Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2017

Hari pertama

Jarang sy bercerita psl adik beradik sy. Hari ni saya ingin bercerita sbb adik pernah sll ada bersama saya setiap hari ketika bekerja dgn sy.

Hari ini adalah hari pertama adik bongsu saya memulakan kerjaya barunya di malaysia airlines sbg aircraft engineer.

Ni gambar awal pagi tadi sblm adik bertolak ke tempat kerja.


Ni bersama adik sy aina :)


Kalau sblm ni saya sll syahdu2 dan sedih, sekarang saya mula teruja dgn kerjaya baru adik. InshaAllah, rezeki yang terbaik ada di mana2. Dan ini peluang terbaik utk dia merasai dunia pekerjaan sebenar. Saya yakin dia akan melakukan yg terbaik, sbb adik seorang yg sgt bersungguh2 dlm tiap pekerjaan sejak di bangku sekolah lagi.

Semalam adik gigih isi borang. Ye, borang penerbangan utk adik beradik ie benefit utk ahli keluarga "fly" dgn hanya menbayar 10% shj dr harga tiket sebenar (donestik + international). So, smpt sy pesan, "awk kerja jelah kat sini, sbb benefit ni I pun boleh travel sll haha. Kerja skrang boleh je buat lagi".

Ye, suami sy dh start booking tiket dh haha.

Ni sekitar majlis farewell adik smlm. Walau sekejap di pejabat sy, dia disenangi dan dikasihi (ke ada yg "kasih" lain mcm ek hehe) rakan2 sekerja.




Dan ini gambar terakhir kami lepak bersama di ofis. Sbg officemate... Empat beradik di tempat kerja saya.


Saya gembira sbb adik smpt memiliki rumah sebelum masuk ke tnpt kerja baru (sbb di tmpt baru katanya mgkn dia xmampu utk dpt kelulusan loan dan membeli rumah ini).



Tahniah Zi. Dapat miliki rumah (yang agak mahal ie hampir 500k) usia muda. 

Aturan Allah adalah yg terbaik. Genap setahun dia bantu sy ketika sy dlm keadaan plg lemah tahun lepas (pregnant).

Ni antara sms terakhir kami dlm group pfis empat beradik (team ofis). Menangis juga si kakak yang berhati tisu ni.

"Terima kasih byk2 semua.. Apa yg boleh sy bgthu,  terlalu banyak input yg sy dapat di sini.. Jujur terlalu selesa sy di sini, gaji tinggi, waktu flexi, tempat selesa, cover mkn, cover perjalanan, claim sana sini, Aina blnje breakfast lg.. terlalu byk kalau sy nk mentioned semua di sini..

macam dalam surah Ar Rahman,  Apa lagi nikmat yang engkau dustakan ? hehe..

Apa yg boleh sy cakap.. Alhamdulillah dan berjuta2 terima kasih semua.. tak terbalas ambe dgn apa yg sy dh dapat..  rindu lah ambe nk breakfast sama2 hari2 😢😢😢

"Satu pesanan dari junior yg kerdil, keep move on.. be strong together.. bisnes ada pasang surut.. handle yg terboik.. xsabar ambe nk tgk, othxxx hxxxx maju kehadapan di bwh naungan Aimi, Abg & Aina.. 😉



Ni pula gambar kenangan yang adik saya dan kami sama2 share sbg kenangan.









Utk adik kesayangan saya, semoga terus berjaya, cemerlang di dunia akhirat. InshaAllah, setiap hari minggu kita jmpa lagi even bukan setiap hari dan setiap waktu spt dulu. Didoakan  juga cepat adik bertemu bakal zaujahnya haha.

Ni sy cilok status adik di FB smlm :p


All the best. Semoga Allah menjaga azizi dan seluruh org yang sy kasihi sll. Ameen ameen ameen.

Mrs Nizar




Tuesday, February 21, 2017

Diari hari minggu

Minggu lepas, seawal 7.15am saya dah siap masak tomyam santan untuk di bawa ke rumAh ibu saya di Bangi. Kami berkumpul semua adik beradik selain bersama2 solat hajat keselamatan kakak saya dan family ke turki selama 3 minggu selain doa selamat utk adik yang akan mulakan kerja sbg aircraft engineer tidak lama lagi.

Gigih I masak. Cerita makan2 kita sambung di entry lain :)


Petang kita balik rumah sbb anak2 ada kelas robotic. Seronok semua dapat join kelas ni. Peringkat awal mereka berkumpul beramai2 sblm dipecahkan kpd kumpulan kecil di bilik darjah.




Ahad pula, seawal pagi mama masak mee goreng atas permintaan papa. Lately papa suka sgt mee goreng. Selang sehari dua je mesti request mee goreng :) 


Lepas tu terus hantar irham dan adam ke kelas Karate.


Gigih semua teman abg2. Kelas ni berakhir slps dua jam latihan. Tengok tu, ada budak kecik happy skrang dpt ikut ke mana je mama papa dan abg kakak keluar :)



Lepas kelas, papa beria nak bawak kami tgk movie. Utk keselesaan sbb plan asal kami nak bawa ammar, kami menuju ke one utama sbb ada teater Indulgence utk movie "lego batman". Kami cari teater Bienie di klcc tp movie yg dihajati tiada plk utk slot beanie. 

Tapi dlm perjalanan btukar fikiran bila rasa risau nak bawa ammar tgk movie even di bilik yang selesa sbb risau bunyi kuat mengganggu ammar kami. Papa bawa kami ke genting highlands. Gigih hanya nak mkn di Starbucks. Lately sy craving "blueberry cheese cake" yang sedap itu. Minggu lepas hampir setiap hari kot beli. Huhu. Dan fav anak2 pula donut setiap kali ke sini.

Pic cake fav : kredit google


Lepas tu balik rumah, terus masak lunch. Lunch ala mamak style hehe. Ayam goreng berempah dan kari telur.



Petang pula, papa melayan anak2 main skuter di kwsn perumahan kami.




Juga jalan2 ambil angin bukit di sini.


Malam, semua berehat sblm ke sekolah keesokannya.

Entry versi express sementara siapkan breakfast cum lunch anak2 esok. Sup ayam + sambal cili telur puyuh. Sup masih atas dapur lagi...

Tadaaaa...



Sekian, salam

Update hari ni : (versi poyo + yeayness) happy = bila suami suka :p



Mrs Nizar













Tuesday, February 14, 2017

Weekend & Weekdays bersama Nizar Jr.

Weekend selalunya masa dinanti2 sesiapa shj termasuk anak2 kami. Minggu lepas byk aktiviti bersama kami lakukan bersama.

Seawal pagi, bangun tidur terus saya ke dapur siapkan mee goreng utk sarapan sementara anak2 bersiap2 mandi etc di blk mereka. Papa pula sibuk mengecat tangga etc utk kilatkan balik di area pool rumah kami.

Taraaaa hasilnya....


Lepas tu, papa kerah anak2 utk basuh kereta bersama. Papa cuci Audi manakala anak2 dikerah mengelap Subaru sbb mereka semua sayang sgt subaru kan huhu. Kalau bab membantu, anak2 mmg teruja. Teruja setiap kali diberi tugasan :)





Sementara si kecil kami Ammar bermain dgn mama 24/7. Yippieee


Lepas tu, kami lunch sama2. Lately suka sangat mencuba resipi baru. Cuba tomyam santan, sup ayam ie kuah soto + cili hitam etc.

Kemudian, papa kerah askar2 papa utk tolong pasang meja dan kerusi baru utk kami guna di "ofis kecil" kami di rumah. Bila barang dr ikea, gigih sikit la kena pasang kan. 



Kejap je askar bantu, selebihnya sibuk berkarya hehe...buat art dr kotak2 meja tu huhu


Hasil keje tangan irham dan adam :)



Siap pun bilik merangkap office kami


Nama je ofis kami, tapi macam office suami saya la sbb dia yang akan byk bekerja di sini ie buat data semua. Ni pic smlm :) 


Anak2 tny kenapa kena ada ofis di rumah? Saya cakap, anak mama makin ramai, mama kena la lebih byk masa dirumah sbb ramai nak main dgn mama, tapi lagi ramai anak, lagi kena keje kuat juga utk cari duit pd anak2. So mama keje dari rumah pula, so byk masa dgn anak tp dpt keje kuat juga. masuk ofis bila perlu sbb sy ni mmg sll xlekat office bila dlm bidang marketing ni.

Petang pula papa layan anak2 ajak bercamping pula. Camping kat halaman rumah je.:)

Sempat main layang2 juga...







Solat jemaah pun di luar ie tepi khemah mereka.


Penjaga mereka tak jauh pun hehe... Sbb angin kuat, pukul 9mlm semua masuk rumah kesejukan

Itu cerita sabtu. Ahad awal pagi semua ke kelas Karate. Lepas tu balik kita belajar bersama sebelum layan beberapa movie yang papa beli di TV.

Weekday pula mcm biasa sibuk dgn rutin. Malam smlm, anak2 sibuk nak mama masak wrap pula. Layan jelah sbb mudah n cepat.

Nak share resepi wrap versi sendiri. Dr google byk yang panggang n perap ayam, since suami n anak2 saya nak wrap ayam mcm kfc ie yang bergoreng, so kita goreng la dulu. 

1) pilih ayam bahagian isi ie dada shj. Perap tepung goreng ayam. Suami sy suka tepung bestari rasa dia mcm ayam goreng Mc Donald haha (kami dh tahun ke 7 tak makan mcD sebab masih boikot).


2) goreng ayam


3) siapkan bahan2 utk di wrap nanti. Ni je sayur2 di peti ais, ada lettuce, capsicum, bawang, tomato cherry, mozarella cheese, minyak zaitun, mayonis + seasoning.


4) kecuali tomato cherry dan lettuce, semua saya goreng kejap dgn minyak zaitun + seasoning.



5) tortilla di sapu mayonis dgn mewah sebelum bahan2 lain dimasukkan. Tabur juga mozarela cheese. Kemudian belek2 kan hasil wrap di kuali jap utk cairkan cheese dan bg wrap melekat.


6) tadaaaa dah siap.


Anak2 mmg sll cakap sedap, mulut manis. Masak sardin pun dapat sejuta bintang haha. Suami ckp dia beri 4.5 bintang. Ok laaaaa... N maid sy ckp "its delicious madam" muehehehe.... Perasan la i smlm sblm tidur. Mcmni la gaya orang tak pandai masak bila dipuji pandai hahah...

Adam n papa n maid habis la seketul. Irham dan ariana share sbb besar portion dia ( kena control ckit nampaknya intake mkn adam ni huhu).

Baru ni papa terjumpa ni dalam buku irham. Ye, anak2 mmg sentiasa memerhati. Mereka assumed dr pemerhatian mereka :)


Itu jelah cerita The NizarS kali ni. Semoga happy2 sll semua dan hari ni sentiasa menjadi lebih baik dr smlm.

Salam

Pic : gini la anak2 ie tiga2 org. Papa bg power nap tiap kali blk sekolah atAu nak ke sekolah ptg. Kredit pic dr papa dgn adam :)





mrs Nizar