada, jadilah anak yg soleh, taat pada suruhanNya, krn hanya doa anak yg soleh akan membantu kami disana kelak...bahagiakan papa sll....sayangi papa sll...dengar kata papa n mama sll.....krn mama sgt bahagia bila anak mama bahagiakan suami mama, iaitu papa anak2 mama :) terima kasih syg krn mendengar pesanan mama.... mama tau, anak2 mama, anak2 yg soleh dan solehah...permata hari mama n papa....salam
-warkah mama-