Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 24, 2016

100 jam Ammar bersama kami

Salam semua.

Masa entry ni ditulis, cukup 100 jam kesayangan kami, Ammar Faiz bersama keluarga tercinta.

Kepulangan Ammar

Ammar sayang dibenarkan pulang selepas sehari kita bermalam di wad, sejurus selepas kelahiran Ammar.

Kepulangan Ammar dinanti dan dirai oleh abg2, kakak, tokma tokki dan pakcik makcik Ammar. 

Ni gambar sejurus sebelum Ammar meninggalkan hospital. Prosedur utk membawa Ammar pulang sgt ketat, ie utk lepasi security check di sini, tidak seperti mana2 hospital yang pernah mama lahirkan abg2 dan kakak ammar.




Setibanya Ammar dirumah kita, suasana sangat meriah dengan suara abg irham, abg adam dan kakak ariana. Semua tak sabar nak peluk cium ammar :) semua xjemu temani ammar di baby cot sayang.



Malam sebelum kelahiran ammar, gigih abg2 bantu papa siapkan baby cot ammar. Saja papa lewatkan persediaan ni, kira yang terakhir sblm ammar hadir pd kami. 


Dan tadaaaaa dh siap :) 



Malam tu juga sibuk mama siap2 brg utk ammar dan mama berpantang juga :) 



Yeay ammar dah balik :):)


Tentang Ammar

Ammar anak yang sgt mudah dijaga setakat ini (semoga berkekalan smp dewasa ye sayang :) 

Ammar tak banyak meragam. Cuma kalau nak susu je, kalau mama tak perasan, tiba2 dgn suara nyaring mcm menjerit. Hihi. Bukan nangis2 la. Bila mama susukan cepat je semua OK. Kalau ammar tak tido atau terjaga, ammar suka tgk keadaan sekeliling. Ammar tak nangis, tp mata ammar liar memerhati dan selalu tenung mama dan sesiapa di persekitaran.

Mula berpantang

Kali ni kita berpantang di rumah kita shj. Tokma dan tokki temani kita smp semalam. Sepanjang tempoh tu, tokma yang masakkan lauk pauk utk anak2 dan lauk pantang mama. Tokma juga yang bantu kami menjaga ammar sbb ammar sgt fragile ie baru lahirkan.

Kebetulan, tokma tak sihat beberapa hari sblm Ammar dilahirkan. Mama risau sgt. Tp tokma masih gagahkan diri masak mknana kegemaran mama sejurus sblm mama bersalin. Tokma masakkan udang yang sgt besar sizenya utk mama dan sotong juga.

Masa kelahiran ammar, tokma dan tokki menunggu beberapa jam di lobby, ie dr mama masuk labour room smp ke mama dah selesai di monitor doktor ie dua jam slps bersalin sblm dipindahkan ke wad. Risau mama bila papa yang turun jenguk tokma dan tokki , papa cakap, tokma nampak pucat. 

Mujur sehari dua sblm melahirkan ammar, tukang urut mama dari terengganu bersetuju utk dtg menjaga mama di kuala lumpur. Tapi rate di sini berbeza sebab tukang urut tu terpaksa meninggalkan customer yg lain utk mama. Utk urut dan bertungku, mama bayar RM500 utk setiap tiga hari. InshaAllah tukang urut akan jaga mama sehingga habis pantang.

Tentang mama

Sejurus selepas balik ke rumah, papa terus minta mama timbang berat lepas bersalin. Mmg haru bila tengok angka penimbang menunjukkan berat lepas bersalin adalah 70kg. Bermakna mama cuma hilang 5kg ketika bersalin. Ada 20kg baki kenaikan berat badan masa mengandung huhu. 

Papa mula tu pujuk cakap, inshaAllah semua akan OK. Tapi tak kurang juga mengusik mama.

Alhamdulillah, utk tempoh 100 jam ni, berat mama dah mula turun 7kg dan kini dah cecah 63kg. 

Awal2 ni mmg mudah lagi turunkan berat, nanti bila dh cecah 58kg atau 55kg baru terasa la susah nak hilangkan yang bersisa tu ( dari pengalaman lepas). So selepas beberapa aktiviti berpantang ie bertungku, mengurut, tanggas, berlulur dan kerja2 mengumpul stok susu ammar bermula, mama dapat juga hilangkan 7kg pertama berat mama.

Happy bila papa ckp "mama, ur doing very well". Hehe. InshaAllah. (Even cm tak nampak perubahan pun huhu.)

Mujur dapat papa yang sgt supportive. Papa minta mama rehat dan berpantang betul2 utk dptkan kembali badan yang sihat. Papa ckp once mama dah kerja, mama perlu sgt aktif dan kuat. Dengan rutin sbg ibu dan isteri juga bekerja ke sana sini. Memang kena banyak baring. Papa kata mama perlu bangun masa proses pam susu etc je. Thank you Papa !! Sesekali bg papa incharge family 100% hihi. 

Tentang papa

So, sebab mama masih dlm mode berehat, papa byk bantu jaga anak2 dgn rutin biasa. Tugas baru papa, mandikan ammar dan tlg salin ammar. Since ammar ni fully breastfeed, mmg kekerapan eyak (berak) tu lebih10 kali sehari. (Normal la, n hospital dh pesan even lebih 12 kali tu normal hehe). 

Gigih papa salin sndr sbb masih tak de keyakinan pada maid kami. Tp sll juga mama yg tolong kan :) Papa ckp ammar suka mandi dgn papa, x nangis hihi. 




Kadang2 papa sendiri uruskan ammar, kadang2 papa ada pembantu comel juga :)




Terima kasih kekasih hati :):)

EBM

Pengalaman bersama abg dan kakak sebelum ni, alhamdulillah dimurahkan rezeki mereka utk mama susukan smp dua tahun dan mereka tidak perlu susu formula dlm tempoh tu.

Sejak hari pertama mama mula buat stik EBM pada anak2. Semoga Allah permudahkan juga utk Ammar. Mmg hari pertama tu sgt sikit, even dah lamaaa pam. Kena tabah dan sabar juga byk berdoa. Kekerapan mengepam juga mesti sgt kerap even mcm xde hasil sgt.

Ni barang penting yang sll di sini mama sekarang.


Skrang mama beraktiviti mengepam susu dalam 7 kali sehari even utk setiap pam cuma dapat 4oz. Masih awal lagi. 

Jadi pemakanan sgt kena jaga. Lauk berpantang ni kena yg simple dan sihat je. Tapi wajib makan dan tak skip. Saya makan nasi 3-4 kali sehari. Sebab bila sy kurangkan nasi, production EBM pun mengurang. Ni la menu hari2 sy utk minggu pertama dan kedua ni kot huhu. Skrang papa dan bibik dan pandai la buat sbb dh kursus khas dr tokma. Cuma i pantau penyediaan bersih ke tak haha.


Dan utk snacking, dapat makan ni rasa mcm sehebat feeling makan kat Shell Out haha. Ni jelah mknan plg heaven yang tokma ckp sy boleh makan buat masa ni :) layan kan aje :) janji perut tak masuk angin dan tak lapar antara gap waktu makan utama tu :) setiap awal pagi sblm breakfast, masa minum ptg dan hampir setiap waktu la biskut ni disisi sy :) 


Fantastic Four

So inilah sedikit sebanyak cerita tentang rutin kita slps 100 jam kelahiran ammar faiz. 

Alhamdulillah, kami kini dikelilingi empat anak yang sungguh menawan hati, yang sentiasa memenuhi setiap saat kami dgn kenangan indah. Even berjumpa setiap hari, setiap detik juga selalu rindu kan mereka even hanya waktu mereka tidur malam dan saya masih berjaga :) 

Inilah wajah empat kesayangan kami yang dirakam saat kedatangan mereka kpd kami. :) rindu saat ni semua :)


Semoga anak2 membesar sbg anak yang soleh dan solehah, dan segala kegembiraan menemani mereka hingga akhir hayat.

Ameen.

Salam

Mrs Nizar















Monday, November 21, 2016

Our latest bundle of joy | Assalamualaikum Sayang

Alhamdulillah.... Penantian kami sekeluarga akhirnya berakhir pada 21-11-2016.

 Penantian yang lama dirasai selepas beberapa siri keguguran etc. ujian yang datang kini diganti kesyukuran tidak bertepi. Allahuakbar !!

Selamat datang ke dunia sayang mama, Ahmad Ammar Faiz Bin Ahmad Nizar. (Ammar : yang kuat iman || Faiz : yang berjaya). Ameen, semoga orangnya sehebat erti namanya. InshaAllah.

Ammar dilahirkan tepat jam 3-12 petang secara normal dengan berat 2.9kg (kecik je sayang mama kali ni). Alhamdulillah kelahiran Ammar adalah merupakan pengalaman melahirkan yang paling mudah buat mama. Nanti mama ceritakan tentang kelahiran sayang.

Terima kasih kepada Doktor dan nurse2 yang sgt sgt baik dan cukup professional di Gleneagles Kuala Lumpur. Kami sungguh terharu dgn layanan diberi. :)

Hari ni mama cuma nak kongsikan gambar istimewa sayang dan keluarga kita hari ini. Kegembiraan mama papa abang irham, abang adam dan ariana. Ammar sangat istimewa di hati kami :)

Ya Allah, rahmatilah keluargaku, bimbinglah kami sekeluarga ke jalanMu selalu dan jadikan kami dalam golongan orang2 yang bersyukur.

Welcome to the world Ammar !! 















Salam

Mrs Nizar









Thursday, November 17, 2016

Istimewa

Salam

Hari nk nak bercerita tentang yang istimewa je :)

Semalam dapat tetamu istimewa ie ma dan abah saya membawa juadah istimewa utk kami sekeluarga. Baru ni saya "ter" request atau "ter" cakap, "lama tak makan nasi ayam ma masak." Nasi ayam air tangan ma saya memang sangat sangat sangat sedap. 

Tiba2 dapat sms ni pagi smlm dr abah :)


Terharu sangat bila ma terus masak apa yang saya teringin. Suami ckp sbb saya sampaikan sll hajat suami nak makan apa2, Allah sampaikan hajat yg sy teringin jgk. Kadang2 bukan dr org yg kita sampaikan hajat (ie suami sy) tp dari org lain (cth : ma sy sbb sy teringin masakan air tgn ibu kan). Thanks for a very good reminder husband. Semoga kita sll berusaha capaikan hajat org2 disekeliling kita dan hidup lebih gembira. :)

Dan lagi happy bila adik2 saya pun dtg makan sama2 juga smlm di rumah sy :) 




Juga sira pisang yang sedap juga :) 




Perkara istimewa lagi semalam, suami ajak berdating makan2. Teringin plk makan bbq ala korean style. Singgah la Medine BBQ restaurant. 

Kebetulan masa sampai tu dapat whatsapp dari developer dan adik saya, hari ni majlis signing projek baru kamk bermula. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.... Rezeki pok chek. Dua projek baru dari developer bermula. Saya teruja dlm sayu sbb sll saya yang akan turun padang sndr utk pastikan semua lancar. Lagipun projek kali ni byk melibatkan client vvip. Itu saya agak risau dan rasa perlunya utk saya turun sndr, tp apakan daya, aturan Allah pasti sudah yg paling baik.

Tq adik2 ie org yg sgt sy percaya yang mengambil alih sepenuhnya tugas sy skrang. Office sedikit sibuk bermula bulan ni. Terus suami ckp, kita smlm kami makan2 sempena rai satu lg projek baru utk ofis kami. Alhamdulillah.

Kami ambil buffet set. Xperlu sibuk bangun2 nak ambik apa yang kita teringin, semua dihidang, free flow. Dr seafood, kambing, lembu ayam etc. sos dia pun sedap. Perapan sedap. Plg special kimchi pun sedap. Tapi suami tak suka sgt kimchi. Dia makan semua bentuk "protein" sahaja hehe.








Semalam kami tak sedar dekat dua jam duk makan berdua. Sedar2 xsedar lepas tgk tempoh masa di parking tiket. 

Papa : sekejap je dah dua jam kita duk sini rupanya.
Mama : bila bersama org kita suka, mmg masa berjalan kita tak sedar.
Papa : awk suka ke bila makan dgn sy?
Mama : mesti lah. Awk?
Papa : suka gile kot (muka beria sgt). 

Terus kami gelak. Nampak cm tak ikhlas je dia hahaha...

Dan pagi ini pun dimulakan dgn cukup istimewa juga. Aktiviti paling saya suka sekarang "visit" adik. Minggu ni dah dua kali jmpa adik. Isnin dan jumaat haha. 

Tadi doktor cakap saya dh boleh bersalin hari ni ie doktor nak pecahkan air ketuban. Jalan dh ready, baby dh engaged semua. Serious macam tak berapa ready dan tiba2 takut huhu. Lagipun saya tak berasa sgt sakit contractions, cuma kadang2 je perut cramp2 n geli2 gitu. Nervous !!

Tp Doktor kata nak tunggu monday pun ok sbb saya baru 36 weeks 3 days. Tp kena hati2 takut bersalin weekend ni.

So semua pre-registration utk ke labour room dh ready n settle semua tadi. Doakan semua dipermudahkan. 

Perasaan bercampur baur, happy teruja takut tak sabar dan macam2 lagi. Yang pasti sangat tak sabar nak peluk gomol baby kecil ni. 

Inilah si comel yang aktif setiap hari dalam perut mama. Ikut siapa ni ek ? :) 



Setiap kali scan, mesti dia duk cium2 tali pusat. Sayang sungguh pd "talian hayat" bekalan makanan dia. Doktor ckp suka makan ni. Tangan gigih pegang tali pusat n dia cium2 tali pusat smp geleng2 kepala. Tergelak kami tengok :)

Baby kali ni paling "kecil" saiz ie baru 2.8kg (anggaran) even dah 36 weeks. Sebab kali ni saya paling control intake makanan, kena check darah smp 4 kali sehari, doktor monitor diet etc, kira plg terjaga la spjg pregnant hehe. Yg lain semua time ni dah bersalin ie irham 3.35kg, adam 3.85kg dan ariana 3.25kg.

Dan hari ni juga baru ada ilhan utk offical nama utk "pok chek" kami. Tak nak panggil pok chek dah.... Kita panggil nama pula ye sayang.

Mama rasa rindu dah nak jumpa even belum bersua muka.

Balik je dr hospital, tiba2 dpt lagi kiriman mee goreng istimewa dari ma saya lagi. 



Alhamdulillah, setiap hari saya lalui kini sentiasa istimewa di hati saya. Terima kasih Allah. Terima kasih semua, inilah cerita tentang kasih sayang  :) istimewa hari dilalui bila disimbah kasih sayang dari org2 yang paling saya kasihi :)......

* Terbaca peringatan ini...Semoga diizinkan.. Ameen



Salam

Mrs Nizar