Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 17, 2015

Movie | Drift | Dating | Jerebu | Regency Jerai | Picnic di Taiping

Entry panjang lg : sbb lately bz. Byk xupdate. Kita tapau satu entry suma cerita :p
Lately sy mmg kena keje masa wkend. Even x lama, tp still kena keje la. Last week minggu kedua kene keje, ie ahad. Ada kena bg talk sblm signing event berjemaah dgn client.

Movie

Sbb ahad mama ada keje n papa pun ada urusan,cuba max masa dgn anak2 sblm ahad databg. hari sabtu kami bawak anak2 tgk wayang. Outdoor activity semua mmg out la sbb jerebu kan. Layan cerita inside out. Snap dr pawagam :)


Utk kanak2, cerita ni mgkn agak berat. Tp utk para ibubapa, kalau kelapangan, tontonla cerita ni. Byk mesej parenting diketengahkan. Yup, tersentuh juga, siap nanges la plk kt wayang. Masa anak2 membesar sekejap je, jaga la emosi mereka, bg waktu yg istimewa utk anak2 sll. Kdg2 dlm xsedar, kita boleh ubah karektor mulia yg sudah ada dlm diri anak sejak kecil... Ok snip snap pic ckit..




Lepas tgk movie, kita blk rumah berehat. N masa bergelumang dgn anak2 smp tertido.

Drift

ahad, awal pagi sy drop suami sy pegi belajar drift. Actually suami sy menang lucky draw masa beli tayar baru utk cX9 kami. Alhamdulillah. Ni kelas ketiga suami sy :) sblm ni petronas yg bayarkan. 

Paling suami teruja utk join kelas dgn tengku djan.



Sementara tu sy bawak anak2 ikut pegi keje. Tghari kami semua kerumah kakak dibangi. Sementara tunggu papa, anak2 main dgn sepupu2 mereka sementara sy pegi spa jap sambil buat facial juga.

Sbb dh lama xkena tinggal dgn papa, blk je terus papa hulur hadiah voucher jusco utk shopping yeay tq tq...



(byk plk voucher dlm purse. Parkson byk juga lg. suma x smpt nk guna huhu. Punya la susah bab shopping i ni, cm xde masa. Hal lain smpt plk :)

Dating

Mmg hari2 pun dating bekerja berdua selalu. Ini antara rahmat yg plg sy hargai masa sekarang. Suami di sisi 24/7. Makan bersama, bekerja bersama, semua bersama. Sy rasa kuat bila ada peneman sll. Ni kisah sbb lama xberjauhan walhal p kelas drift smp kul 4pm je, so mlm tu p dating mkn nan cheese.



Juga jmpa tpt best baru nk dating ie mknan sedap n dpn umah je. Le Geo.






Jerebu

Akibat jerebu teruk, gov isytihar sekolah cuti. Kami rasa sgt penat n cm nk rehat tmpt yg tenang. Ada hal jap kat perlis sblm kami menuju ke gunung jerai.

SubhanAllah, sungguh indah pemandangan di sini. Masih virgin kwsn sini,  sgt sejuk nyaman. Kami sewa sebuah chalet, premier room ie premium view + sebelah pool + playground. Mmg terbaik la bcuti di sini.Tak ramai org lg. random pic. 







Ni pic pukul 12 tghari sblm check out. Berkabussss tebal lagi ...




Antara aktiviti kami, main playground, jalan2, smpt lg mandi kolam even 10min sbb menggigil sejuk (dah ckp kat anak2, sejukkkk... Tapi diorg nak jugaaaakkk rasa heheheheeh). 











Picnic

Hari rabu kami check out n btolak blk kl. smpt berhenti rehat ie picnic jap kat taman tasik taiping. Kali ni kita kena cuti2 wdays sbb wkend ie ahad nanti mama kena keje lg n papa akan teman mama. Semoga terubat ckit masa yg mama "berhutang" dgn anak2. Sedaya upaya mama nk cari masa "manis2" dengan keluarga tersayang. Dan mama bekerja pun utk bagi sedikit keselesaan pd keluarga kita. InshaAllah moga diizinkan.









Semoga anak2 mama ingat dan rindu sll kenangan manis kita bersama nnti. InshaAllah.

Hari ni cuti sekolah bermula. Irham  ckp " mama, boleh tak mama cuti tujuh hari utk irham". Sob sob kalau la boleh syg, mama nk duk umah je dgn anak2 sll. Xpe mama cuba selit masa tbaik dgn fmly sll ketika anak2 bercuti ni. InshaAllah.

Salam.

Abih cite panjang padat.

Bye.

Mrs Nizar
























Thursday, September 10, 2015

Bila lepas kerja, selalunya.....

Bila lepas kerja, selalunya kami akan bawa anak2 keluar plk pada sebelah malam. Selalunya mmg dah agak penat masa balik kerja. Lepas anak2 siapkan homework, kami keluar bersama. Ada juga hari yg terlampau letih, macam smlm. Even dh rancang nk pegi makan roti nan cheese yg sgt sedap itu, akibat keletihan, tpaksa la kami lupakan hasrat itu. Mujur anak2 faham.

Kalau keluar lepas waktu keje, kami x keluar jauh2. N kami cuma keluar ttp kegemaran anak2 je. Malam adalah masa utk anak2 gembira dan kami ada masa berkualiti bersama. Ni antara tpt pilihan, tpt yg anak2 pasti gembira kalau ke sini.( ni semua cerita minggu ni, semua tempat ni kami pegi utk tiap malam berlainan).

#1 : kids E world ikano 

Tempat paling paling paling mereka happy kalau cakap nk dtg. Sll kami dtg sblm maghrib, solat di sebelah kids club ni je. Lepas tu kami dinner lewat mlm ckit ie lepas penat main. 

Tpt fav dinner sy dan ariana restoran ayam penyet. Tp utk papa eham adam, mereka wajib tapau subway n bawak ke sini utk mkn bersama. Selera mereka serupa. Kami sukakan tuna subway.

Pic di kids club. Wkend mahal ckit dlm rm45/pax kot kalau xsilap. Wdays murah sikit kalo xsilap rm37/pax. 








#2 : toys r us, klcc

Ni tpt pilihan mereka jgk. Mudah utk kami juga sbb dekat rumah je klcc ni. Dlm 5km melalui akleh. Yang bestnya, anak2 kami boleh dibawa berbincang. Xpenah push nk beli mainan. Pujuk mak ayah tu biasa la. Kalo kami kata xboleh, diorg faham je. So xde la cuak bawak dtg sini sll kan hehe. Pic jalan2 cuci mata dgn anak2. 



Sll kalo ke klcc mmg xsah xnaik ride ni. Kira ride wajib sblm dinner kt wendy's. Kalo dtg malam2, sll kami lepak di wendys je.



Tp jarang balik tgn kosong la. Plan asal nk beli lg set playdoh baru je tp kadang2 tlajak jgk.  Cuba utk beli mainan yg lebih kepada akademik ckit sekarang inshaAllah.



# 3 : aeon au3

Ni pun tpt lepak kami slps waktu keje sbb antara mall dekat dgn rumah jgk. Sll kami dinner di sini sambil buat groceries (xpenah bergroceries pd hari minggu. Rimas ramai org. Sbb tu kami kerap keluar kl bila wkend). N ni tpt yg anak2 suka dtg selain jalan2 tgk mainan :)




# 4 : ni jarang2 je ni. Sll pegi wkend. Sesekali je pegi wday. Contohnya tadi. Sbb sy xberapa sihat. Suami demam. Kami keje halfday. Pastu suami blk tido n rehat. Sy xleh tido. Lepas suami bgn tido, dia ajak suma masuk kete. Nak "mengulit" mama katanya. Senang ckit tido dlm kete. Kami ke rabbit park bukit tinggi. 

Masa otw ke sana, semua tido. Hari ni kali pertama jalan agak jauh xpakai carseat. Papa tlalu xlarat nk angkut n pasang. Demam papa makin x ok.Mujur semua behave.


Pic masa kat sana, selain "bermesra" dgn arnab n rusa, anak2 sibuk main playground jgk.









Ni wajah wajib cik ariana tiap kali ajak balik hehe



Tiap kali dtg sini, wajib bawak persalinan anak2 sbb haruslah pakaian mereka xbersih lepas main n pegang mcm2. Ada tpt utk sabun n cuci kaki tgn disediakan.

Ni wajah kesayangan hamba. Kegembiraan mereka kebahagian kami :)


#5 : pilihan kegembiraan saya hehe

Baring2 kat sofa berjemaah anak2 dan suami sambil layan DVD smp semua tertido slps dinner.


Ni aktiviti malam kami sblm bersedia utk ke sekolah lg keesokkannya. Pic breakfast dgn anak2. Mood rajin masa mama masak nasi lemak hehe



Sekian. Habis daaaa...


Mrs Nizar

















Tuesday, September 8, 2015

Resah

Lately hati mcm resah je. Memang entry bosan tentang luahan hati shj.

Selepas beberapakali miscarriage, sy amik satu injection (family planning inshaAllah utk rehat 3-6 months.doakan semua urusan dipermudahkan inshaAllah).Jadi dlm tempoh ni, sy berusaha utk dptkan berat badan asal balik yg dh naik 10kg dalam tahun ini shj.cm spjg tahun pregnant tahun ni. Tak pe lah, ujian setiap org lain2. Disebalik banyak berita gembira yg diterima, kita kena bersyukur dgn sedikit ujian agar tidak terus hanyut n alpa inshaAllah.

Yg merungsingkan sy, baru ni berat badan cm dh turun agak banyak. Tiba2 stat minggu lepas, berat badan naik mengejut, n cm ada perubahan size kat perut. Sgt mengejutkan. Perubahan smp suami sy tegur la. N tiap hari berat badan naik mengejut hingga cecah 59kg semua (cmne nk dpt blk 50kg :( sblm ni, slps bersalin ariana, berat badan plg berat pun 52kg bila mkn xhengat punya, tp terus turun blk bila diet ckit2 sob sob). Nak kata makan banyak, sy mmg tgh jaga makan slps miscarriage, kontrol ckit2 makan la. N mmg tgh turun berat badan secara konsisten. Tiba2 naik mengejut... Apakah???

Sy plan nk diet + jogging etc. ada jgk rasa cm nk amik jalan mudah cm p slimming center (tp suami cm berat hati sbb risau side effect). Cuma masih xmulakan lg diet + jogging semua ni sbb gerak hati suami cm sy pregnant sbb mual, muntah, pening, mengantuk etc. oh ye, kuat nangis n cepat stress jgk. suami suh tunggu seminggu dua lagi. Sbb kalo berat bdn naik sbb mkn, spttnya xaffected pd size belly sob sob.tp naik keseluruhan bdn. Sbb sy mmg jarang naik kat situ (belly) kecuali pregnant n kalo naik sgt mendadak la di situ. Kalo nk kata kesan ubat, dah lama amik injection, n berat badan turun je sejak bln lepas.

Satu lg sbb suami jarang xsihat. Tetiba demam teruk plk smp xlarat nk bgn. September mgkn bulan ada ujin ckit utk kami. Xpe, ups n downs dlm kehidupan tu normal.

Kalau betul pregnant, sy xkisah n bersyukur sgt. Cuma sbb doktor kata, percentage utk tidak hamil dlm masa terdekat adalah lebih 99%, jd sy cm nk diet n jogging etc segera sbb cm xyakin sy sedang mengandung lg. Takut berat badan makin bertambah kalo terus dibiarkan, nnti lg susah. Kawan2 suma dh tegur. Client juga sob sob. Itu yg buat down tu.

Fatigue? Mengantuk? Lapar? Itu semua mgkn sbb tekanan keje yg bertambah berlipat ganda tiba2. Entah la. Itu la yg buat sy gundah. 

Nk amik keputusan drastik nk diet ke jogging, sy risau. Nk buat x tahu, sy dh lemas n rasa down tgk perubahan diri. Segan sbb sy byk jmpa client tiap hari. Rasa serba tak kena bila pakai baju. Rupanya, sy ni bdpn dgn low self-esteem la kdg2. Masa menunggu ini buat sy sll sayu, baju sendat etc. 

Itulah dilemma kali ni.Cuba blagak biasa, tp ntah berapa kali tido dgn air mata n nangis bila bincang hal ni dgn suami. Xleh decide. Sabar jelah (even xsabar. Tiap kalo lalu slimming centre rasa nak singgah. Suami halang lg huhu. Fat burner mmg sy xleh amik sbb alahan kafein. Suma benda la suami x bg amik kecuali eat clean + exercise. Sy tahu dia risau side effect tiap short cut utk kurus tu. Slps confirm kalau xpregnant then hrp sy tabah utk eat clean, jogging etc.) Suami ckp "wak lek wat peace. Ok je chubby jap, nnti turun la tu blk." Confident je kan.

Ok la. Bebelan seketika sementara tunggu client.sorry la, buang mAsa je baca ntah apa2 punya entry kali ni. Biasalah perempuan, atau mgkn saya je perempuan wengs itu.. Kerap mengong2. Kdg2 over react. Padahal xada apapun sgt psl berat badan ni. Tp bila naik mengejut, rasa xselesa. Cm lain macam sgt. Kalo naik ckit2 kita xakan sedar n mudah adapt la kan. Tu yg buat sy terasa sikit. 

Apapun, semoga diberi kesihatan yg baik utk sy dan fmly sll. Ameen.

Skrang kg seri pacific hotel, sementara tunggu client. Semoga dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Ameen.

Salam.


Mrs Nizar


 

Monday, September 7, 2015

Episod "mengumpat" suami : passionate

Setiap dr kita pasti ada sesuatu yg sgt kita passionate atau sgt berminat. Ada minat yg dipupuk, ada juga hasil dr hobi di masa lapang dan macam2. 

Macam suami sy ni, dia sgt sgt suka tentang kereta (read kereta dia je :p). Mujur la dia dpt isteri yg mmg berminat jgk hal2 kereta ni, cuma akhir2 ni xde la cm dulu ie sll lepak dgn adik lelaki sy kat bengkal nk modified kete la, nk tambah aksesori la, sll join adik jgk bkn je tgk race biasa, penah join tgk street race. Haddow mmg hancus la. Dr dulu lg sy mmg tinted kete gelap2 sbb xnak org tau driver dia perempuan hehe. Penah dulu masa belajar, sy pakai satria biasa je. Mula tu sblm bawak kete ke kl, ekzos kete sy ni jenis bgema la kuat. Bila nk bwk ke uia, abah sy nk tukar blk ke ekzos biasa sbb risau nnti ada driver lelaki provoke ke apa n utk kurangkan attention driver lain sbb sy kan perempuan. Menangis jgk la mula2. Tp i kan anak solehah, redha je. Sanggup duk bengkel berjam2 dgn abah masa tu, sblm dpt idea, nk maintain ekzos besar tp xde bunyi ekekeek...smp hari kahwin, suami sy xtau sy mmg minat kereta, p litar nk tgk org race etc. sy pulak risau takut suami xminat bab kete ni sbb nmpk nerd sgt sblm kawin. Apakah? Tp sy bukan la tomboy ok.Haha. Sbb suami sy pun ingat i ni perempuan lemah lembut duk mengait baju je masa lapang. Ngeh ngeh ngeh.Kantoi sy minat sesuatu yg lasak bila suami dgr ring tone handset sy. Pastu kami mula share minat yg sama smp la kami terkahwin haha. Ter la sangat. Alhamdulillah.

Tu mukaddimah. Actually niat asal nk buat entry bertajuk "bebel", tp xjadi, sbb takut suami majuk, sape nk anto sy keje ke sana sini. Sape nk teman mkn sll. Susah ooooo tak de suami sy.

Bkn nk bebel la. Cuma nk ckp, sbb dia minat sgt dgn kete, byk jgk la brg2 berkait dgn kereta yg btukar ganti. Pantang lepas pandang, eh eh ada meter baru dlm kete. Eh eh ekzos dia dh bunyi lain la. Ada sekali tu hadiah bday dia leh minta nk ekzos baru. Layan jelah. Jadinya, berkepuk la "besi berkarat" kt umah tu. sbb tau umah kami sempit, risau isteri bebel n asyik tny, "besi ni leh buang x?"Hehe, so suami sy pun sewa la satu bilik self storage. Percaya tak, semua brg kereta je dlm tu.

Tayar ada beberapa biji. Suh jual dia xnk. Nk standby kot2 nk masuk trek katanya. Ekzos ada lebih 4 kot dan macam2 lagi. Meh kita tgk apa ada dlm stor. Nampak x?


Ni aktiviti awal pagi ahad. Tabah isteri temani suami simpan lg brg ke kereta. Sbb sabtu lepas suami sy tukar suspension baru plk. Bagi lembut ckit. 

Ni kalo nk masuk kena dlm stor ni ada password di pintu utama dulu.


Pic kegigihan dia ...




Bukan satu troli ye sekali simpan. Tp dua. Dan sy bukan sekadar teman ye, kena tolak jgk troli sama. Upah dia, goreng pisang je seketul ish ish ish...


Tengok tu, masa dia sibuk snap suma pic brg2 simpanan dia sblm masuk stor, sy curi snap pic dia plk.





Sewa stor ni agak mahal sbb suami amik satu bilik yg agak luas. Sewa bulanan rm800/month. 

Bila sy ckp, mahalnya, leh sewa rumah murah2 dh sebijik kt kl. dia mesti jawab, sbb tu sy sll doa dan bhrp, xlama lg kita dpt beli rumah besar ckit, sy nak satu je blk brg utk kete sy. Sy mmg xplan nk sewa lama, sbb nnti sy hrp cepat jgk la leh pindah umah baru. 

Gulp! Ameen inshaAllah. 

Bagi sy tiap org ada minat tsendiri. Selagi xbertentangan dgn agama, xmemudharatkan keluarga, xmembahayakan suami sy, xsalah kita support je minat pasangan kita. Apapun, dia pun berpenat ke sana sini keje, apalah sgt sesekali reward diri dgn menggembirakan hati sendiri :)

Tapi yg xleh belah tu dia hantar whatsapp ni plk....


Ececceceh, kasar lawak nampak....kang menyeringai kanggg....


Ye ye, biarkan je suami kita... Smp dia jd suami yg terbiar. Baru padan muka kan :p pastu tau plk nk pujuk umpan mkn ketam konon ekekek... Awk ni dh btuah sbb isteri xbyk songeh ok. Layan je suma :p 

So inilah kisah hobi suami sy. Saya? Dulu sy xpenah tau apa yg sy minat. Hobi ke apa. Sy rasa cm tlalu passionate pada keje je. Latelybaru berubah ckit perangai. Suka sgt cuci mata tgk handbag. Hasilnya suami gusar. Belum smp tahap nk beli tp dh "chup" dh nk beli yg mana. Sy skrang tlalu minat pd handbag hermes. Boleh plk suami ckp "eh cm membazir jgk beg mahal2 kan". Amboi amboi amboi, time kita ada plk yg membazir huhu.Tp buat masa ni masih xsmp hati nk beli. Suka sgt tgk, tp cm sayang lg duit utk spend tlalu byk pada bag je. Byk lg benda lain leh buat. Sy ni praktikal orgnya (ouch, smpt plk bg kredit kt diri sndr). Tp nk jgk reward diri sesekali nnti. 

So itu shj entry kali ni. Semoga suami sy happy2 sll inshaAllah. Bye.

Mrs Nizar