Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 1, 2015

Oktober Yang Teristimewa

Salam... 

Awas : penulisan kali ni mungkin adalah yg paling panjang dan paling byk gambar. Ia bagaikan sebuah entry utk beberapa entry bulan ini :) panjangggg sebagai rekod dan diary berharga sy sndr,mgkn xterdaya dibaca hihi. Lama xmenulis sbb kekangan waktu. Sy cuba pendekkan penulisan. Biar gambar berbicara.

Setiap tahun, sy sll menantikan oktober :) alhamdulillah, oktober kali ini mgkn yg paling indah. Semoga setiap oktober dan hari2 yg mendatang menjadi yg plg indah sll dlm kenangan hidup sy dan keluarga. Ameen. Mgkn banyak sgt kenangan oktober, sy cuma nk pilih kenangan utama shj utk entry kali ni :)

1) 9-10-2015 | norwegian seafood gala - pengalaman dinner paling istimewa

Saya dijemput oleh client merangkap business partner utk hadiri majlis makan malam yg penuh prestige. Ini adalah pengalaman pertama kami menghadiri majlis tertutup yg istimewa ini. Diadakan setiap tahun anjuran kedutaan Norway. Tetamu adalah mereka yg dr jemputan pihak kedutaan shj. Ia merupakan salah satu majlis tahunan istimewa yg ditunggu2 byk ahli perniagaan etc yg kebanyakan de bidang oil & gas dan construction. Malah majlis ini dihadiri oleh kenamaan negara juga.Istimewanya majlis ini sbb kami diberi peluang merasai pengalaman ini yg tidak penah terlintias sebelum ini.

Semua seafood segar dan chef istimewa dibawakan khas dr norway. Majlis berlangsung di Ballroom Mandarin Oriental. Jom layan pic kenangan :)










Majlis ni mmg sll mendapat perhatian media massa ie surat khabar, majalah dan blog2 tempatan dan antarabangsa. Kebetulan kawan pun inform kami, tetiba plk dlm paper 31hb oct, ada terselit tentang acara ni dlm paper NST. Teruja nampak pic sndr :p




InshaAllah, ada kelapangan akan buat entry penuh dgn jutaan gambar tentang event ni. Kenapa sy join event ni? Nanti kita cite kat bawah..

2) 13 oct 2015 - alhamdulillah, dapat kereta baru

Alhamdulillah slps lama menunggu, kami terima kereta baru pada tarikh ini :)



Saya rasa, sy mungkin dh gembira sbb terima kereta baru, tp sy rasa org yg plg gembira pd tarikh ni adalah ayah sy. Sebab pada tarikh ni jgk, dua lagi anak abah dapat "kereta baru". 

Slps kami amik kereta ptg tu, kami terus menuju ke Bangi, dapatkan restu ma abah :) pada hari yg sama, kereta lama, Cx9 sy (sy smpt pakai 2 tahun 5 bulan) sy serah pd adik lelaki sy dan adik lelaki yg pula serahkan keretanya, Honda Civic pd adik sy aina :) sonok aina ada kereta sndr, sll naik Kereta suami dia je hihi


Ma sy cakap, ini hadiah birthday saya la sbb sy dilahirkan dlm bulan islam pd 1 Muharram. Dan tahun, kebetulan 1 Muharram jatuh pd hari selasa (sy juga lahir pd hari selasa). Istimewanya tahun ni, sy terima kereta baru sy pd hari ulangtahun kelahiran sy mengikut kalendar islam. Alhamdulillah. tQ ma abah. Sayang ma dan abah sgt.

3) 17 oktober 2015 - concert & convocation

first time attend concert anak2 anjuran Qdees. Serius sgt teruja dan sy berdebar2 menantikan persembahan anak2. Well done anak2, semua memberikan persembahan yg sgt baik. Yeay...clap clap clap :)

Ia juga adalah jari graduasi anak sulung kesayangan kami, ahmad irham faris :)









4) 17&18 oktober pre-birthday celebration di Jerai Regency

Sempena menyambut birthday sy, kami sekeluarga telah memilih utk bercuti bersama di Jerai Regency. Alhamdulillah mmg menarik percutian di sini. Sgt sejuk cuaca di atas ni. Ayah sy mmg sgt suka utk bercuti di tpt sejuk :)

Aktiviti di sana, malam sblm kami dinner di hotel, smpt layan movie bersama2 ie diruang lapang dihotel bersama pengunjung lain. Awal pg, kami berjalan2 menikmati keindahan persekitaran selain meluangkan masa2 utk momen2 indah bersama. Random pic (kalo rajin ada full entry kemudian :p)










Sempat mandi manda kat kolam yg dh nk capai tahap sejuk beku hehe




Sempat ke sg dua, penang utk mencuba mee udang yg famous itu :) udang2 besar yg amat dan sgt fresh... Nyumnyum.. Terliur la plk haish...





5) 19 Oktober 2015 - hey Aimi, Happy Bithday ;)

Slps blk dr jerai, ma dan abah sy bermalam di UTP, tpt adik sy belajar. Sy pula meneruskan perjalanan. 

Ye, suami sy ada kejutan istimewa utk si isteri :) tq tq tq Love. Suami bawak kami sambung bercuti ke Hibiscus Port Dickson. Percutian istimewa ini sgt menyentuh hati sy. Tq abang. 

Smp di hotel, suami request utk bilik menghadap laut ie kena tambah extra rm150 per nite utk view yg menarik.

Seronok sbb ada private pool, n boleh mandi dgn selesa sbb xde org nampak ie amik view ke laut kan hehe.

Tq abang utk kek istimewa yg ditempah. Anak2 teruja nyanyikan lagu "happy birthday" utk mama. Mmg beria semua nk tiup lilin even bday siapa pun, time tiup lilin, birthday dh jd birthday "bersama" hihi. Kami lunch n dinner di bilik je. Masakan sgt sedap. (Kalau rajin, full entry jgk menyusul lepas ni hihi).















Birthday dinner....










Lepas anak2 tido, smpt suami arrangekan sessi berdating n waktu isitimewa utk luahan hati dan.... mAKAN lagi hehe... Moonlight date :)


Makan apa? Hmmmm megi :) tau tak makan megi tgh malam, apatah lg dgn org yg tercinta adalah sgt sgt sedap hihi



6) 24 Oktober 2015 | Restu dan Doa di kelantan

Kami balik kampung, bawak balik kereta baru utk dptkan restu dan doa dr keluarga. Balik kampung sll membuat kami xsabar2 nk lalukan aktiviti mkn2. Dr ayam kampung istimewa, minum air kelapa, mkn nasi ulam kat orked juga special dinner dgn ipar duai. Pic di kelantan :)





7) 30hb oktober 2015 | pelancaran projek di melaka

Kami ke melaka dan berada di sana selamat tiga malam utk memberi sokongan utk pelancaran projek di sana. Kira dua dalam satu. Satu sbb firma guaman sy diberi tugasan utk melancarkan program ie kami panel pd penganjur. Kedua, utk support pd salah satu developer ie dulunya client dan sekarang dh jd business partner. Kami sama2 usahakan tender yg diterima ini bersama.

Yg tak sempat tercapai di bulan oktober tp termasuk dlm perancangan sy, sy berkongsi bermimpi dan cita2 dgn suami sy. Kisahnya sy bermimpi dan merancang utk miliki syarikat pembinaan sendiri.

Tiba2 pula slps kami berangan angan, client cum kawan cum business partner sekarang membuat tawaran utk sy bersama partner sy (developer yg berpengalaman) tubuhkan satu lg syarikat berasaskan pembinaan (construction) bersama. Kira peluang utk sy belajar dan berkembangan cabang ilmu dan perniagaan.mgkn sy belum pernah ada pengalaman apatah lg ilmu dlm bidang ini, dgn sedikit ilmu tidak rasmi yg dicapai ketika bekerja selama ini, tp sy cuba utk timba pengalaman dan mencuba nasib dlm bidang ini juga. Tawaran ini bagaikan langkah pertama utk merialisasikan mimpi kami.

Doakan cita2 dan mimpi sy bersama suami ini tcapai tidak lama lg.mungkin tinggi risiko, tp doakan yg baik2 shj. Sy masih lg sgt dan paling fokus pd bidang perundangan.

Ikut perancangan semua selesai pd oktober. Tp atas beberapa faktor, kami masih dlm proses ke arah itu. InshaAllah xlama lg. 

 mungkin business ni akan diteraju suami, dan sy yg memastikan "job" masuk shj hihi. Doa2 kan inshaAllah. Bermimpi tak salah, berusaha lagi tak salah, rezeki kita siapa yg tahu....yg penting, kita mencuba. Jaga takut utk mencuba, sbb perasaan takut adalah permulaan pd sesuatu yg gagal. Tp sentiasa berhati2. InshaAllah



Sepanjang majlis selama tiga hari (empat hari kami di melaka), suami dan adik adalah org yg sgt byk membantu sy utk menjaga anak2 kesayangan sy. Kami kami kids suite di Holiday Inn Melaka sbb risau anak2 bosan lama menunggu mama. Tp utk masa tluang smpt bawak anak2 pusing2 bandar melaka :) kira bekerja sambil bercuti la :)







Minum ptg di hotel



Aktiviti di melaka sbg penutup oktober kami ....














Alhamdulillah selesai entry terpanjang dr saya :) 

Saya sentiasa berdoa kami sekeluarga sentiasa di dalam perlindunganNya, tidak tergolong dlm org2 yg kufur nikmat dan diberi rahmat kasih syg, kesihatan dan kemudahan dlm setiap kesulitan. 

Utk semua org2 yg mewarnai kehidupan sy setiap hari, alhamdulillah dan terima kasih utk setiap kenangan, manis dan kurang manis. Utk keluarga tersayang, kuat atau lemahnya sy, gembira dan bahagia sy sbg seorg isteri, ibu dan anak kpd org tua sy adalah semuanya dr kasih sayang yg dicurahkan oleh mereka yg plg penting dlm diari hidup sy, suami tercinta, ibubapa yg sungguh sy kasihi dan anak2 berupa nafas sy setiap hari.

Alhamdulillah utk nikmat tidak terhingga dr Nya. Semoga kasih sayang dan nikmat diberi membuatkan kita lebih rapat padaNya. Ameen

mrs Nizar