Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 14, 2014

Indahnya 15 hari

Awas : entry panjang utk koleksi kali ini.

15 belas hari yg indah... 15 hari penuh cinta...15 hari anugerahNya utk kami.

Inilah kisah 15 hari yg istimewa di hati kami.

30.5 (jumaat) 

-- suami tersayang slmt tiba lewat malam. Malam penuh syahdu dan keriangan diraikan bersama anak2


31.5 (sabtu)

Suami tercinta menemani sy spjg waktu, setiap detik kami ingin bersama. Sudi lupakan tidur (jetlag) even semalaman xtido ( dlm flight pun xdpt tido sgt sbb teruja) utk temankan sy pegi launching new project sy. Terima kasih syg.


1.6 (ahad)

Seawal 2am kami bertolak ke destinasi percutian pertama kami ke pulau tioman. Sy xtido spjg perjalanan ie smp pagi utk temankan suami memandu. Tlalu byk yg kami nk bualkan, kami nk cerita. Masing2 xpuas lepaskan rindu bersama. Percutian indah sekeluarga, penuh kenangan manis (entry sblm ni)


2.6 ( isnin)

Pertama kali bawak anak2 ber island hopping n snorkeling. Sgt manis percutian ini utk kami kenang.


3.6 (selasa)

Bertolak balik ke KL. Singgah kuala rompin mencari udang galah. Suami tidak gagal utk bawa sy makan di beberapa tpt yg istimewa spjg kepulangan selama 15 hari. Dan sy juga berjaya menambah 3kg lemak manja pd badan sy. Arghhhh :p


4.6 ( rabu)
 
Sy terpaksa masuk kerja. Tp sepenuh masa suami ada temani sy. Makan bersama dan hantar sy ke sana sini. Sebolehnya sy cuba utk max masa bersama ie attend apa2 penting je di ofis.

5.6 (khamis)

Selepas sy kerja, kita bertolak ke kelantan. First time kami naik
Malindo Air



6.6 (jumaat)

Bersiar2 di kampung kltn.

7.6 (sabtu)

Makan malam dan berkumpul dgn keluarga besar kami.

8.6 (ahad)

Bertolak ke trg. Makan2 bersama family besar juga. Smpt suami sy cukurkan rambut anak buahnya


9.6 (isnin)

Bertolak ke kuala lumpur.

10.6 (selasa)

Saya masuk keje. Terpaksa masuk sbb dh byk hari cuti. Papa sepenuh masa dibengkel. "Make up" subaru impreZa tsayang :)

Smpt mkn2 bersama celebrate bday papa di Istana Bamboo.




11.6 (rabu)

Smpt berdating berdua ke genting highlands (max waktu utk berdating sll)


Kemudian bertolak ke Johor Bharu. (Akan cerita selanjutnya nx entry). Byk kenangan manis kami cipta bersama di sini. Alhamdulillah.



12.6 (khamis)

Kami bertolak ke singapore, bawak anak2 ke UNiversal studio spore. Full entry slps ni. Juga antara tpt penuh kenangan di sini, utk kami kongsi keriangan bersama.


13.6 jumaat)

Sy tpaksa attend meeting. Agak lewat masuk ofis. Sepagi bersama suami. Sekejap je, dh habis dua minggu kami :( 

14.6 (sabtu)

Inilah kisah panjang yg ingin sy ceritakan. Ttg kisah seharian hari ini, dihari akhir suami sy berada di sisi sy. Hari yg agak meruntun hati, sedaya upaya kami cuba jadikan ia hari istimewa utk kenangan kami. Dgn bisikan dihati "jgn bersedih sblm betul2 tiba waktunya" ie sblm suami benar2 melangkah pergi kembali ke calgary.

Sungguh, masa tlalu cepat berdetik kali ini. Tanpa belas ihsan pada kami. Terus laju berputar krn itulah lazim dan tanda ketaatan waktu.

************************************

Seawal pagi, bangun tido terus tlg packing brg suami sayang. Kali ni hanya bekalan mknan utk ramadhan shj dibawa.


Sebab beg byk ruang kosong, cubaan suami membawa anak2 ke sana utk mengisi ruang yg kosong berjaya sy tumpaskan :)


Kemudian, kami terus bertolak ke Bukit Tinggi. Suami cuba penuhi setiap impian atau apa shj yg disebut oleh keluarga tercinta. Anak2 merengek minta utk ke taman arnab.







Selepas beberapa jam di sini, anak2 ajak papa bermain bowling plk. Papa layankan aje n bawak ke berjaya bkt tinggi.

Seronok tgk anak2 jerit2 hepi bila dpt jatuhkan pin. Papa xhenti menemani n ajar anak2 utk setiap balingan.






Kemudian, sblm bertolak balik, sy minta suami tsayang singgah di wangsa walk. Ada misi rahsia perlu diselesaikan :p sy cuba utk celebrate father's day dgn suami sy, iaitu ayah cum hero pada anak2 sy. Sy disekolah mereka pasti cuba buat kad etc utk papa nnti, sekurang2nya mereka xkan sedih. Mereka tau, papa mereka ada dan mereka dh raikan bersama :)

Terus sy belikan kek, belon2 dan mknan kt manhattan fish market utk fmly. Suami dan anak menunggu di kereta. Seronok tgk suami sy senyum lebar masa sy bawakan belon2 masuk kereta :):) "eh, makcik nak jual belon kat mana tu" kekeekeke... Little suprise for my beloved handsome guy. Papa singgah jgk saba restaurant utk tambah menu nasi arab. Papa belikan extra utk kongsi bersama guard2 kondo kami :)











Selesai makan2, dh pun petang . Kami mula countdown lg.

Sementara menunggu waktu ke airport, inilah suami sy. Cuba sempurnakan apa yg perlukan ditinggalkan pada keluarga di sini. Papa basuhkan semua kasut anak2, lap2 dua2 kereta. Lap n kilat seat kereta sy, vacuum etc smp sgt bersih.

Malah sblm ni papa bwk kami bergroceries utk pastikan semua keperluan kami cukup utk sementara waktu. Semua lampu yg rosak papa ganti. Malah sehinggakan sabun n shampu di bilik mandi juga papa yg refill kan semua smp penuh. Mudah utk penggunaan kami nnti. Banyak lagi yg papa lakukan utk kami. dr perkara utama hingga yg plg remeh di mata org papa cuba laksanakan utk kami. Tak Tertulis sy di sini.
 Terima kasih sayang. 

Saya tahu papa sangat sayangkan kami. Kata org "action speaks louder than words". Setiap apa yg papa buat, tindakan papa, macamana papa menjaga kami, macamana papa cuba utk bersama kami sll, jelas menunjukkan kasih sayang papa . Alhamdulillah Ya Allah, syukur atas pemberian ini. Terima kasih sayang. Semoga Allah menjaga hati kita, utk terus berkasih sayang selamanya. 

Sy tahu dlm hati papa ada kami sll. Ke mana papa pergi, papa xpernah lupakan kami. Sbb setiap brg yg papa bwk blk utk kami tu papa beli disetiap tpt papa berjalan. N apa jua yg papa nmpk, papa nmpk kami. Sy tahu papa byk berkorban wang ringgit juga utk kami. Papa sll ckp, keutamaan papa hny utk gembirakan kami, yg lain sudah tak de makna ie papa setiap detik cuba cari jalan utk gembirakan kami. Kata papa duit boleh dicari. Terima kasih krn sudi ulang alik jenguk kami, even sy tahu cost kepulangan bukanlah kecil sayang. Yang pasti, niat papa cuba sedaya upaya utk lebih kerap bersama kami. :'(

 sebagaimana sy tahu ttg kasih sayang suami, sy hrp suami sy juga sgt faham dan jelas ttg kasih dan cinta sy pdnya, dan kasih dan sygnya anak pada papa mereka.

Lepas asar smlm kami bertolak ke airport. Flight papa delay 2 jam. Akhirnya waktu perpisahan tiba jua. Kami akur. Dua minggu bersama rasa sgt sekejap, walhal dua minggu sblm kepulangan suami terasa sgt lama utk tibanya waktu kami bersama. 

Byk pesanan papa utk kami. Irham peluk erat papa. Hny diam seketika. Irham ckp irham sayangkan papa waktu salam perpisahan bersama.

Adam plg sedih. Berkali2 meminta dgn papa utk ikut bersama. Berkali2 lafazkan adam terlalu sedih bila papa pergi. Masa papa pergi, adam xhiraukan sesiapa lagi. Adam jerit nama papa kuat2 berkali2 smp papa hilang dr pandangan mata kami.

Air mata adam mengalir juga. Xhenti. Sedih tgk adam xhenti lap mata n ckp "mama, adam xsuka papa pergi. Mama, adam sgt syg kan papa. Mama tahu tak, amerika tu sgt jauh. Sbb tu adam xsuka mama. Adam sayang papa mama". N adam ckp "mama, angin kuat sgt la, sgb tu mata adam sakit n kuar air sll. Papa ckp adam kena kuatkan mama".

Setiap perbualan tu xmampu sy balas apa2, sbb sy takut air mata sy pula tumpah di sini.

Ariana bagai faham. Menangis2 n xnk peluk, xnk dukung malah xnk tgk pun papa masa papa nk pergi. Bila papa dh nk lepasi gate, baru la ariana jerit nk dukung papa.papa datang semula pada kami. Terus dukung kembali ariana, peluk erat. Sblm ariana kemudian nangis nk mama semula. Ariana x toleh belakang lg slps tu. waktu papa dh lepasi gate, ariana langsung xnk lambai papa. SubhanAllah, si kecil ini juga bagai sudah fhm ttg peritnya perpisahan. Bagai xrela ditinggalkan papanya. 

Semoga anak2 sy diberi ketabahan dan kekuatan utk perpisahan ini. Tlalu byk kenangan manis bersama kami. Smpkan sy dan suami pun rasa perpisahan kali ni sgt berat utk kami.












Terima kasih Ya Allah utk peluang berikan kami masa bersama kali ni. Walaupun sekejap tp penuh makna. Semoga perpisahan sementara ini buat kami lebih dekat dgnMu. Malah makin erat juga hati kami bertaut, inshaAllah. Semoga Allah izinkan kami bertemu lagi 5 minggu akan dtg inshaAllah.

Ada hikmah plg sempurna yg Dia aturkan utk setiap yg berlaku.

Subhanallah alhamdulillah allahuakbar

Pen off.

Saya,
2.1.2


Love u abang.






























Tuesday, June 10, 2014

@Istana Bamboo

Istana Bamboo antara salah satu kedai fav suami sy. Smlm kami dinner kat sana lg sempena mkn2 bday papa. InshaAllah akan celebrate bday papa lebih proper jumaat ni sblm papa blk canada.

Cepatnya masa blalu. Banyak yg dirancang, tp rupanya masa sgt singkat, byk xsmpt kami lakukan. Tp alhamdulillah utk semua yg smpt kami lakukan bsama. 

Sekitar pic smlm :)





Kami ke sini sbb ni fav papa, salted rgg squid :)







Skrang musim demam seafood. Lepas mkn2 di rompin, kita blk kelantan hari khamis smp ahad sblm ke trg ahad pagi. Pagi isnin kami bertolak semula ke KL.

Blk kali ni papa nk ajak semua fmly mkn2 bersama ie utk both side, kltn n trg. So papa beli byk bhn mentah ie seafood di kltn n kita masak ramai2 sblm dinner bersama. Hampir semua ahli keluarga berkumpul.

Kemudian di trg, papa minta abah sy booked kedai makan ie kita lunch kat Ketam Paradise dan kami lunch sama2 sblm adik sy n abg ipar blk semula ke KL ptg tu.

Tapi kan, berat suami sy maintain je lepas mkn byk, tp berat badan sy bertambah. Gelak golek2 dia kat sy :( gelak golek2 smp sy nak nangis... Uwaaaaa... Sabar jelah. Rugi la diet time suami sy balik ngeh ngeh ngeh.

Smlm hari sgt busy sy. Smp lunyai blk keje ptg. Letih lesu sbb semua nk kejar smlm (agak byk cuti lately utk suami sy :) ).

Dan hari ni inshaAllah kami akan bertolak ke Johor. InshaAllah kami akan bermalam satu malam di johor dan lusa kami akan ke singapore. Percutian akhir sblm papa blk calgary. Sob sob sob 

Semoga slmt pjalanan kami. 

Alhamdulillah syukur utk semuanya. 

Wednesday, June 4, 2014

Day 3 : udang galah super awesome

Hari ketiga iaitu hari akhir percutian kami ie selasa pagi, bgn tido je sy terus siap2 kan anak2. Plan asal papa ajak bwk anak main pantai lagi sbb boat kami akan btolak jam 2.30 ptg. Tiba2 sy berubah fikiran sbb takut papa penat btolak lewat sgt, agak kelam kabut sy call jeti utk tukar tiket boat pukul 9.30 am. Papa setuju. Cepat2 kami berkemas nk blk. Sbb sy rasa anak2 dh main pantai sepuasnya dh n dh seharian habiskan masa tgk ikan etc.

Naik bot kali ni agak bergelora. Sy rasa pening2 juga la. Terus rasa cuak nk naik tren blk kampung sbb sy tny biras sy, katanya agak gegar2 naik tren. Papa pun akui jgk. Fuh fuh . So tukar la plan kami sbb kalo sy mual nnti cmne ek hehe. 

Alhamdulillah kami slmt smp jeti tanpa adegan tak ingin dilihat :p

So papa ckp memandangkan kami blk awal,papa  nak bawak kami singgah pekan rompin ie tpt sgt famous dgn udang galah.

Lepas dua jam perjalanan, kami smp ke darat jam 12.00 tghari.

Papa terus bwk ke kedai udang galah yg famous di sana. Kami mmg dh penah ke sini sblm ni. Kebetulan pada hari tu ada udang galah size XXL je n katanya rabge harga dlm RM18-20 seekor. Kira sgt murah sbb kalau tpt lain utk udang sebesar n sesegar tu sgt mahal.

Kami amik 2 udang galah cili n order lagi 4 ekor udang galah masak lemak.



Sgt gemuk n isinya kenyal.
Masakan juga sgt sedap. Cuba lihat senduk sebelah udang tu, nmpk kecuk je kan :p mmg berbaloi2. Tkejut sy papa order agak byk... Tp dah kami ni dasar "monster" kan bila mkn, habis licin semuanya. Eham adam pun mkn jgk la ckit.


Diorg teruja dgn ayam goreng je :p


Setiap kali kami ke rompin mmg xkan miss mkn udang galah :)

Thanks papa. Percutian kita sgt complete dgn penutup mkn tghari hari tu hehehe



Ni lah wajah2 yg buat sy sgt sgt gembira sehari dua ni :) alhamdulillah :)