Ini kisah tiga malam kami di penang, dan kami terpaksa bermalam di tiga buah hotel berlainan.Ini kisah seminggu sblm sy miscarriage. Sy tpaksa outstation ke penang. Actually, masa bulan mei, sy penah ke penang juga. Waktu tu sy berbelah bagi samada ingin overnight di shangri-la rasa sayang atau hard rock hotel. Tp suami sy memilih utk ke shangri-la rasa sayang (kita ikut pilihan bday boy pd bulan itu :)
Lepas tu tgk plk entry kwn cikngah, kak ayu. Mmg best kt hard rock ni. Sblm ni my sis pun mmg rekemen utk stay di hard rock andai ke penang.
Even dh beberapa hari merancang nk ke penang, tp kami langsung xbuat reservation sbb sy masih xdpt tarikh sebenar utk hadir ke penang. Pada hari rabu (10.6), sy dpt mesej ringkas utk segera ke penang. Kami btolak slps isyak (plan nk blk umah awal gagal). Sy hanya call utk buat reservation masa dlm kereta.
Katanya hanya ada utk satu mlm (mmg urusan sy sepatutnya satu hari je ie khamis).
Hard Rock Penang Batu Ferringhi
Kami tiba di hotel jam 1am. Mmg dh xde blk idaman anak2 ie kids suite. Frust jgk suami sy :p
Smp je, terus order supper sbb kami sgt lenat dan kelaparan. Makanan kat sini ie room service, sy bg gred A. Mmg super sedap especially mee goreng.

Aktiviti tgh malam. Papa layan anak2 tgk movie lepas supper.
Keesokan pagi, spttnya sy keluar kerja awal pagi. Tp sy tahu kerja sy akan siap agak lewat, so kesian jgk anak2 tperak je kan. So kami pegi mandi manda kt kolam + breakfast sama2 :) sy xjoin mandi sbb penat + papa risau licin masuk pool (masa ni pregnant 10 weeks huhu).mmg best tgk diorg mandi manda.

Lepas dah lencun, smpt stop utk breakfast jap sblm anak2 layan mandi manda lagi. Pukul 10 bru sy stat keje. Sbb takut tlewat, kami terus packing utk check out.
Alhamdulillah pukul 2.30pm semua urusan sy selesai. Sbb rasa penat + nak standby in case kena attend lg urusan kerja, sy ajak papa stay kt penang satu mlm lg.
Smpt lunch kt kapitan gurney drive, tpt fav kami. Lauk fav telur sotong,kari sotong juga, ayam, telur ikan etc.
Pastu sambung lagi urusan cari bilik hotel. Mmg sgt susah nk cari blk minggu ni sbb adanya marathon penang bridge + weekend + cuti sekolah. Malah harga bilik pun melambung dr biasa la sbb last minit booking kan. Total bill bg bilik hotel bg tiap hotel berlainan adalah lebih rm1000/nite. Kalo bukan sbb urusan kerja, utk sekadar cuti2 dgn family, sy sll elak waktu cuti sekolah sbb rate bilik yg tinggi + nk pegi mana2 pun pasti jem n bersesak dgn org ramai la kan hehe.
Try punya try, dpt la blk kat Sheraton.
Sheraton, Tanjung Bungah
Actually kat sini mmg kami dh penah bermalam. Best jgk. So ikut perancangan sy, kami nk berehat ie tido spjg ptg. Kemudian lewat ptg bru plan nk bawak anak2 main pantai. Manakala keesokannya sy plan nk sewa bot nk pusing2 pulau (sblm ni sy sewa dgn fmly sy dan ia adalah pengalaman yg mengujakan).
Tp akibat penat sgt n perut cramp (mcm2 kerenah semasa selesaikan urusan n byk sy guna tenaga fizikal ptg tu masa kerja), so sy xlarat nk turun pantai. Papa je bawak anak2 keluar. Sy tido n berehat je. Xde pic sgt sy snap sbb penat n dh penah ke sini. Betul2 penat. Kt hotel ni hanya tpt anak2 je rehat. Sebabnya, tiba2 lewat ptg dpt plk call, sy kena hadir ke Komtar plk keesokannya (mujur sy x blk kl lagi). So awal pagi sy kuar keje, tinggalkan anak2 dgn maid di bilik.
Malam tu sy order room service utk maid sbb dia xnk kuar dinner. Actually order utk anak2 jgk sbb nk berdating dgn papa.
Sekali last minit plk anak2 nk ikut. Kira rezeki maid la mlm tu dpt mkn2 dgn selesa dan jayanya hehe.
Kami teringin char kuew teow tokong ular.
Keesokan harinya, urusan kerja sy selesai dh pun tengah hari. Anak2 sy tinggalakn dgn maid sepjg sy bekerja. Makan minum semua hny melalui room service. Ikut perancangan mmg sy nk blk ke kuala lumpur, tetapi sbb sy betul2 rasa xbermaya, kita stay satu mlm lg di penang.
Gigih2 call macam2 hotel. Akhirnya kami dpt bilik di Bayview Batu Feringghi. Masa ni adam dh stat bleter "mama, kenapa kita asyik kena pindah mama.adam suka duduk satu hotel je. " huhu.
Bayview Hotel Batu Ferringhi.
bagi sy hotel ni sudah agak lama (even 5 stars tp xteruja sgt). Tp yg menarik di aini juga adalah kolam, persekitaran yg indah dan makanan yg disediakan (room service) juga sgt sedap. Nampak x kami xbyk keluar mkn dan harapkan pd room service je pd trip kali ni? Ye, sbb sy sgt letih dan nak baring je sll. Perut cramp xhenti2. Mual n muntah jgk sll. Mmg pucat je sll muka n mood kerja pun ntah ke mana. Mood bercuti pun xberapa ada, tp gigih nk gembirakan anak2 tersayang.
Kami check in dh pukul 4ptg. Smp2 tu sy agak lapar, order smoked salmon. Xkena dgn selera sy. Sementara sy rehat n mkn, papa bwk anak2 ke pool dulu. Hotel ni pun ada facilities cm hard rock jgk n terletak di sebelah hard rock. Sy order kek coklat moist jgk. Mmg sgt sedap.
Kami pernah ke sini beberapa tahun lepas masa cuti tahun baru. Ni pic dr blk kami.
Pic aktiviti petang kami :)




Persekitaran hotel ni mmg sgt cantik, pasti akan lebih meletop kalo dia refurbished bilik hotel juga.
Lepas dh mandi2 kat playpool + main pantai, anak2 dh menggigil sejuk n minta nk dinner. Tp xnk masuk blk lg. so sy order utk dinner di tepi kolam.


Lepas mkn2, boleh plk anak2 dambung mandi kat baby pool + main kt playground. Mmg main smp lencun la petang ni. Sy hepi sgt tgk mereka happy.
Akibat kepenatan, anak2 dh letih. So papa mama smpt kuar dating utk dinner. Lepas dinner plan nk jalan2 kt batu feringghi. Malangnya, pas makan si isteri dh xleh jalan. Mau tido sudaaaaa... Aiyaaaaa manyak boring sama ini bini la.. Asyik penat saja...
Keesokan harinya, slps breakfast di hotel, kami capaikan hajat en adam kesayangan kami nk naik hop on hop off penang plk. Bas dua tingkat milik jejai tu (kalau xsilap). Mula2 nk amik beach route je. Tp sebab kena tukar bas, rasa malas nk tukar2, kami naik bas yg sama smp la ke hotel semula (2jam oooo). Memang best jgk layan naik bas ni. Tetapi utk travel selama 2 jam dlm bas ni, sy telah muntah dgn jayany apabila elok menjejak kaki ke bumi nyata slps dua jam di dalam bas. Heheheh... Layan aje la..
Selama dua jam, kami smpt pusing bandar georgetown + melalui pesisir pantai sehingga ke batu feringghi semula. Memang cantik penang ni.
Pukul 12pm, kami ke batu ferringhi utk tapau lunch utk lunch bersama cikteh di rumah cikteh. Smpt kami tapau mee udang n nasi goreng. Masa nk tunggu order siap, sy layan laksa penang. Mmg sedap la :) --( makan je keje. Skrang bru bdebar sbb byk sgt lemak nk kena buang balik sob sob.)
Lepas tu, kita bertolak blk ke kl pukul 3pm. Kita tpaksa blk awal sbb bergegas nk ke rumah tokma plk utk majlis kesyukuran kelahiran ali imran (anak buah baru sy) di rumah mak sy di bangi.
Satu lagi kenangan bersama2 anak2 dpt diukir. Alhamdulillah.
Happy happy happy.
mrs Nizar