Sejak bersekolah, rutin kami berubah 200%. Agak padat jadual harian, bukan shj utk anak2 tp juga mama dan papa. Irham juga bersekolah agama pd sebelah petang.
Cepatnya masa berlalu sekejap je anak sy sudah pun tujuh tahun dan sudah bersekolah.Antara syukur, gembira, sayu sbb cepatnya anak membesar, risau dan macam2 emosi bermain sejak minggu lepas.
Ini bekal anak2 sy ie irham adam dan ariana. Bak kata adam, smiley fried rice :) nasi goreng, ada ayam goreng dan telur puyuh.
Utk malam ni pulak ie bekal utk hari ketiga anak, sy dh siap masak ayam kicap istimewa utk anak2. Esok awal pg cuma nk goreng sotong sbg lauk tambahan. Utk breakfast plk mereka request roti hotdog cheese. InshaAllah semoga tercapai hasrat ameen.
Sampai di sekolah, irham beratur dgn kawan2. Gigih mama pagi ni sbb kena beratur dekat sejam utk submit file pendaftaran.
Macam tu la rutin kami sekarang setiap hari. Actually sy masih tak boleh nak adapt 100% perubahan rutin ini dr sudut emosi. Sbb kami sll bersama, pegi keje anak dlm kereta, masa tiga bulan tak de maid, anak2 sentiasa dgn kami. Tiba2 sekarang, awal pagi mereka ke sekolah, lewat ptg baru kami jmpa sbb sy pun kdg2 pukul 6 lebih baru balik ie suami jemput. Sungguh sy masih sgt rindu rutin dulu, rindu nk tgk anak sesuka hati sy bila mana sy nk tgk, bila masa sy nk peluk. Sekarang sy rasa sepi.
Tgk tu wajah hepi kesayangan kami tgk brg2 dia disiap rapi oleh papa mama. Termasuk juga peralatan tulis adam dan ariana.
Apa adam n ariana buat ye masa papa mama sibuk dgn abg irham???
Ni pula beg utk irham bawak ke sekolah agama. Sy beli dua beg so tak susah nk asing2 brg bila nk ke sekolah.
Ini pula beg sekolah ariana.... Suka ariana dpt beg baru :)
Khas utk tatapan irham dan adik2 tak lama lagi,entry yg panjang dr mama, tentang kenangan hari pertama persekolahan ingin mama titipkan di sini. Juga kenangan hari orientasi dan kegigihan seorg ayah dan ibu dalam membuat persediaan utk ke sekolah anak mama....
#throwback hari pertama persekolahan dan rutin baru kita
Irham sgt teruja, mama xperlu kejut utk bangun pagi, belum pukul 6am irham dah bgn. Mama suh irham rehat dulu tp irham terus nak mandi utk ke sekolah. Mama tgh masak utk breakfast dan bekal anak. Pukul 6.20am sy akan kejut ariana dan adam utk mandi dan bersiap ke sekolah.
Lepas tu anak2 syurga sy breakfast bersama, irham yg mengimamkan bacaan doa mkn.
Anak2 sy mmg request utk bawak bekal setiap hari. Sy akan masak menu utama di waktu malam dan menu breakfast di awal pagi. Terpaksa masak lewat mlm sbb risau xsmpt nk siapkan semua juadah di awal pagi. Sekarang seawal 5am mama dh sibuk di dapur sbb kita kena keluar rumah jam 7.00 am.
Ini menu hari kedua anak2 :) gigih buat gulai ayam utk bekal kpd tiga permata kami dan roti coklat nutella n susu utk breakfast.
Update : hotdog cheese dh siap :) nyumsss
Ok sambung plk kenangan hari pertama.
Lepas tu kami bergegas ke petaling jaya, utk hantar adam dan ariana ke pre school. Kami hantar semula ke private school dulu atas tiga sbb :
1) permintaan adam
2) kelas bermula jam 9.00am hingga 4.00pm. Ada slot iqra solat etc.
3) student limited ie ada 9 pelajar shj utk tiga org cikgu.
Tak smpt berlama di sini, mama kena cepat2 ke sekolah irham utk catch waktu rehat irham. Ibubapa dibenarkan menjenguk anak2 mkn pd hari pertama.
Mama ni sensitif sikit. Cepat je rasa nk menangis. Tengok irham sgt berdikari, berjalan dgn kawan, lepas tu duduk n buka bekal kiriman mama. Irham sgt beria makan. Papa kata mcm sgt lapar. Sayu kami tgk dr jauh. Siap mkn, irham minum air masak yg mama bekal sblm beli air milo ais. Smpt mama snap gaya papparazi sblm kami tegur irham :)
Slps makan, Papa ajak irham ke toilet. Nak ajar irham ke toilet sndr n pakai seluar n tali pinggang sndr. Yeay anak mama dh pandai !!!!
Lepas tu mama masuk kerja seketika sblm dtg ke sekolah semula utk jemput irham. Smp kt rumah kita ada lebih kurang sejam je utk irham bersiap ie mandi, lunch dan berehat sblm sekolah agama petang.
Teringat perbualan dgn irham.
Mama : irham beli apa hari ni?
Irham : irham beli air je.
Mama : xbeli kuih2 ke?
Irham : ala, jimat la sikit.
Mama : (gelak berdekah2.) tak teringin ke?
Irham : tak la. Nk simpan duit. Jimat2. Mama pun jimat2 la. Xpayah bg byk duit pun.
Huhu kena sebijik. Sy cuma bg irham RM2. RM1 utk beli air even dh bawak bekal sbb irham mcm excited nk membeli sndr kt kantin. Lagi RM1 tu sll mesti dia bawak blk je.
Irham mmg nk sy bekalkan sll je. Actually kami plan utk amik pakej makanan sihat program sekolah ni ie tiap hari menu dia agak ok n harga berpatutan, malah disediakan terus di meja mkn anak2. Suami suh sy join je program tu cuma hati berbelah bagi sbb irham mcm nk bawak bekal. Lagipun sy mmg akan memasak setiap hari juga. Nanti sy decide sbb program tu bermula februari nnti.
Sama jgk bila ke sekolah agama, kami cuma bekalkan rm2 shj. Selalunya irham akan bawak pulang lg RM1 lebihan belanja ie dia beli air je. Actually irham yg insist xnk bawak duit tp nak RM1 sbb nk beli air sejuk. Kalo nk beli mknan, semua mknan xde yg bawah RM2. Nasi ayam RM4. Mee goreng + ayam RM3.50. Macam ni rupanya harga kantin sekarang, jauh beza dgn zaman kami dulu hehe.
Ni putera sy dh bersedia nk ke sekolah agama.
Sesi sekolah agama pula bermula jam 2.30pm hingga 5.30pm. Sllnya suami sy akan amik adam dan ariana dulu dari petaling jaya sbb kelas mereka habis jam 4.00pm. Kemudian papa akan drop adam dan ariana sblm terus ke masjid utk bersolat asar di masjid sekolah irham. Papa akan tunggu irham sejak sblm asar lg.
Tgk ni, anak siapa manja ni. Kepenatan katanya di hari pertama. Lepas kelas agama, dh minta papa dukung masuk ke rumah. Ye, smp bila2 pun anak2 masih baby kecil di hati mama. Papa layan je anak manja kami ni. Ye, tiga2 anak spesis sama, manjaaaaa.....
Tapi dalam masa yg sama, xputus sy berdoa dan gembira melihat anak2 membesar dgn baik, sihat dan aktif serta sgt gembira ke sekolah. Semoga diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Even rutin skrg agak penat ie awal pagi dh sibuk di dapur, lepas tu berlari2 siapkan anak2, suap breakfast, hantar sekolah ie sekolah irham, kemudian ke petaling jaya hantar adam dan ariana, masuk ofis (rutin busy sll), ptg balik rumah, elok lepas dinner, terus ke dapur utk masak lagi dan begitu la seterusnay. Semoga sy dan suami terus istiqamah dan diberi kesihatan yg baik sll. Ameen.
#throwback gambar ketika orientasi sekolah
Tgk anak siapa senyum sgt hepi nak ke sekolah tu. ibubapa turut hadir utk mendengar taklimat. Mmg dr pagi smp ptg la. Antara pic kenangan. Kami dimaklumkan sekolah anak sy memenangi anugerah PIBG terbaik seluruh msia utk beberapa tahun berturut2 sejak 2011. Mmg nampak kesungguh ibubapa di sini memberi sokongan dlm bentuk kewangan dan tenaga utk pembangunan sekolah dan keselesaan anak2 kita. Cepat je ada group whatsapp utk membincangkan perancangan dan gotong royong etc.
Antara hidangan disediakan di kantin. Sy cuba beberapa menu, masakan dia sedap. Harga dia tak terlalu murah utk sebuah kantin tp ok la berbanding di luar kan. Hehe
Semua ibubapa pasti teruja bila anak2 ingin melangkah ke alam persekolahan, atau apa2 juga fasa baru yg akan dilalui. Sama juga dgn papa dan mama. Gigih mama dan papa bergotong royong siapkan buku2 irham. Mama ditugaskan utk isi semua borang2 dan menulis nama pd buku tulis dan buku teks irham. Manakala papa pulak gigih jd tukang balut kesemua buku irham, dr buku teks, buku tulis dan buku rampaian serta siapakn sticker note pada kesemua peralatan anak2.
Ooooo duk main je sll yeaaaaa.....
#throwback shopping
Actually kelengkapan anak2 agak lewat jgk kami beli. Middle dec. pakaian kami beli semuanya di kedai Canggih Wangsa Walk je ie uniform sekolah dan sekolah agama. Gigih beli smp 5 pasang.
Yg plg leceh nk beli adalah beg sekolah. Kami ke klcc tp xjmpa yg sesuai sbb irham dan xnk yg kartun2. Mujur papa teringat kedai sport direct dlm intermark, ie double tree hilton. Kat sini sgt byk pilihan dan harganya lebih murah berbanding kedai diluar especially masa discount.
Yeay jmpa pun beg yg berkenan di hati. Ni beg sekolah utk irham dan adam. Mereka suka sbb ada lunch bag di bag tu.
Utk anak2 mama, inilah coretan yg mampu mama abadikan di sini utk kenangan kita bersama. Keterujaan itu semoga terus berbekas di hati dan kekal didalam lipatan kenangan keluarga kita.
Alhamdulillah, syukur atas semua nikmat pinjaman ini. Mama berdoa mama dpt terus melihat wajah manis ceria putera puteri mama sll dan kita akan kekal bahagia bukan hanya di dunia, malah kekal sbg keluarga bahagia di syurga nnti. Ameen ameen ameen. Itulah kemuncak sebuah nikmat yg kita semua dambakan. InshaAllah.
Salam
Mrs Nizar
P/s : masa menulis, kepala tingtong sbb tidur lewat, esok nk bgn awal lagi. Semoga diberi kekuatan pd sy sll sbb sy sgt gembira utk melakukan apa shj utk keluarga ini. (Kalo x curi masa, mmg xsmpt la nk rekod semua).
Utk suami tercinta, sy doakan awk sihat tubuh badan sll utk menjaga kami sekeluarga terutamanya anak2 kesayangan. Sy tau awk penat ke sana sini dgn rutin hantar amik anak yg bukan sedikit ie sejak pd xhenti sbb irham ada dua sessi dan tadika anak kita jauh. Tambah plk awk bantu sy dlm urusan kerja utk mencari rezeki kelurga kita. Tiada kata dpt sy zahirkan utk menghargai pengorbanan awk dlm menjaga keluarga ini. Alhamdulillah.
Ya Allah, sihatkan dia sll, tabahkan dia sll, selamatkan la dia sll yg sentiasa di atas jalan raya dan permudahkan urusan lelaki ini dan lapangkan hatinya sll dgn segala kegembiraan. Semoga Allah membalas semuanya, segala usaha yg dilakukan utk menjaga amanahMu ini. InshaAllah.
Dia la permata di hati kami sekelurga, kesayangan anak2 dan dicintai keluarganya sepenuh hati. Semoga Allah menjaga kasih syg ini sll. Ameen



















































