Hari isnin pagi ie hari kedua, kami bgn awal pagi, terus mandikan anak2 n breakfast sama2. Lepas tu kita terus ke reception utk tny ttg aktiviti di pulau.
Lepas discuss etc, kami plan nk charter sebuah bot utk fmly kami shj ie xterikat masa kalo anak2 nk blk n xsemua tpt mereka suggest kami nk pegi.
Utk bot muatan 4 org, harga bot adalam rm350/day. Bot plg kanan tu utk muatan 4 org. Belah kiri tu utk 12-15 org (ie yang kami naik).
Tp sy n papa risau takut kecik sgt, so kami deal utk amik bot utk 6 org ie rm500/day.
Bot yang kiri tu utk muatan 6 org. Tp kami bernasib baik sbb bot tu enjin x ok pg tu, tp sbb dh bayar, mereka setuju utk kami naik bot yg belah kanan tu id bot bru n lebih selesa (agak mewah) utk muatan 12-15 org tanpa perlu extra charge. Spttnya bot tu rm1500/day. Alhamdulillah. Lebih selesa bila besar ie xrasa beralun n laju sket :p
So inilah bot kami, qistina
Wajah anak2 n mak bapak hepi naik bot :)
Kami pegi ke empat tempat. Pertama ke pulau tilai. Pulau tilai sgt famous sbb pasir yg sgt halus, putih n lembut sgt.
Plan asal kami xnk snorkeling pun. Tp memandangkan cuaca sgt redup spjg hari, bot pun selesa ie sy boleh handle kat bot n tpt tlalu lawa, akhirnya papa turun snorkeling. Sy pun turun kejap n try jejak atas pasir yg sgt lembut bersih bak tepung. Adam join sy masuk air n main pasir. Irham xnk turun boat sbb takut shark hehe. Ariana plk tido. So en kapten boat jaga dua2. Tepi pantai je pun parking :)
Sy bru akui tioman sgt cantik. Sbb sy pernah beberapa kali snorkeling n ber island hopping kat redang, tp tioman jauh lebih cantik :)
Air kat tulai island ni sgt sgt jernih. Jom layan pic kat tulai :) tp x byk pic sbb masa turun dr bot sy xberani bwk phone ie camera kan hehe
Masa di pulau tilai, ariana tertido akibat terbuai angin masa dlm perjalanan.
Lepas ke pulai tilai, kita bergerak ke bhg fish feeding plk berhampiran tilai
Lepas tu kita menuju pulak ke shark point. Kat sini papa xturun bersnorkeling sbb arus agak kuat n takut shark hahah. Haruslah kan :) kat sini lg byk ikan2 cantik n air laut sgt jernih :)
Lepas 4 jam, kami agak penat, so minta boat hantar terus ke blk sbb chalet kami menghadap laut kan.
Suma tido lena kepenatan.
Malam tu papa bwk kami join bbq nite kat hotel sbb bkn tiap malam ada. Bbq nite hanya avaiable isnin, rabu dan jumaat shj. Makanan byk pilihan n sgt sedap. Sotong sgt besar n segar, ketam, kambing, daging ayam ikan bbq, semua sedap diperap.
Kuih muih sgt byk n sedap juga dan mcm2 lagi. Xbyk snap pic sbb bz dgn anak n super bz mkn huhu
Memang berkilo bdn naik lepas papa blk huhu
Inilah kisah percutian kami kali ni. Antara percutian plg bermakna utk kami sekeluarga. Alhamdulillah. :):) tq papa sayang :)





































































