Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 16, 2018

Selamat Hari Cinta ke-10

Salam semua.... lama dan susah betul nak cari masa utk update blog lately.

Alhamdulillah, pada 080818 baru ni, genap usia perkahwinan kami 10 tahun. Alhamdulillah, syukur atas nikmat kasih sayang ini, semoga Allah izinkan rasa sayang dan ikatan hati bertambah utuh sehingga ke syurga. Ameen.

Nak bercerita tentang sambutan anniversary kali ini. Pada awalnya (dah setahun dua lepas lagi kot), papa mula menghitung hari ulangtahun kami. Merancang utk adakan majlis kesyukuran dan bercuti istimewa.

Tapi kita merancang, Allah pun merancang... yg terbaik adalah dr Allah jua.

Kebetulan makin dekat dgn tarikh anniversary, office kita sangat sibuk dan alhamdulillah dimurahkan reZeki dgn jumlah file yg tidak putus2. Semoga terus diberikan rezeki berlipat ganda kpd kita.

Dari sambutan anniversary kami ini mendidik hati kami tentang doa, doa dari hati suci anak2... betul kata org, anak itu rezeki. Ada rezeki anak yg kita tumpang bersama. Dan doa anak2 ni bagai tiada hijab disebabkan hati mereka yg sgt suci. 

Gini kisahnya. Sejak raya lepas, anak2 request nak ke London. Saya ckp inshaAllah, dan papa kata nnti anniversary papa dan mama kita ke sana. 

Tetapi bila hampir dgn tarikh anniversary, mcm kami xdpt nak sampaikan hajat anak2. Sebab utk ke London pun perjalanan memakan masa 13jam sedangkan mama xdapat nak cuti lama. Nak pergi sekejap sgt ncm tak berbaloi kan dgn cost etc.

Selepas dipujuk dgn baik, anak2 bersetuju utk bercuti ke Australia. Plan utk bercuti ni kami lakar 3 hari sblm bertolak. Kami merancang utk bertolak pada hari selasa 7/8 sebab kami plan nk celebrate anniversary kami di australia pada 8/8. 

Ahad pagi, baru kami gigih buatkan passport utk Ammar dan Arissa. 

Tengok, sibuk cari mama masa nak buat passport ni hehe...




Ahad malam mmg saya dan papa x tido langsung, sebab lg dua hari plan nak ke australia. Kami plan ke sydney dua hari sblm buat roadtrip ke australia termasuk utk  bawa ke pergunungan utk main snow. Google tempat paling cantik dan khas utk anak2 main snow etc. ada beberapa tmpt sesuai khas utk anak2 bermain snow di sana. 

Mujur saya xbayar apa2 lg ie hotel/homestay dan kereta sewa sebab kami tunggu visa approve dulu. Hari isnin, saya dan keluarga terus ke airport, minta tlg adik saya buatkan visa. Malangnya, visa kami semua terus siap kecuali visa suami, tak dpt approval n kena ke embassy. So for sure xkan dpt kami bertolak selasa sebab masa dh kurang 24 jam. Kami balik ke Bangi dgn hampa, especially papa. Baring je sepanjang dirumah tokma tokki. Tokki siap beli aiskrim etc nk bg mood semua happy blk. So mcm dh redha la xboleh nak bercuti lg kali ni, tunggu approval visa. 

Sempat lagi malam tu saya pujuk papa, xpayah sedih2, kita tukar plan. Kita ke new zealand sbb new zealand pun lawa. Papa kata nak bercuti rehat2 n tgk tempat cantik2 kan. So sekali lg kami tak tidur mlm, plan mana nak visit di new zealand, buat budget etc. smp pukul 2am. Sebab penat, kami plan lupakan sekejap isu nak bercuti ni.

Malam tu dua2 tak boleh tidur. Papa frust sebab kaki dh teruja nak ke australia bawa anak2 main snow. Dah usha ke mana nak visit, jarak perjalanan, kereta nak sewa etc. dlm pukul 4am saya ckp kat papa “abg, tak pelah... mcm rasa xsedap hati je nak ke new zealand. Mgkn dah takdir kita balik ke plan asal. Mgkn doa anak2 termakbul kot. Kita pergi UK la, sekejap pun xpe, capaikan hajat mereka je... jom, kita pi london. Kita bertolak la rabu 8/8 sebab akan smp di london masih 8/8 lewat ptg. Sekarang summer, siang lama. Smp je kita terus gi dinner, celebrate anniversary. Ok ke?”

Tiba2 papa cakap ok. Malam tu siap google mana nak visit, buat budget etc. dan kami tidur dgn penuh harapan.

Selasa, seawal pagi, bangun pagi terus ckp dekat adik beradik  n fmly, kami nk ke london hari rabu. Kakak saya agak terkejut, sebab ‘rabu’ yang kami maksudkan tu adalah ‘esok’. Haha. Packing pun belum. Kebetulan pagi byk appoinment, so kami plan nak packing lepas kerja.

Dalam pukul 4.30pm (selasa), masa kami di Mothercare KLCC, tengah shopping baju utk anak2 utk travel, tiba2 adik call tny sy busy tak. Saya cakap sy ok je utk bercakap. Dia tny free tak nak dtg airport. Saya cakap ok je cuma xpacking lagi.. tiba2 dia ckp ...

“Awk macam kena fly mlm ni la, esok pagi flight penuh. Flight 11.50mlm. Awk ok ke? Ke nak pegi lepas tu ie khamis ke? 


Ye, terkejut, sangat terkejut... terus jawab. Ok saya pegi mlm ni. Sebab dlm hati kalau pergi khamis, sgt singkat duk sana sbb saya dh kena blk hari yang sama, selasa saya ada meeting dgn developer.

Saya minta adik buat reservation sbb dia kerja dgn MAS, so kami dpt special offer dgn MAS juga. 

Sekilas tny papa “kita kena pegi london mlm ni. Ok ke?” 

Papa “eh, mcm xsmpt. Kita xpacking lg. Mknan xbeli lagi. Anak kat sekolah lagi. Awk rasa smpt ke?”

Saya “kita try, kalo usaha, semua benda boleh. Kalau dh usaha tapi x dpt, kita tangguh dulu percutian smp habis meeting2 saya”.

Set ! Papa agreed ! 

Baju2 yang diambil xsmpt dibeli pun. Terus letak semua. Mood shopping tak ada. Xbayar pun, sbb kami dua2 lari ke kereta. Papa ckp, kita shopping di UK nanti. Papa hantar sy blk rumah sebelum jmpt anak2 blk n tapau Mc D utk dinner. Kbtln hari tu anak2 blk lewat ie pukul 5.30 sbb ada latihan kelab kokurikulum. 

Saya call adik saya aina, tlg blk jaga anak2 ie ammar n arissa sementara saya packing. Aina bergegas balik dr office (ofis saya ie kami kerja bersama). Call abah, tny ok ke sy bertolak malam ni. Abah ckp ok je. Abah nak buat solat hajat. 

Packing ! 

Masa nak packing papa pesan, tak perlu bwk byk barang sebab nak handle anak2 dgn byk beg agak susah. So isteri yang taat jawab “Ok”. Papa ckp diapers pun tak payah bawak n beli di sana. Yang ni I tak cukup taat sbb mcm xberat pun. 

Lagi pun boleh berjimat sikit kan hehehe..

Dgn skill packing sebagai isteri kpd suami yg sll travel dahulu masa kerja dgn Petronas (skill packing sepantas kilat dan make sure smp muat satu beg tp baju cukup setiap org smp blk in case kalau x shopping hehe), kagum la papa. Ada satu beg besar khas utk  baju lima anak, satu beg kecil sy, satu beg sederhana utk papa dan peralatan gajet, satu beg sandang utk pakaian emergency dan snek utk anak2. Selalu kami bahagi semua keperlua setiap beg so kalo ada beg hilang (nauzubillah), masih ada kelengkapan sedikit sebanyak setiap seorg. 

Mmg sudah jadi kebiasaan saya packing sekejap je sbb sll travel mengejut ie utk bercuti ataupun balik kampung. Sgt berbeza dgn kakak sulung saya, kalau travel terutamanya ke luar negara kdg2 smp seminggu plan utk packing huhu. Siap ada list pjg. Mgkn sbb kakak org yg teliti hehe. 

Kakak selalu travel overseas ie dua ke tiga kali setahun. Tahun ni dh dua kali (hari saya balik dr london, kakak bertolak ke melbourne). Dan merancang utk ke london/german utk cuti akhir tahun nanti). 

6.30pm kami bertolak ke airport. Packing kurang sejam ye. Sebab nak mandikan anak2 dan bg mereka mkn lagi. Dan kami tak ada maid. Tak de maid bukan masalah besar kpd kami, alhamdulillah. Rutin sama spt ada maid, cuma kalau ada maid, xperlu adik saya tunggu anak2 masa saya packing. Ye bawak kereta sndr je ke airport.  Xsmpt panggil teksi etc. 

Masih teringat muka anak2 yang sgt sgt terkejut tapi sgt sgt excited. Macamana irham dan adam terkam saya dr sekolah. Peluk dan cium sambil tny “mama, betul ke kita jadi pegi london ? Betul ke kita dah nak pergi ni? xjadi pegi australia?”

Teringat masa kami ke Oklahoma dulu, macam ni la irham tny mama “mama, betul ke kita dh nak pergi tempat papa? Hari ni ke? Sekarang? Kita nak ke america?” 

Mama pulak sayu (sorry mama ni mudah emo ckit huhu). 

Bila saya ckp ya, irham mcm nak nangis n ckp “irham mmg nak sgt pergi london, tapi mama kata nak ke australia dulu, irham ok je. Hari2 irham doa masa smyg, masa solat dhuha, nak pegi london”.

Adam ckp “adam pun”.

Mama tny “kenapa suka sgt nak ke london?”

Irham adam jawab serentak “kat sana kan ada hanleys plg besar kan. Kita nak ke hamleys... mama kata kalau ke hamleys london boleh beli apa shj kan”. 

Hahah... ya anak2, inshaAllah apa shj ikut kemampuan mama papa...

Dan kegembiraan , senyuman, keterujaan bertimpa2 datang sejak petang tu.

Dalam perjalanan ke airport, smpt la papa shopping snek, roti, gula2 etc utk stok masa roadtrip di UK. Saya plk sibuk buat reservation dgn airbnb. Booked utk dua mlm di London. Sebab kami tak smpt plan betul2 lagi nak ke mana kan, dalam kepala belum decide lepas ke london nk ke mana, antara Lake District, Paris atau Amsterdam....

Sampai di airport, mcm xcukup kakitangan, berpecah nak solat, nak check in, papa nak belikan bantal leher anak2 dan mcm2 lagi. 

Dalam berseloroh, kakak ckp kitorg punya plan ke london mcm nak pegi Bangi dr KL hehe. 

Ye, kami plan sebab percutian ni percutian ‘budget’ je, tapi even budget, cost dia masih tinggi sbb :
1) currency msia yang masih belum pulih
2) tak smpt plan proper utk jimat dr segi mknan sebab last minit kan, so byk juga cost di situ. 
3) shopping mmg xbyk, tp bila jemaah agak ramai ni, faham2 la. Hehe.

Mmg boleh jimat lagi kalau ada proper plan. Nanti kita kira total budget dlm entry akhir. 

Saya tulis di sini utk jadi panduan, ada juga jadi teladan, andai kami ke sini lagi nnti :) kata papa, ni trip preview dahulu :):) 

Cuba utk habiskan entry segera ie satu atau dua entry sehari (tapi yg ni pun draft dr 17/8 baru nk siap hari ni). Takut lupa sbb byk sgt trip jalan2 atau percutian lately yang tak tertulis. Paling tak mama akan letak gambar je byk2, simpan di sini nnti. 

So berbalik pada cerita tadi, alhamdulillah diizinkan Allah bertolak ke kota london pada 7/8 dan tiba di sana pada 8/8/18. Anniversary ke 10 sempat diraikan di kota london, sebagaimana yang suami dan anak2 rancang sebelum ni. Semua ni berkat doa mereka.

Nanti mama cerita kenangan manis kita di sni.

Hari ni cuma nak attach gambar perjalanan kita dr KUL-LHR. 

Baru sampai airport masa ni... teruja kali pertama travel jauh dgn 5 anak2 tersayang.





Family yang datang jmpa kami di airport. Semua mcm terkejut. Kami? Kami lagi terkejut hahaha... 



Ketika dalam flight :) nampak tak wajah anak2 yang happy tu :) tahu tak anak2, bila anak2 gembira, mama papa jauh lebih happy...






Perjalanan rasa sekejap je. Alhamdulillah, cuaca baik, perjalanan lancar. Anak2 sgt  behave. Ammar dan arissa memberi sepenuh kerjasama. Dan super papa sgt byk membantu ie bab salin diapers dua baby, papa incharge secara solo. Muah muah muah...

Terima kasih kpd pramugari yang baik hati, offer utk alihkan penumpang lain ke seat lain sebab kesian kan kami (last minit so xdpt bassinet, dh full), so dpt dua seat kosong, satu utk ammar, satu lg boleh baringkan arissa. Terima kasih juga utk penumpang sebelah saya yang baik hati bersetuju di pindahkan utk keselesaan anak kami. Dpt kami sederet duduk sekeluarga. Tq MAS. 



Sajian pun enak2 spjg perjalanan, dgn toys utk kelima anak2... kejap2 dtg tny kami kalau perlukan bantuan (segan pun ada sebab anak ramai kot, org fokus kat kami je haha). 

Sebab kami dari keluarga besar ie saya ada 6 adik beradik dan papa ada 7 org, so kami rasa anak 5 ni biasa je. Smp la kami travel ni, ramai sgt duk bertanya, tak kurang yang teruja tgk kami travel ramai2, meriah kata mereka, dan ada yg kagum ckp “bestnya mak ayah nampak muda lagi.muda2 beranak ramai2 terus” (ngeh ngeh ngeh... xtau nak respon apa, ni pujian ke atau ayat2 manis org melayu ni haha... xpelah, fikir yang baik2, bersangka yg baik2, inshaAllah semua yang baik2 utk kita ). 

Apa yang penting, kami happy sgt dgn anak2 semua, travel bersama. Di situ adanya kegembiraan kami, inshaAllah.  Dan kenangan travel kali ni terlalu manis utk dikenang (even last minit tanpa proper plan haha). 

Alhamdulillah, slps 13 jam, dah smlm smp :) bukan sekadar sblm keluar dr kapal, tapi  pramugara n pramugari ramai je menunggu kami diruang dalam sblm keluar ke airport. Bukan mereka je yg duk tunggu kami,kapten pun dtg n ckp bestnya dpt travel ramai2. Mungkin sbb kami agak lewat keluar, bila pramugari ckp ni ala2 ni la family yg travel dgn anak masih kecil ramai2 tu, auwwww segan jap... kapten tu siap  nasihat anak2, kena ingat sll kat mak ayah, yang jaga mereka. Kena ingat mak lebih dr ayah hahahah... 

Pic ni crew MAS yang offer nak snap utk kami. Terima kasih. 





Ok sampai sini dulu. Nanti mama sambung kisah selepas tiba di Heathrow International Airport ....

Salam.

Mrs Nizar