Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 10, 2015

Di hari ulangtahun ke7 kami

Alhamdulillah, sudah tujuh tahun kami berkongsi kehidupan bersama. 

Untuk tahun ni, saat2 akhir smpt tny suami, kita nak celebrate cmne tahun ni ye. Sllnya kami akan plan utk bercuti etc, kena discuss sbb takut clash plan kami. Utk tahun ni, suami ckp, dia dh ada plan :) katanya nak hadiahkan satu percutian utk sy... Untuk betul2 berehat dan habiskan masa berkualiti bersama. So ada surprise katanya utk sy :) sy mula teruja. Minggu lepas mmg sy agak kelam kabut dan emosi pun byk terganggu.  So lega jgk bila semua suami dh plan.

Sy plk duk terfikir nk belikan hadiah utk suami. Plan nk buat surprise tp takut silap beli plk. Suami sy ni suka sgt jam tangan. Tp sy takut sy salah beli. Jumaat lepas, sy keje half day je (mood dh ready utk celebration kan hehe). So sy ckp kat suami sy mmg xpandai bab suprise, takut beli apa yg suami xsuka. so ajak suami pilih sndr jam pilihan hati (lately sll nmpk dia lepak kedai jam ekekeke). Happy suami sy. sblm dia tunjuk jam pilihan hati, dia suh sy pilih satu yg plg sy berkenan. Alhamdulillah pilihan kami sama rupanya. Teruja suami sy bila sy tunjuk jam yg sy minat tu sama dgn jam yg dia suka :):)

So inilah hadiah anniversary utk suami tahun ni. 



Lepas tu kami blk rumah. Sampai umah, slps sy tny byk kali, suami ckp nk bawak sy berehat di Pullman Putrajaya. Ye sy mmg sgt perlukan percutian kali ni. 

Diary 08-08-15

Kami bangun awal pagi. Balik dr masjid, terus kejut anak2 utk mandi2 n packing pakaian. Kami mulakan hari ke KL's First Street Race. Suami sy dh belikan tiket. Pun surprise je sbb bkn sy dan suami je, tp anak2 pun mmg sgt sukakan aktiviti bermotor ni. Pic masa kt sana sikit :)




Elok lepas pusing2 kat sini, kami bertolak ke rumah adik sy di cyberjaya. Adik sy buat majlis kesyukuran masuk umah baru. Duplex condo (kondominium dua tingkat. So boleh feeling macam duk teres dua tingkat jgk la). Alhamdulillah, rumah kedua mereka. Dua2 pun dia cyber.




Lepas makan2 n jmpa sanak saudara, sy dan fmly minta diri utk btolak ke Pullman. 
Actually ni kali pertama sy bermalam di sini. Mmg sgt cantik kat sini. 

Suami saya reserved bilik suite utk kami. Sgt cantik dan mewah bilik ini. Juga ada ruang tamu selain bilik tidur utama.






Suami pilih view tasik yg sgt cantik.



Kami disambut oleh staff hotel dan escort kami dr kereta smp ke bilik. Special layanan kat sini. Juga ada hadiah coklat + welcome gift utk kami. Diorg snap pic sy n suami lepas smp.suami inform hari ni hari ulangtahun perkahwinan kami hihi



Petang tu kami berehat je kt bilik. Suma layan makan lg nasi ayam tapau dr majlis adik. Smpt jgk pusing2 hotel + bawak anak2 pegi kids club.













Lewat petang, kami bawak anak2 mandi manda di swimming pool.





Suami saya tahu si isteri sgt sukakan seafood. So malam tu suami buat reservation utk bbq seafood di the village (salah satu restoran plg utama di pullman dgn view plg cantik di atAs tasik). Ni rupa restoran dr view blk kami :)









Malam tu anak2 kepenatan. Semua tidur awal. Smpt mama papa dating lagi kt beranda. Pastu terasa lapar plk. Mmg makan tido rehat je cuti kali ni hehe. Kami order nasi goreng n sandwich (xde dlm pic). Smpt lg layan sandwich kul 4am. Tjaga tiba2 rasa lapar. Layan jelah.


Keesokan paginya smpt kami bawak anak2 main kt pasir pantai buatan di situ sblm kami pegi cycling. Sgt seronok aktiviti pagi ni especially utk irham dan adam :)







Dah penat berkayuh, kami bawak anak2 breakfast. Bg sy mknan di Pullman mmg sgt sedap, dinner, supper smp breakfast suma best dan byk pilihan. Ada sijil halal, jd xperlu was was nk mkn ayam etc.


Selepas breakfast, suami hadiahkan sy pakej spa plk. Suami ckp dh buat reservation. Smp sana sy terus masuk je, sbb suma pakej suami dh pilihkan. Pegi massage etc. mmg sgt best. Sy sgt suka hadiah dr suami kali ni. Mmg sgt tepat pd waktu yg sy sgt penat stress etc, tiada apa yg lebih indah dr satu percutian yg sgt melegakan, dan dpt manjakan diri di spa serta xpenat travel ie dekat dgn umah je hehe. Thanks sayang, awk sll tau apa yg sy suka :)


Rawatan bermula dgn rendaman kaki di air suam, kaki di cuci dan kemudian urut kaki sblm urut seluruh badan. 

Sy suka teh halia madu yg disediakan. Lama x ke spa, smp tertido tido sy masa urut. Layannnn konon haha



Setiap bilik rawatan dia sgt luas dan mewah.






Sementara sy mendapat rawatan di spa, ni aktiviti suami n anak2. Tq abang tlg jaga anak2 kita :) semua pun happy :)




Pukul 1 tengah hari kami btolak blk ke rumah. Plan asal nk ke pantai port dickson, tp sbb sy cm mengantuk, then terus tukar blk umah. Teringin mkn ayam penyet wong solo. Lepas tu kami blk rumah.

Alhamdulillah, satu tahun lg kami bersama. Semoga kami diizinkan utk bersama lebih lama lagu dan byk kenangan manis lagi dicipta dimasa hadapan. Ameen. Tq abang utk hadiah sgt bernilai utk sy kali ini.

Salam

Mrs Nizar


































Friday, August 7, 2015

Menjelang 0808

Awas : entry panjang dan sarat dgn luahan hati serta kdg2 agak gedik. Kata org entry throwback khas utk suami

Menjelang 08-08-08

sejak ditetapkan tarikh perkahwinan sy utk dilangsungkan pada 08-08-08, pelbagai ujian dan dugaan tiba2 menghantui diari kehidupan saya.

Mgkn kesan baru lagi attend wedding anak saudara suami sy, tiba2 kenangan menjelang perkahwinan kami menjengah.

Sejujurnya, sy langsung tidak pernah ambil tahu menahu tentang urusan perkahwinan sy. Sy sll kagum tgk cthnya anak buah sy, adik sy etc yg gigih terlibat sama sibuk dgn ma abah masing2 utk menjayakan majlis perkahwinan. Tetapi sy sebaliknya sibuk dgn urusan rutin biasa ie kerja 24/7 (budget pekerja makan gaji plg komited hehe) selain sy sndr langsung tak ada duit nk kawin, so semua benda ma abah sponsor, so ikut la pilihan mereka.

Sy hanya tahu oh ini pelamin sy, oh mcmnu rupanya majlis sy, oh ini barangan hantaran sy, oh ini pilihan tema perkahwinan sy, oh ada kumpulan paluan kompang dan gendang, oh ada org bersilat, oh dan oh etc etc beberapa hari sblm majlis perkahwinan sy. malah bila majlis malam berinai baru sy tau ada org dtg nk inaikan jari jemari sy hehe. Saya langsung tak tahu menahu tentang majlis perkahwinan sy sndr. Saya tak tau siapa photographer, sy tak tau siapa yg akan make up sy, sy tak tahu. Teruk saya ni. 

Meh kita flashback sikit kenapa sy mcm blur n langsung tak ambil tahu psl perkahwinan sndr. 

Sebenarnya sy dan suami hanyalah kawan baik sblm kami berkawan. Tak pernah terselit rasa cinta sblm kami bkahwin. Tapi kami sll berbual, berbalas email, dan slps dh mula kerja, suami rajin dtg ke ofis sy utk temani sy lunch. Sbb kami kawan baik, kami bercerita segala galanya ttg kisah kami setiap hari. Suami tpt sy meluahkan perasaan bila sedih marah etc sbb sy rasa selamat, selain suami xkenal sesiapa yg sy cerita. Kami juga berbincang pelbagai perkara setiap hari. Anehnya, tidak terbit rasa cinta waktu itu kecuali rasa syg, sgt syg pd kawan sy ni.

Sblm bkahwin suami sy ada kisah silam begitu juga sy. Suami mgkn xbyk bercerita, cuma ckp dia dh ada teman. Sy lebih terbuka dan byk bercerita psl teman sy (lelaki) pd suami -- tak tau plk org yg sy cite tu nnti jd suami sy kan.haishhh... 

Smp satu hari, elok lepas blk umrah, hubungan sy dgn teman gagal. Elok sy baru memutuskan hubungan itu,pada hari yang sama, tiba2 suami masuk "bertanya" utk hubungan lebih jauh. Dalam hati yg masih terluka, sy terima lamaran itu.sy pun tak tahu kenapa sy terus terima. Mcm masih blur dan malas nk fikir ( bukan hati terluka sbnarnya, tp aturan Allah tiba2 menarik segala genap perasaan utk meneruskan hubungan lebih jauh dgn teman lama sy. Tiba2 sy tawar hati, hny cmtu je). Makin lama makin jelas nampak peraturan Allah, perancangan Allah.

Slps lamaran diterima, pelbagai ujian dtg dr kedua2 belah pihak. Maksud sy teman lama kedua2 belah pihak. Kami tertekan dan ambil keputusan tak nak involve dgn hubungan lama masing2 ie sy malas amik  tau psl teman lama suami dan suami tak perlu amik tau psl teman lama sy. Kami selesaikan masalah teman lama kami sndr.

Ujian makin teruk smp sy terpaksa buat tiga laporan polis slps pelbagai gangguan (ada yg stalk tiap tpt sy pergi (teman lama), mana sy pegi sy nmpk ada org follow),dgn pelbagai ugutan bukan hanya utk sy tp utk bakal suami sy. Tak campur lg setiap hari sy tpaksa tahan hati tgk ada org duk nangis pujuk utk kembali bersama. Lagi haru tiba2 suami sy pun dh terbabit sama n hampir bgaduh dgn lelaki itu sbb geram ada yg provoke. 

Bila fikir2 blk sekarang mcm xada apa pun masalah tu, tp pd waktu kejadian, sy tak tau berapa baldi air mata sy mengalir. Pelbagai rasa dtg menjengah antara marah, sedih, kesian dan macam2 lg buat sy kdg2 x yakin utk meneruskan hubungan ini. 

Tak putus sy buat istikharah... Setiap malam. Benar atau tidak pilihan sy. Sesekali teringat kenangan di Jabal Rahmah, ketika doa utk mendapatkan jodoh yg baik, tiba2 dada berdegup kencang sbb ternampak kelibat suami di sana. Waktu tu hanyala bagaikan kelibat kwn baik sy. Sy cuba nk kejar tp tiba2 hilang plk kelibat itu. Malah tiap kali solat hajat di hadapan kaabah, memohon jodoh yg baik dan soleh, ketika sujud sy tnampak wajah suami sy, en Nizar. Mmg hati x keruan sbb waktu ke tanah suci, sy sudah dlm perancangan utk berkahwin dgn jejaka lain. 

Walau apa pun ujian, itu hny membabitkan dgn pihak lain. Slps terima lamaran, hubungan kami makin baik dan mesra cuma kdg2 cm awkward bila best fren kita tak lama lg nak "naik taraf" jadi suami. Tak pernah kami bergaduh ke apa. Even suami sy sll bahasakan diri sbg "abang" sejak bertunang, sy masih gagal utk "follow" kata panggilan tu, konon reserved utk suami je yg mana sy x pasti lg dgn siapa jodoh sy.

Paling haru, sebulan sebelum berkahwin. Kata org, lagi dekat nk dirikan masjid, lg kuat ujian syaitan dtg. Hati2 sy benar2 xyakin dan xnak teruskan perkahwinan ni. Sy juga tahu suami juga berperang dgn perasaan. Kami masing2 ada kisah silam yg kuat waktu itu. Akhirnya sy dan suami berjumpa dan berbincang. 

Saya : betul ke apa yg kita buat ni? Awk yakin ke? Smpt lg kita nak tarik diri ni. Kahwin bukan main2 dan cuba2 awk.

Suami: kita buat benda yg betul. Kita xboleh batalkan mcmani je. Mcmanan keluarga kita? Awk dh istikharah, sy pun dh. Allah dh tunjuk jalan. InshaAllah jalan tu betul.

Waktu tu dihati sll bermain lagu ni... Pemberi semangat kunun hehe....

Raffi Ahmad & Ayushita - Jangan Bilang Tidak

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi 

Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Makanya sungguh aku mohon
Jangan bilang tidak...

Tiap kali dgr lagu ni, sy pasti bdoa, sbb hubungan dan perancangan perkahwinan kami tlalu cepat, sy bdoa semoga jodoh ini kekal bahagia selamanya.

Lepas je kami capai kata sepakat utk teruskan majlis ni, baru la sy balik rumah ie dh xsmp sebulan nk kahwin (byk kali dh ma pggl actually) utk fitting baju kahwin. Ada 5 pasang baju waktu tu. mujur waktu tu baju ngam ngam muat sbb dah sgt di saat2 akhir kalo nk alter. Malah dua minggu sblm kahwin, sy xmcm pengantin lain,senyum gembira tak sabar, tp air mata bagai teman setia, tak terbendung spjg masa. Bukan sbb sedih ke apa, tp terlalu takut. Risau betul atau tidak keputusan ini. Bersaing antara rasa cinta yg mula terbit dgn ragu2 sbb masih baru.

Satu lagi kegemaran sy yg sll sy putar suatu masa dahulu....

Rossa : Ayat ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan


Seketika sblm diijabkabul, abah masuk ke bilik sy. Abah ckp "restu abah dan ma sentiasa dgn aimi. Doa abah dan ma hny yg terbaik utk anak abah. InshaAllah, anak abah akan gembira sll". Airmata menitis sgt deras. Cepat2 abah lap takut rosak make up. Abah kata sy tetap puteri yg akan abah kasihi setiap masa. Seorg anak pasti akan bahagia bila restu ibubapa bersama. 

Sehinggalah saat kami diijabkabulkan. Dengan tiba2 satu perasaan indah menyelusup tiap sendi ini. Mendengar dengan jelas suami menyebut nama sy sbg isterinya ketika akad nikah sudah cukup utk menggugurkan air mata ini bersama segala kenangan silam. Satu perasan syukur dan bersedia utk menempuh alam perkahwinan dirasakan. Saat kali pertama sy mencium tgn suami,  saat yg sy xakan lupakan selamanya. Hati berdetak "inilah lelaki yg padanya ada syurgamu. Inilah lelaki utk dicurahkan segenap kasih syg. Dan inilah lelaki yg sepenuh ketaatan harus aku berikan". 



Suami sy? Smpt masa cium dahi ckp "eh cantiknya awk, mcm bidadari syurga. Xkenal sy".... Ecececece baru kawin, kemain ayat. 

Terlalu sibuk dgn "urusan sndr", smp xkenal karektor suami sndr sblm kawin. Ingatkan seorg lelaki skema.masa kawan, dia sgt kontrol cm skema gittew haha.  So utk kali pertama dpt sms suami usik2 malam slps akad nikah tu, baru tau, gatal jgk mamat ni hahaha. Kalau ada ayat gatal ni sblm kawin, maybe x jadi kawin kita .. Serammm haha (kalau x gatal, xde berderet tiap tahun "askar" kami sblm ni hehe... Gurau je abang, jgn marah ek).

Kata org, bercinta slps kahwin ni indah. Mmg indah. Tiba2 slps berkahwin, kami sgt tenang, sgt gembira, bagai xpernah hadapi masalah sblm tu. cinta dan sayang dtg serentak, dgn sgt byk. Tiba2 cm menggedik baru nk bercinta. Baru nk berdating. Baru nk blaja p tgk wayang (xpenah masuk slbm kawin). Yg lg best, kami dpt pimpin tgn masa dating. Dan halal dh masa bcinta. Kami leh kuar dating dr malam smp subuh haha. Kami leh naik motor dh masa dating (time blk kampung je). Apa yg sll kita tgk org couple buat, kami nak buat. Hehe mmg gedik jgk kami ni. Cuma takut nk buat masa sblm kawin. Dosa ok. Org pggl sabar ye. Berbaloi sabar hahaha...

Teringat kenangan bengong2, pi Pantai Cahaya Bulan, hampir 12 malam. Nampak penguatkuasa, tetiba gedik nak rasa "kena tahan". Duk rapat2 borak bisik2 konon, sekali suma couple kena halau n kena marah, tgh teruja xsabar nk kena "marah" sbb nk ckp dh kawin kan (kan dh ckp bengong kami ni), sekali smp tpt kami suma org buat x layan. Ceh, acaner diorg leh agak dh kawin ni.... Haha.suami ckp mgkn sbb diorg nnpk inai kt jari sy kot hehe. Dah niat tu x baik, hadoi la.

And the rest is history......

Menjelang 08-08-2015

Selepas 7 tahun kami bersama, alhamdulillah kami tempoh pelbagai onak duri, pasang surut dan pelbagai ujian dan kenangan indah dan manis utk dikongsi berdua. Sehingga sy rasa sy sudah tidak mampu lagi utk berdiri sndr tanpa suami disisi. Tlalu byk momen indah suami cipta utk kami, Allah anurgerah pd kita. 

Selalu sy ingatkan diri, perkahwinan kata org satu perjudian. Tp bagi sy, bukan shj perkahwinan, tp setiap apa yg berlaku dlm hidup kita adalah misteri. Ye misteri, bukan perjudian. Fitrahnya manusia tidak akan pernah tahu apa shj nasib yg akan diterima mereka even sesaat dihadapan.

Kita sudah diajar, bukan hanya ketika dlm keadaan buntu dan rasa plg susah, tp setiap masa utk membuat apa2 keputusan, minta diberi petunjuk. Istikharah. Andai yg kita pilihan itu baik, alhamdulillah itu perancangan Allah pd kita. Namun andai slps istikharah, kemudian kita masih diuji dgn ujian berat, redhalah kerana Yakinlah Itu adalah pilihan terbaik yg "dipilih" Allah utk kita. Pasti ada hikmah yg mana kita manusia nampak tiap ujian tu satu keburukan tp mgkn sbnanrnya ada sinar sgt indah didalam tu. cth : diuji masalah perkahwinan, mgkn rasa berat utk kita, tp mgkn ujian itu yg tbaik dan xmustahil sbg liku2 utk berjmpa dgn yg lebih baik. Bersangka baik pd penciptaNya. Sekurang2nya mgkn kita tidak meratap atas ujian itu andai sudah beristikharah. Bagaikan pilihan kita itu adalah dipilih Dia. Kita akan lebih redha inshaAllah.
Peringatan utk diri saya.

Hakikatnya, yg elok pd kita pd suatu masa xsemestinya elok pd kita pd masa lain, yg buruk pd mata kita x semestinya ia buruk. Dan buruk sesuatu perkara xsemestinya kekal buruk dan tidak elok. Yang susah pada kita sbnarnya pasti ada jalan keluar yg mudah dgn izinNya. Minta selalu padaNya.

Alhamdulillah, utk tujuh tahun yg indah ini, sy bersyukur dipertemukan jodoh dgn Ahmad Nizar Bin Ismail. Andai ditanya hari ni, siapakah lelaki idaman utk dijadikan suami?

InshaAllah sy dengan yakin dan penuh gembira menjawab "hanya Ahmad Nizar Ismail... Hanya dia... Syukur kami dipilih utk saling berjodoh, saling melengkapi..

Saya sentiasa berdoa Allah menjaga hati kami, menjaga hubungan kami dan ditambah kasih syg ini setiap hari. Sy berdoa, andai dipanjangkan umur, andai ditny lagi soalan yg sama 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun lagi atau utk selama lamanya.....Sy dgn yakin ingin menjawab "hanya Ahmad Nizar Bin Ismail yg mampu membahagiakan sy". Ameen inshaAllah.

Utk suami yg sangat sy hormati, yg paling saya kasihi, yang sy cintai dgn setiap nafas sy... Selamat hari ulangtahun perkahwinan ke-7. Semoga hubungan kita dirahmati sll. Doa sy, semoga kita berjodoh sbg pasangan yg bahagia di dunia dan akhirat. Terima kasih krn menerima kelemahan sy seadanya dan melengkapkan kehidupan sy dgn segala keindahan . setiap detik sy cuba membalas dan memberi yg terbaik utk abg even mgkn tak sehebat yg abg impikan. 

Alhamdulillah abang adalah ayah yg cukup sempurna utk anak2 yg saya kandung. Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran utk melayari bahtera rumahtangga dan mendidik anak2 mnejadi anak yg soleh dan solehah. Ameen

Akhir kata, spt ayat2 hampir tiap hari sy ckp utk abg "mujur saya kawin dgn abang kan, suka suka" hihi...







Selesai edisi throwback majlis resepsi kami :)

Salam

mrs Nizar






Monday, August 3, 2015

Monday Blues......| Me'nate itu :)

Kisah isnin. Sebelum tulis, nak bg nasihat ckit, utk diri sndr je ngeh ngeh.... Hari isnin wajib bgn tido dgn happy. Penuh semangat. Jgn rosakkan mood hari pertama bekerja ye. Sbb kalau x, akibatnya sungguh tidak enak. Ewah ewah....

Kisah punca monday blues kami... Ekekeke...

1) Isnin saya kali ini. Terbangun tido agak lewat ie 6.30am. Sbb masih kepenatan travel blk dr wedding anak buah di kltn, kami slmt smp di kl jam 2.30am. Ding dong ding dong, pukul 3.30am baru nk tido (alasan nk justify bgn lambat).

2) maid sy mmg "speed" dia tak laju mana.xde la hrpkan smp cm lamboghini, tp biarlah speed cm "kete sedan" biasa. Tp kalau dah cm basikal, acaner? Hehe
 
• sy mandikan anak, minta dia iron baju sekolah. Smp siap anak mandi, baju xsiap. So sy iron baju sndr n mandikan anak sndr la.

• sy siapkan breakfast n dh selesai 
 suap anak mkn (lama jgk tempoh masa tu), tp maid sy bru siap cuci satu tudung periuk di sinki. Aiseyman.

• sbb stress umah sepah (beg baju belum unpack n baju busuk pun byk), so sy xhantar anak p sekolah arini, sy nk monitor dia buat keje kejap. Sbb sblm ni amik masa 4 jam nak unpack baju yg xseberapa. Bila kita monitor leh plk siap cepat. Cepat tak cepat pun sejam setengah. Tu pun i kena bantu la huhu. 

• kemas umah sndr je sbb xsuka kuar unah tika umah masih bsepah. 

Ok habis dh. Xnk rosakkan hari dgn "unnecessary stress" ttg ini. Senyum blk, terus masuk keje.

3) masuk ofis jap, terus p meeting kt shangri la pukul 11am. Pastu blk semula ofis sblm p lunch (actually kira breakfats lmbt, sbb td kelam kabut xsmpt breakfast. Lapar tahap naga sudah). Suami bwk lunch kt kedai minang fav kami.

4) pas lunch amik anak sekolah. Suapkan anak lunch. Power nap 30min sbb sy sgt keletihan plk tghari td. Pas zohor bgegas masuk ofis ada meeting. Meeting utk persediaan esok. Esok sy n team kena siapkan slideshow utk satu legal presentation pd developer (first time buat courtesy job ni hehe sbb tanda terima kasih utk project baru). Pastu satu team lg plk kelam kabut siapkan doc utk signing sbb esok. first time ofis kena attend 40 signing serentak ie 40  org client berlainan nak beli property utk satu projek di cyberjaya. Developer buat appointment serentak. Laku cm goreng pisang panas projek ni. Mmg penat jiwa raga jgk la.

5) kul 4 rushing ke cyberjaya utk appoinment seterusnya. Habis meeting dh kul 6. meeting ok. Tp ada ckit frust. Bkn pasal meeting. Frust sbb :

•dh pesan suma arini kena siapkan slideshow dulu sblm blk. Sy akan masuk ofis slps meeting. Sekali suma blk dh sblm siap sbb esok presentation petang katanya. Smpt buat pagi. Katanya semua draft dh settle utk semakan sy. Lepas semak, cuma nk tukar kpd slideshow je. Dh perangai sy mmg xsuka amik risk/ take for granted pasal keje. Patut kena siapkan jgk sehari sblm. Bkn hny siapkan draft. Pffffff...

• abih meeting, suami ckp en adam plk terkencing masa tido. Kami bawak anak2 ke cyberjaya ptg tu sbb xconfident nk tinggal anak kt bibik tanpa pengawasan sbb cm kena blk lewat ie mlm.habis lencun suar kt dlm kete. Aiseyman. Tp suami dh bersihkan suma la.

• super jem la plk masa otw blk. Fuel pun dh jd sifar. Berenti smyg kt prince court. Solat n alas perut. Serius sy tsgt lapar smp menggigil masa jem. Stok mknan dlm kete dh abih. Sob sob.

Even penat, tp kami mmg sempoi n hepi je sll bila ngan anak. Sbb dh seharian keletihan n "xberapa" best. So plan nk habiskan isnin dgn "bergaya" semula.apa kes nak sedih2 n moody kan ekeke. Gurau je.. Maksud sy, mmg xseronok kalau habiskan satu hari dgn kesedihan sbb takut tak sedar, byk sbnarnya kegembiraan disekeliling kita. Berusaha utk buang semua aura negatif sll. InshaAllah. 

Malas nk fikir masalah ke apa kan. Janji nk cari jalan nk tgk senyum ketawa sekeluarga semula. Suami selamba je amik suar ariana, bg adam pinjam. Nampak lucu bila adam pakai. Sbb tertinggal beg persalinan diorg. Apalagi, adam cm pakai suar tight nk p kayuh basikal. Pastu suami angkut anak2 p shopping kt dlm prince court. Hepi la suma. Abaikan suar adam. Beli byk buku utk anak2 habiskan waktu sementara kami solat asar n tunggu maghrib. Kasi reda jem.



Inilah masa mood sy diperbaiki. Dpt masa berkualiti dgn anak mmg menggembirakan. Smpt bacakan buku cerita utk anak2 masa papa solat. Suma dh mula hepi :) Smpt slow talk dgn anak ckp kenapa mama penat. Sgt penat. Kesan xbetul2 rehat lepas travel, pasal office, pasal maid etc.

Adam siap offer diri nk pegi jmpa my staff n ckp "xbaik xdgr cakap mama sy, nanti awk masuk neraka. Bukan mama sy"... Ececece.

Pic dgn cinta hati. Baca buku sama2 nk tunggu reda jem n solat dulu :)



Tengok tu, kemain ceria posing hehe...




Pas selesai solat, kami nk p galleria food court. Tutup plk. Terus masuk kete. jem xhengat. Kami x jadi balik. Terus p ampang. Hepi2 kan diri nk dinner kat Me'nate. Semenjak famous kt FB, suami sy teringin nk ke sini. Masa mkn sndr dulu cm biasa2 je, tp bila mkn dgn org tersayang, rasa enak sungguh steak n happy je sll :) plg best sbb suami sy sgt sukakan steak kat sini. Dah lama nk bawak asyik xberkesempatan je sblm ni :)




Ni hasil pic ariana snap. Mana kepala mak, nak :p


Ni antara menu dia. Steak lg mahal kalo "lemak" dia lg byk, kata staff diorg. Kami amik kategori 5-6 MBS je. Xbyk sgt lemak n xmahal sgt harga per 100g. Sy amik sirloin (saiz daging ikut pilihan sndr. Tu harga per 100gram). Suami amik wagyu cry tiger (dlm group prime oyster). Plg famous dia punya snow wa'gyu tp xde plk tadi. So kena dtg lg la nnti nk cuba.


Ni mknan pilihan kami. Anak2 amik spagetti + meat ball + fries.





Kbtln ada yg celebrate bday, so dia sedeqahkan kek pd kami. Semoga murah rezeki penderma td :)


Sgt sedap semua mknan kat sini. Cm xcukup. Rasa cm bk order tambah, tp xjadi sbb cm malas nk tunggu. Lagipun papa ckp nxtime nk dtg dating berdua sbb kalo mkn berjemaah mmg seronok, hepi tgk anak2 mkn, tp papa ckp papa akan jd cm octopus la hahaha. Tq abang :)


Ni bill kami. Ok la. Xde la mahal sgt (maksud sy xsemahal spt digembar gembur kan). Yg ckp bill beribu tu mgkn sbb amik byk portion dia sbb daging tu ikut timbangan la. Kami amik yg tecit je. Xsmpt 200g hehe. Pastu xcukup.ekekeke


Byk lg pilihan daging kalo nk pilih. Ada je yg harga rm50+ satu hidang. Cthnya cmni. Nampak sedap. Lamb rack.


Pas dinner kami blk umah. Panjang rasa hari ni. Sgt letih, tp suami janji nk tlg siapkan slideshow sy. Agak2 jadi ke dia tolong ek :p

Doakan yg terbaik utk team sy esok. Rabu pun signing penting jgk. Mggu ni mmg schedule padat. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesabaran pd sy. Ameen.

Salam.

Mrs Nizar

P/s: kata org, kalau diawal kehamilan, duk diam2 dulu, duk "senyap2".Tp utk sy, kadang susah nk sorok sbb keadaan fizikal diri sy yg sgt cepat "nampak" kalau pregnant. Sekilas pandang, ma sy etc etc dh tegur n perasan perubahan fizikal sy (cepat sgt gain weight, dh 6kg semula). Minggu lepas bru doktor sahkan sy hamil lg. even sgt sgt terkejut tak terkata kami berdua, tp kami bersyukur. Tipu kalau kata tak trauma. Jadi dikesempatan ini, sy harap sesiapa yg baca blog sy, doakan kesejahteraan kandungan kali ni. Sejak last week, doktor minta sy bedrest utk awal kehamilan. Tak leh travel etc. kena cuti sbb xnak sy stress langsung. 

Tiap kali ingat pesanan doktor sy rasa nak menangis. Sy sgt berdoa yg terbaik tp sy sudah siapkan diri andai "diuji" lagi utk kali ini. Siapa kita utk melawan takdir. Tp sy cuba yg tbaik utk cuba "padamkan" stress dgn segera kalau terasa ia menjengah, dan cuba sedaya upaya utk dptkan rehat yg cukup (cth td sbb penat sgt sy blk sekejap utk power nap). Even hati xberapa sedap sbb schedule mggu ni yg padat, pada Dia sy berserah. Sbb semua schedule ni dh lock smggu dua sblm ni lg :( Tiada hadiah yg sy harapkan kali ni selain doa tulus ikhlas dr sahabat2 kpd sy dan keluarga. InshaAllah.