Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 26, 2015

Ronda Ronda Rindu Rindu

Lately sll teringin ke uia. Teringin semua makanan kt uia. Mujur x jauh. 

Hari ni selepas sekian lama, ubat rasa rindu balik ke hostel sy dulu ie mahallah halimah. Sy suka mkn2 kat cafe ni dulu sbb plg dekat dgn bilik sy :)

Dulu sndr sekarang dtg mkn bwk ex-boyfriend teman. :)


Banyak pilihan mknan kat sini. Sy amik mcm2 lauk smp kakak situ tegur "nk lepas stress ke arini dik"... Heheeh...

Ada keli goreng, ayam goreng (menu wajib suatu masa dulu), kepala tenggiri singgang, paru cili, telur masak merah, sayur (dan sotong masak merah yg di paw dr pinggan ex-boyfriend). 


Nyum nyum.. Berselera hari ni. Hari bu sy xberapa sihat. Pukul 10 bru kuar umah sbb ada meeting jam 11. Tetiba dimaklumkan meeting cancel (agak lega sbb dr pagi doa kalo2 pagi ni dot rehat ckit, schedule padat sgt sehari dua ni sob sob. Allah makbulkan doa, alhamdulillah). Terus ke uia nk mkn2 santai2 sbb sll makan cepat2 bila dtg sini sbb rushing nk p keje lg kan. 

Pastu smpt plk pusing2 uia... Lawa uia ni.....





Empat tahun kat sini, sy "xsmpt" nampak keindahan di sini sbb terlalu ikut emosi... Homesick yg teruk ie nangis sll, tiap weekend nk blk kampung n air mata ni xpenah kering smp hari convocation. Abah sy ckp sy dpt "degree air mata" hehe...

Hari ni lepas rindu pusing2 tiap pelosok uia. Byk hostel baru dibina :)


Tq la encik baju biru bawak sy jalan2 mkn2... Hilang jap pening2 hehe... Jalan2 lepas rindu n lepas kepenatan :) rehat plk sblm meeting jap tido. Ayuh, keje lg jom :)

Sekian.

mrs Nizar






Monday, May 25, 2015

Updates ....

Lamaaaaa rasa xmenulis. Byk nak update. Sbb ini diary kami, sll bila teringat sesuatu kenangan etc atau nk cross refer apa2 event ie nk cek date etc, kami sama2 bkk blog ini. 

Kalo smpt n larat, byk nk tulis .. Cite psl bday irham, bday papa, mother's day, teacher's day. Xtermasuk yg lapok cm family day ofis, konvoi subaru, cuti2 msia yg tak tertulis jgk. Mgkn kena letak date n letak pic je bru smpt kot :p

Apa yg berlaku smp sibuk sgt?

1) schedule agak padat lately... Alhamdulillah, sekurang2nya sibuk itu adalah rezeki dr Allah. Mggu ni setiap hari dh penuh dgn pelbagai aktiviti. Kena outstation melaka (launch new projek dr developer. Majlis diadakan di Avillion Melaka) dan kena ke penang lg slps tu (plan anjak ke nxweek, cuti sekolah. So xkacau sekolah anak sbb kena pegi dua hari.

2) alhamdulillah, slps miscarriage baru2 ni, diberi rezeki sekali lg. kalau ikutkan rekod doktor, LMP sy dikira dr date D&C ie dh 7++ weeks. Tp kalau ikutkan xsmp 7 weeks kot sbb sy kan berpantang dlm 2mggu. Btungku urut semua. 

Kali ni sy cuba utk berhati2. Kurangkan stress dan cuba cuba cuba kurangkan aktiviti fizikal. Travel bila perlu je. Sbb baru lg miscarriage, mmg high risk. Doakan kesihatan anak dan sy ye.ameen.

Langkah precaution, doktor (gyne) buat appt check up tiap mggu ie selain scan + beta hcg blood test (alhamdulillah so far semua ok). Hrp xde masalah kemudian nnti ameen.

Ni pic last week...tecit lg hamba allah ni. Bru 24mm kt dlm sac. Doktor nasihatkan xleh angkat benda berat, xleh lasak + xnak stress (inshaAllah cuba ingatkan diri sll). Masih trauma. N pregnancy kali ni sy agak bdebar2 tak spt sblm ni mgkn sbb bru lg melalui pengalaman miscarriage. Nauzubillah.


3) alahan agak teruk (mgkn lupa previous pregnancy, tp yg kali ni cm plg teruk kot). Muntah semua yg ditelan, xde selera makan tp sll lapar. Sy xkisah alahan ni, janji anak mama sihat. Ameen. So mood berblog kurang jgk. Satu yg plg sy suka mkn adalah bihun sup uia. Hampir tiap pagi seawal 8.30am dh tpacak nk mkn bihun sup hehe. Sedapnyaaaa...


Mual n letih xkira masa. Ni 1am td leh tbgn tido mual n muntah. Mujur papa ada tlg sapukan minyak telon (paw ariana punya.. Lega bau minyak telon).

Berat bdn naik dgn mendadak. Sy mula perasan sy pregnant sblm buat check up sbb badan sy nai blk mendadak walhal lepas pantang mcm dh turun n tiba2 perut buncit blk. Masa blk kampung, fmly sy dan fmly mertua tegur muka sy bulat huhu.

4) bru ni ariana masuk wad. Sbb batuk dh dekat 2 mggu. Teacher ariana sgt baik, dtg visit sbb rindu princess mereka :)





Masa ni kami tak de maid. Keadaan rumah agak teruk sbb doktor x bg sy lasak sgt. So papa ckp "relaks, buat x nmpk je suma". Haha mmg payah. Previous pregnancy masa xde maid, sy mmg balun je mop lantai, vacuum etc n make sure umah kemas sll. Ditanbah penat bekerja sbb travel sll, tetiba je bleeding. So Yg kali ni sy mmg xsentuh n papa pun x bg sy buat suma tu. sekadar ikhtiar n beringat selain sy mmg pening 24hrs. payah jgk nk "butakan" mata. Bila lapang, papa yg akan kemas semua. Thansk love.

Kemuncaknya masa blk dr hospital, rumah "hancur berkecai". Dah lama sgt dibiarkan. Ruang tamu ok sket sbb papa blk bkemas n vacuum sblm sy blk. Dapur semak, bilik mainan cm kena gempa bumi, semua ruang rumah cm xlayak utk didiami. 

Smp umah tetiba emosi x ok n sy nangis.mgkn kesan penat beberapa hari duk di hospital . Xmampu dh "butakan" mata lagi. Cepat2 papa ingatkan jgn sedih2, kena happy sll, xpayah fikir benda semak kepala. Layan kan aje semua hehe...Malam tu slow2 sy n suami bekerjasama kemas umah blk. Dua hari jgk la sbb x nk paksa badan. Mujur anak2 bg kerjasama. 

Kami mmg kena kemas umah elok2 sblm amik maid sbb kami kena tetapkan bench mark keadaan rumah pd maid ie first impression mereka. So legaaaa....

Pada fasa ni, mood berblog ke laut. Rutin harian dh cukup padat. Masa lapang khas utk sy tido je hehe....

Ok la, nak tido. Esok ada meeting penting ptg n pagi nk attend interview new staff. Doakan yg terbaik utk kami. Sy sgt mengharapkan doa semua kali ni. Ameen 💐

Salam
Mrs Nizar