Pagi td tgh belek2 rak buku lama, tjumpa buku la tahzan. smpt sy n papa berbincang ttg topik "hati". Hati yg "sakit". Antara topik smpt kami bicarakan.
Penyakit hati bermula dr tidak ada rasa bersyukur dan sentiasa mempersoalkan nasib walhal kita telah diberikan yg terbaik olehNya, tp hati terus menerus menidakkannya.
Penyakit hati seterusnya slps merasa diri dizalimi dan mempersoalkan nasib malang ialah merasa tidak puas/ tidak tenang dan wajud perAsaan iri hati dan hasad dengki. Nauzubillah.
Penyakit ini sgt berbahaya krn hadirnya tanpa disedari. Tanda2 penyakit hati berhasad dengki :
1) berasa tidak tenang dan gelisah melihat kehidupan org lain.
2) rasa lega slps mengumpat dan mengeji mereka. Berasa puas. Risau andai ada insan lain nmpk kelebihan org lain, maka diumpat utk memburuk dan mengaibkan org.
Mengumpat menjadi satu hobi dan pemuas hati dlm diri.
3) plg teruk, bila hati rasa gembira apabila mendengar seseorg mendapat bencana. Nauzubillah.
Papa membacakan hadith dr buku La tahzan yg membawa maksud bahawa haruslah kita menjauhkan diri dr pendengki krn pendengki itu adalah org yg hina sifatnya.
Lg kisah dikongsi papa. Ada sepasang suami isteri sll minum kopi bersama dirumah teres mereka.tiap kali minum, mereka akan tnmpk jiran mereka menjemur baju. Si isteri setiap hari bkata pd suaminya, jiran mereka sll basuh baju xcuci, masih Nmpk lg kotoran. Tiba2 suatu hari, si isteri terkejut dan nnpk jiran mereka sudah membasuh baju dgn bersih. Si isteri tertny2 juga sejak bila jiran mereka dh pandai basuh baju. Suami menjawab "sbnanrya sy sudah lap cermin sliding door kita. Jiran kita mmg selama ni cuci baju bersih2. Tp cermin kita yg kotor".
Begitulah ibarah hati org yg mengumpat dan berhasad. Sentiasa nmpk keburukan org. Mulut pula tidak dpt ditahan utk mencela dgn gembira sedang diri sndr xsedar betapa "kotor dab buruk" diri sndr. :)
Di sini sy nk copy ckit ttg bacaan dr buku yg sana, m/s 34.
...........
"Kedengkian itu spt mknan masin yg sebtiasa merapuhkab tulabg. Hasad itu juga spt penyakit kronik yg sll merosakkan tubuh secara perlahan2 sehingga membusuk. Ada ungkapan :"tidak ada yang menyenangkan dari seorg pendengki, krn ia akan sll menjadi musuh dlm selimu". Ada pula org2 yg berkata seperti ini :"celaka benar seorg pendengki; memulai persahabatan dan mengakhiri pembunuhan".
Saya berusaha mencegah diri peribadi saya dan juga anda tidak mengidap penyakit dengki. Ini merupakan wujud kasih-sayang saya terhadap diri sy sndr dan terhadap anda sblm dapat mencurahkan kasih syg kpd org2 lain. Bagaimanapun, dengan dengki terhadap org lain, kami sama halnya dgn memberi kesedihan kpd daging2 kita, memberi minum kegelisahan kod darah kita dan menyebarkan rasa mengantuk pelupuk mata kita kpd org lain.
Seorg pendengki itu ibarat org yg menyalakan pemanggang roti, lalu setelah panas ia memasukkan dirinya sndr ke dlm pemanggang itu. Keresahan, kecemasan dan kegelisahan hidup merupakan penyakit2 yg dilahirkan okeh sifat dengki utk mengakhiri ketenteraman, kesejahteraan dan kebahagian hidup.
Bencana besar yg menimpa seorg pendengki adalah krn ia sll melawana qada' (keredhaan Allah), menuduh Allah tidak adil dalam kebijaksanaanNya, melecehkan syariah dan sll menyelewebg dr ajaran2 yg disampaikan rasulullah.
Sesungguhnya kedengkian itu merupakan penyakit yg tidak bakal mendatangkan pahala, dan juga bukan cubaan yg akan mendatangkan balasab baik dr Allah bg para pelakunya. Seorg pendengki akan SELALU BERASA pANAS ketika melihat org lain mendapatkan kenikmatan dan kelebihan dan akan berlanjutan smp ia mati dan kdg2 smp kenikmatan org lain td sudah tidak lg".
.............
Nauzubillah. Jaga hati, inshaAllah terjaga la tingkah laku kita. Ceria2 sll :) dgn membanyakkan aktiviti ygmenggembirakan diri dan hati kita pd Nya dan fmly tercinta,mgkn kita dpt menjauhkan diri dr rasa hasad. Sibukkan diri dgn kebaikan :):)
Sarapan pagi ini....semoga hati kita tidak sakit dan belum mati. Ameen