Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 8, 2012

Happy 3rd Birthday my lil charming irham :)


Happy birthday irham sayang...birthday sayang yg ketiga dh 2 minggu lepas, 29.4.2012 baru....sorry sgt sbb mama xsmpt nak buat entry utk syg mama ni, buah hati pengarang jantung mama :)

birthday syg tahun ni kita celebrate dua kali. mula tu kita celebrate hari khamis, 26.4.2012. yg ni small party yg mengejut, ummi ain yg buat :) ummi ain call mama lewat ptg, nak buat makan2 simple sbb bday sayang jatuh hari ahad, n tak ramai fmly ada di KL. ummi ain nak blk kampung wkend tu, angah dan cikna pun dh ada di kampung sbb angah cuti pantang, dan pakcik juga xde. so ummi ain nak la mkn2 awal ckit dgn anak buah dia ni.

lagipun kita pun takde ahad tu sbb mama dan my partners (office) pun plan nak buat family day ofis mama masa bday sayang tu :) jom layan pic small party dulu..thank you very much kak, saya sayang kakak sy :)









 iniolah kakak sulung sy, ummi ain anak2 sy :)

 hep anak mama malam tu smp lompat2 leh main ngan cousins suma ye :)

dan ini pula cup cake red velvet mama tempah utk di bawa pada suma staff mama, sbb kita semua bertolak ke Port Dickson, Grand Lexis masa bday sayang tu :) sedap sgt kek ni :) yummy...

 sonok sgt kat Grand Lexis ni sbb ada private swimming pool. mandi smp lembam, setiap masa. xkisah psl org kan. leh main n jerit2 puas2...plg best, mama xperlu pakai proper...hehehehe jom layan pic kat sana ye. cantik blk ni, dan besar.
 ni ruang closet...
 pun ada kitchen ...smp la masak, masak megi ;p


tgk tu si kecik dua org excited cari2 ikan2 kat bawah tu....blk ni terapung kt laut, so besh la suma tgk air kat bwh :) excited lg even ini bukan kali pertama kita duk water chalet cni :)

 dan juga blk air yg besar dan cantik :)

 ni pic sexy ckit, jejaka jejaka rumahtangga duk main air smp kecut jari jemari ;p
 satu lg yg besh kat cni, kejap2 ada org dtg tny nak tukar towel ke tak, sll jenuh kena call hotel minta tukar towel ke apa.... bkn tu je, kejap2 ada org hantar buah lak, best2 :) sambil mandi, leh mkn2 ;p

 ni plk pic anak mama siap2 nak kuar dinner, dua mlm kita layan seafood dgn staff2 mama. sorry xbyk smpt mama tulis, tp layan pic je ye syg :)





 selesai dinner , kita blk hotel n rehat. tgk buah hati sy tidur, mmmuahhh rindu sgt...sayang abg n adik ni...peluk2 sll ek time tidur malam2 :)

 dan ini gambar2 sekitar Grand Lexis ...



 ini pulak dinner malam kedua kat Nasreen Songkhla .
 dan lagi pic kat sana .ye, nenek pun join kita sbb kebetulan nenek dtg ke KL masa bday irham :)
 inilah wajah nakal2 hero2 tercinta....




inilah shj cerita ringkas mama tp penuh dgn gambar2 utk anak mama.

sekejap je dh besar ahmad irham faris mama, dah tiga tahun usia cint hati mama dan papa. semoga sayang membesar sbg anak yg soleh, taat pd ibubapa, diberkati sll, dianugerahkan akhlak yg terpuji, diberi kemudahan dan jalan yg "indah" di dunia, sbg jambatan utk ke akhirat.

mama dan papa syg sgt irham, setiap detik semakin byk kenangan manis kita bersama. love u baby.

Friday, April 27, 2012

Warkah buat anakanda tercinta, ahmad adam hariez ahmad nizar

Kehadapan anakanda tersayang, ahmad adam hariez,

mama tulis surat ni khas utk tatapan anak mama suatu hari nanti. mama yakin surat ini sangat berguna utk anakanda nanti.

adam yang mama kasih,

insyaAllah kalau diizinkanNya, dan dijemput oleh Dia, mama dan papa akan berangkat ke tanah suci pada 27 Mei - 8 June 2012. Kita hanya merancang, hanya Dia yang memilih hambaNya utk menziarahi tanah suci yang agung itu. Setiap detik mama berdoa agar niat suci ke tanah suci dipermudahkan.

sayang adam mama,

sepeninggalan mama nanti, mama merancang untuk meninggalkan adam dibawah penjagaan tokma di terengganu. mama berdoa anak mama baik2 sll semasa pemergian mama, dan gembira sll. insyaAllah masa peninggalan mama nanti, umur sayang dlm 1 tahun 9 bulan.

adam yang mama kasih,

mengikut perancangan awal, adam akan mama tinggalkan bersama abg irham dan adam dengan tokma. tetapi perancangan di saat akhir akhirnya berubah. minggu lepas mama dan papa sepakat akan membawa abg irham juga ke tanah suci bersama mama dan papa. alhamdulillah, dlm last minute ada lagi kekosangan ruang utk irham ke sana dan segala urusan pembayaran ke sana juga telah dibuat.

buah hati mama sayang,

mama menulis surat ni khas utk menjelaskan pada sayang, mengapa mama terpaksa membawa abg irham dan meninggalkan adam selama 12 hari kepada tokma spjg temoph mama di tanah suci.

untuk pengetahuan sayang, sejak dari awal mama mendapat tempat untuk ke tanah suci, mama maklumkan pada irham dan adam. abg adam sudah berusia 3 tahun (insyaAllah esok hari). abg irham sangat faham apa yg mama maklumkan dan sejak hari pertama mama inform syg berdua mama akan tinggalkan anak2 di terengganu, abg irham akan menangis dan cakap "irham nak ke mekah". mungkin luahan kata abg irham itu ibarat doa yang bakal dimakbulkan Dia.

mama kira itu perkara normal bila irham meluah rasa tersebut. sehinggalah waktu papa meninggalkan kita ke kota kinabalu. irham menangis setiap malam  memanggil papa dan siang hari asyik merengek. pantang silap ckit, menangis meraung2....mama sgt la xsenang. tp mama kira irham berubah sbb masa papa bertolak, papa tak ucap selamat tinggal dan peluk cium anak2 sbb mama hantar papa ke airport seawal jam 5 pagi. irham tak putus2 tny papa dan menangis sbb nak tidur ada papa dan mama.

tapi adam mama tgk tiada perubahan. boleh gembira dan main dgn riang. mungkin adam belum faham sepenuhnya, adam akan gembira tiap kali dpt apa yg adam hajati dan main puas2 :)

tp bila papa pegi ke Pulau Pangkor pulak utk lagi 3 hari 2 malam tu, irham masih tak berubah. tak tido smp pagi. tidur kejap je terjaga dan nangis mengamuk2 cari papa. bibik yg tidur sebilik dgn kita time papa tak de meluahkan rasa sgt tidak senang , risau spjg peninggalan mama dan papa ke tanah suci. sbb irham kalau nak tidur mesti nak mama peluk dan tepuk smp tidur. adam juga. tetapi ada kala mama blk lmbt kerja (sgt jarang), adam masih boleh tidur even bibik yg ulit tetapi tidak utk irham. irham akan tunggu smp mama blk even mata dh sgt mengantuk. irham pun tak putus tny bila papa nak blk spjg tempoh tu.

adam cinta hati mama,

semasa abg seusia sayang, mama pernah dua malam tinggalkan irham . satu ketika mama accident, irham doktor minta dibawa pulang ke rumah sbb doktor minta mama rehat sepenuhnya. dan yg kedua ketika mama bersalinkan adam, irham tidur di rumah ummi ain dgn bibik utk satu mlm sbb papa nak mama rehat dulu elok lepas bersalin. tapi waktu tu, irham masih OK sbb dlm usia syg, mama percaya anak2 mama mudah gembira andai dapat permainan atau dikelilingi org2 yg syg kenal utk bermain bersama. 

oleh sebab itu mama rasa adam mama cekal dan kuat spjg mama tinggalkan utk tempoh 12 hari ni. maafkan mama sayang, izinkan mama dan papa pergi dengan tenang untuk beribadah di sana dan mendoakan kesejahteraan kita bersama sll. doakan mama dan papa juga abg sihat2 sll disana. mama pohon, kuatkan hati syg, dan hanya padaNya mama serahkan anak mama utk dipelihara. even mama tinggalkan sayang pada tokma, tp mama yakin hanya Dia ttp terbaik utk mama berserah kerana Dialah sebaik2 pemelihara kerana Dia lah pemilik mutlak kita semua :) mama yakin, Allah sll ada utk memelihara adam mama, juga mama papa dan irham di sana.

kasihku adam,

kerana sayang juga mama meninggalkan adam di terengganu kerana mama tahu rutin di sana tidak sesuai dgn anak mama. mama sering bawa anak mama ke masjid utk bersolat, mgkn abg irham sudah boleh patuh dan ikut sembahyang, tp adam masih kecil syg. adam kadang2 berlari2 dan kadang2 merengek. sebab itu mama rasa mungkin masa masih belum sesuai utk bawa syg ke sana.

lagipun tokma dan tokki juga berjanji akan bwk syg berjalan2 sll dan belikan mainan setiap hari utk anak mama. 

adam yg mama rindu sll,

tahu tak sayang, setiap kali kita blk kampung atau bila tokki dan tokma datang ke KL, irham dan adam sgt seronok utk bermain dgn tokki dan tokma. tetapi bila tokki dan tokma nak bawak cucu2 (semua sepupu2 lain jgk) jalan2 naik kereta even nak pegi beli ais krim dan mainan, semua org senang hati ikut termasuk adam, sonok je duk di riba tokma, tapi irham sorg akan merengek pujuk mama ikut sekali.

terbaru, bila tokki ajak syg irham dan adam keluar, adam ok je. tp abg irham berkeras menolak dgn pelbagai alasan kononnya hari dah nak hujan la, tak boleh keluar rumah la. tp sbb tokki masih memujuk irham terus cakap "kalo irham nangis ingat mama camane?" lepas kuar ayat ni, tokki mengalah. irham tinggal je kat umah dgn mama, yg lain suma kuar ikut tokki cari ais krim. itulah abg irham. sebab itu mama rasa mama ingin bawa irham ke tanah suci juga.

selepas mama maklumkan pada tokki niat mama membawa irham ke sana, mama ingat kata tokki "mungkin kita semua kata irham tak perlu pergi, tp irham sll ulang irham nak ke mekah. even tak tanya pun, irham sibuk cite semua org irham akan ke mekah. mungkin doa irham telah dimaklumkan. kata2 irham adalah doa selalu," ye, kata2 anak kecil, yg masih suci hati, adalah doa yg sgt mudah dimakbulkan. tokki seraya menangis berkata "kalau ada rezeki irham ke sana, alhamdulillah, rezeki irham dapat ke sana dlm usia yg sgt muda. rezeki masing2. syukur".

mama yakin tak lama lagi akan ada rezeki adam ke sana juga. sama2 kita doa ye syg.

cinta mama, adam

mama tahu byk baik buruk bwk abg ke sana. tp mama positif, tempat yang baik insyaAllah Dia akan permudahkan segala urusan andai hati kita ikhlas.

adam hariez putera kedua mama,

inilah sahaja yg ingin mama luahkan. sejak mama confirmkan tiket irham faris ke tanah suci dgn sepupu mama ie pemilik agensi umrah yg mama akan ikuti (ustaz zawawi yusof), mama sering bercerita dgn adam kenapa mama tinggalkan adam dan membawa abg irham. mama sekali kali tak nak adam bersedih. mama tahu, anak bijak mama faham, anak soleh mama tahu isi hati mama.

sayangku

insyaAllah, andai diberikan keizinan drNya, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, mama akan bawa adam ke sana tidak lama lagi. insyaAllah mungkin tahun depan.  mama berusaha utk kesana sekerap mungkin bersama sayang sekeluarga, itu doa mama. mama terlalu rindu utk ke sana sejak pulang dr tanah suci dahulu. tak terucap rasa rindu itu. semoga impian mama ke sana terlaksana lagi. amin

sepanjang peninggalan mama, mama doakan anak soleh mama dilindungiNya sll. insyaAllah panjang umur, kita akan berjumpa lagi. doakan mama dan papa juga abg sll.......mama tahu, Allah lebih tahu apa permintaan syg, dan permintaan syg adalah antara doa yg akan dimakbulkan, dr hati suci seorg bayi :)


assalamualaikum.

yang terlalu mengasihimu, mencintaimu,
aimi shaniza aziz
ibunda ahamd adam hariez 


p/s : yg masih belum selesai, nak renew passport mama  dan papa. dan passport irham juga tak buat lg...agak risau ni.



Wednesday, April 25, 2012

Bila Family Cinderella Berpicnic | Happy Lunch Hour | Macam-macam

Tajuk entry pelbagai hari ni sebab byk sgt nak tulis, sll xsempat, hari ni kebetulan appointment pagi cancel....so jom kita cite2 :)

family cinderella berpicnic? family siapa tu? heheh...family kita la...(hmmm rasa dlm family kita suma laki, i je perempuan, i kah cinderellah itu...hihih, auwww....perasan u :) ye, cinderella berpicnic sbb xpenah org buat, kita je ngan cinderella picnic tgh malam ;p

ok ok, blk cite td. semalam mama masak simple2 je, sbb terasa nak makan sardin n sup sayur n fish ball je siang hari. so mlm hari cuak la plk, cian papa, xkan nak mkn itu je kan :) pastu bila text papa, papa ckp nak kuar mlm ni (mmg sll kuar, tp biasanya pas dinner, supper je kat luar...sila la faham nape kami gemuk, ada supper ye slps dinner...nk insaf dh ni xlama lg ;p)

so plan asal nk p papa john, tp cm malas nak redah jem, so lepas papa balik surau, kita terus pegi ke ayamas dan dominos, kita tapau....sbb kita nak picnic kat putrajaya....so dlm 10.30, kita smp la kat putrajaya.

tgk tu buah hati sy makan2 :) sempoi tp hepi sgt !

 tadaaaa...menu picnic kita, pizza yg sgt sedap n juicy :)
 juga seekor ayam..seekor ok, ayamas...utk 4 org makan (eham dan adam ye :) separuh perisa blackpepper dan separuh lg percik.sedappp sgt :)
 jom layan pic aksi papa dan anak2 sy :)

 dan ini ialah sy dan suami sy. gambar ini ditangkap oleh anak sulung sy yg bernama irham faris.pandai anak mama ! :)

 dan ini pulah wajah suami sy hmmm...dia cm nak tiru sultan dia je (ie sultan kelantan) jalan2 pakai jubah n crocs je...hehe..sempoi tp i like !! :)
 lepas siap makan dan jalan2 kat dataran putrajaya, kita pegi pulak kat bridge ni. tgk tu, ternganga suami sy dan anak. kenapa tu? terkejut sgt?
 oooo...rupanya terkejut sbb tgk mama comey ek...hahahah,.,.,,,tipu tipu tipu, sbnanrnya, dua2 tgh syok main teka2 lampu bridge ni yg tukar2 warna, merah la biru la,...tgk tu pic maman  adik , dia warna merah, kat bawah dh jadi biru. elok jgk utk test anak2 kenali warna :)

 dah kul 12, anak2 dan suami cinderella pun balik la ikut cinderella mereka...tgk tu, dh penat dh kan :) senang nak ulit tido :)
 Tajuk kedua? Happy lunch hour?

yup, super duper hepi :) setiap hari bila time dating dgn papa, me sgt la hepi, so time utk berdating berdua sllnya masa lunch hour jelah kan :) hari ni nak p mana? ni kat sms ni :):) xsabar jmpa papa, hari2 tiap kali time nak dating je teruja, dh 4 tahun kawin pun...adeh, mmg nak kena ketuk mama ni :)

Macam-macam? topik apa plak?

yup td kan sy ckp sy rasa nak masak nasi goreng je hari ni. sy ada ramai co-chef. tp sy gagal upload pic sbnanrmya kat sini. tiap kali sy masak, anak2 penuh katy dapur (cm ramai je anak sy ;p) sorg tu suka sgt main sapu2 kicap kat muka...aiyakk... ni pic adam masa muka masih suci, tp muka dgn kicap lak gagal diupload. dan pic bawah tu wajah manis si sulung...bila pakai kupiah terus tny " mama, eham hensem tak/" bila ckp hensem terus dia sambung "cam papa kan?" yelah, papa sll jadi idola awk kan :)

satu lg, adam kan dh pandai ckp nak p toilet.so pandai2 je dia bkk diapers dia. then pakai blk pastu, pandai anak sy :) baru setahun 8 bln.clap clap clapo...

ok la, inilah serba sedikit kisah kita utk hari ni...byk nbak cite lately, tp sgt la xde masa...kita cuba ye :) yg pasti, sy sgt hepi setiap hari yg dilalui dgn family tercinta :) love u kesemua encik ahmad sy :) daaa.




ratu en ahmad jr dan sr ;p

Thursday, April 19, 2012

Ada apa di Pulau Pangkor ?

Agak2 apa ye yg ada di pulau pangkor?

meh nak cite. pulau pangkor cantik la juga, tp tak secantik pulau2 peranginan lain. cuti pertabalan YDPA last wednesday, papa tercinta bwk kita sekeluarga ke pulau pangkor. nape ke sini? hmmm nnti mama cite. sblm tu kita plan nak pegi the lost world of tambun, tp xjadi sbb cuaca xbaik n cm lewat dh smp ipoh :) so layan pic sambil2 cite ye.

mula2 kita suma smp kat jeti lumut... kata daytrip, so suma pun kena cepat2. smp lumut terus amik feri :) tgk tu family kita bertenggek kat jeti tunggu feri :)




pas tu feri smp kita pun suma berpusu2 masuk takut xcukup tpt kan :) ni first time kalo xsilap irham dan adam naik bot cmni.

 cm biasa, kita semua sgt hepi dan teruja bersama :) layan je spjg tempoh dlm bot/feri tu :)



pastu smp kat pangkor, kita pun sewa satu van utk bwk kita keliling pulau. best sgt kan :)

 kita lawat byk tpt tp mama cuma upload ckit je ;p kat tokong cina, tgk kolam ikan, kg belanda, tpt batu bersurat , coral beach dan pantai pasir bogak...
 ye, mama sudah kepenatan :) tp posing ttp senyum ;p

 ni pic kita suma dlm van,  cikna dan ayahsu pun ada :)
 sempat la kita bersantai jap tepi pantai...mmg besh duk sana. papa best kan, ada je idea pelik2 n best2 sll...

 sebut pasal papa, saya skrang tgh sgt rindukan papa. dan teruja sgt sbb jap lg papa akan smp :) papa pegi mana? ye, inilah jawapan utk soalan, ada apa di pangkor? plg besh dipangkor skrang sbb adanya suami sy di sana dan saya sgt sgt sgt rindukan dia yg sgt sweet itu :) awal pg sy dh masak super special nak sambut kepulangan suami tercinta... :):)

so kat pangkor ni ada peterpan saya...tadaaaaaa.....papa ada course / teambuilding kat pangkor, n smlm ada dinner kena pakai kostum kartun. so papa sewa la baju ni, peterpan :) dan yang plg xleh blah :):):).....
 papa pakai tag ini "bukan ariel" hahahah.,...yup ,suami sy bukan ariel peterpan even dia pakai baju peterpan ye...elakkan kontroversi, tingkatkan prestasi ye papa :)


yeyy, sy yg tak sabar
isteri mr nizar