Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 28, 2013

Half day

Hari ni sy keje separuh hari je. Harus dimulakan dgn lebih awal agar xde yg sangkut.

Ofis halfday sbb hari ni management ofis bg pelepasan awal pd staff utk annual vacation mereka. Kali ni suma staff ke PD je, tiga hari dua malam di grand lexis.

Semua staff je utk trip kali ni. Management xpegi la. suma staff leh enjoy sndr :)

Saya pula akan blk kampung tghari nnti. Rindunya nk blk kampung even hampir tiap minggu tokma n tokki dtg, tp rindu pada mereka mcm xpernah luak dan susut. sgt tenang bila bersama :) sy juga rindu rumah kampung sy, rindu masakan trg juga :) semoga slmt pjlnan kami. InshaAllah.

Cepatnya masa blalu kan, sekejap je dh hari mggu lg 


Wednesday, November 27, 2013

Bila mama tiada...

smlm sy masuk kerja awal pagi ie 8.00am. Hmmm... Lately mmg sgt sibuk. Bersabar n happy je sll :)

Papa sibuk ajak sy cuti nk bawak anak jalan2. Pas masuk ofis jap, sy mendapat lawatan utk breakfast dr anak2 n suami sy. Sejuk hati jap bila keje :) (sehari dua ni mmg anak2 n papa sll ikut sy p keje ie tunggu sy meeting disekitar kwsn meeting sy).



Sempat breakfast di Old Town. Pastu irham merengek ajak p rabbit park bukit tinggi. Katanya nk p jap je. Tp sbb ada client nk jmpa pastu n sy risau xsmpt smp ofis on time, sy xleh join mereka .. Sob sob sob (sape kata keje sndr masa mereka milik mereka, mereka bebas sepenuh masa huhu).

Lgpun tghari smlm sy bwk staff2 suma lunch special ckit sama2... Kira appreciation pd kerja mereka la, semua nk mkn steak. Kira fine lunch la smlm utk semua. Time tu la suami xhenti2 whatsapp pic (sy agak ni berniat menjeleskan sy. Anda berjaya en nizar. Buat la lg. buat sll2 ye -- nada xpuas hati ni).



Lepas beberapa jam mereka di bukit tigggi (cuaca sgt sejuk kata mereka), diorg p lunch bertiga -- jeles lg. pastu papa boleh plk berlagak bonding time dia n ariana haish



Pukul 3.30 sy celah waktu jap utk join buat site visit ke sekolah anak2 (inshAAllah kami akan daftar di sini). IOP international pre-school. 

Seronok sbb sgt limited tpt kt sini. Cikgu ramai. Even skala mereka 1:10 cikgu b student, tp kami tahu xla ramai sgt student di sini. Satu kelas bawah sepuluh org. Kelas plk ikut usia. Alhamdulillah ada tpt utk anak2. Kami suka kwsn ni, banglo 3 tingkat, halaman luas, ada guard n waktu nk dtg pun dgn appoinment. Toilet sgt cantik. (kami plk berminat kt rumah tu haha). Ada di 4 buah negara sekolah ni n di msia ada lg branch di ara damansara, the curve dan subang.

Fees dia ikut tern ie 1 term utk tempoh 2 bulan setengah. 1 term rm2100. Kami tahu ttg sekolah ni sbb cikgu swimming diorg ckp n sll tgk dlm fb sgt best kt sini. Hrp anak2 suka.

Lgpun anak2 mmg suka cikgu swimming mereka (cikgu swimming tu mmg mengajar di sini). Satu lg, nnti kalau jadi papa p canada, sy risau sy xdpt nk bg komitmen utk blk setiap rabu utk blk awal utk attend kelas. Sll papa yg join dr awal kelas. Satu lg, i kan penyegan/malu. Segan la nk join kelas tanpa papa time kt kolam kan. So kelas renang leh diteruskan hrpnya di sekolah baru (tp xtermasuk dlm fees tu la, kira additional class).

Antara pic kwsn 









Ok pagi ni, sy tpaksa kuar awal plk, pukul 7am. Sy ada meeting dgn developer utk close tender projek baru. Alhamdulillah. 

Smpt masak ayam goreng kunyit n sardin je utk anak2 arini.huhu. Bubur ariana jgk 

Sempat bwk bekal roti kacang n nugget segera je hehe


Hehehe... Smpt borak dgn papa .

Saya : thanks abg sbb sll teman sy even awal pagi. Malas nk redah jem p shah alam.

Papa : eh xpe. Sy rasa sy suka la jd bodyguard n driver awak. Sy rasa nk berenti keje la. hidup gini pun best jgk.

Saya : tu la, best kan. Ala kadar gini je. Tak payah nak susah2 kita hidup jauh2. Tp nnti org ingat sy scandal dgn bodyguard plk cmne?

Papa : eh ok apa scandal bodyguard.

Saya : ok ek (senyum2 gatal)

Papa : kalau bodyguard tu sy la. kalau tak, siap la. 

Hehehe...

Pic suami isteri menggedik selfie pagi hari :) inilah bodyguard sy :)












Monday, November 25, 2013

Pengembaraan bermula...family day SOCC 2013

IJumaat lepas, sebelum subuh kita sekeluarga bgn pagi ni, terus mandi etc. ye, kita join club kereta papa utk berkonvoi fmly day.SOCC (subaru owner communtiy club)

Mujur2 anak2 sporting, suma bgn awal dan mandi. Sebelum 8am kita dh bkumpul di stadium shah alam.

Wajah2 anak mengantuk awal pagi :) dah lama xtravel naik kereta, mula2 risau jgk sbb takut xmuat tiga carseat kan :) xla sempit sgt, malah ariana plg hepi abg2 ada di kiri kanan dia :)




Ni tentative perjalanan kami :
KL--maran -- cherating-- rompin-- mersing--desaru-- danga bay





JUMAAT

9.00am : antara ahli kelab yg dh berkumpul utk bertolak ke maran




* happy sebab semua ahli sgt berdisiplin, ikut arah marshall, drive dgn penuh attitude. Anak2 plg hepi sbb beberapa marshall bukak siren spjg jln, n eskot pjlanan kami. Xde stop2 kt trafic lite, suma lancar sbb ada marshall kan :) 

12.00pm : lunch kt aloha ayam kampung. Sedap jgk mknan di maran ni.


Perjalanan diteruskan ke pantai balok menuju hotel kami di de rhu beach resort. Pihak hotel sediakan satu court tenis utk parking berkunci dan berjaga pada semua ahli kelab. Kat sini best sbb pool dia cantik n besar. Ada gelongsor air etc yg mana public boleh masuk tp keba bayar tiket utk mandi la :) xsmpt snap pic. Layan anak je hehe



6.00 ptg : check in hotel. Rehat santai. Ramai yg turun p kolam. Kami lepak di pantai je.(xbyk snap pic, fokus sbb masing2 layan konvoi je n penat. Hehe. Bibik stay umah tokma.).



8.00mlm : dinner di hotel. Ada acara lucky draw n karaoke. Kami xstay lama sbb mcm xsesuai. Sy xminat bising lagu2, n xsuka karaoke2 hehe. Jd gundah n resah. So blk bilik, tido. Rupanya kami menang lucky draw. Dpt hamper. Alhamdulillah.hepi n teruja.

Tp sbb kami pun beli byk stok mknan (sbb konvoi xleh stop sesuka hati kalo anak2 lapar etc, so kami hadiahkan pd kawan ahli kelab socc. Kwn kami ada plg ramai anak,6 org. Bersorak hepi anak2 kecik kwn sy dpt hamper tu. sy pun jd gembira tgk org hepi :)




SABTU 

8.00 am : breakfast. Ada talk psl trip ke desaru plk. 

8.30am bertolak ke desaru melalui pekan dan rompin.

12.30 pm berhenti lunch di restoran udang galah. Sgt sedap masakannya (suma masuk dlm pakej trip. Mkn n hotel etc :)



Sbb kami ada anak kecik, mmg kena cekap ckit. Tgh org kalut n line up, kami kalut salin diapers anak2 n bersihkan anak2, siapkan susu. Layan jelah tepi jalan pun hehe. Perjalanan diteruskan.



5.00 tiba di Lotus Hotel Desaru. Ada waterpark di sini. 



Kat sini berkumpul dlm 40 buah subaru dr KL. ada yg bru smp, ie trip kedua dr KL yg xjoin hari jumaat. Kemudiab subaru dr arah selatan plk join pd hari ni dlm 30 buah selain group subaru singapore (sfsg : subaru forester singapore). 

8.00 mlm :Mmg best mlm tu kami  berkonvoi ke pantai utk bbq, ada 2 ekor kambing dan etc 





10.00 mlm: kami blk bilik. Balik awal sbb penat n anak2 nk tido. Yg lain join car drag dan drift. Hehe. 

AHAD

7.00 am : suma member club tido lagi. Kami anak beranak je pusing2 hotel, kuar awal pagi. hihi .Ada mini zoo etc



8.00am : breakfast. Mknan kt sini agak byk pilihan dan sedap (hmmm bilik hotel utk dua2 hotel ni biasa2 je, boleh la).



Breakfast tepi pantai :)

9.00-12.00 pm : sukaneka ( tp kami xjoin. Hehe. Minta excuse la sbb anak2 sibuk nk p waterpark. Layan waterpark. Pic sekitar. Pic kami xde sbb layan mandi xhengat. Mandi berlima, main gelongsor air (gilir2 naik dgn papa bawak anak2). Ada gelongsor air besar jgk naik dgn float kt situ tp kami xnaik sbb xsesuai dgn baby kan. Mmg best main air kt sini. Siap beli water pump gun dulu kt souvenir shop hotel sblm mandi.main perang2 dlm kolam. Sian anak2 kena tawan dgn papa, ada denda tauuuuu. Takutttt... Hehe







Xbanyak snap pic.

1.30pm : line up utk berkonvoi ke kita iskandar plk (xjadi danga bay).

2.30pm : lunch di pasir gudang, restoran rakit. Sgt sedap. Seafood fresh. Suma goreng tawar cicah kicap dan sambal belacan yg super sedap. 







Perjalanan diteruskan.




5.30ptg : tiba di kota iskandar. Sekali lagi acara penyampaian hadiah n lucky draw.










Pic baju kelab, sedondon sekeluarga.(ada bendera malaysia dan singapore).

Pukul 7.30mlm: semua berkonvoi btolak blk. Ada ke kl, ada yg stay lg semalam di spore/JB.

Kita dh xberkonvoi. Blk sndr2. Kami ke thistle hotel jap, mandi2 anak2 etc then dinner di johor bharu sblm btolak blk.

10.45 mlm kami bertolak dr johor bharu.
1.15 am kami smp di bangi, jemput bibik.
2.00 am slmt sampai di kampung warisan.

Alhamdulillah. Aktiviti yg sgt mengujakan terutama anak2. Walaupun penat sbb travel spjg waktu merentas negeri kami sgt puas :) bunyi deruman enjin boxer yg menggegarkan setiap bandar dijelajahi tidak akan kami lupakan :)