Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 28, 2015

Tiga malam....

Ini kisah tiga malam kami di penang, dan kami terpaksa bermalam di tiga buah hotel berlainan.Ini kisah seminggu sblm sy miscarriage. Sy tpaksa outstation ke penang. Actually, masa bulan mei, sy penah ke penang juga. Waktu tu sy berbelah bagi samada ingin overnight di shangri-la rasa sayang atau hard rock hotel. Tp suami sy memilih utk ke shangri-la rasa sayang (kita ikut pilihan bday boy pd bulan itu :)

Lepas tu tgk plk entry kwn cikngah, kak ayu. Mmg best kt hard rock ni. Sblm ni my sis pun mmg rekemen utk stay di hard rock andai ke penang. 

Even dh beberapa hari merancang nk ke penang, tp kami langsung xbuat reservation sbb sy masih xdpt tarikh sebenar utk hadir ke penang. Pada hari rabu (10.6), sy dpt mesej ringkas utk segera ke penang. Kami btolak slps isyak (plan nk blk umah awal gagal). Sy hanya call utk buat reservation masa dlm kereta. 

Katanya  hanya ada utk satu mlm (mmg urusan sy sepatutnya satu hari je ie khamis).

Hard Rock Penang Batu Ferringhi

Kami tiba di hotel jam 1am. Mmg dh xde blk idaman anak2 ie kids suite. Frust jgk suami sy :p 

Smp je, terus order supper sbb kami sgt lenat dan kelaparan. Makanan kat sini ie room service, sy bg gred A. Mmg super sedap especially mee goreng.



Aktiviti tgh malam. Papa layan anak2 tgk movie lepas supper.



Keesokan pagi, spttnya sy keluar kerja awal pagi. Tp sy tahu kerja sy akan siap agak lewat, so kesian jgk anak2 tperak je kan. So kami pegi mandi manda kt kolam + breakfast sama2 :) sy xjoin mandi sbb penat + papa risau licin masuk pool (masa ni pregnant 10 weeks huhu).mmg best tgk diorg mandi manda.





Lepas dah lencun, smpt stop utk breakfast jap sblm anak2 layan mandi manda lagi. Pukul 10 bru sy stat keje. Sbb takut tlewat, kami terus packing utk check out.

Alhamdulillah pukul 2.30pm semua urusan sy selesai. Sbb rasa penat + nak standby in case kena attend lg urusan kerja, sy ajak papa stay kt penang satu mlm lg.

Smpt lunch kt kapitan gurney drive, tpt fav kami. Lauk fav telur sotong,kari sotong juga, ayam, telur ikan etc.



Pastu sambung lagi urusan cari bilik hotel. Mmg sgt susah nk cari blk minggu ni sbb adanya marathon penang bridge + weekend + cuti sekolah. Malah harga bilik pun melambung dr biasa la sbb last minit booking kan. Total bill bg bilik hotel bg tiap hotel berlainan adalah lebih rm1000/nite. Kalo bukan sbb urusan kerja, utk sekadar cuti2 dgn family, sy sll elak waktu cuti sekolah sbb rate bilik yg tinggi + nk pegi mana2 pun pasti jem n bersesak dgn org ramai la kan hehe.


Try punya try, dpt la blk kat Sheraton.

Sheraton, Tanjung Bungah

Actually kat sini mmg kami dh penah bermalam. Best jgk. So ikut perancangan sy, kami nk berehat ie tido spjg ptg. Kemudian lewat ptg bru plan nk bawak anak2 main pantai. Manakala keesokannya sy plan nk sewa bot nk pusing2 pulau (sblm ni sy sewa dgn fmly sy dan ia adalah pengalaman yg mengujakan). 

Tp akibat penat sgt n perut cramp (mcm2 kerenah semasa selesaikan urusan n byk sy guna tenaga fizikal ptg tu masa kerja), so sy xlarat nk turun pantai. Papa je bawak anak2 keluar. Sy tido n berehat je. Xde pic sgt sy snap sbb penat n dh penah ke sini. Betul2 penat. Kt hotel ni hanya tpt anak2 je rehat. Sebabnya, tiba2 lewat ptg dpt plk call, sy kena hadir ke Komtar plk keesokannya (mujur sy x blk kl lagi). So awal pagi sy kuar keje, tinggalkan anak2 dgn maid di bilik. 



Malam tu sy order room service utk maid sbb dia xnk kuar dinner. Actually order utk anak2 jgk sbb nk berdating dgn papa.

Sekali last minit plk anak2 nk ikut. Kira rezeki maid la mlm tu dpt mkn2 dgn selesa dan jayanya hehe.

Kami teringin char kuew teow tokong ular.


Keesokan harinya, urusan kerja sy selesai  dh pun tengah hari. Anak2 sy tinggalakn dgn maid sepjg sy bekerja. Makan minum semua hny melalui room service. Ikut perancangan mmg sy nk blk ke kuala lumpur, tetapi sbb sy betul2 rasa xbermaya, kita stay satu mlm lg di penang. 

Gigih2 call macam2 hotel. Akhirnya kami dpt bilik di Bayview Batu Feringghi. Masa ni adam dh stat bleter "mama, kenapa kita asyik kena pindah mama.adam suka duduk satu hotel je. " huhu.

Bayview Hotel Batu Ferringhi.

bagi sy hotel ni sudah agak lama (even 5 stars tp xteruja sgt). Tp yg menarik di aini juga adalah kolam, persekitaran yg indah dan makanan yg disediakan (room service) juga sgt sedap. Nampak x kami xbyk keluar mkn dan harapkan pd room service je pd trip kali ni? Ye, sbb sy sgt letih dan nak baring je sll. Perut cramp xhenti2. Mual n muntah jgk sll. Mmg pucat je sll muka n mood kerja pun ntah ke mana. Mood bercuti pun xberapa ada, tp gigih nk gembirakan anak2 tersayang.

Kami check in dh pukul 4ptg. Smp2 tu sy agak lapar, order smoked salmon. Xkena dgn selera sy. Sementara sy rehat n mkn, papa bwk anak2 ke pool dulu. Hotel ni pun ada facilities cm hard rock jgk n terletak di sebelah hard rock. Sy order kek coklat moist jgk. Mmg sgt sedap.


Kami pernah ke sini beberapa tahun lepas masa cuti tahun baru. Ni pic dr blk kami.





Pic aktiviti petang kami :)








Persekitaran hotel ni mmg sgt cantik, pasti akan lebih meletop kalo dia refurbished bilik hotel juga. 

Lepas dh mandi2 kat playpool + main pantai, anak2 dh menggigil sejuk n minta nk dinner. Tp xnk masuk blk lg. so sy order utk dinner di tepi kolam.




Lepas mkn2, boleh plk anak2 dambung mandi kat baby pool + main kt playground. Mmg main smp lencun la petang ni. Sy hepi sgt tgk mereka happy.




Akibat kepenatan, anak2 dh letih. So papa mama smpt kuar dating utk dinner. Lepas dinner plan nk jalan2 kt batu feringghi. Malangnya, pas makan si isteri dh xleh jalan. Mau tido sudaaaaa... Aiyaaaaa manyak boring sama ini bini la.. Asyik penat saja...

Keesokan harinya, slps breakfast di hotel, kami capaikan hajat en adam kesayangan kami nk naik hop on hop off penang plk. Bas dua tingkat milik jejai tu (kalau xsilap).  Mula2 nk amik beach route je. Tp sebab kena tukar bas, rasa malas nk tukar2, kami naik bas yg sama smp la ke hotel semula (2jam oooo). Memang best jgk layan naik bas ni. Tetapi utk travel selama 2 jam dlm bas ni, sy telah muntah dgn jayany apabila elok menjejak kaki ke bumi nyata slps dua jam di dalam bas. Heheheh... Layan aje la..





Selama dua jam, kami smpt pusing bandar georgetown + melalui pesisir pantai sehingga ke batu feringghi semula. Memang cantik penang ni. 

Pukul 12pm, kami ke batu ferringhi utk tapau lunch utk lunch bersama cikteh di rumah cikteh. Smpt kami tapau mee udang n nasi goreng. Masa nk tunggu order siap, sy layan laksa penang. Mmg sedap la :) --( makan je keje. Skrang bru bdebar sbb byk sgt lemak nk kena buang balik sob sob.)

Lepas tu, kita bertolak blk ke kl pukul 3pm. Kita tpaksa blk awal sbb bergegas nk ke rumah tokma plk utk majlis kesyukuran kelahiran ali imran (anak buah baru sy) di rumah mak sy di bangi.

Satu lagi kenangan bersama2 anak2 dpt diukir. Alhamdulillah.

Happy happy happy.

mrs Nizar
























Thursday, June 25, 2015

Tips : D&C and pregnancy

Alhamdulillah, sy dh selamat jalani prosedur d&c pd hari rabu bru ni. Semuanya berjalan lancar bagai dirancang. Syukur. 

Masa pengalaman mengadung sblm ni dan prosedur d&c, byk info yg sy tak tahu. So hari ni sy nak share sedikit info andai dpt jd rujukan (berdasarkan maklumat yg sy dpt dr doktor dan google :)

Sblm tu sy cite ckit ttg kisah d&c kali ni. Sehari sblm buat d&c, sy sesak nafas (actually sejak mengandung lg n lately makin parah). Even bjln dlm rumah pun cukup utk buat sy mengah, sesak nafas, rasa dada ditekan, berpeluh dingin etc. suami sy dan ma & abah risau psl jantung saya. So sy dihantar ke bhg emergency di prince court medical centre. Selepas buat ECG, blood test n urine test katanya alhamdulillah semuanya normal. Cuma red blood count sy rendah sikit. 

Keesokan harinya, sy bjmpa gyne sy utk melalukan procedure d&c. Tp suami sy dan sy teragak2 samada perlu terus buat d&c atau dpt second opinion dulu dgn pihak institut jantung negara. Risau kalau ada masalah jantung, akan affected bila sy amik full bius nnti. 

Kami ke pusrawi dulu dan doktor sahkan baby sy dh meninggal dan katanya sy xde masalah utk melakukan d&c dlm keadaan kesihatan sy sekarang.

So sy kembali jmpa dgn gyne sy. Kami amik pill pertama pada jam 10.30am. 

Sy berbincang dgn doktor ttg keadaan kesihatan sy yg agak lemah n semput. Doktor kata sy mempunyai anemia. Doktor suntik satu ubat (lupa nama) utk menambahkan iron (kalau xsilap) n sy segera bertenaga. Lgpun sblm ni pernah doktor cek diabetes sy sbb berat naik mengejut 10kg n sy nmpk sgt gemuk, tp bacaan result cuma 4 slps sy bru sudah lunch. Doktor waktu tu ckp kandungan gula sy sgt rendah n sy perlu mkn lg byk. Gulp! Doktor ckp anemia boleh sbbkan kematian bayi krn kekurangan darah merah yg buat sy semput tu sbnanrnya memberi kesan oksigen juga xsmp pd baby dan menyebabkan heartbeat berhenti tiba2.

Lepas tu tunggu doktor bg pill kedua (yg kedua bukan telan tp dimasukkan ke bhg peranakan). Lepas tu sy dibenarkan blk berehat dirumah. Kata doktor dtg semula pukul 5ptg. InshaAllah bila dh stat bleeding. Kalau lebih awal bleeding, sy diminta lebih awal jmpa doktor.

Utk d&c yg pertama, slps sejam diberikan ubat, sy bleeding dgn byknya. Yg kali ni sy agak risau bila dh pukul 5pm masih xbleeding. Kami solat hajat etc. sy call doktor.sy maklum kerisauan sbb sy xbleeding n xsakit apa2.  Sy risau sbb sy baru tahu bahawa sblm ni sy xmerasa sakit langsung ketika dan slps prosedur d&c sbb doktor xrushing nk scrap rahim (mcm yg sy byk dgr n baca). D&c dilakukan dgn "gentle" ie sehingga semua ie apa2 yg melekat dirahim gugur sndr. Doktor hanya akan sedut keluar shj.semua blaku secara natural. Tp bila xbleeding sy risau nnti sy kena buat "dlm paksaan". Lega bila doktor ckp, sy xperlu risau sbb doktor xrushing n akan tunggu semua blaku secara alami.

Bila sy google, sy jmpa beberapa blogger share pengalaman d&c. Betulkan sy kalau salah, kalo di sesetengah hospital private dan gomen,  slps amik ubat, doktor akan tunggu dlm sejam sblm ke labour room utk d&c. Hal yang demikian akan menyebabkan pesakit akan merasa proses d&c yang amat sakit. 

Sy bsyukur sbb bagi sy doktor ni ada empati pada pesakit. Sbb doktor sll ckp sbgaimana beliau xnk keluarga dia rasa kesakitan, dia juga perlu bg hak tu pd pesakit beliau. Sesetengah doktor kadang2 tpaksa buat keputusan segera utk lakukan d&c mahupun keputusan c-sec krn mereka tpaksa ekoran pesakit yg ramai dan perlu "habiskan task" mereka segera. 

Gyne sy ckp dia xrushing sbb nk buat yg plg lembut (ie xsakit dan xmerosakkan struktur rahim). Mgkn sbb tu ramai pesakit beliau di sini, xputus even tpaksa tunggu beberapa jam. Malah even bayaran dia agak mahal ckit, tp servis sgt bagus. Doktor layan semua panggilan telefon, doktor dgr semua luahan pesakit masa rawatan. Jd sbb doktor layan semua sama, masa menunggu pun agak lama la kan hehe. Ada 5 org artis sedang dlm rawatan di sini utk mendapatkan zuriat. Sama2 kita doakan mereka. Kami ada terserempak seorg. Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen. 

Bila sy start bleeding dlm 5.15pm, kami bergegas jmpa gyne. Dan dia rehatkan sy smp pukul 10 mlm. Waktu tu beliau sll periksa keadaan rahim dh lembut, n ketul2 darah keluar, so lebih mudah utk doktor sedut tanpa perlu scrap.

Sy ckp kat doktor, sy macam trauma utk pregnant buat masa ni sbb kesian kt anak. Doktor ckp, masa scan sblm d&c, rahim sy sgt menebal dan sac sy sgt besar n penuh air ketuban. Itu menunjukkan keadaan fizikal sy yg ok dan anak selesa kt dlm tu. xde apa yg perlu risau. Cuma sy kena lebih rehat. Sbb tu kali ni sgt lambat process bleeding sbb doktor ckp baby sgt kuat menempel pd rahim dan rahim menebal dgn sgt elok. Tp make sure banyak rehat.(Sbnarnya itu yg sy risau. Ttg kena byk rehat. Kadang kita xsedar kita dh penat. Kita perlu berehat.Rasanya smp masa sy kena slowdown jap psl kerjaya bila ready utk mengandung lg nnti). 

Slps semua dh nampak ok, doktor bg sy ubat bius dan sy langsung xsedar apa2 smp la pagi. Alhamdulillah xrasa sakit masa d&c dan rasa sgt segar slps bgn dr tidur. Tjaga masa suami sy sedang bersahur, tdgr suara ma abah n suami sy berbincang. 


Inilah rupa baby kami. Kata papa, semua dh jelas. Cukup semua jari tgn n kaki. Nampak mata disitu. Yg merah besar tu tali pusat. Suami sy terus kebumikan malam tu. 

Sy bertanya beberapa ustaz termasuk ust zawawi, katanya utk bayi berusia lebih 120 hari harus dimandi, dikafan dan disolat jenazah. Bayi yg lepas 10 minggu dan nampak bentuk fizikal (kaki tgn jari etc) tapi belum smp 120 hari hanya perlu dimandi dan dikapan dan ditanam.

Utk urusan puasa, bg bayi bawah 10 mggu n berupa ketulan daging shj, ia dianggap haid dan istihadah shj. Tp utk bayi slps 10 minggu dan ada bentuk spt anak kami, sy dikatakan sedang bernifas.smpt sy call ustaz sejam sblm beliau berlepas ke tanah suci slps sblm ni hanya google di layar internet shj. 

Smpt abah snap pic sy digendong papa pd tgh malam masa smp. Papa ckp sy sgt berat (ekeke... Sbb tgh tido n berat badan naik byk. Papa ckp dulu ringan je.. Sob sob).



InshaAllah kejap lagi sy akan bertolak ke kampung utk berpantang (urut n tungku). Terima kasih utk suami sy yg teman sy spjg prosedur d&c, belikan semua brg2 persediaan utk sy berpantang etc. terima kasih ma dan abah jaga kami sekeluarga (sejak tahu keguguran,) tlg masak n jaga anak sy sbb sy xberapa sihat. 

Nak share beberapa peringatan dr kesilapan sy dan tips yg dulu sy x tahu n baru tahu (anak dh tiga baru tahu tsk tsk tsk).campur aduk antar pregnancy & d&c ye : 

1) dulu sy ingatkan selagi tak bleeding atau discharge apa2, baby adalah selamat. Sehari dua sblm keguguran, sy berjalan agak cepat sbb kdg2 xsedar. Sy ada ckp kat suami "alamak, laju plk jalan td. Senak perut la. Hrp xde discharge". N bila smp malam xde apa2, sy rasa ok la. Padahal lepas jalan, semput tuhan je tahu.

Kalo perut cramp, semput etc. cepat2 jmoa gyne utk pastikan baby kita ok ye. 

2). masa mengandung, kita xboleh terlalu letih. Kalau penat, wajib rehat. Sy kadang mmg ada waktu paksa diri. Sbb masa mengandung kita mudah mendapat mcm2 penyakit pelik. Macam sy anemia. Doktor ckp sy kena amik folid acid (mmg amik tiap hari), aspirin. Tp sy xamik sangobion (doktor bg tp xamik sbb ingat dh ok. Tu pil tambah darah).

Sebenarnya, sy mmg dh sll kerap mkn. Sbb ada gastrik. Bila berat badan naik lately, sy sgt risau n cuba kurangkan ambilan mknan. N sblm pregnant pun sy rasa cepat letih bila kurang mkn. Lepas mengandung plk, berat badan lagi cepat naik. 

Masa 1st pregnacy sblm gugur dulu sy naik 10kg ie dr 50kg kpd 60kg. Lepas pantang n diet, berat hanya turun 53kg sblm naik blk sbb mengandung lg. dan kali ni juga naik lg 10kg kpd 63kg (sbb last berat badan 53kg slps pregnant yg gugur sblm tu). Sedangkan kakak sy dh 7 bln mengandung sekarang bru naik 7kg. Sbb tu sy cuma mkn ala kadar tanpa tahu sy kekurangan darah n perlu supplement utk tambah darah juga. Waktu tu sy risau berat badan naik mengejut sgt banyak sbb sy lebih berisiko utk mendapat diabetes. Tiap kali pregnant, doktor mesti refer sy kat pakar nutrisi sbb doktor risau sy dpt diabetes sbb kenaikan berat badan yg melebihi dr paras normal. So konon kali ni sy xnak hal ni berulang. 

Sy juga tlalu ikut hati yg kurang bselera sbb sll mual n muntah. Sy juga xnak berat badan naik byk sgt. Sy cuma pastikan sy amik karbo n protein tiap hari (xtahan nk mkn nasi, dgr nasi pun nk muntah). Sy amik susu, kurma, madu, pati delima dan minyak zaitun tiap hari etc utk bg tenaga.tp masih xmemadai.  

Jadi kalau pregnant, paksa diri mkn mknan berkhasiat tiap hari. Cek keadaan kesihatan diri dgn kerap. Dan sy mmg kena redha n pasrah, bila pregnant xyah berangan nk jd cm org lain naik berat bdn dlm 10kg je sbb sy mmg sll naik dlm 21kg-27kg. Sbb kalo x sy sgt lemah n kerap lapar :( so makan je utk baby tersayang. 

Lepas d&c, hanya 3kg sy berat badan hilang. Cmne nk hilang lg 10kg sy pun nk buntu dh. 

3) jangan jangan jangan menggatal gediks nak layan stress. Happy happy happy selalu. Ketiga2 anak sblm ni sy rasa sy happy sll. Xpernah fikir apa2 yg serius. Kali ni byk plk urusan yg gatal nk fikir. Xnak fikir tp dh nama komitmen kan. Xleh lepas tgn. Pasni kena lebih bijak uruskan penat, antara kerjaya dan yg plg utama, keluarga.

4) nauzubillah, andai sesiapa terpaksa melalui pengalaman d&c, request utk drag kan masa slps amik ubat dr prosedur d&c. InshaAllah xsakit n rahim pun dlm keadaan ok.

5) anak ada rezeki dr Allah. 100% BUKAN usaha kita. Kalau dpt, Allah nk bg. Kalo xada, ada rezeki lain Allah nk bg. Kalau dh sebut rezeki, kita merancang, tp rezeki adalah milik Allah. Berapa rezeki anak kita, dh allah tetapkan. Kita berikhtiar je. Rasanya xde org nk menolak rezeki anak kan. Anak penenang hati kita. Yg akan mendoakan kita. Mengajar kita ttg sabar dan tanggungjawab. Jgn takut soal rezeki ie risau masalah kewangan ke apa kalo ada anak sbb tiap anak hadir ke dunia dgn rezeki masing2. :)

Walaupun bukan usaha kita utk dpt zuriat, Tp sgt byk ikhtiar boleh dilakukan dlm usaha itu. Ini ilmu sy dpt dr doktor sementara menunggu utk d&c. Sbb ramai yg dtg ke sini atas masalah kesuburan. 

Dr pemeriksaan telur pasangan, pilihan telur yg baik, IVF,  pembersihatan saluran rahim dan tiub fallopio, pemilihansperm yg berkualiti. Kata staff doktor, andai semua dh ok tp xde rezeki anak jgk, doktor akan minta utk jmpa ustaz bg rawatan alternatif sbb mmg ada kes2 begitu. Andai slps rawatan alternatif masih xdpt rezeki cahayamata, boleh la amik anak angkat dan doktor akan suntik ubat utk aktifkan susu. Bila susukan anak, jd anak susu dh mcm anak sndr la. 

Lepas dgr semua ni, sy lebih bersyukur sekurang2nya sy sudah diizin Allah ada rezeki anak kandung sdnr. alhamdulillah.

Ini jelah yg sy nk kongsi. Kalo sy ingat lg tips tambahan lain (juga sbg note utk sy refer nxtime sbb sy bru tau psl ni). Yg lain sy xtulis la apa yg sy dh tahu :)

Semoga sy diberikan kesihatan yg baik, dan cepat dpt berat badan asal blk. Huhu. Misi yg sy sgt xsuka tp tpaksa. Lately cm payah je.ada 10kg baki utk kembali 50kg. Bkn calang2 usaha tu dlm keadaan sy yg tidak dibenarkan berdiet buat masa ni sob sob :'(

Inilah kisah pengalaman kedua d&c sy. Ujian mendewasakan kita dan mjadikan kita org yg lebih bersyukur. InshaAllah.

Salam.



 

Saturday, June 20, 2015

Ramadhan Kareem

Selamat menyambut ramadhan yg penuh rahmat dan kemuliaan. Alhamdulillah diizinkan lagi menjalani ibadah di bulan penuh dengan rahmat penciptaNya. Setiap kali ramadhan, abah sll pesan kena ada azam baru utk menjadikan ramadhan kali ni lebih baik.

Mmg setiap waktu kita kena memohon maaf terutama dgn org yg kita kasihi ie suami (syurga sy bersamanya) dan ibubapa sy. Tika ramadhan menjengah, hati tersentuh plk bila sy memohon maaf dgn suami, lelaki yg sgt byk berkorban jiwa raganya utk sy dan keluarga. Tak terbayar dgn apa jua yg sy lakukan apatah lg dgn wang ringgit. Hanya Allah yg tahu kesabaran dan pengorbanan suami dan kepada Allah jua sy memohon segala kebaikan dan rahmat dikurniakan kpd lelaki istimewa ini. Semoga Allah menjaga hati kami dan hubungan kami dan kami masih berjodoh hingga akhirat. Apa jua yg kita syg dan kasihi hny pinjaman. Semoga pinjaman ini Allah berikan utk tempoh pjg sehingga sy menutup mata. Ameen

Juga dgn ma dan abah sy yg membesarkan sy. Pasti banyak yg tersinggung dgn perbuatan sy malah terus sabar membentuk sy sehingga dewasa. 

Azam ramadhan

1) ingin lebih banyak bertadarrus dan khatam Quran. Ini azam suami juga tp azam suami nk khatam lebih dr sekali (inshaAllah sy juga mencuba).

Tips : 

a) wujud persaingan sihat bersama pasangan. Kdg2 xdpt mengaji bersama. Bila tiba2 suami tgk sy dh masuk juzuk kedua, cepat2 dicapai alquran.
Saya juga, usai memasak utk berbuka, tgk suami dh nk habis juzuk ketiga, sy juga teruja utk ikut sama bertadarrus.

b) bulan minima lagho (ie bulan tanpa FB). Bergantung individu. Sy mcm hari2 bkk fb especially bila lapang atau ketika waktu menunggu. Bila sy "lenyapkan" icon FB di handphone, ye ia menjadi. Bila lapang, rasa nk capai hset, ada "icon" alquran je pd hset. Alhamdulillah, terisi masa lapang dgn lebih faedah. (Hrp istiqamah ke bulan2 slps ramadhan ameen). 

2) ingin solat isyak, subuh n terawih di masjid tanpa gagal ---> mgkn x tercapai hajat ni. Nanti sy cerita.

3) sudah dua tahun suami xberpuasa penuh bersama kami sbb bertugas di oklahoma + calgary. Sblm2 ni kami sekeluarga berterawih bersama di masjid bersama anak2 sambil2 mencuba beberapa masjid berlainan tiap hari. Azam tahun ni pun sama, tp Allah lebih mengetahui yg terbaik ---> juga mungkin tak tercapai hajat.

4) sudah beberapa tahun kami tak ke bazaar ramadhan. Bazaar ramadhan/pasar mlm bagai sudah lama tiada dlm lipatan kenangan kami. Suami sy sgt xsuka ke bazaar. Satu risau kebersihan, kedua pilihan mkn yg byk tp semua mcm xsihat n xsedap (katanya) dan ketiga lebih jimat dirumah. Sy cuba sedaya upaya tp mgkn beberapa hari lg je sy mampu laksanakan tanggungjawab ni spt tahun2 sblm ni. Selagi ada masa ni sy cuba yg tbaik utk keluarga yg sgt sy kasihi. Setiap hari sy masakkan sahur (even kadang2 sardin + telur + ayam goreng je hehe) dan masak menu berbuka utk mereka.

Ujian ramadhan

Kesedihan

Minggu lepas adalah minggu plg sibuk sy. Bagai tak tertanggung diri ini kerana sy sedang mengandung. Letih tak terperi. Malah diuji berjumpa dgn org2 yg melukakan hati dan mencalarkan emosi. Isnin dan selasa ada kemuncak segalanya. Sy tlalu penat fizikal (travel) + emosi. Suami sy ada bersama sepanjang waktu bersama sy. Hanya pd dia sy luahkan kesedihan. Sy katakan, slps selesai semua urusan ni, sy nk bercuti panjang. Sgt lama nk rehat. Rindu masa2 lampau sy. Kesibukan adalah rahmat bg org bekerja sndr mcm sy (projek developer alhamdulillah byk dtg tanpa disangka). Tp yg plg sy sibuk ttg my side business berkait dgn development. Mmg xboleh nak hand over tugas pd org lain.

Rabu sy cuti. Tika rehat, tanpa ada apa2 simpton, allah gerakkan hati nk bjmpa doktor (appt berikutnya mggu dpn). Khamis tu sy ke klinik biasa. Tiba2 doktor ckp baby sy dh xde heartbeat. Terkejut dgn kata2 doktor terus sy call my gyne utk buat appt. alhamdulillah dia minta sy ke sana segera (sblm tu dh dua klinik sahkan).

Sesampai di sana, air mata tak terbendung lagi bila doktor sahkan heartbeat baby dh tak ada. Doktor kata bru dlm sehari dua. Air mata makin laju mengalir bila doktor guna 4D pic plk masa scan, nampak kelopak mata, hidung, kaki tgn anak kami. Iras irham :'( 
Kata doktor, ia dipanggil missed miscarriage sbb sy xada tanda2 keguguran ie xbleeding etc. kata doktor kalo tetiba jantung baby berhenti berdegup mgkn berkait dgn keadaan mummynya yg stress. Lagi air mata brsalah sy mengalir. Mmg sy xmampu nafikan keadaan sy yg agak tertekan pd waktu itu.  Kata doktor lg, rezeki sy dan suami murah sbb mudah "lekat" ie mudah mengandung tp boleh tak doktor nk minta sy cuti 12 minggu andai diberi rezeki mengandung lg utk menjaga kandungan sy (betapa sy juga inginkan perkara yg sama). :'( air mata mengalir lagi). InshaAllah doktor. Pd Dia sy berserah. 

Tp sy redha. Allah hadirkan org2 yg menyesakkan hati kita hanya penyebab je utk semua ni terjadi. Allah dh rencana mungkin waktu terbaik ariana mendapat adik. Mgkn kami rasa dh bersedia, tp Allah Maha Mengetahui. Pasti Allah ingin hadiahkan sesuatu yg lebih baik utk kami. 

Waktu sedih sy, suami sy xhenti ada di sisi. Ye, lama jgk sy dlm kesedihan. Suami xhenti memeluk dan memujuk utk tenangkan sy. Kata suami, setiap org pasti diuji dlm hidupnya.

Dalam memujuk isteri, suami katakan, selama ni Anugerah Allah banyak sy terima. Mudah utk hamil (bunting pelamin etc) mudah waktu mengandung, mudah waktu bersalin, ada anak2 yg comel penawar hati, keluarga yg bahagia, kesihatan yg elok,kerjaya yg baik, dan macam2 lg. byk yg sy hajat dpt dicapai dgn izin Allah. sesekali Allah uji sbb allah sayang, rindu pada kita. 

Betul, sy tak nak jd org yg kufur nikmat. Sy harus menghargai apa yg telah sy miliki. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. 

Kata suami, tp xapa sy sedih n menangis seketika, sbb itu adalah reflek pd emosi dalaman hati. Papa ckp "nangis je, xperlu tahan. Mmg ada waktu kita rasa sgt down". Tp pesan papa jgn sesekali menangisi takdir. InshaAllah sy semat di hati semua pesanan. 

Ma dan abah juga bergegas dtg ke rumah utk meniup kata semangat dan temani kami berbuka puasa bersama. 

Sehingga hari ni sy masih rasa lalui apa yg dilalui ketika mengandung ie muntah2, pening etc. inshaAllah merancang utk lakukan D&C hari selasa nnti. Katanya miscarriage yg xde tanda ie bleeding etc tak terlalu urgent utk melalui prosedur "cuci" kecuali ada demam sbb risau infection.

Sy google bila roh dituipkan ke janin. Yg sy jmpa ada kata slps 40 hari, tetapi yg selari antara nas2 + hadith + sains adalah slps 8 mggu atau apabila terbentuk "bentuk" ie tgn kaki n adanya gerakan luar kawal pada bayi di rahim + degupan jantung. Kandungan sy sudah 11 minggu. Andai benar, semoga kami dpt berjumpa kembali di alam sana nnti. Ameen.


Atas sebab inilah, mgkn xcapai hajat sy utk puasa penuh, solat isyak subuh n terawih di masjid bersama keluarga sll (kena pantang mggu dpn), mgkn xdpt sediakan juadah spt biasa utk keluarga bila dlm pantang etc. 

Ujian nikmat

Sebenarnya, apa yg sibukkan sblm ni sudah dpt keputusannya. Alhamdulillah, usaha sy berjaya. Ironinya, ketika dimaklumkan berita gembira ini adalah serentak slps sy mendapat berita sedih keguguran kandungan sy kali ni. Ketika masih di klinik. 

Terdetik di hati, besar impak nikmat yg diambik semula oleh Allah ie kandungan sy, dan besar juga galang ganti pd kesedihan yg sy lalui krn serentak juga berita gembira sy terima. Benarlah Allah itu Maha Penyayang. Maha Pemberi Rahmat. Terasa dalamnya kasih syg Allah. Dalam sy sungguh bersedih, sengaja diberikan berita utk memujuk hati biarpun tiada tolak banding nikmat utk melahirkan zuriat keempat kami. Bagai ingin memujuk hati, ini sedarkan sy, dlm tiap ujian masih ada sayangNya Dia pd hambanya agar tidak terus hanyut dgn kesedihan. Alhamdulillah utk ujian kesedihan dan ujian rahmat ini. Allah uji kerana sayang. Bersangka baik sll dgn pencipta kita. 

Sungguh pengalaman ini sgt berharga dan ternyata kerdil sungguh kita. Ternyata ramadhan kali ini plg dalam impak pd sy. Inilah rahmat dan kemulian dijanjikan dibulan penuh mulia ini.

Semoga ujian gembira ie rezeki kali ini tidak menjadikan sy dan keluarga org2 yg lalai. Ameen (plg sy risau ttg ini, semoga kami dilindungi). 

InshaAllah, majlis menyampaian "letter of award" di adakan pd isnin nanti. Sesuatu yg usahakan beberapa bulan ini semoga berbuah hasilnya tidak lama lg(my retirement plan, maybe). Semoga merubah keadaan kami kpd yg lebih baik. Ameen.

Diary semalam

Smlm, awal pagi suami temani sy hadir ke BSC krn ada appt terakhir sblm majlis isnin nanti.

Lepas tu kami blk amik anak2 utk buat groceries. Sy tny adam, nk mkn apa. Adam ckp "adam nak lobster". Sy ckp mana la ada lobster mama nk cari.sekali smlm, tak pernah2 kat aeon jual lobster tetiba ada plk.mmg rezeki adam.  Baby lobster (udang karang). Sy beli 6 ekor je. Besar2 jgk. Adam mkn dua ekor, papa dua, ariana satu bibik satu. Sy n irham xrasa nk mkn plk. 


menu smlm

starter : mee goreng + keropok keping.


Menu utama : nasi n lauk pauk. Ikan kicap, baby lobster masak merah,ayam goreng, sayur lemak putih. Tetiba plk gas abih. Mujur ada periuk noxxa tg serbaguna. Leh goreng mee kat situ. 






Dessert : pisang salai aiskrim + tembikai




Dan ini my handsome mr helper :)


Harapan dan doa

Sy harap slps selesai beberapa perkara ni tak lama lg, sy bdoa diberi kesihatan yg baik, kelapangan masa + rezeki yg lebih utk sy dan keluarga bercuti. Dah lama merancang utk bercuti tp mcm2 halangan. Semoga diizinkan lepas raya nnti. 2 minggu bercuti adalah masa yg cukup mewah utk sy kalau dpt bercuti. (Xnak roaming huhu ... You wish!!) Mulanya terasa ingin tour europe, tp lately hati teringin ke canada (visit tpt papa dulu), atau ke US utk imbas kenangan di sana. Ameen inshaAllah. Doakan ye.

Sy berdoa agak kami menjadi org yg lebih bersyukur dan lebih gembira sll. Keluarga sy sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah. Dan kami dijauhkan dr kelalaian dan apajua nikmat dunia yg membuatkan kami lupa tiap yg ada adalah pinjaman :) sy sll berdoa, andai dianugerakan nikmat dunia, biarlah ia sesuatu yg tidak buat sy lupa dan jauh dr Nya. Andai nikmat itu menjauhkan sy dr jalanNya, jauhkan lah nikmat itu dr keluarga sy. Krn nikmat sbnar hadir bersama rahmat.

Semoga sy juga dapat membantu keluarga dan org sekeliling sy dgn lebih byk lagi. 


Ameen ameen ameen.


Salam 

mrs Nizar

P/s : lama xmenulis sbb masa sgt la limited. Bila menulis, dh leh buat buku la plk. Haha

Pss : smlm masa tido, mimpi pegi bercuti kt pantai yg cantik. Tiba2 nampak papa mandi dgn anak2, tetapi sorg xcukup. Td semua papa pegang. Cepat2 sy cari dlm air n jmpa baby (iras irham masa kecil). Baby dh lemas. Sy nangis n ckp "papa, split second je tlepas pandang, baby dh xde". Sy nangis. Bila tjaga, baru sy ingat. Tiga anak ada dgn papa dlm mimpi. Satu yg lemas tu mgkn kias utk anak dlm kandungan sy. Hmmmm even nmpk sy dh ok, jalani rutin spt biasa. Boleh senyun gembira dgn suami n anak2, hakikatnya mgkn masih trauma, sehingga tbawa2 dlm mimpi :(










Saturday, June 6, 2015

Radius 5km

Salam ...

Kami sekeluarga suka sgt bercuti & jalan2 bersama especially bila wkend tiba. Tp lately bila wkend tiba, kami x byk bgerak. Hny dlm radius 5km dr rumah shj. Semua atas sebab keadaan kesihatan xmengizinkan. Sy cepat penat, dan xtahan nk travel.

So pagi ni, bgn awal pg, even papa ajak ke pantai, tp tpaksa batalkan niat. Kami bersiap menuju klcc utk breakfast ke sana (sy plg xsuka habiskan masa di mall, tp itu jelah pilihan kami lately). 

Lepasbreakfast, bawak anak ke isetan jap. Plan nk ke parkson, tp tutup ada renovation. Nk hadiahkan belt baru utk papa & shopping baju suar anak2 (ada rm700 kupon parkson jgk hehe). 

Smp isetan, xde yg papa berkenan, cuma anak2 amik toys la plk. Model kete dr fast&furious 7. Pastu lepas2 di kinokuniya.





Lepas tu kami blk unah dh pukul 12. Plan nk singgah kejap je sbb papa nk bawak jalan. Blk umah akibat kepenatan smpt sy tido jap. Pukul 2pm papa kejut ajak lunch.

Kami ke istana bamboo je ie plg dekat dgn rumah sekain teringin salted egg squid yg sgt sedap di sini.





Pas makan, masih xlarat nk berjalan. Sorry anak2. Mama blk dan tertido lg :( huhu. Dh lewat ptg bru bgn. Gagahkan diri utk ke bangi raikan birthday tokma.

Lastweek pun kami ke klcc. Petrosains. Aktiviti rare kami sebelum ni ie weekend di mall hehe. Pic last week.










Lepas tu kami lunch di bumbu desa, level 4 klcc. Tpt fav sy jgk ni :)




Inilah jelah antara aktiviti kami lately. Dlm radius 5km je. Hehe. Cuma last week hari ahad smpt bawak anak picnic sblm ke farm in the city, seri kembangan. Tp xlama, sy sgt penat n kena blk awal ckit ie xsmpt naik poney.

Sekian. Semoga diberikan kesihatan yg baik pd baby dan sy sll. Ameen

Mrs Nizar














Monday, June 1, 2015

8 minggu 3 hari

Alhamdulillah hari ni baby dh 8mggu 3 hari. Trauma dtg lg sbb sy miscarriage tika 9 weeks masa previous pregnancy. Doakan pengalaman itu tidak berulang lagi. Ameen.

Semalam check up dgn doktor lg, alhamdulillah semua nmpk ok. Lama rasa doktor bg kami "tengok" baby smlm n dgr heartbeat kuat2....doktor ckp "baby dh panjanglaaaa" hihi  cm nk tgelak plk dgr. Kalau sblm ni appt sy setiap nggu dgn doktor, alhamdulillah doktor cko lepas ni leh follow up sebulan sekali plk.

Kalo ikutkan EDD sy pd 6 januari 2016. Tp disebabkan sll bersalin awal ie pd 36 weeks bg tiga2 anak, doktor ckp kena stat preparation utk kelahiran pd 10 dec 2015. InshaAllah. 

Alahan? Agak teruk kali ni. Cepat sgt sayu tanpa apa2 sebab. Bkn je xtahan sesetengah bauan, tp xleh tgk org pakai selekeh, color dull etc (jd mul n nk muntah... Mmg lain mcm kali ni). Sy elak tgk cermin sll sbb sy jd pening bila tgk diri sndr jgk ie kulit kusam, tembam, baju besar. Jd sgt memualkan (sadiskan). Even masih awal, tp agak terus mual + bloatEd. Xleh tido mengiring sbb akan muntah n senak. Sob sob.

Tiap masa sy bwk ni p keje. Bekal utk bg tenaga. Ni pagi lg, bekalan dh nk abih, acaner?


Gigih suami p cari kat pasar baru n smlm ma sy pun ada kirim jgk utk sy :)



Suami sy pun tkena kesan sekali. Demam sll. Dua2 lemau. Pening2, xleh bau ayam. Nk mkn ikan je. Sy pun cm xleh mkn ayam sgt. Lapar 24/7 tp selera xde :'(. 

Sll kalo nk bg habis mkn nasi, sy akan mkn nasi tanpa kuah n ulam dgn cili padi. Nyumssss bru layan. Mkn apa2 je mesti pegang cili padi extra hot kat tgn, kena mkn cm ulam bru leh telan. 

Xpelah, xlama perasaan tak besh ni. InshaAllah, kalo ada rezeki lepas ni, semua kesakitan pasti lupa n hilang sekelip mata. Doa mama semoga anak mama dilindungi di rahim mama, mudah dilahirkan dan sihat sempurna. Ameen. 

Hari ni suami sy keluar shopping dgn irham adam dan ariana ie nk cari kasut sukan baru utk tiga anak kami n nk bawak jalan2 anak sbb cuti sekolah kan. Sy masuk keje jap sbb ada interview. Semoga dipermudahkan urusan suami diluar sana. Ameen. 

mrs nizar.