assalamualaikum wbt
entry kali ni mungkin entry terakhir blog ini ......
kenapa ? satu mungkin disebabkan kekangan waktu menyebabkan masa utk menulis makin berkurang...tp sebab lain juga kerana, saya tidak pernah sedar dan perasan bahawa penulisan merapu2 saya, dan hanya berkisar tentang kisah keluarga saya, rutin keluarga saya, juga aktiviti ntah apa2 keluarga saya, yang sekadar jalan2 dan makan2 itu juga ;p mengudang rasa tidak senang, gundah mungkin, dan rasa-rasa lain yang sy pun tidak pasti rasa apa yg ada dalam hati utk pihak lain. malah tak pernah terniat nak melebarkan kisah2 blog sy pada umum (ie add nuffnang etc ;p)
maafkan saya.....
semalam kami sekeluarga keluar berkelah ke pantai bagan lalang...dan di sana, tempat sy mula berfikir selepas dimaklumkan oleh suami sy tentang perkara ini......dlm tenang sy cuba berfikir di hadapan pantai yang tenang...ye syg adam, smlm hari pertama syg berlari2 di pantai...mama sgt hepi :) tp sy agak terkejut....rasa lucu pun ada, kerana bagi sy, sy sgt x sangka ada yg "sgt mengambil berat" pasal kami yg "mingung-mingung" ini...hehehe.....
jadi saya tak nak lah melukakan hati sesiapa dengan penulisan picisan sy ini ;p...cuma bagi sy, juga pesanan pd kita semua, Allah itu Maha Adil...Allah sentiasa adil pada setiap hambaNya......kita semua diberi kegembiraan dan dugaan yang berbeza. Tapi jgn dilupa, setiap org mmg dianugerahkan kegembiraan olehNya, tak ketinggalan juga ujian kedukaan utk menguji hati kita :) bersyukurlah dgn apa yg kita ada..jgn hanya pandang kelemahan kita, sbb setiap kelemahan itu akan Dia datangkan bersama dgn rahmat yg kita xsedar :):) fokus je pada diri kita sndr ye :)
jgn kita melihat sesuatu pada mata kasar shj....kalau sempurna di mata kita sebuah kehidupan org itu, mungkin kita tidak tahu dugaan disebalik kegembiraan anugerah itu, malah kalo kita merasa duka di atas setiap yang berlaku pada kita pula, jangan kita tidak tahu nikmat yang akan Dia anugerahkan dr luka itu...sentiasa bersangka baik padaNya...baru kita rasa hidup ini indah....
berbahagialah dgn apa yg kita ada kerana masa kita di dunia hanya singkat, berlapang dada. jangan kita risau dan sibukkan diri dgn perkara2 yg merugikan masa kita, sehingga kita gagal menghargai hari2 bahagia yg telah dia anugerahkan pada kita krn terlalu sibuk dgn hari2 insan lain.
kami pun sama, ada hari sgt bahagia, tp kami juga sll diuji duka :) tp kita kena positif, bab kata suami kita diuji tanda Dia ingat pada kita....so jgn sedih2 dgn diri sndr ye...hepi2 je sll...hidup tu indah :):) kisah sy, biarlah sy yang simpan selepas ni....aktiviti kami, biarlah menjadi rahsia peribadi kami, kegembiraan kami, utk kami kongsi di dalam dunia kecil kami....ada kami utk sesama kami itu sudah memadai....
sy ingat nk berenti terus menulis..tp smlm suami ada tny, nk send pic pada sy dr hset sbb nak sy tulis something tuk anak2 kat cni...tp hati sy dah tak senang nk bercerita la awk.
tp dalam masa yang sama, saya perlu berlaku adil pada niat mula sy menulis, utk menceritakan perjalanan cinta keluarga pada anak2, dan kenangan sy dan suami juga...jadi sy memilih utk "mengnimport" kepada sebuah blog baru, khas utk cerita2 terpencil keluaarga kita, aktiviti kita, setiap rasa kita, dengan bebas tanpa gusar akan hati2 mereka itu :) dan akhirnya, tadaaaa.....;p
utk itu, bg nukilan terakhir ni, maafkan kami utk semua cerita2 kami andai ada yg rasa tidak enak dgn cerita itu...serius, kami xsedar ;p so kami tutuplah kisah kami utk semua di sini......izinkan kami menikmati hari2 kami dalam sejarah kami sndr spjg usaha membesarkan anak2 kami, menikmati rasa gembira dan duka kami (eceh, cm poyo plk ) dan saling melengkapi kehidupan kami suami isteri...
terima kasih suami utk berkongsi perkara diluar jangkauan sy itu....terima kasih juga pada semua yg sudi jenguk blog yg xde manfaat pun, cuma kisah hidup sebuah keluarga kecil shj :)
salam...babai.....
forever hambaNya
AIMI SHANIZA BT AZIZ
P/S : ada jgk kami berfikir2 pasal status akaun FB kami...hmmmm....mgkn kami biarkan je akaun tu, utk perkara2 hubungan silaturrahim kita.... :)