Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 12, 2014

Sabtu datang jua...

Jap td sy cite Psl entry xseronok. Sekarang kisah teruja pula. 

Hari ini sabtu yg istimewa family kami. Sabtu yg plg ditunggu. Kami mula menghitung hari sejak lima minggu lalu. Sabtu yg diharap dpt merubah hari-hari kami kpd hari2 yg lebih indah dan sempurna. Ameen.

Hari ini ayah kpd anak2 saya akan smp. InshaAllah sejam setengah lagi. Hati berdebar2. Suami sibuk tny sy berdebar2 tak... Yup sy pun nervous abg. Haha. Ngeks kita ni.

Seawal pagi sy dh bgn. Teruja sabtu sudah smp. Mula bersiap2 utk menyambut suami pulang. Awal pagi sy dh masuk dapur.

Smpt whatsapp teaser kt papa :) haha. Ada org rindu nk mkn seafood. Berseafood galore kita.





Apa menu menyambut suami pulang ek..


Ayam paprik (xberapa nmpk sayur la plk haha)


Kerabu sotong


Udang jumbo masak pedas 


Ketam telur masin


Dan tomyam...

Ada kisah kegigihan di sini. Actually sy penah masak sotong telur masin. Ketam ni xpenah try. Sy google dlm satu blog. Sbb risau tak jadi, ie kdg2 ada je resipi xtepat (salahkan resipi org hahaha), so smlm sy  siap buat rehersal ok. Ekekeek... Ni kisah smlm :) alhamdulilkah rasa dia sedap jgk ekekek... 


Skrang kami sedang bersiap2. 

Welcome home ayahanda kepada anakanda2 beta :) selamat pulang dan membawa kegembiraan pd keluarga kita. InshaAllah :)

Salam

Mrs Nizar
24/7 :)

P/s : 13.9.14 

Tghari suami sy blk dr canada
Petang adik sy ke bandung
Malam abg ipar ke german. 
Fmly berkampung di sini hehe


Fraud case

Pagi ni tgh kelam kabut bersiap nk jmpa suami sy balik, tiba2 dpt sms ckp sy ada beli brg kat Groupon dua kali.

Agak terkejut sbb sy mmg xpernah beli apa2 online.
1) risau nak guna kad kredit kt website (security)
2) malas bab2 nk online n tgk n nk isi details suma
3) kalo beli brg sy xpuas hati kalau xtgk, sbb kalo xkena taste sy , kemungkinan besar utk sy xpakai n berlaku pembaziran.

So bila dpt sms tu, terus sy call cimb card centre. 


CIMB ckp sy ada beli melalui online. Katanya kalau pembelian groupon ni kena register. Sy xpernah register apa2 online. So mereka terus block card sy dan akan buat siasatan.

Tp yg buat sy musykil, dua hari lepas mmg sy ada buat reservation hotel ie thru online (Agoda). Sgt sgt jarang sy guna kad utk aktiviti online (kali kedua). Sbb masa nk isi data tu suma maklumat diberikan. Tp CIMB ckp agoda tu secure website. Tp mereka akan siasat jgk la.
Tp buat masa ni mmg caj yg dikenakan tu berjalan sehingga selesai siasatan. 

Terus jd peringatan, xnak mudah2 buat pembelian online even booking hotel dr website online. (Even mgkn bkn ini penyebabnya... Kebetulannnnn).

Haih, xbest betul.sy sgt particular bab penggunaan kad kredit n akan pastikan tiada amount digunakan dlm tu. Kalo perlu guna ie xbawak cukup cash utk pembelian besar2 etc , slps guna sy wajib bayar sblm due date.sejak ada debit kad, kad kredit hny digunapakai sebagai kad emergency/ kad utk enjoy apa discount (privilage signature cimb card). Cth kalau guna di kedai makan thai etc, dpt la 20%. So elok lepas guna, terus transfer duit bayar.  

Saya call abah sy. Kata abah ok la at least xbesar sgt amount sy. Lepas convert ke RM lebih RM3k. Abah sy pun ada org pakai kad smp lebih RM20k. Lepas siasat, mereka cancel pembelian tu. Abah xkena bayar pun. Abah ckp "relax, inshaAllah suma ok". Huhu.

 Hrp kes ni dpt selesai sblm due date pembayaran, xnak ada interest :( Sape la yg hepi sgt pakai duit org bershopping tu.  Semoga cepat insaf lepas sonok enjoy "duit" org lain ye...

:(

Thursday, September 11, 2014

Jumaat yang mengujakan

Hari ni ikut perancangan sy akan bercuti. Banyak perkara nak buat utk sambut kepulangan hero dlm family kami. (Tp cm kena masuk plk kejap ofis huhu).

Saya mula rasa sgt teruja menunggu kepulangan suami sy, kepulangan kali ini sgt istimewa di hati kami. InshaAllah. Anak2 smp nangis2 masa call suami sy koutim percepatkan ckit balik kepada kami. Jenuh suami nak pujuk.


InshaAllah, semoga perjalanan pulang suami sy lancar dan selamat. Ameen.


Beberapa jam lagi papa akan bertolak dr calgary. Tp sejak malam td papa dh sibuk packing suma brg masuk kereta nk pegi airport. Sama2 excited :):)

Semoga misi sy juga berjaya hari ni. Jumaat kali ni terasa indah, lebih indah dr biasa :) inshaAllah.


Ni suami sy di airport sblm pulang pd kami :) penawar hati :)



P/s : smlm sy agak busy. Separuh hari di putrajaya settleka urusan maid. sedang berkejar  blk ofia utk meeting tghari, smpt collect road tax n insurance subaru suami sy. Ada org rindu sgt nk bawak subaru dia. Pujuk i p amik roadtax, katanya nk drive terus malam esok. InshaAllah, our first date malam esok dgn en subaru ye. 


Wednesday, September 10, 2014

Perjalanan Pulang

# entry draft.. Byk jgk entry dlm draft sy xsmpt publish bru ni.... Another entry peran utk dipublish :p Lately xberapa smpt nk update blog. Siang hal keje, mlm rule bru : no gadjet dlm rumah bila dgn anak. Bila anak tido, sy pun dh penat huhu. Hari ni smpt sbb tgh tunggu turn kat imigresen. Maid sy akan blk nxweek inshaAllah. Semoga selesai semua hari ni. Ameen.


3.30am - 9-9-2014

Suami sy call, kbtln sy mmg tgh dah bangun malam. Suami ckp dia nak bertolak ke town dh sebab salji sgt tebal, kena bertolak awal n bermalam di hotel malam ni. Takut esok lambat nk catch flight balik town.

Masa suami call dia dh halfway dr camp.

Suami ckp jalan berselut tebal, tersangat sangat licin. Truck suami sy terhoyong hayang. Suami cuma drive 20km/j.

Sy sgt risaukan perjalanan pulang suami sy. Suami minta sy doakan dia. Sy solat hajat utk suami. 

4-15am - suami call, slmt dah smp kat jalan raya. Td offroad. Menuju hotel dlm sejam dua lg perjalanan.

Doakan perjalanan pulang suami sy ke pangkuan kami. Jauh dan banyak lagi perjalanan harus ditempuh. Semoga segalanya lancar dan kami diberi peluang utk berjumpa lagi... InshaAllah selamanya.... Ameen.

Masih mood risau even sgt teruja menghitung waktu utk berjmpa kekasih hati sy. InshaAllah. Kepulangan kali ni plg dinanti, plg xsabar. Anak2 xhenti call smp nanges2 koutim dgn papa agar blk lebih awal. Sabar ye anak2. 

P/s : suami sy sll tny bila nk update blog. Lately siang hari sibuk hal keje, malam mmg waktu utk off gadjet ie full time utk anak2. Sy jauhkan hset kecuali utk call suami atau whatsapp urgent fmly je. Anak2 dh tiga minggu sy simpan tab, alhamdulillah anak2 boleh survive tanpa tab. Xbertanya pun psl tab mereka. Xnk asyik dgn game, tp nk full time dgn mama mereka je.

Ni si kecik yg sll teman sy bila sy bgn malam2.







Ni pic ptg tadi, elok smp umah kul 6.00 ptg, terus kidnap anak utk dinner bersama kat wangsa walk :)


InshaAllah akan update blog segera xlama lg khas utk suami tercinta :)

Doakan my ahmad nizar.

Salam.
Wife
24/7 --> 2-1-2 --> 24/7 
InshaAllah





Thursday, September 4, 2014

Jatuh cinta ....

# entry draft terperam lagi...


Baru2 ni saya jatuh cinta lagi. Smp xleh tido duk asyik borak dgn suami sy psl cinta hati...Haishhhh.... (Oh ye, ini bkn kisah jatuh cinta dgn suami ye... Yg tu sy dh lama jatuh, jatuh gedebuk lagi).

Ni saya jatuh cinta pada sebuah SUV baru. Kereta idaman saya. (Saja2 nk tulis psl angan2 sesekali. Hidup tanpa angan2 ibarat jasad tidak bernyawa.selagi tidak bertentangan agama, angan2 bagi sy sbg pemangkin semangat dlm salah satu langkah perjalanan hidup :)

Saya tetiba jatuh cinta pd range rover 7seater (2014). Saya sangat suka SUV yg nmpk gagah. Suami sy sblm ni sll minat audi Q7, tp sy xminat sgt. So kami amik CX9. Now kami dh jmpa titik pertemuan minat pd kenderaan yang sama.

Lepas sy ckp sy suka sgt SUV ni, suami sy terus check price terkini (recond la) sbb yg baru jauh sgt dr mampu. Yang recond pun hanya mampu berangan je dulu :) (price plg murah rm700k mengikut spec sehingga cecah 1M- verangan xsalahkan :)... Haha. Kami dua2 teruja. Suami ckp "sy pun meleleh tgk yg ni" ekeke...

Ada spec 5000cc ada yang 3000cc. CX9 sekarang 3700cc. Sy "terpaksa" minat pd SUV 7 seater je sbb mudah n lebih selesa nk travel dgn tiga anak :) manakala suami sy sllnya kereta dia lebih kpd performance car ie weekend car :)

Ni la kereta idaman saya ... Haha (tp kami ada priority lain dulu utk dicapai 2015 nnti inshaAllah, pujuk papa irham... Hehe. Chaiyo inshaAllah) ni our second priority dlm list :) tak tau bila leh capai, tp berangan kan free :) berangan smp berusaha inshaAllah. 










Monday, September 1, 2014

Merdeka di Johor Bharu

Ahad lepas, sy, anak2 n parents sy bertolak ke johor bharu. Sy ke johor atas urusan kerja ie pd hari isnin. 

Awal pagi kami bertolak dr cyberjaya. Perjalanan ok cuma kereta agak banyak la sbb cuti merdeka kan.

Kami terus menuju ke Johore Premium Outlet. Nak teman ma dan adik sy shopping. Mmg orang ramai memenuhi tiap ruang. Sbb ada sale merdeka kan. Semua sgt murah.






Sbb sale murah sgt, sy pun tergoda. Smpt masuk braun buffel. Ada la yg berkenan. Smpt snap pic n send kt suami sy... Malangnya itu waktu tido suami sy. Xde yg direply. Ni pic yg sy hantar.






Harga sgt murah. Discount 70% jadi RM500. Tp xjadi amik sbb suami xreply, takut dia xbkenan, xbesh la nk p pakai. Settle suma shopping, suami sy kbtln terjaga kot, baca text sy n terus reply "handbag tu cantik n nampak elegan. Boleh bwk pegi ofis. Amik la". 

Dah dpt approval cum restu, terusla i buat "air turn back" la... Suka sy. Toche toche sbb anda berkenan. Sy nak beli apa yg sy dan dia berkenan je. Sbb yg pakai sy, yg byk tgk dia. Haruslah kena tny taste dia sll :)


Dr JPO kami bergerak ke hotel plk. Amik stay kat Traders Shangri La,Puteri Harbour. Penah cite sy suka hotel ni. Tgk pic dua beranak ni... Kemain hepi. Ini ayah sy yg sporting :) mujur ma n abah sudi teman dtg :)





Petang tu kami mkn kat Lat's place. Ada show n tarian melayu jgk. Ni tpt fav sy dh suami sy. Pegi mana2 di johor, asyik teringatkan suami sy. Kat sini sgt byk kenangan kami .. (Sob sob).




Petang2 smp amik angin kat tepi hotel .





Malam kami keluar dinner di Danga Bay. Kedai makan fav sy kat sana. Sy xsnap pic. Tunggu turn p ngan husband bru sy snap. (Mujur trip kali ni suami sy byk bwk bekal daging steak. Tp still sy sedih :( )

Keesokan paginya, kami check out awal pagi sbb sy kena pegi keje jap. Smpt melaram beg bru n snap utk suami sy :)




Masa otw balik, smpt kami late lunch n amik angin pantai jap kat port dickson



Malam tu kami rehat jAp kat umah adik di cyberjaya sblm ke bangi utk makan. Kakak2 sy jd host utk makan2 mlm td. Thank you suma. 


Pas mkn2, dlm jam 11 malam kami pun blk. Penatttttttt :)

Hari ni ma dan abah nk btolak blk trg. Ma sy ada appt utk regular check up kt hospital. N ma n abah pun rindu umah trg mereka. InshaAllah xlama lg ma dtg lg. papa pergi kali ni ke canada ada trip yg plg buat sy sedih n plg rindu. Mujur ma n abah fhm anak dia yg sedih ni n sudi dtg teman kami sll 

Itulah kisah cut merdeka sy ie sy bekerja di hari cuti sy.

Sekian.

Mrs Nizar
2-1-2

P/s: tinggal satu je lg weekend kami tanpa papa yg kami rindui. InshaAllah. Xsabar rasanya.