Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 11, 2013

Misi : lose weight

Sejak kebelakangan ni, berat bdn sy naik mendadak ie sejak papa ke USA dulu.  Sy jd kurang tido, stress n sedih menjadikan hormon xstabil n punca utama berat bdn naik mendadak (siap jmpa doktor sbb risau. So itu jwpn dr doktor n jgk homeopathy).

Sbg persediaan sblm papa jauh lg nnti, sy harus kuruskan badan dulu. Sbb nnti kalau perkara sama berulang ie sy stress sbb xleh tido mlm bila anak2 nangis tiap malam cari papa sementara siang hari sy sgt sibuk bekerja, pasti bdn naik berlipat ganda dan makin susah la sy nk turunkan berat. Plg risau, sy give up dgn diri sbb berat bdn.

Kemuncaknya, 2 mggu lepas, bdn sy utk kali pertamanya mencecah 58kg. Mcm xleh kontrol dh even waktu tu sy kurangkan portion mknan. Dgn emosi pun x ok psl kerja kan, sy mcm gagal kawal pertambahan berat bdn. Sy nekad utk kawal segera. 

So langkah mula2 sy sgt jaga pemakanan sy, jumlah dan quality mknan sndr. Mula2 mmg terasa jgk la sbb dh sll manjakan diri ikut selera n sll dating mkn apa shj dgn papa, tp sy nekad.

Berat sblm kahwin sy 48kg. Lepas bersalin anak sorg alhamdulillah maintain 48kg. Tp bila anak kedua, dh jd 50kg. Lepas dpt anak ketiga, bdn naik lg jd 52kg. Tp sbb stress bru ni, mcm xleh kontrol bdn, smp naik 58kg.

Hari ni hari ke-12 sy berdiet ie berusaha menurunkan berat bdn etc. syukur sy dh turun 5kg. Skrang berat sy sudah 53kg. Sy sedang berusaha utk mendapat kembali berat 48kg inshaAllah.

Suami sy penyokong utama n byk bg tips. Even dia sll ckp xkisah ttg fizikal sy, tp sy sgt kisah psl diri sy.utk bg sy lebih semangat, papa bg cabaran ie sy dpt pakai blk baju kahwin kami. InshaAllah kami blk kg christmas ni. Doakan sy berjaya sarung kembali baju penuh kenangan itu. Byk kilo lg kena turun la tapi.

Selain tu, sy beli jgk alat senaman baru sbb sll xcukup masa ke gym (suami smpt ke gym sementara tunggu sy keje sbb sblm dia tunggu je dlm kete. Good syg).



Satu lg sbb utama keputusan nekad mendadak sy ni adalah kerana, bru2 ni masa emosi x ok sy penah sakit dada. So skrang kena fit ckit la. jaga mkn etc. semoga sy berjaya la.

Andai sy berjaya nnti, sy tahu nk maintain berat mgkn susah. Sedaya upaya sy cuba kurangkan stress especially bila papa jauh nnti (sll org ckp org hepi bdn naik, sy kalo xhepi n sedih berat bdn cepat sgt naik). Juga kena jaga mkn n pastikan cukup tido (plg susah sbb anak tiga, waktu terjaga mlm lain2, especially bila suami tiada, mmg dua org abg akan nangis berjam2 sbb mimpi papa ablm tido blk. Alih2 sy yg xleh tido dh lepas tu sbb terlayan perasaan.

Semoga kuat sll n sihat sll. Ameen.




Selingan usik2 : dlm papa bg sokongan pun, kdg2 ada jgk usik2 negatif.

1) dh hilang ckit hepi papa ckp sbb byk tpt sy xpegi dh utk mkn2 cth ke gerai burger bakar abg burn, dating mkn burger selewat 11mlm la etc (dahsyat jgk gaya hidup dulu. Xperasan plk sblm ni hehe).

 n papa cakap sedih sbb rindu pada beberapa masakan yg sy dh "lama " xmasak (bru 2 mggu padahal sy masak sihat ckit :p sy masak setiap hari tp ada perubahan menu) .bihun goreng je pun yg papa ungkit :p etc etc la

2) kata papa, bila sy bjaya je dpt 48kg, then papa ckp sy leh rehat berdiet dan n stat mkn semula. sbb time tu papa ckp plg sesuai la kalo ariana nak adik plk, so kena byk mknan berzat semula. Errrkkk... Apakah???

Saturday, December 7, 2013

Taiping yang indah

Bangun pagi, kita suma plan ke bukit fraser. Call shahzan inn, blk byk lg kosong. Tiba2 tukar fikiran bila tgk keadaan cuaca mcm redup sgt, n mcm xde aktiviti sgt di fraser's hill, kami mengubah haluan ke taiping.

Tapi kali ni perjalanan kami sgt menarik dan mencabar. Kami melalui jalan kampung (bkn dr signboard biasa la), ntah masuk kampung mana kami redah. Hutan, sawah, ladang kelapa sawit etc. mmg cantik dan menarik. Kami suka sgt tgk keadaan kampung org etc. smp lorong2 smpt pun kami redah hehe.

Alhamdulillah kami tiba di taping. Plan asal nk ke Villa Sentosa yg penah kami stay dulu. Tp ubah fikiran ke chalet baru utk mencuba. Time peak season kan, gamble je walk in. Alhamdulillah ada satu je lg blk utk kami :) syukur. Betul2 berlatarbelakang bukit larut. Cuaca sgt nyaman :)


Ni la rupa chalet kami.

Ni kwsn persekitaran chalet ni. Lately kami prefer bcuti di chalet2. Bilik selesa ie mcm hotel biasalah, n lantai suma berkarpet ( shy nk snap pic sbb blk dh sepah haha).




Elok lepas check in, kami terus menuju taman tasik. 




Lepas pusing2 jap di tasik, kita menuju medan selera bomba. Kat sini mmg famous sbb mknan dia sedap n murah. Sejak sy sekolah rendah, sll kami dtg cni. Taiping antara tpt sy sll lawat masa kecik sebab kedua2 kakak sy belajar di mrsm sini. Sbb manja sgt, hampir selang seminggu kami dtg kakak2 kat sini hehe. Alhamdulillah dua2 pun pelajar tbaik di sini waktu tu even nangis xhenti sbb homesick :p

Kat sini plg famous sotong kangkung.


Kat sini cuma gerai biasa ie medan selera .


Selain tu kami nasi ayam utk anak2. Specialnya nasi ayam sini sbb dia dtg bersama air asam selain cili pencicah biasa juga dgn hati ayam goreng berempah.


Kami order masakan ala carte lain spt tomyam, nasi goreng etc. alhamdulillah rasa suma sedap.

Smlm sbb dh seharian papa drive, di taiping sy yg drive sbb papa nk bersama anak2 plk nk tgk keadaan sekitar.


Lepas tu terus blk sbb dh mlm. Suma rehat n tido awal sbb hari ni sgt byk plan aktiviti kita. InshaAllah. Semoga cuaca baik.




Seawal pagi anak2 dh bgn amik angin segar. Suma xsabar nk mandi kolam sbb kolam kat sini best, ada byk air pancut n gelogsor etc. 






Ok nnti next entry kita update apa aktiviti boleh kita lakukan di taiping. Kita try la mana yg sempat ye :)






Friday, December 6, 2013

Stress di mana2.... Kasih tak bertepi

Sehari dua ni mmg sgt stress. Utk kamu yg sy tahu kdg2 baca blog sy, terima kasih... Semoga sukses sll dgn "modal" yg tak pernah sy halalkan. Bukan hny "disana", tp kita akan bdpn dahulu di sini.inshaAllah.

Lately mmg byk benda perlu sy aturkan di ofis. Sesungguhnya, tlalu byk pengajaran sy dpt sejak bekerja sndr. Tentang nilai keikhlasan, mengambil kesempatan, kepercayaan dan penganiayaan, bagaimana manusia mudah tunduk pd jumlah kekayaan dan tamak haloba, penipuan dan macam2. 

Manakala sy harus belajar utk bersabar, terus belajar, tidak berputus asa, memaafkan tp dlm masa yg sama, harus bangkit memberi pengajaran utk setiap kepercayaan yg dimusnahkan. Juga harus sgt berhati2 dlm memberi kepercayaan, belajar dan terus belajar krn sy sndr tlalu byk kelemahan.

Alhamdulillah dlm ketegangan ada jiwa yg manpu merawat sy. 

Satu ptg, tika hati sy remuk menangis, perlukan sokongan, suami dtg ajak sy keluar dr ofis. Dr hati sy, haruslah anak2 dibawa bersama utk memberi kekuatan hati. Tp bila sy masuk kereta, tiada siapa menemani papanya. Hati agak sayu.

Rupa rupanya mereka berpakat membuat kejutan dr seat belakang. Pandai menyorok dan kemudian menjerit "tadaaaaaaa".... Siapa sangka detik air mata sedih ingin mengalir utk mencerita gusar dan sendu di hati pd suami bertukar 100% menjadi sgt girang. Bagaikan terlupa masalah dihadapi. Terus menarik diri yg sll alpa, betapa nikmat lain tlalu byk hadir pd diri ini. Alhamdulillah.

Smpt kami lunch dan shopping sama2 dgn gembira sblm mama terus bekerja, demi keluarga tercinta, juga krn rasa tanggungjawab pd insan yg telah memberi kepercayaan pd kami utk memperjuangkan urusan dunia mereka.

Bertabahlah hati...... InshaAllah dlm kesulitan akan sll hadir bersamanya kemudahan 

Wajah mereka yg sll menceriakan sy


Thursday, December 5, 2013

Praktikal Mudah Sihat

Lagi entry psl main masak2 gaya baru ala2 bajet sihat :p rupanya lg sihat cara masakan, lg mudah dan sgt praktikal terutama utk wanita bekerja dan ada anak2 sedang membesar.

Jom flashback masakan semalam dulu.

BREaKFAST & LUNCH

1) sy masak ikan goreng tawar.

Mudah : sbb hanya masukkan dlm air fryer, then tunggu masak selama 8 min. 

Praktikal : xperlu masa nk balik2 kan ikan, takut terpercik minyak bagai. Nasuk je periuk, settle. Terus masak menu seterusnya.

Sihat : hanya suku sudu minyak sy pakai. Dan sy guna minyak zaitun. Juga lebih sedap.



2)  sup ayam

Mudah : sy dh xpakai minyak lgsg. Masuk je suma bhn dlm periuk. Sy lebih kan lada hitam utk tingkatkan metabolism (misi utama skrang). 

Praktikal : xperlu byk masa didapur. Sll lama sbb nk tumis etc kan. Ni campak suma, pastu kuar dapur dah boleh mandikan anak etc dgn gembira tanpa penat. Masuk blk dapur dh siap. Dan mmg sedap je sbb minyak dr ayam sndr akan kuar nnti.

Sihat : xde minyak, xde apa. Cuma air dan rempah ratus :)




DINNER

1) salmon grill

Gigih, lepas blk kerja, even dh nk maghrib, elok pas solat, kami ke jusco cari bahan mentah termasuk salmon. Kenapa salmon? Antara makanan penyumbang peningkatan metabolism. 
Juga brokoli (tujuan sama jgk, penyumbang utama peningkatan metabolisme kategori sayuran).

Mudah : perap je dgn lada hitam (metabolism purpose), bawang putih (agen antioksida), halia ( pelawas n buang angin) dan garam ( penambah rasa). Sy guna ckit minyak zaitun n butter ( dr en google, selain utk sedap n sihat, juga tips elak ikan hanyir dan hangus).

Brokoli tu sy celur/rebus je.

Praktikal : perap sesaat dua terus panggang dlm pemanggang ajaib. Leh lepak ngan fmly sementara tu. 10 min je.

Sihat : inshaAllah la kan dh panggang je ikan ni :) 

Hasilnya, aroma sgt best n rasa sgt sedap ( ke sbb lapar ek smlm). Anak2 n papa sgt suka. Lupa xde mayonis, pakai sos je. Irham plg suka. 

Kami beli salmon fresh (kata mereka dlm kategori jualan tu. sbb ada salmon biasa dh di pack jgk) di aeon ni hanya dgn kos rm27. Kalo kt luar, utk sebesar n sesegar ni, mmg sgt mahal. Alhamdulillah :)







Hari ni, utk BReAKFAST & LUnCh

1) siakap stim limau

Mudah : masukkan je suma bhn. Ie serai, daun limau, cili padi, bawang besar, halia, bawang putih, sos tiram, dan sapukan gula n garam pada ikan. Terus masukkan dlm periuk stim




Praktikal : lepas letak atas api. Xperlu habis masa nk tumis ke belek2 ikan. Tup2 dh siap. Dlm 10-15min. Leh masak benda lain sementara tu. dan hasilnya mmg suami sy sgt suka. Sblm i hidang dia sibuk dtg curik2 hirup kuah ikan kt periuk :) Saja sy buat lebih kuah tu.

Sihat : stim. Sedia maklum mmg sgt sihat selain bahan2 tambahan yg membantu peningkatan metabolisme, antioksida, etc.

Nyum nyum


2) ayam blackpepper

Mudah : rebus je ayam dulu ( sll goreng. Sbb utk sihat, ubah cara masakan.) siap rebus, toskan ayam. Nasuk dlm kuali. Campakkan suma bahan2 utk masak ayam blackpepper spt biasa kecuali minyak masak. Waaaa rasa dia sama la. sbb sy xckp kat papa pun, dia xperasab sbb rasa sama je.

Praktikal : sbb xperlu menumis dan terpecik minyak (nmpk sgt sll kena hehe).



3) udang celup tepung

Mudah : masuk je dlm fryer. Tunggu 8min , dh siap. Xperlu tunggu udang masak ke, terpecik minyak ke (lagi?). 

Praktikal : pas masuk periuk, leh proceed next menu.

Sihat : tiap kali memasak kalo guna fryer, sy mmg guna kurang setengah sudu minyak je n pakai minyak zaitun. Minyak Zaitun cm leh best aroma dia. Rasa dia sama je tp xla nmpk berkilat minyak la cm biasa. 




Sekarang memasak sesuatu yg menyeronokkan dan tidak perlu masa yg lama. Sgt praktikal sbb sll lama memasak ni nk menumis la, nak bg santan masak la bla bla bla kan. Ni campak2, tunggu hidang terus. Sy dh xpenat n tkejar2 nk settle urusan anak2 sbb nk p pfis plk.

Alhamdulillah. Semoga niat murni dipermudahkan dan sy terus istiqamah. Caiyo'




Wednesday, December 4, 2013

Puisi tragis

Bgn pagi, sy ckp nak masak ikan singgang n ayam goreng (guna air fryer la) je hari ni. Mudah n sihat (sbb nak masuk keje awal). 

Saya : ok x lauk gitu arini bang?
Papa : isteri rajin masak setiap hari,
           jamu ikan singgang setiap hari,      (bru tny hari ni padahal),
           Cukup empat puluh hari,
           Putus angin laaa tok laki.

           isteri masak setiap hari,
           Jamu sokmo ke tok laki,
           Baru la tok laki tok sey lari,
           Tok laki make' (makan) smp gemok ke diri,
            Smp loni dh jd mace' (macam).....errrr macam apa ek?

Saya : itik serati hehehe (kata nk ada rhythm kan)

Perbualan tamat. Salah sorg dh muncung pjg, sambung tido (ekekeek ngajuk ke? Gurau je)




Percubaan utk lebih sihat

Lately (agak lama dh sbnarnya), kami perasan berat bdn kami naik mendadak dan risaukan kesihatan jgk sbb dh cecah 3 series kan usia ni.

Ada beberapa langkah kami ambil utk gaya hidup lebih sihat. Salah satunya melalui pemakanan. Sbb sy masak setiap hari, tggjwb "menyihatkan" menu fmly digalas pd sy.cuba utk mkn lebih sihat tp sedap hehe

So smlm beli air fryer dr cikngah (cikngah menang contest beberapa bulan lepas, so kita beli murah2 la). Tq cikngah.

Malam ni percubaan pertama cuma goreng keropok lekor je hehehe. Dia suggest sesudu atau dua shj kuantiti minyak. Tp sy lg extreme, guna xsmp sesudu hehe.


Slps 6 min, hasilnya mmg memuaskan. Rasa sama sedap je n cm byk minyak je. Kepala dh gatal2 nk try mcm2 lg ni inshaAllah. Hepi sgt. 





Selain tu, blk kampung bru ni sy amik beberapa periuk baru yg ma sy belikan utk fmly kecik sy. Salah satunya, periuk stim. 

So selain memasak dgn kurang minyak (lepas ni kena guna minyak yg lebih sihat kot), sy plan nk masak stim2 je. Resipi stim pun dh ada, kena tunggu masa nk apply je. Xpe xsedap sll (entah2 lg sedap kan hehe perasan)... Tp janji sihat.



Juga sy dh ada periuk ni... Tadaaaaaa. 



Periuk panggang ajaib. Yg ni ma sy hadiahkan dlm 2-3 thn lepas. penggunaan mmg sgt kerap. Sejak di gombak lg. panggang2 pun menu sihat kan. Sll kita bakar ikan/ ayam/ sotong n daging tawar n cicah air asam, sos blackpepper, sos nandos atau budu. 

Jom variasikan mknan sihat. Janji rajin je ke dapur, n try2 jelah... plg penting sabar jelah apapun lauk yg dihidangkan ye.

So ni fmly kelengkapan dapur sihat kami :):) hrp x hangat2 tahi ayam la heheeh.. Chaiyo fmly en nizar :)