Hari kedua cuti2 sabah adalah hari yang sungguh mengujakan.... Ok, jom kita flashback....:)
1) aktiviti awal pagi
Kat sini subuh awal sejam. Lepas subuh kita bersiap2 untuk ke pantai. Karambunai adalah antara hotel yang famous utk pasangan berhoneymoon sebab keadaan pantai yang bersih dan sangat cantik pemandangannya. Kami juga tak lepas peluang untuk jenguk2 apakah yang ada di nexus Karambunai ni. Ni adalah gambar di depan bilik/chalet kami.
Sekitar hotel ie dr bilik kami ke pool.cantik juga hotel ini.
Kami berjemaah menuju ke pantai. Pasirnya sangat bersih putih dan gebu. Sibuk dua tiga beranak ni kejar anak ketam dengan papa mereka.
Lepas tu kita mandi manda bersama. Xde gambar mandi manda sebab photographer pun sibuk nak mandi sama :)
Babai karambunai...perjalanan dari kota kinabalu ke kundasang dalam 200km ++.
2) seafood yang awesome
Kita menuju Gayang Seafood untuk makan tengahari. Gayang Seafood antara kedai makan yang famous di kota kinabalu. Kebetulan masa kami datang pun ramai polis berjaga untuk menyambut ketibaan seorang VVIP untuk lunch di situ.
Makanan di sini sungguh sungguh sedap. Terutamanya lobster masak hong kong style. Teringat2 sy. Sedap sangat... Tapi kedai ni tak la murah sgt la. Sblm order sy mmg tanya dulu la harga. Kita xboleh beli sikit2 sgt. Minimum 500g, then 1kg pastu 1.5kg. Tak boleh main ambil berapa yang kita nak pastu timbang. Gitu kisahnya.
Kami ambil udang harimau (agak mahal, katanya rm330/sekilo.kami ambil setengah kilo je). Tp memang besar n fresh. Semua seafood sini fresh ie ditangkap hidup2 sebelum di masak. Kmi ambil lobster seekor. Kecik je. (xsampai sekilo. Sekilo rm300.)sotong pula ada tiga size ie RM25, Rm33, dan rm45. Kami ambil yang rm33/seekor dan ambil seekor je. Ketam nipah juga (lupa harga).
Inilah hasilnya... Nyumnnssss...inilah lobster masak hong kong style itu. Sotong dia pun sangat sedap.
3) rumah terbalik & muzium 3D
Lepas lunch kami bertolak ke kundasang. Papa ajak kita singgah di Rumah Terbalik dan Muzium 3D. Hari ni cuaca agak panas. Mula tu macam malas nak singgah. Tapi layan la juga sebab dah sampai. Bila dah sampai, teruja pula. Anak2 kemain enjoy nak snap gambar2 di sini. Serius, kami tak ajar cara nak posing, tp mereka yang arah kami pula... Tsk tsk tsk..hihi.
Jutaan gambar di sini. Dan irham dan adam cakap mereka paling suka datang sini. Tak henti duk bergelak dan ada je idea diorg ni hehe. Layan jelah... Dan suprisingly, cik ariana kami sungguh teruja nak snap pic sana sini...muka penuh ekspresi haha
Ni tiket masuk. Di sabah ni semua tpt mmg sllnya ada caj even nk visit pulau, setiap kali nk jejak pulau ada caj, nak tengok gunung kena bayar, nak masuk kat air terjun ke apa kira semua la. Tp ok la, boleh diguna utk kemajuan tpt yang dilawati (caj sll xmahal dlm rm6 seorang gitu). Tp utk muzium ni harga dia lain sikit la. (Harus la sbb ia dibina. Yg rm6 tu semua utk melawat kwsn membabitkan alam semulajadi hehe).
4) cattle dairy farm
Perjalanan diteruskan ke kundasang. Sebelum ke hotel, kami singgah di cattle dairy farm. Masa ni memang berkabus, tak berapa jelas gambar gunung kinabalu. Serius, terkedu jap masa mula2 tengok, besar sungguh gunung kinabalu ni. Lagi gambar di cattle dairy farm. Irham dan ariana plg happy datang sini. Mereka sgt suka tempat yang ada ternakan ni. Bagi lembu dan kambing minum susu dan makan. Tengok lembu diperah susu dan beli susu segar disini. Adam kurang sikit teruja, jenis geli dgn haiwan dan tak tahan bau busuk (hmmm cam mama hehe).
Tempat ni sangat nyaman (suhu masa kami datang dlm 15C). Sunggu cantik tempat ni.
Suka betul tiga beradik ni kalau mana kasi chance ambil gambar sambil lompat2 ni.
Memang mengujakan masuk ke sini. Tak puas menikmati keindahan sabah dari sini.
5) hotel
Lepas tu kami pun check in di The Pines Resort. Nanti saya cerita pasal hotel ni dalam entry lepas ni (dah panjang dah ni hehe).
Teaser.... Amazing view of mount kinabalu...
6) dinner & pasar malam
Malam tu kamk keluar dinner. Sebab dah kepenatan dan tak larat nak mencari tempat makanan halal, kami ke KFC je. Anak2 makan dengan berselera, mungkin akibat kepenatan dan cuaca yang sejuk (walhal dalam kereta tak putus bekal makanan mereka makan hehe).
Lepas tu papa bawak kita pusing pasar malam jap. Layan la anak2 naaaakkkk juga beli baju kat pasar malam. Apa2 la anak, janji mereka happy. Nak baju boboiboy. Set baju tidur, rm15 je seorang. Tapi happy bukan main anak saya :):)
Di pasar malam ada persembahan dan nyayian juga dipentas. Marketing mereka bagus especially yang nk jual belon2 tu. mereka bawak "robot" jalan2 dengan belon2 mereka. Kalau nk snap pic dengan robot kena caj RM5 (guna kamera sndr ye). Dan belon yang harga rm12 jadi rm6 kalau snap gambar dengan robot hehe.
Kami pun balik ke resort untuk berehat. Sampai di hotel, anak2 terus tidur. Mak ayah pula sibuk nak makan2 lagi sebelum tidur.
Berakhir hari kedua kita di Sabah. Alhamdulillah. Hari kedua juga berakhir dengan baik spt dirancang. Kami sempat lawat semua tempat yang kami rancangkan.
Apa pula aktiviti kita ye anak2 pada hari ketiga? Nanti mama update lagi. InshaAllah.
Salam.
mrs Nizar








































































