Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 20, 2013

The day I turn 31- part II

Khamis lepas, blk pada ofis, tiba2 suami sy memanggil sy ke bilik. Mcm ada perbincangan serius. Cuak I. Rupanya papa ckp dh beberapa hari papa duk usha plan utk celebrate bday sy. Nak mkn kat cruise putrajaya la, nk pegi kota kinabalu la (sbb tiket tgh murah, pegi blk satu fmly rm800 je papa ckp) etc. pastu papa pggl sbb papa nk sy pilih sndr sy nak ke mana atau nak mcmana.

Sy pun ckp la, sy xkisah pun. Sy lg suka suprise je n hepi je apa2 idea suami sy. Tp kalo nk suh sy pilih jgk, sy bg hint la. sy suka bercuti tpt yg sunyi, ada pantai mcm kt pulau, tp cm ada hutan2 jgk. Bkn tpt ramai pelancong sgt n betul2 tenang n utk rehat. Lg best kalo tpt tu adalah sebuah chalet.kalo tpt yg xpenah pegi lg best (byk songeh bini nizar ni).

Pastu hari sabtu tu kita pun bertolak la. destinasi ke mana?

Kuala rompin, pahang.

-- tpt xpenah pegi --> checked
-- ada pantai --> checked
-- ada hutan2 --> checked
--sunyi --> checked ( smp seram sbb gelap mlm2 even di pekan haha)
--xramai pelancong --> checked
--chalet --> checked

Waaaaaaaa.... Suami sy sgt hebat. Dpt cari tpt ygpenuhi semua kriteria bini yg byk songeh. isteri tau imagine je sll. tp suami dpt cari cm yg isteri fikir...Clap clap clap.. Muah muah muah....

Kami bermalam di Lanjut Golden Beach & Gold Resort. Sgt sgt best. Bukak pintu terus pantai. Malam bertemankan bunyi ombak :) chalet ni agak cantik (sblm heck in smpt tny la, dia kategori 4 star. Ok la).

Apa yg best di rompin? Seafood dan udang galahnya la...

Percutian kali ni plg best utk sy.. Juga anak2 sbb anak2 byk kali sebut. Plg sweet juga dihati sy. Terima kasih byk2 suami. Awk sll membahagiakan sy, menenangkan sy.Semoga awklah suami sy sll, didunia dan akhirat. Ameen.

Apa kami buat kat sana? Tunggu next entry. Ni pic chalet kami dulu ye. Design modern. Suma cermin. So mlm2 kena tutup bidai la. kalo x, bahayaaaaa.... Org nampak kitaaaa hehehe... Besar n selesa. Ada dapur jgk etc.

Zasssss pic jap...























The day I turn 31- part 1

Alhamdulillah, sabtu lepas bertambah lg usia sy didunia.... Dan makin singkat juga masa sy disini.

Malam sblm birthday sy ie jumaat, parents sy ada di bangi. Kakak sy call nk celebrate bday sy. Kak zura n abg rashid nk masak nasi tomato n laksa penang. Yummy mmg sedap. Pasangan ini mmg pandai masak n dua2 hobinya memasak hehe.

Sy top up kan pizza, spagetti etc la . Hepi sbb tahun dpt celebrate penuh satu fmly besar sy . Alhamdulillah.

Mlm tu sy "kaya semalam" sbb tiap kali bday, ma abah n kakak2 akan bg hadiah cash je pd sy, pandai2 beli hadiah sndr hehe. Sbb dh besar takut hadiah xkena taste konon ( mmg dh jd rutin dlm fmly tiap kali celebrate bday sesiapa je, ma, abah, anak2 ke, cucu2 ke even menantu, amalan ni mmg jd rutin la hehe.).

Jom kita tgk pic ye.































Sunday, October 6, 2013

Mode kagum

Sorry, entry memuji kakak sndr sket hehe. Sbb sy tiba2 impressed kt kakak sndr. Aci kan :p

Setiap pagi mmg sy memasak utk chenta hati sy dirumah... Dan alhamdulillah, en N juga boleh bawak bekal...without fail especially last week.

Sekarang, my lil bro dh joined my firm as my new manager. So kdg2 sy pun bwk bekal utk dia jgk. So setiap hari dia snap pic n share kt group whatsapp fmly kami.

My sis, azura mmg rajin memasak. Tp sllnya waktu ptg je lepas keje. Kbtln suami azura/abg ipar sy pun sgt rajin n pandai memasak. So kdg2 diorg gilir2 atau masak sama2 ie menu lain2 la. nk cepatkan.

Lepas tgk sll pic masakan sy tiap pagi, kakak sy tiba2 bersemangat n bgn awal pagi juga utk masak kpd fmly sblm keje plk. Yg sy kagum, rumah kakak sy di bangi, dan ofis kakak di petaling jaya. Jauh n jem. Tp kakak masih smpt smp ofis pukul 8am setiap hari ie selepas memasak. (Kecuali time outstation-- kerap outstation , keje lasak ie electrical engineer dia ni).

Sy ckp kat kakak, sy masak biasa2 la sbb rumah sy pun dekat je dgn ofis n xrushing sgt la bila dia hepi tgk sy masak setiap pagi. tp sy sgt kagum dgn semangat kakak sy. Ini dpggl woman power. Mampu uruskan mcm2 hal even bekerja ~work life balance. Masih uruskan rumahtangga spt biasa even dia seorg manager yg punya ramai staff/ engineer di bawahnya. Isteri masih tetap seorg isteri. Jiwa ibu tetap seorg ibu.

Mgkn kami terikut2 dgn sifat tokma. Yg bekerja, tp masih berjaya sediakan masakan air tgn ibu utk kami setiap hari. Hasilnya, smp hari ni kami sll rindukan air tgn ma. Hati kami terikat pada ma sll :) ma saya adalah idola sy :)

Alhamdulillah, so far sy masih istiqamah krn sy mendapat sokongan dan kdg2 penghargaan dr org tersayang. Hilang penat, rasa bahagia dlm tugasan. Terima kasih en N utk tiap penghargaan :) selit ckit sms dr en N jumaat lepas. Dlm sibuk meeting sana sini, dpt sms mcmni, haruslah si penerimanya tak kira siapa akan rasa hilang penat dan bahagia (sy plk jd perasan... Mmg parah la hahahaha).

Tolong menolong, menunaikan tanggungjawab, berkasih syg sgt penting.. It keep me alive.InshaAllah.

Tribute to my beloved Chenta Hati

Lumrah manusia, akan bersedih dgn setiap perpisahan. Waktu bersama mungkin kehadiran tak dirasai, tp bila disaat kehilangan, segala kenangan dtg bertandang. Hanya yang indah diputar kembali bagaikan baru semalam bersama.

Si putih ini adalah kenderaan pertama yg sy miliki slps masuk ke alam perkahwinan. Betapa teruja sepasang suami isteri, dgn menaiki komuter dan teksi, utk bersama2 melakar kenangan indah bersama menjemput kedatangan siputih dlm keluarga kami.

Sang suami menjaga siputih dgn teliti. Setiap tpt dipelosok jajahan kami takluki termasuklah ke negara jiran, singapura.

Tiada sekalipun masalah spjg bersama siputih. Waktu susah sy, tika mula bertapak utk bekerja sndr, siputih setia menemani. Ke sana sini dgn megah melindungi tuannya.

Walau hati tak ingin berpisah, namun smp masa sy tpaksa melepaskan siputih pergi. Krn sudah hampir 9 bulan juga siputih direhatkan, sesekali shj memberikan jasa terakhir. Bkn krn benci atau lupa jasa diberi, tp lumrah... Sedangkan manusia smp masanya harus berpisah dr kesygan mereka, ini kan pula aset alih yg hanya tercatat disebuah kertas, yg tidak pernah sekali menjadi milik kekal sang pemilik.

Tanpa menafikan rasa kasih, tetapi harus melepaskan krn ia bkn lagi keperluan, sudah menjadi keinginan...kami akur..krn kami tpaksa mencari satu lg kenderaan yg lebih besar, krn keluarga kecil kami semakin berkembang, 9 bulan yg lalu.

Kami melepaskan si putih akhirnya pada sabtu lepas, 5/10/2013.

Selamat tinggal siputih yg penuh berjasa. Semoga siputih mendapat tuan yg lebih baik dan mengasihimu lebih dr kami sekeluarga. Betapa perit suatu perpisahan, apatah lagi anak2 juga bagai tidak rela melepaskan. Paling sedih anak sulung kami....

Kenangan bersama inshaAllah kekal abadi...

Saya,
Yg pernah memilikimu, dan akan terus mengasihimu, dlm kenangan kita terus bersatu.... Terima kasih krn sll bersama dlm setiap memori manis yg dilakar bersama keluarga kecilku...

Cik lancer diapit "adik2"... Mereka smpt bersama hampir 8 bulan bersama :)

















Wednesday, October 2, 2013

Swimming class -- first session

Semalam, hari pertama anak2 kita join kelas renang. Alhamdulillah, mmg super awesome. Mak ayah teruja lebih. Irham adam ariana kita register utk hari yg sama, dan class bertempat di swimming pool rumah kami - private class ie instructor dtg rumah. Dah lama kami nak anak2 join swimming class, tp xjmpa yg boleh buat private class.

Waktu latihan yg di dedicate kt irham -45min, adam -45min dan ariana 30min (baby takut cepat sejuk). Cikgu ajar sorg2 la, xjoin serentak la. cuma irham n adam gilir2 sbb takut bosan sgt menunggu... So bila irham atau adam stop jap training, papa akan take over utk repeat apa yg cikgu dh ajar :)

Pic sy xbyk amik sbb sibuk dgn anak2. Ada la ckit bibik tlg snap. Yg lain suma pic dr camera cikgu sbb kami xde pic leh masuk air lg hehehe. So smpt la amik dr fb cikgu :)

Mula2 irham yg stat class. Belajar teknik pernafasan. Smpt gak nangis jap sbb masuk air dlm hidung, silap tarik nafas dlm air, lupa nak hembus hehe. Pastu adam. Mula2 dua cm xnak join sgt, tp instructor tu ada talent la bab pujuk2 campur dgn papa sekali bg confident, n mainan ie prop sgt byk, so suma dh teruja. Xnak stop lama2, sibuk pggl cikgu nak belajar lagi.

Ariana plk xsabar2. Duk jerit2 tgk abg2. Smp giliran dia, jerit n gelak xhenti2. Super excited anak mama ni. Kejar ikan buntal la dlm air. Sgt aktif nak kejar bola etc dlm air. Smp part cikgu bg menyelam, mula2 dia agak terkejut, nangis sekali dgn muka jebek2 sedih. Pastu dia dh enjoy la. bravo little princess.

Keseluruhan kelas, mmg sy sgt puas hati n gembira. Adalah aktiviti utk anak2. Blk umah suma super lapar n tertido. Huhu. Plan nak tgk bunga api kt putrajaya cancel even suma dh siap haha.























Tuesday, October 1, 2013

Snacking time :) 2 in 1

Sbb sy kena masuk ofis awal sll lately ie 8.30am, so kena masak yg mudah2 je. Anak2 suka sgt pisang. Anak2 suka pisang fresh.tp kdg2 sy rebus juga

Utk irham n adam, lepas siap kita tabur gula. Fav anak2 ni. Utk ariana, xtambah gula, lenyek2 je. Yummy... Senang dan sedap :)

Lauk pun yg mudah2 je, ie papdrik n sup ayam. Juga fav anak2, so leh expect diorg mkn byk ckit la. kalo buat padprik, adam akan pggl nasi star (sbb ada carrot n dia suka :)

Lg best, en N pun leh bwk bekal :) sy suka bekalkan en N :)

Sekian entry simple pagi hari. En N tny kenapa lately jarang2 update blog. Sy ckp sy xcukup masa sbb tkejar sana sini (kamikan anggap blog ni diary kami, kalo leh xnak tertinggal apa2, tp baaaaanyak sgt tertinggal huhu.). Then en N suh sy lantik "admin" sorg n offer beliau sbg admin blog sy. Tlg taip apa sy suruh la konon. Tiba2 sy xtahan n gelak golek2... Nape? Sbb kalo sy lantik en N sbg admin blog sy, sah sah gaji buta la. sbb blog dia pun dh 4 tahun xupdate sbb busy muahaha... Angan2 tiap tahun ada nak update blog kesygan dia hehe. Sorry ye, gurau2 pagi hari :)

Mode : teruja tunggu ptg. First private swimming class utk irham adam dan ariana. Akan diajar di kolam umah kami. InshaAllah :)