Masa pengalaman mengadung sblm ni dan prosedur d&c, byk info yg sy tak tahu. So hari ni sy nak share sedikit info andai dpt jd rujukan (berdasarkan maklumat yg sy dpt dr doktor dan google :)
Sblm tu sy cite ckit ttg kisah d&c kali ni. Sehari sblm buat d&c, sy sesak nafas (actually sejak mengandung lg n lately makin parah). Even bjln dlm rumah pun cukup utk buat sy mengah, sesak nafas, rasa dada ditekan, berpeluh dingin etc. suami sy dan ma & abah risau psl jantung saya. So sy dihantar ke bhg emergency di prince court medical centre. Selepas buat ECG, blood test n urine test katanya alhamdulillah semuanya normal. Cuma red blood count sy rendah sikit.
Keesokan harinya, sy bjmpa gyne sy utk melalukan procedure d&c. Tp suami sy dan sy teragak2 samada perlu terus buat d&c atau dpt second opinion dulu dgn pihak institut jantung negara. Risau kalau ada masalah jantung, akan affected bila sy amik full bius nnti.
Kami ke pusrawi dulu dan doktor sahkan baby sy dh meninggal dan katanya sy xde masalah utk melakukan d&c dlm keadaan kesihatan sy sekarang.
So sy kembali jmpa dgn gyne sy. Kami amik pill pertama pada jam 10.30am.
Sy berbincang dgn doktor ttg keadaan kesihatan sy yg agak lemah n semput. Doktor kata sy mempunyai anemia. Doktor suntik satu ubat (lupa nama) utk menambahkan iron (kalau xsilap) n sy segera bertenaga. Lgpun sblm ni pernah doktor cek diabetes sy sbb berat naik mengejut 10kg n sy nmpk sgt gemuk, tp bacaan result cuma 4 slps sy bru sudah lunch. Doktor waktu tu ckp kandungan gula sy sgt rendah n sy perlu mkn lg byk. Gulp! Doktor ckp anemia boleh sbbkan kematian bayi krn kekurangan darah merah yg buat sy semput tu sbnanrnya memberi kesan oksigen juga xsmp pd baby dan menyebabkan heartbeat berhenti tiba2.
Lepas tu tunggu doktor bg pill kedua (yg kedua bukan telan tp dimasukkan ke bhg peranakan). Lepas tu sy dibenarkan blk berehat dirumah. Kata doktor dtg semula pukul 5ptg. InshaAllah bila dh stat bleeding. Kalau lebih awal bleeding, sy diminta lebih awal jmpa doktor.
Utk d&c yg pertama, slps sejam diberikan ubat, sy bleeding dgn byknya. Yg kali ni sy agak risau bila dh pukul 5pm masih xbleeding. Kami solat hajat etc. sy call doktor.sy maklum kerisauan sbb sy xbleeding n xsakit apa2. Sy risau sbb sy baru tahu bahawa sblm ni sy xmerasa sakit langsung ketika dan slps prosedur d&c sbb doktor xrushing nk scrap rahim (mcm yg sy byk dgr n baca). D&c dilakukan dgn "gentle" ie sehingga semua ie apa2 yg melekat dirahim gugur sndr. Doktor hanya akan sedut keluar shj.semua blaku secara natural. Tp bila xbleeding sy risau nnti sy kena buat "dlm paksaan". Lega bila doktor ckp, sy xperlu risau sbb doktor xrushing n akan tunggu semua blaku secara alami.
Bila sy google, sy jmpa beberapa blogger share pengalaman d&c. Betulkan sy kalau salah, kalo di sesetengah hospital private dan gomen, slps amik ubat, doktor akan tunggu dlm sejam sblm ke labour room utk d&c. Hal yang demikian akan menyebabkan pesakit akan merasa proses d&c yang amat sakit.
Sy bsyukur sbb bagi sy doktor ni ada empati pada pesakit. Sbb doktor sll ckp sbgaimana beliau xnk keluarga dia rasa kesakitan, dia juga perlu bg hak tu pd pesakit beliau. Sesetengah doktor kadang2 tpaksa buat keputusan segera utk lakukan d&c mahupun keputusan c-sec krn mereka tpaksa ekoran pesakit yg ramai dan perlu "habiskan task" mereka segera.
Gyne sy ckp dia xrushing sbb nk buat yg plg lembut (ie xsakit dan xmerosakkan struktur rahim). Mgkn sbb tu ramai pesakit beliau di sini, xputus even tpaksa tunggu beberapa jam. Malah even bayaran dia agak mahal ckit, tp servis sgt bagus. Doktor layan semua panggilan telefon, doktor dgr semua luahan pesakit masa rawatan. Jd sbb doktor layan semua sama, masa menunggu pun agak lama la kan hehe. Ada 5 org artis sedang dlm rawatan di sini utk mendapatkan zuriat. Sama2 kita doakan mereka. Kami ada terserempak seorg. Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.
Bila sy start bleeding dlm 5.15pm, kami bergegas jmpa gyne. Dan dia rehatkan sy smp pukul 10 mlm. Waktu tu beliau sll periksa keadaan rahim dh lembut, n ketul2 darah keluar, so lebih mudah utk doktor sedut tanpa perlu scrap.
Sy ckp kat doktor, sy macam trauma utk pregnant buat masa ni sbb kesian kt anak. Doktor ckp, masa scan sblm d&c, rahim sy sgt menebal dan sac sy sgt besar n penuh air ketuban. Itu menunjukkan keadaan fizikal sy yg ok dan anak selesa kt dlm tu. xde apa yg perlu risau. Cuma sy kena lebih rehat. Sbb tu kali ni sgt lambat process bleeding sbb doktor ckp baby sgt kuat menempel pd rahim dan rahim menebal dgn sgt elok. Tp make sure banyak rehat.(Sbnarnya itu yg sy risau. Ttg kena byk rehat. Kadang kita xsedar kita dh penat. Kita perlu berehat.Rasanya smp masa sy kena slowdown jap psl kerjaya bila ready utk mengandung lg nnti).
Slps semua dh nampak ok, doktor bg sy ubat bius dan sy langsung xsedar apa2 smp la pagi. Alhamdulillah xrasa sakit masa d&c dan rasa sgt segar slps bgn dr tidur. Tjaga masa suami sy sedang bersahur, tdgr suara ma abah n suami sy berbincang.
Inilah rupa baby kami. Kata papa, semua dh jelas. Cukup semua jari tgn n kaki. Nampak mata disitu. Yg merah besar tu tali pusat. Suami sy terus kebumikan malam tu.
Sy bertanya beberapa ustaz termasuk ust zawawi, katanya utk bayi berusia lebih 120 hari harus dimandi, dikafan dan disolat jenazah. Bayi yg lepas 10 minggu dan nampak bentuk fizikal (kaki tgn jari etc) tapi belum smp 120 hari hanya perlu dimandi dan dikapan dan ditanam.
Utk urusan puasa, bg bayi bawah 10 mggu n berupa ketulan daging shj, ia dianggap haid dan istihadah shj. Tp utk bayi slps 10 minggu dan ada bentuk spt anak kami, sy dikatakan sedang bernifas.smpt sy call ustaz sejam sblm beliau berlepas ke tanah suci slps sblm ni hanya google di layar internet shj.
Smpt abah snap pic sy digendong papa pd tgh malam masa smp. Papa ckp sy sgt berat (ekeke... Sbb tgh tido n berat badan naik byk. Papa ckp dulu ringan je.. Sob sob).
Nak share beberapa peringatan dr kesilapan sy dan tips yg dulu sy x tahu n baru tahu (anak dh tiga baru tahu tsk tsk tsk).campur aduk antar pregnancy & d&c ye :
1) dulu sy ingatkan selagi tak bleeding atau discharge apa2, baby adalah selamat. Sehari dua sblm keguguran, sy berjalan agak cepat sbb kdg2 xsedar. Sy ada ckp kat suami "alamak, laju plk jalan td. Senak perut la. Hrp xde discharge". N bila smp malam xde apa2, sy rasa ok la. Padahal lepas jalan, semput tuhan je tahu.
Kalo perut cramp, semput etc. cepat2 jmoa gyne utk pastikan baby kita ok ye.
2). masa mengandung, kita xboleh terlalu letih. Kalau penat, wajib rehat. Sy kadang mmg ada waktu paksa diri. Sbb masa mengandung kita mudah mendapat mcm2 penyakit pelik. Macam sy anemia. Doktor ckp sy kena amik folid acid (mmg amik tiap hari), aspirin. Tp sy xamik sangobion (doktor bg tp xamik sbb ingat dh ok. Tu pil tambah darah).
Sebenarnya, sy mmg dh sll kerap mkn. Sbb ada gastrik. Bila berat badan naik lately, sy sgt risau n cuba kurangkan ambilan mknan. N sblm pregnant pun sy rasa cepat letih bila kurang mkn. Lepas mengandung plk, berat badan lagi cepat naik.
Masa 1st pregnacy sblm gugur dulu sy naik 10kg ie dr 50kg kpd 60kg. Lepas pantang n diet, berat hanya turun 53kg sblm naik blk sbb mengandung lg. dan kali ni juga naik lg 10kg kpd 63kg (sbb last berat badan 53kg slps pregnant yg gugur sblm tu). Sedangkan kakak sy dh 7 bln mengandung sekarang bru naik 7kg. Sbb tu sy cuma mkn ala kadar tanpa tahu sy kekurangan darah n perlu supplement utk tambah darah juga. Waktu tu sy risau berat badan naik mengejut sgt banyak sbb sy lebih berisiko utk mendapat diabetes. Tiap kali pregnant, doktor mesti refer sy kat pakar nutrisi sbb doktor risau sy dpt diabetes sbb kenaikan berat badan yg melebihi dr paras normal. So konon kali ni sy xnak hal ni berulang.
Sy juga tlalu ikut hati yg kurang bselera sbb sll mual n muntah. Sy juga xnak berat badan naik byk sgt. Sy cuma pastikan sy amik karbo n protein tiap hari (xtahan nk mkn nasi, dgr nasi pun nk muntah). Sy amik susu, kurma, madu, pati delima dan minyak zaitun tiap hari etc utk bg tenaga.tp masih xmemadai.
Jadi kalau pregnant, paksa diri mkn mknan berkhasiat tiap hari. Cek keadaan kesihatan diri dgn kerap. Dan sy mmg kena redha n pasrah, bila pregnant xyah berangan nk jd cm org lain naik berat bdn dlm 10kg je sbb sy mmg sll naik dlm 21kg-27kg. Sbb kalo x sy sgt lemah n kerap lapar :( so makan je utk baby tersayang.
Lepas d&c, hanya 3kg sy berat badan hilang. Cmne nk hilang lg 10kg sy pun nk buntu dh.
3) jangan jangan jangan menggatal gediks nak layan stress. Happy happy happy selalu. Ketiga2 anak sblm ni sy rasa sy happy sll. Xpernah fikir apa2 yg serius. Kali ni byk plk urusan yg gatal nk fikir. Xnak fikir tp dh nama komitmen kan. Xleh lepas tgn. Pasni kena lebih bijak uruskan penat, antara kerjaya dan yg plg utama, keluarga.
4) nauzubillah, andai sesiapa terpaksa melalui pengalaman d&c, request utk drag kan masa slps amik ubat dr prosedur d&c. InshaAllah xsakit n rahim pun dlm keadaan ok.
5) anak ada rezeki dr Allah. 100% BUKAN usaha kita. Kalau dpt, Allah nk bg. Kalo xada, ada rezeki lain Allah nk bg. Kalau dh sebut rezeki, kita merancang, tp rezeki adalah milik Allah. Berapa rezeki anak kita, dh allah tetapkan. Kita berikhtiar je. Rasanya xde org nk menolak rezeki anak kan. Anak penenang hati kita. Yg akan mendoakan kita. Mengajar kita ttg sabar dan tanggungjawab. Jgn takut soal rezeki ie risau masalah kewangan ke apa kalo ada anak sbb tiap anak hadir ke dunia dgn rezeki masing2. :)
Walaupun bukan usaha kita utk dpt zuriat, Tp sgt byk ikhtiar boleh dilakukan dlm usaha itu. Ini ilmu sy dpt dr doktor sementara menunggu utk d&c. Sbb ramai yg dtg ke sini atas masalah kesuburan.
Dr pemeriksaan telur pasangan, pilihan telur yg baik, IVF, pembersihatan saluran rahim dan tiub fallopio, pemilihansperm yg berkualiti. Kata staff doktor, andai semua dh ok tp xde rezeki anak jgk, doktor akan minta utk jmpa ustaz bg rawatan alternatif sbb mmg ada kes2 begitu. Andai slps rawatan alternatif masih xdpt rezeki cahayamata, boleh la amik anak angkat dan doktor akan suntik ubat utk aktifkan susu. Bila susukan anak, jd anak susu dh mcm anak sndr la.
Lepas dgr semua ni, sy lebih bersyukur sekurang2nya sy sudah diizin Allah ada rezeki anak kandung sdnr. alhamdulillah.
Ini jelah yg sy nk kongsi. Kalo sy ingat lg tips tambahan lain (juga sbg note utk sy refer nxtime sbb sy bru tau psl ni). Yg lain sy xtulis la apa yg sy dh tahu :)
Semoga sy diberikan kesihatan yg baik, dan cepat dpt berat badan asal blk. Huhu. Misi yg sy sgt xsuka tp tpaksa. Lately cm payah je.ada 10kg baki utk kembali 50kg. Bkn calang2 usaha tu dlm keadaan sy yg tidak dibenarkan berdiet buat masa ni sob sob :'(
Inilah kisah pengalaman kedua d&c sy. Ujian mendewasakan kita dan mjadikan kita org yg lebih bersyukur. InshaAllah.
Salam.




















































