Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 9, 2015

10 Ramadhan terakhir | pelbagai cerita pelbagai ragam

ISalam ramadhan.

Tentang lailatulqadr

Hari ni dh malam ke-23 ramadhan. Kena lipat ganda amalan n moga istiqamah slps ramadhan. Pesan abah :

1) bersedeqah secara marathon. Bukan sekali sehari, tp bila ada peluang bersedeqah la berkali2 sehari. Plg wajib sedeqah la tiap kali masa berterawih, at least kalo tkena sedeqah itu pd malam lailatulqadar, alangkah indahnya. Lepas sedeqah xperlu kita kira berapa Rm dh jumlah sedeqah hari tu sbb kdg2 takut kita jd rasa cm "dah banyak dh arini", padahal ia adalah "investment" terbaik. Lakukan tanpa henti. Kita berusaha utk penuhkan wang kecil/besar dlm beg duit sll (bkn jumlah yg penting, tp kalau byk lg bagus hihi). Niat je senang nk bersedeqah. 

Saja nk share satu cerita. Sll risau cara penyampaian cerita sbb kdg2 dr penulisan kalo diambil secara negatif, maka burukla nmpk niat penulisan itu. Sy hrp matlamat penyampaian sy smp dgn baik. 

Utk cuti raya, mmg kami berikhtiar utk pastikan kondisi kereta berada dlm keadaan baik sll. Slps tu kita berserah pd Allah semoga diberi keselamatan dlm perjalanan pergi dan balik.

Jadi kami baru shj renew roadtax (road tax shj xmasuk insurance dh rm2800 sbb cc kereta 3700. Kalo campur insurance hampir rm6k kami bayar bru ni). Pastu suami ckp nk tukar tayar even masih boleh pakai cuma "bunga" tayar dh xbagus sgt. Satu tayar pun dh rm2000. Kami tukar 4 tayar, so darab rm2000, mmg terasa jgk kos itu. Tp ini mmg rutin la tiap yg ada kereta kan ie semua yg ada kereta wajib lalui semua ni. Semua ni plk kami buat masa ramadhan ni la. Tp semua rutin tu dh menelan hampir rm15k. Sbb dh libat kos yg besar utk rutin kali ni, sebarang "unnecessary cost" lain boleh membebankan kami jgk la bulan ni. 

Tiba2 Allah nk uji lagi,  kereta kami kan 4WD Tp suami sy ckp 4WD cm "xjalan". So saja2 p cek. Sekali lepas diagnos guna kepakaran mekanik + komputer suma  dia ckp adalah kerosakan pd 4WD kami ie kos baiki rm16k (mmg spare part kete ni agak tinggi huhu). Dh sedih jgk, tp tpaksa la kan nk bg selesa. Tiba2 suami ckp dh nego n dpt rm10k je. Byk tu discount. Sy dh mula gembira. Selepas sehari dua dibengkel, tiba2 pihak Mazda call n minta kami ke sana. Bila kami tny kenapa katanya ada benda nk bincang.

Suami ckp "aritu masa rosak rm16k leh je inform ikut phone. Sy rasa berat jgk ujian kita kali ni. Sy google cm rosak gearbox je. Mau 30k-40k ni. Sabar jelah, Allah nk uji kita. Berat jgk ujian kali ni."

Saya ckp "xpelah, byk allah bg mcm2 kt kita skrang, mesti byk allah nk uji jgk. Byk ujian masa ramadhan. Sabar je. Mesti ada ganti nnti". 

Smp kat mazda, lama suami discuss kat dalam. Dlm kepala duk congak2 duit la. Sekali bila suami dtg sy terus tny la apa masalah kete kita.

Papa : lepas diorg buka suma spare part sbb brg order dh smp, nk ganti suma brg, tetiba tgk xde apa2 kerosakan. Kereta ok je. Cuma kalo nk tukar ada satu benda ie maybe cost dia kurang 1k sbb ada bunyi ckit kt kereta tu. So dia nk ckp mcm xde apa2 la. Maybe komputer silap diagnos.

Alhamdulillah. Tp sy yakin, ini adalah  hikmah dan bantuan Allah yg kdg2 kita xsedar. Mereka mmg periksa dgn teliti, pakai komputer suma buat check up, tp biasalah manusia mgkn buat silap, dan mgkn juga terselit bantuan allah di situ. Terus tdetik di hati, mgkn Allah nk suh guna duit xjd repair tu utk digunakan pd org lain ie bsedeqah. InshaAllah. Mmg hepi x terkira la kami. 

2) usaha tanpa gagal utk bgn malam. Kami mmg update dlm whatsapp group bila dh bgn. Kalo smp pukul 5 ada yg xtulis "sy dh bangun" kat whatsapp group, kami akan sama2 kejut adik beradik atau ma abah. So that sama2 amik cakna family utk kejar lailatulqadr. (Pun begitu, smlm sy mmg tlewat jgk bgn. Xsmpt solat sbb dh 5.20am. Terus hangat lauk bersahur je utk fmly -- later sy cite kenapa). Bgn tu terus nampak byk miscall dr abah sy. Sll mudah bgn, kali ni cm tido lgsg xsedar bunyi alarm apatah lg bunyi fmly sy call sbb sy sorg x terjaga lagi. Sll sy bgn pukul 4am.

3) berdoa tiap kali solat semoga diberi rezeki utk mendapat rahmat malam lailatulqadr. Doakan utk diri sndr dan semua ahli kelaurga kita. InshaAllah.

4) gandakan la amalan, bukan sekadar solat + mengaji... Termasuk kesabaran, cuba utk bantu semua org etc (nasihat utk diri sndr). 

Ujian ramadhan

Tiba2 maid kami lari lg. ada surat ditinggalkan.



Katanya sudah gembira bekerja bersama kami tetapi tpaksa lari sbb rindukan anak yg sakit. Pernah dia suarakan semua ni. Mgkn benar. Tp yg sy sedikit terkilan, ini kali ketiga maid kami lari dlm masa 5 bulan oleh agen yg sama. Dan kami bayar amount yg sama byk utk pertukaran org. Sy terkilan sbb :

1) sblm maid lari dia penah ckp bahawa agen bjanji utk dia keje sekejap je dgn sy sbb nnti dia akan tukar majikan lg. terkejut dgn kata2 tu, sy ckp sy dh byk habis wang ringgit pd agen. Jgn buat sy mcmtu sbb kita sama2 islam. Menipu tu rezeki yg haram. Mula2 dia kata Ok.

2) modus operandi sama. Bila keje sebulan, tiga2 maid akan nangis sbb masalah kewangan n perlu kirim duit 2 juta (rupiah) pada fmly walhal mereka masih dlm tempoh xperlu dibayar gaji. Sbb kesian (bayangkan diri kesusahan di tpt mereka) kami anggap itu sedeqah. Cuma bila kali ketiga mcm ni, sy minta dia bincang dgn agen,kalo perlu sy akan bg duit pd agen, n kalau dia lari, anggap agen yg berhutang dgn sy. Tiba2 ckp xperlu plk duit tu.

3) dr cctv rumah kami, nampak ketiga2 maid lari bagai dijemput seseorg. Tertunggu2 seseorg. Dr kata guard jgk, mmg mereka nmpk maid kami keluar. Silap kami xinform guard bahawa kami xpenah benarkan maid kami keluar sndr. Kata mereka mcm ada yg jemput mereka. Dr cctv, beza maid kami lari dgn suami blk kerumah krn tertinggal brg cuma beza 10 min shj. Huhu.

4) bila kami bergegas ke tpt agen, n tny mereka. Mcm2 keterangan berbolak balik. Mulanya minta ni phone dr sy konon nk call maid kami. Bila sy ckp bkn kah mereka sll berhubung. Tp mereka nafikan. Bila sy ckp sy sll semak phone maid kami, ada sll panggilan dr agen, mereka dh kelam kabut n mengaku plk. Pastu mula2 ckp xtau maid ni bermasalah n salahkan kami sbb xmaklum awAl2. Bila sy pusing ckit ayat (kata lawyer kan... Eh eh poyo plk.) tiba2 ckp mmg dh tau plk maid ada masalah. Dan macam2 lg la. Putar belit n xberani lgsg btentang mata dgn sy. 

5) maid sy mmg agak naive. Masa pegi bercuti, sy minta dia tekan butang lif pun dia sgt takut. Nak naik lif pun takut. Nk jln sndr beli brg takut. Sy xyakin dia berani lari sndr tanpa duit etc. dan kalau benar dia nk blk, mgkn agen pun kesian nk hantar dia blk. Maklum la pd kami. Jgn mengejut begini. Bg masa ke, atau tunggu ada pengganti ke. Sbb kami tgh dlm fasa plg sibuk. Kesian anak kena follow sy sll skrang. Tp mereka sll ckp hepi dpt ikut mama papa sll hehe.

Katanya nk pulangkan ckit duit kami. Tp kami xberharap pun. Tgk pd keadaan skrang mereka la. Cuma ini kali pertama sy ckp sy terkilan dgn apa terjadi. 

So rutin kami pun berubah la.....

Rutin baru

4.00am : bgn malam etc
5.00 am : sediakan sahur simple utk fmly. Masak/panaskan je lauk. Cthnya ginj.. Tadaaaa... Layan je.


5.45 : solat subuh. Terus iron baju anak2 n baju sndr. Suami ke masjid.

6.30 : suami jemur baju (basuh masa sahur). Sy vacuum umah (dh unah mmg hari2 vacuum, mmg xselesa la bila rutin gitu xbuat kan even maid xde). Kemas umah + kemas dapur. 

7.00 : kejut anak2. Kami mandi anak2 sama2. Sy suap anak mkn.

8.00 : hantar anak sekolah. Sy keje. Sgt sgt bz lately (nnti cite nape busy plk). 

12.30 pm : amik anak. Kdg2 blk unah suap mkn n siapkan anak. Kdg2 tpaksa terus sambung keje n suap mkn dlm kete gitu.

6.30pm : blk umah. Last sy nasak weekend ie sup tulang + daging blackpepper + telur etc. tp ekoran schedule padat, minggu ni mmg dahsyat rekod berbuka kami.

* Isnin lepas masih kt luar jam 6.15pm. Call nandos delivery utk berbuka puasa.
* selasa plk, 6.30 masih kt luar, call pizza delivery + beli tomyam super yummy kat sushi + octopus dan tapau ayam kt trxas chicken.
* rabu , plg lemau. Smp unah dh lewat. Order adik sy utk tapau nasi ayam panggang kat manggo chili. N suami menapak ke restoran moghul utk tapau beriani.
* khamis ie hari ni plg last appoinment di bangi. So dh lewat ptg xlarat nk blk. Call ma sy minta"ehsan" nk berbuka kat umah. Tq ma tlg masak lebih. Jeles kt kakak2 sy yg bjiran dgn ma, tiap hari singgah leh tapau lauk dr ma. Hehe.tu nampak tak ma sy tgh kelam kabut sediakan menu kegemaran sy.






8.30 mlm : pegi terawih satu fmly. Sll anak laki je join, sbb xde maid, angkut suma la ke masjid. Mujur suma behave. Pic smlm, ariana sibuk nk ikut abg2 pakai kupiah pi masjid (sejibik perangai sy masa kecik. Hadoiiii.. Patut ma sy stress masa sy kecik)



10.30 : masa ni la nk lipat baju, kemas umah etc. lewat mlm masuk tido. Yup, rutin yg sgt memenatkan sbb terlalu sibuk disiang hari.

Cite malam td yg bgn lambat tu, pas terawih dh 10.30 mlm. Bawak adik sy p klinik, dia xsihat. Pastu smp umah, tetiba anak2 ckp ada homework. Sy dh tny sblm tu tp silap sy xsemak dlm beg. Mereka terlupa.


Pas mereka tertido sy terlelap jap. Pastu tjaga, gerak hati risau sbb penat xterjaga nk bgn malam. Smpt la solat dua rakaat je sblm sambung tido lepas lipat baju. Masa tu dh 1am. Penatnya hanya Allah yg tahu. Sy mmg xsedar lgsg alarm ke atau call dr abah. Suami pun sama. Lg penat sbb dia drive sana sini lebih 400km sehari kot skrang. Xpelah, itu je rezeki kami mlm tu.

Apa yang sibuk sgt

1) baru ni kan cuti pjg. Masuk je ada kena submit account pd auditor. Nk semak dulu yg my staff sediakan sblm hantar. Sll rasa nk pencen konon masa busy aritu, tp bila cuti 10 hari (5hari je, jd 10 sbb campur wkend), hati dh ronta2 nk masuk ofis. Acaner tu? Hehe. 

2) alhamdulillah tiba2 lepas naik keje ni, allah uji dgn membuka byk ckit peluang rezeki. Isnin tu, staff sy gelabah jmpa sy. Actually, utk lawyer yg buat keje developer, akan ada satu masa dipanggil "durian runtuh" ie file yg bertahun dulu ie ada yg smp 10 tahun dulu, dh keluar "title". So kami peguam kena sediakan doc "memorandum of transfer" n call suma client utk dtg sign. Tetiba mereka ckp ntah cmne 12 developer berlainan call serentak ckp "title" dh keluar n kena proceed MOT. So mereka xcukup kaki tgn. Tiap developer plk ada yg smp 1000 files (zmn dulu kan jenis bg byk2 serentak), ada yg 700, ada yg 300 files etc. kalau kami x call, mmg client xtahu. Jadi kami perlu kakitangan utk call client, hantar surat, prepare doc dgn segera. Semuanya mcm mengejut jgk la.

Kami bru je terima 2 org lawyer baru n seorg clerk baru juga. Mereka request perlukan bantuan utk recruit lg 2 clerk khas utk MOT. So mmg agak kelam kabut selain nak cari semua file lama utk diaktifkan semula. Bak kata partner sy " you dpt rezeki dr langit la ni. Serentak semua". Alhamdulillah.

Pastu selasa plk, masa hantar buahtgn ie hamper pd satu developer, mereka inform sy utk standby satu lg projek bru utk firm kami ie projek perumahan jenis semiD (syukur) elok slps cuti aidilfitri.  Katanya lepas raya sy akan terima appoinment letter. 

Dan semalam, rabu sy terima panggilan dr satu lg developer yg dh lama sy berusaha utk masuk panel. Katanya mereka dh dpt kelulusan board n akan sediakan kontrak perlantikan utk projek baru. Minggu dpn sy kena attend briefing utk projek baru yg akan dilancarkan juga slps aidilfitri. Alhamdulillah, kalo masuk projek yg bru maklum ni, ada 7 projek sedang berjalan serentak di ofis kami. Mgkn biasa pd org lain, utk ofis sy yg baru nk bernafas ni, ia sesuatu yg sungguh menyentuh hati sy. 

Kata2 suami mmg menusuk jauh dlm hati. "Awk kena bersyukur sgt byk, dlm keadaan semua struggle n ekonomi teruk, Allah bg peluang bisnes awk makin ok. Kena ingat sll, "with great power comes great respinsibility". Betul, rezeki tu mgkn Allah lalukan je melalui kami. Sbnarnya banyak rezeki org lain dlm tu. utk kami salurkan dan kongsi bersama. Ia bukan hny milik kami. semoga kami xlupa dan lalai. Ameen. 

3) tanda ingatan. Mmg skrang sy sibuk beli hampar utk hadiahkan pd mereka yg byk bantu perkembangan ofis. Mmg boleh buat delivery kalau nk mudah. Being me, sy lebih senang turun sndr utk berjumpa dgn mereka yg penting dlm membantu sy sll. Ulang alik ke klcc utk beli byk2 hamper dan bergerak ke serata Kl & selangor sejak isnin utk hantar ke tgn mereka. Itu yg jadual sy sgt padat. Xcampur dgn meeting la (pagi td seawal 9.00 am di damansara). Mujur ada suami yg bantu sy sepenuhnya.

Letih sungguh. Sy masih ingat kata2 sy pd suami "abg, 2013 dan 2014 tahun byk jgk sy sedih sbb jauh dr abg. Mood marketing pun ada waktu merudum sbb rindu n sedih sll.  2015 adalah tahun kebangkitan sy. Ada sesuatu ingat sy buktikan. Ingin sy capai 2015. Semoga Allah izinkan". Dan sungguh, suami bantu sy 200% utk sy capat target 2015 sy. Semoga tercapai semuanya. Ameen. Kalau pjg umur, murah rezeki sy nk jdkan 2016 tahun "honeymoon" sudah. Letih terkata tahun 2015 ni :) ye, bila letih suami sll ckp "bukan senang nk senang OK. Sabar" hehe. 

Cite pasal hamper, banyak sy beli dr Mark & Spencer. Sbb nmpk cantik. Lupa plk nk snap. Dlm 20 unit.pastu Plan nk ke harrods plk utk beli lagi sbb xmuat kete kan. Bayangkan, selang sehari je sy pegi, suma hamper di harrods dh habis. Kena tempah utk dptkan mggu dpn plk. So sy beli je dr crabtree. Sbb member dpt discount 15%. Sy beli yg kedua plg besar di situ. Mmg syok (padahal utk org). Harap sy dpt gembirakan mereka :) Tp ada jgk la utk sy satu ie semua partner sy belikan. Ini sy punya :)




Sbb beli byk, sy dpt hadiah brg2 crabtree worth rm700. Ada perfume, lotion, handwash, pewangi rumah, set travel crabtree (banyak yg ni) dan mcm2 lg. berbaloi2 hehe.


Dan ni plk antara hamper yg sy terima. Yg teruja haruslah anak (selain yg sy beli sndr utk sy hehe).



Inilah punca sy agak sibuk kali ni dan agak letih. Semoga usaha kami dirahmati dan berbuah hasil nanti. Ameen.

Persediaan raya?

Percaya x sy belum buat persediaan raya krn kesuntukan waktu. Kakak sy ada call tny smpt x nk kirim tudung utk shopping. Sy ckp sy xde ruang nk celah utk shopping pun lg. even suami sy nk pegi gunting rambut pun xsmpt.

Konon sblm blk kl sy rancang nk pegi facial la,nk p tpt slimming la muahaha (sbb berat xturun lg. masa date d&c berat sy 63kg. Blk ke kl slps 10 hari berat turun 6 kg je, jadi 57kg. Ada 7kg lg. susah nk turun la plk. Later2 la pk). 

Suami ada usik, org lain dh siap baju raya, ni masa sibuk dgn kuih raya etc. plan ptg nk buat kuih apa etc, kita plk masa sibuk pasni ke mana n meeting apa lg. haha. Nk buat cmne yang. Sabar ye. Xlama dh kita nk busy cmni, inshaAllah.

Baru ni smpt la singgah klcc jap nk shopping. Konon ada kupon parkson rm650 nk beli baju anak2. Tp cm xde ygberkenan n kurang pilihan. P isetan, mcm2 brand tgk tp susah nk berkenan selain sesak ngan org. Sekali smpt jenguk poney. Ada jgk la sempat rembat sehelai dua. ie dua blouse ariana, satu suar, dua kemeja irham dan adam n seluar. Gaun n baju jln anak lelaki masih xcukup selain baju melayu xbeli lg. hrp smpt celah nnti.

Tadaaaa baju pilihan kami. Ada 50% discount. Tp sbb dh 3 org kan, total masih rm600 huhu sbb kemeja anak laki pun dh rm150 sehelai sblm discount. Seluar pun. Harga baju kanak2 lately dh xmacam dulu. Mcm org dewasa dh.So kupon masih xguna, papa kata papa je nk guna utk beli baju raya. Ok laaaaa...



Itu shj la cerita hari ini. Panjang cm novel hehe. Bkn senang curi masa. Td sbb kepenatan sy tido awal. Tjaga kul 12 td utk kemas n "bgn malam". Now dh 3am. Xleh nk tido la plk. Hrp esok sy diberika kekuatan lg utk meneruskan rutin kami spt biasa.

Sekian. Salam


Mrs Nizar




8 comments:

  1. Wahhh walau panjang, syok pulak baca citer aimi......phew akhirnya ya?

    ReplyDelete
  2. aimi...


    akk kagum dengan pencapaian aimi...

    moga terus suksess... :)

    ReplyDelete
  3. Suka jer baca wpun panjang ♡♡♡

    ReplyDelete
  4. ok je mira baca sampai habis. harap semuanya dipermudahkan. u r already superwoman :)

    ReplyDelete