Sudah 4 tahun kami beli rumah yg kami tinggal sekarang. Rasa macam baru je jejak kaki ke sini ie setahun slps tu iaitu slps melahirkan ariana (masa mula2 beli tu baru pregnantkan ariana, jd malas nk berpindah randah).
Sekarang anak sulung dh pun masuk darjah 1. Jadi sy decide utk ubah bilik mainan kepada bilik tidur dan bilik belajar anak2. Niat disampaikan pd suami. Slps anak2 bersetuju, bermula la misi kami mengubahsuai bilik ketika cuti hari wilayah baru2 ni.
Dan hasilnya.... Tadaaaaaa... Alhamdulillah anak2 sgt hepi dgn bilik baru mereka :):)
Actually ariana tu masih tidur dgn kami. Saja sediakan tempat utk dia rehat siang hari kt situ. Sayu plk ketika kali pertama anak2 tidur di bilik sendiri. Kejap je masa berlalu, anak2 makin membesar. Plg sayu tgk adam, setiap malam bila nk tido kena peluk mama dulu. Yg lain mama peluk dan tepuk. Malam tu, dia tidur peluk elmo kesayangan (beli di USS).
Lepas balik lunch, kami tinggalkan anak2 semula dan hantar irham ke sekolah agama, manakala sy dan suami sambung kerja. Minggu ni minggu agak sibuk ke sana sini. Agak letih utk sy dan suami tp hati kami girang :):) alhamdulillah.
Alhamdulillah sy dan family dah mula adapt dgn rutin baru kami dan syukur sbb rasa sgt selesa dgn rutin baru dan praktikal.
Waktu tu kami ada satu bilik mainan utk anak. Pic kenangan bilik mainan anak2. Bagi kami ketika anak2 kecik, mereka harus diberi peluang utk bebas bermain dan bergembira sll :)
Gigih pd hari sabtu malam sy bawak anak2 pilih perabot baru mereka di ikea (mama pilih anak cuma bg approval je hehe).
Kami beli wardrobe dan set meja study baru utk anak2. Katil pd mulanya nk beli di ikea, sbb murah sikit. Tp sll kualiti xbest sgt, so katil kami beli di kedai lain.
Total kos perubahan bilik (rak buku, laci simpan mainan dan tv - yg sedia ada cuma upgrade size dr mula2 masuk je hehe) dalam RM7k.
Kata papa, dia nk sy buat entry ni "the journey to become a best student"... Kata papa, perjalanan menuju kejayaan bermula dari rumah. Ameen ameen inshaAllah. Semoga cemerlang sll anak, dlm pelajaran dan peribadi. Tp sy ubah sikit part title tu. ye tujuan bilik ni sbb anak2 dh mula bersekolah, perlu ruang selesa utk belajar. Dan belajar bg sy bukan hny rujuk pelajaran di sekolah :) semoga cemerlang sll ye anak2.
Ni gambar hari selasa lepas, anak2 teruja bila perabot sudah siap dipasang pd hari selasa. Gigih papa dan mama ke klcc beli bedding set baru utk anak2.
Yg belum selesai, karpet baru, lampu study, board utk timetable dan wallpaper (permintaan anak2.) tp sy lebih gemar warna putih je. Gigih papa lap semua kesan conteng2 kt dinding pd malam tu.
Anak2 sg teruja dan makin rajin (hrp selamanya la rajin ye :)) balik sekolah, lepas tukar baju, mandi n lunch, sll ariana dan adam tidur dulu, petang baru belajar. Sekarang mereka teruja nk siapkan homework.
Ini semua hari ini ie pic rutin kami. Gigih anak dara dan abg adam :)
Bali kerja ie waktu ptg, irham dan adik2 cepat mandi sblm kami dinner. Manakala sy bergegas ke dapur utk memasak. Hari ni masak special, ie kosn udang galah.
Apa menu main masak2 malam ni?
Yeay, ada mee goreng udang galah dan tomyam udang galah. Nyumnyum.. Kenbang kempis idung bila suami ckp tomyam sedap cm kt johnnys heheh...
Ni suami sy punya... Rosak lagi diet. Suami ckp hari2 cheatday, apa kes hehe...
Lepas makan, sy mandi2 dan wangi2 diri dulu. Ucuk kan duk dapur hehe. Suami plk teman anak2 buat homework sblm sy pun join mereka lepas tu. ariana? Dh siap homework, so masa utk bermainnnnnn.....
Sementara tu, tugas sy adalah kena main dgn ariana ie main masak2 la, main mama dgn baby la, doktor dan baby la... Sebab ariana je girl sorg. Sikit2 dia akan ckp "jom la main perempuan2." Takpun kalo mood nk main dgn mama je, bila abg2 nak main sama dia akan ckp "eh tak boleh, ni mainan pompuan2 je"... Ececece... Layan jelah :)
Gigih duk masak apa tu cik adik?? :)
Lepas tu mereka main lego sama2 sblm tido :)
Sepenat mana pun, bila balik rumah sy rasa sgt lega dan gembira. Benar kata org, "Rumahku Syurgaku". Dirumah ini ada ketenangan sy, bersama suami dan anak2 ada kebahagiaan sy.
Semoga ketenangan itu turut dirasai suami dan anak2 bila berada dirumah dan di mana shj bila kami bersama. InshaAllah.
Bukan besar kecil saiz rumah ukuran, tp ketenangan bila bersama keluarga di rumah, adalah nikmat yg sgt sy hargai. Lapang dada setiap kali pulang kerja even seharian di luar telah berdepan pelbagai perkara.
Semoga dikekalkan rezeki kegembiraan dan ketenangan ini dan semoga rumahtangga kami sentiasa di dalam rahmat Allah dan rumah kami dilinpahi rahmat dan kasih sygnya sll. Ameen.
Semoga kami tidak diuji dgn apa yg kami tak mampu. Baik ujian kegembiraan apatah lagi kesedihan. Ameen
Salam.
Mrs Nizar












































































