Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 13, 2015

Pahit Manis Sogo

Lamaaaaa... Dah sgt lama x pegi sogo. Lupa dh bila kali terakhir ke sana. Sbb sana sll kena bersesak (sy cepat lemas pegi tpt ramai org n terus cm nk demam n pitam kalo x). 

Jumaat lepas kami ke sogo. Banyakkkk kenangan.... Pahit & manis. Xrancang pun nk ke sini. Jumaat lepas, sy cm tlalu letih, cancel appoinment ptg. Blk umah n baring. Sekali suami suh bersiap pas sy bgn tido ajak p sogo, dia sgt risau kami belum beli baju raya. Hehe. 

Sblm tu teringat suami berborak ngan adik sy aina dan suami dia.

Aina : macamana abg nizar sll beli baju kt emi?
Papa : senang je. Tiap kali raya mesti pilih baju kt patung.
Aina : cmne nk agak saiz (sll suami tlg beli je).
Papa : senang je. Saiz emi sama dgn saiz patung. Kalo patung muat dia muat la.
Aina : waaaaa bestnya.
Papa : tp tu cite dulu la. Tahun ni xtau la. Hahaha (mereka gelak bjemaah).

Sedih i dgr sob sob...

Apa yg pahit apa yg manis?

Tentang shopping

Manis

Mula2 suami suh sy shopping dulu baju. Dia jaga anak2. Kali ni xplan nk beli baju raya meriah sbb dh tau nnti sy dh xpakai. Nk beli kurung moden simple sbb nk bawak keje. Plan nk beli dua je. 

Sekali byk plk berkenan. Pantang sy nmpk cantik, suami pasti suh amik je sbb dia ckp sy ni sgt susah nk ajak kuar shopping. N mujur dia berkenan suma yg sy berkenan. Dan yg lg sy hepi, even berat badan xturun lg, sy dh boleh pakai baju saiz asal sy ie saiz S. Apalg, terus ckp kt suami "sy masih boleh pakai baju saiz patung la. Masih saiz S". Emo sndr sbb teringat suami gelak golek2 ngan adik sy sblm tu bila cite bab tlg beli baju utk sy hehe...

Ni wajah tabah suami layan anak main masa tunggu sy shopping. Xlama sy shopping. Sejam siap dgn fitting. Hehe



Pahit

Settle baju sy. Sy beli 3 kurung moden utk keje ie sempoi, satu kurung moden ada bling bling sgt ckit utk raya, satu suar keje, satu blouse keje, dan pakaian "adik2". Xsedar main amik je. Suami pi kaunter nk bayar. Sudah bayar bru dia ckp "awak sgt susah nk shopping, tp sekali shopping lesap rm2k++. Hehe". Mujur dia marah/bebel. Hihi.

Pastu anak2 dh lapar. Kita pegi cari mkn.

Berbuka puasa

Pahit

Xde langsung dh seat kt food court n suma restoran utk berbuka puasa. Ariana nangis nk mkn. Aiseyman.

Kami tapau spagetti, kebab dan macam2 lg. pastu kita gerak merayau cari port nk suap anak mkn dulu. Letih sgt dh masa ni. Sy nk ajak blk tp suami ckp kalau boleh nk settle suma baju raya aritu.

Manis

Kami pegi ke luar mall. Rupanya dia byk sedia tikar2 utk berbuka puasa ala picnic dpn mall. Meriah sgt. Kbtln ada lori mamee plk sediakan mamee percuma. Dapat pengalaman berbuka gini. Teringin kenangan berbuka puasa gaya picnic di oklahoma dulu.






Pastu sambung shopping jap sblm sy duk rehat kt kaki lima mall je. Suami pilihkan suma baju. I penat sgt dh sbb sakit kepala dr siang td. Ni pic beria ariana belek baju. N dgn muka frust ckp kt papa "papa, xde" ie xde yg dia berkenan. Ambou anak dara. Bab shopping kemain. Tu bkn dr genetik i ok. Hehe. Ikut papa dia hehe.


Baju raya anak xbeli kt sini. Xde yg berkenan. Belikan baju santai superhero je utk mereka.


Kenangan paling pahit di sogo

Pastu suami ajak pulang. Kami naik lif. Byk jmpa org yg kurang "manner" ie potong Q etc. pastu tgh kelam kabut naik lif, dgn pintu lif jenis nk tertutup je even dh tekan butang "open", tiba2 ada org plk nk kuar dr lif. Masa tu kt tingkat 7. Tetiba pintu lif nk tertutup plk. Papa ckp "tlg tahan pintu". Sy cepat tahan pintu n dlm masa sama suami pun nk tahan pintu lif, sekali tlanggar tgn sy yg pegang phone sy, apa lg phone sy terjatuh betul2 celah lubang  lif terus ke B3. Maknanya jatuh dr 12 tingkat.

Terdiam jap sy. Nampak dr bawah phone menyala n masih ok. Suami bergegas cari security minta amikkan phone.

Mujur mereka tlg. Tp lif dh tindih berkali2 kot. Masa amik tu kami bayang hancur berkecai, tp sbb cover OTTER kan keras, so bengkok ckit n retak seribu la. Kami sgt berharap data phone dpt diselamatkan. Segala perkara penting ttg ofis sy, contact etc dlm tu. terus migrain bila fikir suma data hilang.

Keesokannya kami p kedai, diorg ckp boleh repair ie tukar skrin etc dlm rm1k. Data juga boleh transfer. Alhamdulillah lega dgr data boleh transfer. Tp suami xnk amik risk phone xberfungsi elok atau sll hang kalo repair nnti.

So kami ke Machine KLCC utk beli yg baru. Baru tiga bulan suami hadiahkan sehari sblm bday irham. Sedih sy. Smp di klcc, mereka inform sbb phone baru tiga bulan, kami boleh je dpt phone baru utk ganti yg rosak ie top up rm1600 instead of rm3550.  Tp kena tunggu 14 hari. Suami decide utk terus beli lain sbb sy xmampu tunggu sgt lama utk dptkan data dlm tu sbb handphone adalah perkara plg penting utk org yg bekerja cm sy (marketing). N sy tgh menunggu byk call penting utk meeting monday.so papa bayar dulu rm3550. Yg lama kami akan tolak pd machine semula, utk dpt yg ganti lg 14 hari. 

So suma data alhamdulillan dh di transfer. Casing pun masih dlm warranty, dlm dua mggu lg akan dpt yg baru secara percuma. Phone baru plk mgkn utk suami  (yg ganti dlm 14 hari tu tu sbb mmg suami dh plan nk beli iphone6 jgk). So kira kami cuma rugi rm1600 la. Alhamdulillah. Sbb xtau plk iphone dealer boleh amik phone rosak ni n ganti yg bru dgn harga lebih murah.

Thanks abg sebab memahami hati ini. Even sy xckp, n senyap sejak smlm sbb cm sedikit sedih phone rosak takut hilang data, kepala ligat fikir psl ofis,n suma perkara penting dlm phone tu...tp papa tahu betapa penting phone utk sy keje n cepat2 belikan yg baru. Mekasih yang. Nanti sy jaga elok2 ye. Malam tu byk papa tapau mknan tp sy lgsg xde selera. Terus masuk blk n tido. 

Bgn pagi tu rasa nk nangis sbb malam tu sy terus tido je pas blk dr sogo.  sy ckp "sorry la phone abg beli rosak". Papa "xpelah, abg yg langgar pun tgn tu smp jatuh phone. Nnti abg beli bru". Sob sob. Inilah kenangan plg pahit ke sogo. Uwaaaaaa...

Pic kenangan phone rosak.







Mrs Nizar












Thursday, July 9, 2015

10 Ramadhan terakhir | pelbagai cerita pelbagai ragam

ISalam ramadhan.

Tentang lailatulqadr

Hari ni dh malam ke-23 ramadhan. Kena lipat ganda amalan n moga istiqamah slps ramadhan. Pesan abah :

1) bersedeqah secara marathon. Bukan sekali sehari, tp bila ada peluang bersedeqah la berkali2 sehari. Plg wajib sedeqah la tiap kali masa berterawih, at least kalo tkena sedeqah itu pd malam lailatulqadar, alangkah indahnya. Lepas sedeqah xperlu kita kira berapa Rm dh jumlah sedeqah hari tu sbb kdg2 takut kita jd rasa cm "dah banyak dh arini", padahal ia adalah "investment" terbaik. Lakukan tanpa henti. Kita berusaha utk penuhkan wang kecil/besar dlm beg duit sll (bkn jumlah yg penting, tp kalau byk lg bagus hihi). Niat je senang nk bersedeqah. 

Saja nk share satu cerita. Sll risau cara penyampaian cerita sbb kdg2 dr penulisan kalo diambil secara negatif, maka burukla nmpk niat penulisan itu. Sy hrp matlamat penyampaian sy smp dgn baik. 

Utk cuti raya, mmg kami berikhtiar utk pastikan kondisi kereta berada dlm keadaan baik sll. Slps tu kita berserah pd Allah semoga diberi keselamatan dlm perjalanan pergi dan balik.

Jadi kami baru shj renew roadtax (road tax shj xmasuk insurance dh rm2800 sbb cc kereta 3700. Kalo campur insurance hampir rm6k kami bayar bru ni). Pastu suami ckp nk tukar tayar even masih boleh pakai cuma "bunga" tayar dh xbagus sgt. Satu tayar pun dh rm2000. Kami tukar 4 tayar, so darab rm2000, mmg terasa jgk kos itu. Tp ini mmg rutin la tiap yg ada kereta kan ie semua yg ada kereta wajib lalui semua ni. Semua ni plk kami buat masa ramadhan ni la. Tp semua rutin tu dh menelan hampir rm15k. Sbb dh libat kos yg besar utk rutin kali ni, sebarang "unnecessary cost" lain boleh membebankan kami jgk la bulan ni. 

Tiba2 Allah nk uji lagi,  kereta kami kan 4WD Tp suami sy ckp 4WD cm "xjalan". So saja2 p cek. Sekali lepas diagnos guna kepakaran mekanik + komputer suma  dia ckp adalah kerosakan pd 4WD kami ie kos baiki rm16k (mmg spare part kete ni agak tinggi huhu). Dh sedih jgk, tp tpaksa la kan nk bg selesa. Tiba2 suami ckp dh nego n dpt rm10k je. Byk tu discount. Sy dh mula gembira. Selepas sehari dua dibengkel, tiba2 pihak Mazda call n minta kami ke sana. Bila kami tny kenapa katanya ada benda nk bincang.

Suami ckp "aritu masa rosak rm16k leh je inform ikut phone. Sy rasa berat jgk ujian kita kali ni. Sy google cm rosak gearbox je. Mau 30k-40k ni. Sabar jelah, Allah nk uji kita. Berat jgk ujian kali ni."

Saya ckp "xpelah, byk allah bg mcm2 kt kita skrang, mesti byk allah nk uji jgk. Byk ujian masa ramadhan. Sabar je. Mesti ada ganti nnti". 

Smp kat mazda, lama suami discuss kat dalam. Dlm kepala duk congak2 duit la. Sekali bila suami dtg sy terus tny la apa masalah kete kita.

Papa : lepas diorg buka suma spare part sbb brg order dh smp, nk ganti suma brg, tetiba tgk xde apa2 kerosakan. Kereta ok je. Cuma kalo nk tukar ada satu benda ie maybe cost dia kurang 1k sbb ada bunyi ckit kt kereta tu. So dia nk ckp mcm xde apa2 la. Maybe komputer silap diagnos.

Alhamdulillah. Tp sy yakin, ini adalah  hikmah dan bantuan Allah yg kdg2 kita xsedar. Mereka mmg periksa dgn teliti, pakai komputer suma buat check up, tp biasalah manusia mgkn buat silap, dan mgkn juga terselit bantuan allah di situ. Terus tdetik di hati, mgkn Allah nk suh guna duit xjd repair tu utk digunakan pd org lain ie bsedeqah. InshaAllah. Mmg hepi x terkira la kami. 

2) usaha tanpa gagal utk bgn malam. Kami mmg update dlm whatsapp group bila dh bgn. Kalo smp pukul 5 ada yg xtulis "sy dh bangun" kat whatsapp group, kami akan sama2 kejut adik beradik atau ma abah. So that sama2 amik cakna family utk kejar lailatulqadr. (Pun begitu, smlm sy mmg tlewat jgk bgn. Xsmpt solat sbb dh 5.20am. Terus hangat lauk bersahur je utk fmly -- later sy cite kenapa). Bgn tu terus nampak byk miscall dr abah sy. Sll mudah bgn, kali ni cm tido lgsg xsedar bunyi alarm apatah lg bunyi fmly sy call sbb sy sorg x terjaga lagi. Sll sy bgn pukul 4am.

3) berdoa tiap kali solat semoga diberi rezeki utk mendapat rahmat malam lailatulqadr. Doakan utk diri sndr dan semua ahli kelaurga kita. InshaAllah.

4) gandakan la amalan, bukan sekadar solat + mengaji... Termasuk kesabaran, cuba utk bantu semua org etc (nasihat utk diri sndr). 

Ujian ramadhan

Tiba2 maid kami lari lg. ada surat ditinggalkan.



Katanya sudah gembira bekerja bersama kami tetapi tpaksa lari sbb rindukan anak yg sakit. Pernah dia suarakan semua ni. Mgkn benar. Tp yg sy sedikit terkilan, ini kali ketiga maid kami lari dlm masa 5 bulan oleh agen yg sama. Dan kami bayar amount yg sama byk utk pertukaran org. Sy terkilan sbb :

1) sblm maid lari dia penah ckp bahawa agen bjanji utk dia keje sekejap je dgn sy sbb nnti dia akan tukar majikan lg. terkejut dgn kata2 tu, sy ckp sy dh byk habis wang ringgit pd agen. Jgn buat sy mcmtu sbb kita sama2 islam. Menipu tu rezeki yg haram. Mula2 dia kata Ok.

2) modus operandi sama. Bila keje sebulan, tiga2 maid akan nangis sbb masalah kewangan n perlu kirim duit 2 juta (rupiah) pada fmly walhal mereka masih dlm tempoh xperlu dibayar gaji. Sbb kesian (bayangkan diri kesusahan di tpt mereka) kami anggap itu sedeqah. Cuma bila kali ketiga mcm ni, sy minta dia bincang dgn agen,kalo perlu sy akan bg duit pd agen, n kalau dia lari, anggap agen yg berhutang dgn sy. Tiba2 ckp xperlu plk duit tu.

3) dr cctv rumah kami, nampak ketiga2 maid lari bagai dijemput seseorg. Tertunggu2 seseorg. Dr kata guard jgk, mmg mereka nmpk maid kami keluar. Silap kami xinform guard bahawa kami xpenah benarkan maid kami keluar sndr. Kata mereka mcm ada yg jemput mereka. Dr cctv, beza maid kami lari dgn suami blk kerumah krn tertinggal brg cuma beza 10 min shj. Huhu.

4) bila kami bergegas ke tpt agen, n tny mereka. Mcm2 keterangan berbolak balik. Mulanya minta ni phone dr sy konon nk call maid kami. Bila sy ckp bkn kah mereka sll berhubung. Tp mereka nafikan. Bila sy ckp sy sll semak phone maid kami, ada sll panggilan dr agen, mereka dh kelam kabut n mengaku plk. Pastu mula2 ckp xtau maid ni bermasalah n salahkan kami sbb xmaklum awAl2. Bila sy pusing ckit ayat (kata lawyer kan... Eh eh poyo plk.) tiba2 ckp mmg dh tau plk maid ada masalah. Dan macam2 lg la. Putar belit n xberani lgsg btentang mata dgn sy. 

5) maid sy mmg agak naive. Masa pegi bercuti, sy minta dia tekan butang lif pun dia sgt takut. Nak naik lif pun takut. Nk jln sndr beli brg takut. Sy xyakin dia berani lari sndr tanpa duit etc. dan kalau benar dia nk blk, mgkn agen pun kesian nk hantar dia blk. Maklum la pd kami. Jgn mengejut begini. Bg masa ke, atau tunggu ada pengganti ke. Sbb kami tgh dlm fasa plg sibuk. Kesian anak kena follow sy sll skrang. Tp mereka sll ckp hepi dpt ikut mama papa sll hehe.

Katanya nk pulangkan ckit duit kami. Tp kami xberharap pun. Tgk pd keadaan skrang mereka la. Cuma ini kali pertama sy ckp sy terkilan dgn apa terjadi. 

So rutin kami pun berubah la.....

Rutin baru

4.00am : bgn malam etc
5.00 am : sediakan sahur simple utk fmly. Masak/panaskan je lauk. Cthnya ginj.. Tadaaaa... Layan je.


5.45 : solat subuh. Terus iron baju anak2 n baju sndr. Suami ke masjid.

6.30 : suami jemur baju (basuh masa sahur). Sy vacuum umah (dh unah mmg hari2 vacuum, mmg xselesa la bila rutin gitu xbuat kan even maid xde). Kemas umah + kemas dapur. 

7.00 : kejut anak2. Kami mandi anak2 sama2. Sy suap anak mkn.

8.00 : hantar anak sekolah. Sy keje. Sgt sgt bz lately (nnti cite nape busy plk). 

12.30 pm : amik anak. Kdg2 blk unah suap mkn n siapkan anak. Kdg2 tpaksa terus sambung keje n suap mkn dlm kete gitu.

6.30pm : blk umah. Last sy nasak weekend ie sup tulang + daging blackpepper + telur etc. tp ekoran schedule padat, minggu ni mmg dahsyat rekod berbuka kami.

* Isnin lepas masih kt luar jam 6.15pm. Call nandos delivery utk berbuka puasa.
* selasa plk, 6.30 masih kt luar, call pizza delivery + beli tomyam super yummy kat sushi + octopus dan tapau ayam kt trxas chicken.
* rabu , plg lemau. Smp unah dh lewat. Order adik sy utk tapau nasi ayam panggang kat manggo chili. N suami menapak ke restoran moghul utk tapau beriani.
* khamis ie hari ni plg last appoinment di bangi. So dh lewat ptg xlarat nk blk. Call ma sy minta"ehsan" nk berbuka kat umah. Tq ma tlg masak lebih. Jeles kt kakak2 sy yg bjiran dgn ma, tiap hari singgah leh tapau lauk dr ma. Hehe.tu nampak tak ma sy tgh kelam kabut sediakan menu kegemaran sy.






8.30 mlm : pegi terawih satu fmly. Sll anak laki je join, sbb xde maid, angkut suma la ke masjid. Mujur suma behave. Pic smlm, ariana sibuk nk ikut abg2 pakai kupiah pi masjid (sejibik perangai sy masa kecik. Hadoiiii.. Patut ma sy stress masa sy kecik)



10.30 : masa ni la nk lipat baju, kemas umah etc. lewat mlm masuk tido. Yup, rutin yg sgt memenatkan sbb terlalu sibuk disiang hari.

Cite malam td yg bgn lambat tu, pas terawih dh 10.30 mlm. Bawak adik sy p klinik, dia xsihat. Pastu smp umah, tetiba anak2 ckp ada homework. Sy dh tny sblm tu tp silap sy xsemak dlm beg. Mereka terlupa.


Pas mereka tertido sy terlelap jap. Pastu tjaga, gerak hati risau sbb penat xterjaga nk bgn malam. Smpt la solat dua rakaat je sblm sambung tido lepas lipat baju. Masa tu dh 1am. Penatnya hanya Allah yg tahu. Sy mmg xsedar lgsg alarm ke atau call dr abah. Suami pun sama. Lg penat sbb dia drive sana sini lebih 400km sehari kot skrang. Xpelah, itu je rezeki kami mlm tu.

Apa yang sibuk sgt

1) baru ni kan cuti pjg. Masuk je ada kena submit account pd auditor. Nk semak dulu yg my staff sediakan sblm hantar. Sll rasa nk pencen konon masa busy aritu, tp bila cuti 10 hari (5hari je, jd 10 sbb campur wkend), hati dh ronta2 nk masuk ofis. Acaner tu? Hehe. 

2) alhamdulillah tiba2 lepas naik keje ni, allah uji dgn membuka byk ckit peluang rezeki. Isnin tu, staff sy gelabah jmpa sy. Actually, utk lawyer yg buat keje developer, akan ada satu masa dipanggil "durian runtuh" ie file yg bertahun dulu ie ada yg smp 10 tahun dulu, dh keluar "title". So kami peguam kena sediakan doc "memorandum of transfer" n call suma client utk dtg sign. Tetiba mereka ckp ntah cmne 12 developer berlainan call serentak ckp "title" dh keluar n kena proceed MOT. So mereka xcukup kaki tgn. Tiap developer plk ada yg smp 1000 files (zmn dulu kan jenis bg byk2 serentak), ada yg 700, ada yg 300 files etc. kalau kami x call, mmg client xtahu. Jadi kami perlu kakitangan utk call client, hantar surat, prepare doc dgn segera. Semuanya mcm mengejut jgk la.

Kami bru je terima 2 org lawyer baru n seorg clerk baru juga. Mereka request perlukan bantuan utk recruit lg 2 clerk khas utk MOT. So mmg agak kelam kabut selain nak cari semua file lama utk diaktifkan semula. Bak kata partner sy " you dpt rezeki dr langit la ni. Serentak semua". Alhamdulillah.

Pastu selasa plk, masa hantar buahtgn ie hamper pd satu developer, mereka inform sy utk standby satu lg projek bru utk firm kami ie projek perumahan jenis semiD (syukur) elok slps cuti aidilfitri.  Katanya lepas raya sy akan terima appoinment letter. 

Dan semalam, rabu sy terima panggilan dr satu lg developer yg dh lama sy berusaha utk masuk panel. Katanya mereka dh dpt kelulusan board n akan sediakan kontrak perlantikan utk projek baru. Minggu dpn sy kena attend briefing utk projek baru yg akan dilancarkan juga slps aidilfitri. Alhamdulillah, kalo masuk projek yg bru maklum ni, ada 7 projek sedang berjalan serentak di ofis kami. Mgkn biasa pd org lain, utk ofis sy yg baru nk bernafas ni, ia sesuatu yg sungguh menyentuh hati sy. 

Kata2 suami mmg menusuk jauh dlm hati. "Awk kena bersyukur sgt byk, dlm keadaan semua struggle n ekonomi teruk, Allah bg peluang bisnes awk makin ok. Kena ingat sll, "with great power comes great respinsibility". Betul, rezeki tu mgkn Allah lalukan je melalui kami. Sbnarnya banyak rezeki org lain dlm tu. utk kami salurkan dan kongsi bersama. Ia bukan hny milik kami. semoga kami xlupa dan lalai. Ameen. 

3) tanda ingatan. Mmg skrang sy sibuk beli hampar utk hadiahkan pd mereka yg byk bantu perkembangan ofis. Mmg boleh buat delivery kalau nk mudah. Being me, sy lebih senang turun sndr utk berjumpa dgn mereka yg penting dlm membantu sy sll. Ulang alik ke klcc utk beli byk2 hamper dan bergerak ke serata Kl & selangor sejak isnin utk hantar ke tgn mereka. Itu yg jadual sy sgt padat. Xcampur dgn meeting la (pagi td seawal 9.00 am di damansara). Mujur ada suami yg bantu sy sepenuhnya.

Letih sungguh. Sy masih ingat kata2 sy pd suami "abg, 2013 dan 2014 tahun byk jgk sy sedih sbb jauh dr abg. Mood marketing pun ada waktu merudum sbb rindu n sedih sll.  2015 adalah tahun kebangkitan sy. Ada sesuatu ingat sy buktikan. Ingin sy capai 2015. Semoga Allah izinkan". Dan sungguh, suami bantu sy 200% utk sy capat target 2015 sy. Semoga tercapai semuanya. Ameen. Kalau pjg umur, murah rezeki sy nk jdkan 2016 tahun "honeymoon" sudah. Letih terkata tahun 2015 ni :) ye, bila letih suami sll ckp "bukan senang nk senang OK. Sabar" hehe. 

Cite pasal hamper, banyak sy beli dr Mark & Spencer. Sbb nmpk cantik. Lupa plk nk snap. Dlm 20 unit.pastu Plan nk ke harrods plk utk beli lagi sbb xmuat kete kan. Bayangkan, selang sehari je sy pegi, suma hamper di harrods dh habis. Kena tempah utk dptkan mggu dpn plk. So sy beli je dr crabtree. Sbb member dpt discount 15%. Sy beli yg kedua plg besar di situ. Mmg syok (padahal utk org). Harap sy dpt gembirakan mereka :) Tp ada jgk la utk sy satu ie semua partner sy belikan. Ini sy punya :)




Sbb beli byk, sy dpt hadiah brg2 crabtree worth rm700. Ada perfume, lotion, handwash, pewangi rumah, set travel crabtree (banyak yg ni) dan mcm2 lg. berbaloi2 hehe.


Dan ni plk antara hamper yg sy terima. Yg teruja haruslah anak (selain yg sy beli sndr utk sy hehe).



Inilah punca sy agak sibuk kali ni dan agak letih. Semoga usaha kami dirahmati dan berbuah hasil nanti. Ameen.

Persediaan raya?

Percaya x sy belum buat persediaan raya krn kesuntukan waktu. Kakak sy ada call tny smpt x nk kirim tudung utk shopping. Sy ckp sy xde ruang nk celah utk shopping pun lg. even suami sy nk pegi gunting rambut pun xsmpt.

Konon sblm blk kl sy rancang nk pegi facial la,nk p tpt slimming la muahaha (sbb berat xturun lg. masa date d&c berat sy 63kg. Blk ke kl slps 10 hari berat turun 6 kg je, jadi 57kg. Ada 7kg lg. susah nk turun la plk. Later2 la pk). 

Suami ada usik, org lain dh siap baju raya, ni masa sibuk dgn kuih raya etc. plan ptg nk buat kuih apa etc, kita plk masa sibuk pasni ke mana n meeting apa lg. haha. Nk buat cmne yang. Sabar ye. Xlama dh kita nk busy cmni, inshaAllah.

Baru ni smpt la singgah klcc jap nk shopping. Konon ada kupon parkson rm650 nk beli baju anak2. Tp cm xde ygberkenan n kurang pilihan. P isetan, mcm2 brand tgk tp susah nk berkenan selain sesak ngan org. Sekali smpt jenguk poney. Ada jgk la sempat rembat sehelai dua. ie dua blouse ariana, satu suar, dua kemeja irham dan adam n seluar. Gaun n baju jln anak lelaki masih xcukup selain baju melayu xbeli lg. hrp smpt celah nnti.

Tadaaaa baju pilihan kami. Ada 50% discount. Tp sbb dh 3 org kan, total masih rm600 huhu sbb kemeja anak laki pun dh rm150 sehelai sblm discount. Seluar pun. Harga baju kanak2 lately dh xmacam dulu. Mcm org dewasa dh.So kupon masih xguna, papa kata papa je nk guna utk beli baju raya. Ok laaaaa...



Itu shj la cerita hari ini. Panjang cm novel hehe. Bkn senang curi masa. Td sbb kepenatan sy tido awal. Tjaga kul 12 td utk kemas n "bgn malam". Now dh 3am. Xleh nk tido la plk. Hrp esok sy diberika kekuatan lg utk meneruskan rutin kami spt biasa.

Sekian. Salam


Mrs Nizar




Friday, July 3, 2015

Seharian di Taman Tamadun Islam

Khamis iaitu hari terakhir kami berbuka puasa di kuala terengganu utk trip pantang kali ini sbb kami blk ke kelantan slps berurut, bertungku, sauna n bertanggas + berbengkung. Kami blk ke kltn utk berbuka puasa beramai2 bersama keluarga ie adik beradik n ipar duai di sana pada hari jumaat. Manakala sabtu kami blk ke trg seawal pagi utk appoinment terakhir dgn makcik tukang urut sy sblm bergegas blk ke kl. inshaAllah malam ni kami berbuka puasa beramai2 di rumah parents sy di bangi pula.

Utk hari terakhir di terengganu, kami keluar jalan2 sekeluarga ke Taman Tamadun Islam. Ni pic gedik selfie sy utk whatsapp group fmly (ramai plk yg rindu i yang dh lama kt kampung muehehe .. Poyos) sementara tunggu suami bersolat asar berjemaah di Masjid Kristal. Salah satu masjid yg menjadi tarikan pelancong ke kuala terengganu. 


Sempat kami bersiar2 di sekitar Taman Tamadun Islam sambil menunggu sunset di kawasan Masjid Kristal. Anak2 plg teruja dpt berlari bebas ke sana sini smp kepenatan.






Di dalam Taman Tamadun Islam (TTI) ada sebuah restoran kegeraman keluarga saya iaitu B Beteng. Makanan di sini sgt sedap. Utk bulan ramadhan, tiada ala carte tetapi buffet ramadhan. Sy buat reservation utk family sy.

Anak2 yg penat lari ke sana sini tadi makan dgn byknya. Semua teruja tgk mknan yg byk dihidangkan. 

Konsep di sini adalah restoran terbuka dipesisir muara sungai. 






Di sini disajikan pelbagai juadah yg sgt enak dan kena dengan selera kami. Antara lain ada nasi tomato, nasi putih pelbagai lauk pauk (kari sotong, ayam percik, sayur, ikan goreng, daging hitam dan macam2 lagi), mee goreng, bihun sup, ABC, pelbagai kuih muih tradisional terengganu, ikan bakar, sotong, kambing dan daging bakar, monggolian bbq, pelbagai jeruk, keropok, pelbagai jenis jus dan macam2 lagi.




Ariana plg teruja sbb setelah sekian lama sy xbg ais sbb batuk, kali ni ariana dapat mkn ABC special :)


Ni pula mknan saya... Pada asalnya....


Tapi lepas tu xjadi plk makan. Actually mee goreng antara benda plg tukang urut sy xbg sy mkn, juga keropok sbb ada sagu (katanya leh sebabkan angin etc). Even ma sy dan tukang urut xde bersama sbb mereka yg sll strict bab apa yg boleh dan xboleh dibuat/makan masa pantang, tp jangan tak tahu, suami sy pun sgt strict orangnya. Siap nk report tukang urut la bla bla bla. Papa kata "sia2 berpantang seminggu tp rosakkan dlm satu mlm je".

Lepas fikir2 blk ada benar kata suami sy. Sy berterima kasih sbb suami sy seorg yg supportive termasuk bab pantang sbb dia tau "keuntungan" kalau berpantang.

Malah suami sy bukan shj teman sy bpantang, dia juga gigih amik hantar tukang urut sy dan suami jgk yg pakaikan sy bengkung (sbb tukang urut pakaikan pagi. Bila ptg ke toilet, suami plk pakaikan).24/7. Juga dia yg siapkan sauna utk sy (ma xde, so xleh nk bersalai). Alhamdulillah, thanks abang.

Pic selingan masa aktivti pantang.




Berbalik pd cite td, sy xjadi la mkn mee goreng etc. tq husband utk ingatan. Sy mkn ini je... Banyak suami amik. Daging blackpepper super sedap (papa amik kambing bakar).


Sup ayam berenpah + sgt pedasss nyum nyum...


Juga ikan bakar + monggolian bbq...


Tengok tu, ada org smp 8 jenis jus dia cuba hihi..


Lepas berbuka puasa, kami bersolat maghrib n berterawih di masjid kristal. Cantik pemandangan malam di sini .


Malah kani smpt snap pic fenomena dua planet kelihatan malam itu. 


Dan ni pula bulan..gigih snap pic dr hset even papa gelak sbb blur. Nampak beberapa pelancong snap dgn camera gabak besar hehe.


Sementara tunggu isyak, smpt kami pusing2 dekat kedai souvenir di situ. Belikan baju utk ariana (baju ariana lembap kena ABC) dan belikan suar kali pelikat dua pasang sorg utk irham adam. Harga dia agak murah ie rm10 brand gajah duduk. Seronok dpt kain pelikat nk bwk terawih.



Terawih selesai 10.30 malam. Papa ckp irham dan adam sgt behave n solat smp selesai di masjid. Lepas tu beria dua beradik tu layan moreh ie mee goreng + teh tarik. Papa dh kenyang. 

Lepas tu kami blk rumah dh tengah malam. Masa utk berehat pula. Sekejapnya masa berlalu, dh separuh ramadhan. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat ramadhan sll. Ameen.



Mrs Nizar