Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2016

Melabuh tirai 2016

Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik, kita menginjak ke akhir tahun 2016. Semoga masa yang pantas berputar tidak melekakan kita semua, inshaAllah.

Ingin coretkan sedikit kenangan sepanjang 2016. Pahit manis 2016, yang sempat saya rapikan dlm kenangan.

Januari

Irham Faris memulakan sesi persekolahan darjah 1. Baru je rasa mendakap anak sulung kami saat kelahirannya, kini kami melihat anak kami memulakan fasa baru dlm lipatan sejarahnya :) masih manja, bila kepenatan, rajin papa layan anak manja papa berdukung blk dr sekolah petang. Rutin anak tiba2 berubah :)






Adam ariana juga memulakan sesi tadika di Real Kids :)



Januari juga adalah permulaan yang baik juga pd karier saya. Dpt satu projek kos rendah. Kami semua turun padang di hari minggu.



Cuti2 di tepi pantai juga dgn anak2


Juga suprise kan anak2 sebelum ke sekolah dgn hadiah. Teruja bgn pagi dan bersemangat ke sekolah even rutin mereka agak padat. 


Februari

Sempat bawa anak2 bercuti ke johor, kita ke Angry Bird Park.






Juga cuti2 du pantai pengkalan balak, melaka.





Sempat cuti2 ie balik kampung Terengganu




Anak2 memulakan kelas quran Al-Baghdadi.



First time papa bawa anak2 main ice skating




Hampir setiap minggu papa bawa kita bercuti. Sempat juga kita ke cameron highlands






Dari segi karier, permulaan kepada rutin yang agak padat utk memantapkan lagi service di ofis. Perbincangan utk membeli sistem baru utk kegunaan ofis.



Wajah happy apa yang direncana berjaya dilaksanakan.


Mac

Terlibat dlm program ini, sebagai penceramah jemputan.



Di ofis pula, gigih semua staff terlibat dgn taklimat dan kelas utk sistem baru yang dibeli utk kepentingan ofis.




Alhamdulillah, kami juga mendapat projek perumahan baru utk dilaksanakan. Ketika majlis pelancaran berlangsung.




Malah kita dapat tawaran projek kedua juga ie projek di medini johor.


Selepas agak sibuk dgn karier, masa utk family juga cuba kami luangkan sebaiknya.

Sempat cuti2 ke cherating bersama anak2 :)


Sempat juga kita cuti2 ke sabah :) kenangan manis utk kita sekeluarga :) 





Juga jalan2 ke genting highlands


Juga gathering makan2 bersama family besar kami utk dua2 belah pihak. Makan2 meraikan kedatangan keluarga dr kelantan dan juga makan2 kesyukuran juga bersama fmly sy.

Makan2 di ocean houz

Gathering di kg warisan


Juga di istana bamboo.


Juga tentang hari sukan adam dan ariana :) 



April

First time saya join prgram ATV. Atas urusan kerja ie marketing, company kami antara pihak yang memberi sponsor kpd program. Program bersama company agen hartanah yang banyak support office kami.

Dan inilah aktiviti lasak yang saya join sehari sebelum saya tahu saya sudah pregnant en ammar faiz. Patut la terasa sgt kepenatan itu ie 6 jam di dalam hutan meredah jalan hutan dan anak sungai.







Program berlangsung di janda baik. Sementara kami join program ATV, saya jemput ma abah dan adik beradik ke sini juga sambil2 temani anak kami utk bercuti di sini. Kami menginap di denai daun utk dua malam. dah viral tnpt percutian ni di FB. Blk yang ada private  pool ni harga dia RM800 satu bkn spt viral rm200 semalam tu :p

Kira jadi gathering family sy juga la. Asalnya sebab tak sampai hati nak tinggal anak di hujung minggu.




Juga first time beri keizinan utk ariana join school trip. Tp sbb adam ada, kami rasa yakin ckit la. Tp jgn tak tau, kami cuti time anak2 pegi field trip haha. Pegi usha n skodeng. Nk tgk anak2 especially time naik turun bas. Hati mama risau sayang hehe... Mcm paparazi mama n papa menyorok sbb segan takut cikgu2 nampak haha.




Mei 
Bulan ini juga kita ke penang sempena hari keluarga ofis mama. Uniknya kAli ni sebab semua adik beradik dan ma abah sy pun kelapangan utk join dan support majlis ofis saya. Saya hepi sgt. Kita ke batu feringgi. Lebih mengujakan, ma dan abah join kami dlm sukaneka :):)






Mei juga anak kami irham terlibat dgn hari sukan :)


Jun

Kita sekeluarga sempat bercuti ke Hong Kong. Nak capaikan hajat anak2 utk ke disneyland. Sejak mama pregnant, aktiviti jalan2 dan karier mama dikurangkan. Terasa juga impaknya tp kami sentiasa yakin pd rezeki Allah. Rezeki utk anak2.






Julai

Sempat juga bercuti di cherating. Cuti santai2 sbb sy mula semput dah :) 



Ogos

Kita sempat juga turun ke singapore. Bercuti di sentosa island, bermalam di siloso beach resort, sentosa.






September

Sibuk persediaan utk projek perumahan kos rendah pula. Dalam sarat masih turun padang smp ke malam :)





Sempat lagi turun ke penang, bawak anak2 dan mak ayah juga adik2 bercuti di Grand Lexis Penang.








Oktober

Masa ni banyak berehat dan keluar masuk hospital sbb masalah kesihatan ie bila aktif je sll ada tanda2 hampir premature. Tapi ada juga la bawak anak2 ke Bukit Fraser. 


Oktober juga adalah bulan annual concert dan graduation adam dan ariana :)



Oktober baru kami kalut shopping barang kelengkapan utk menyambug kelahiran baby juga. :)



Masa ni mmg dah sarat dah. Tak berani jalan jauh. Paling jauh pun dtg makan2 di genting highlands shj.

Tengok, comel betul mama. Dua kali saiz papa ye hehe.


Juga kena warded sbb nyaris bersalin ketika 35 minggu huhu.


November

Alhamdulillah, november adalah bulan paling bahagia dan penuh syukur utk kami sekeluarga. Ahmad Ammar Faiz selamat dilahirkan. Hadiah paling berharga dan kegembiraan plg utama tahun 2016. Highlight of the year :) 



Malah rezeki ammar, seminggu sebelum kelahiran, kami dpt surat pelantikan utk projek baru (ie Nad*yu 101 di subang). Kemudian elok slps kelahiran ammar, satu lagi projek perumahan dilancarkan dan kami dilantik sbg lawyer panel. Rezeki anak2. 





Disember

Alhamdulillah, rezeki anak. Kita berpindah ke kediaman baru. 



Dan adam hariez kesayangan kami juga baru menghadiri orientasi persekolahan. Ya Allah, cepatnya pantasnya semua berlalu.


InshaAllah mama akan buat entry khas tentang persekolahan adam hariez nanti. Minggu depan adam akan mula bersekolah dalam darjah satu. Semoga anak mama membesar sbg anak yg soleh dan cemerlang dunia akhirat.

Saya selalu rasa tahun 2016 tahun saya "hibernate". Saya rasa selalu lemah dan tak sihat ie alahan mengandung, sll rasa byk menyusahkan org sekeliling sy, perkembangan karier agak menurun, tak byk boleh bergerak ke sana sini, tp bila saya buka balik lipatan sejarah, alhamdulillah sy sgt bersyukur dgn apa yg dianugerahkanNya pada 2016.

 Bak kata suami - wonderful 2016. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. 

Sesungguhnya dan sejujurnya air mata saya menitis tatkala menulis entry ini. Byk kenangan yang disingkap terutama tentang kenangan dgn insan tersayang.(termasuk kenangan dan gambar2 yang tidak diupload dan dicoretkan di blog ini). Banyak kenangan diimbas kembali. 

Saya menulis entry ini ketika suami di sisi. Suami pula membuai perasaan sy dgn mengalunkan beberapa lagu kenangan kami ketika lewat malam ini (3.00 am). Sungguh byk yg Allah kurnia pd sy. Semoga sy tidak tergolong dlm org yg lalai dan semoga kehadiran sy dpt menggembirakan org disekeliling sy dan diberi kemudahan utk sy juga berbakti dan berkongsi kegembiraan dgn insan2 disekeliling, samada saya kenal atau tidak, apatah lagi utk org yg bersusah senang bersama saya, inshaAllah.

Semoga 2017 juga menjanjikan sesuatu yg menbahagiakan inshaAllah. Berdoa dan berusaha yang terbaik utk masa mendatang. Kenangi dan  syukuri utk masa yg sudah berlalu. Yang elok disyukuri nikmatnya, yang pahit disyukuri pelajaran yang diperolehi darinya. Senoga kita tidak diuji dgn ujian yg kita tidak mampu.

Selamat menyambut tahun 2017. Semoga impian kita tercapai pd 2017 nnti. Jangan takut berangan kerana tanpa angan2 kita bagaikan hidup tanpa haluan. 

Ingin saya selitkan apa yg sll sy semat di hati. Pesanan dari ma dan abah sy. Semoga diambil pesanan ini secara positif, tak ada niat lain sekadar berkongsi, di mana seorg ibu dan ayah pasti akan sll risau dan tidak jemu menasihati anak2nya. 

 Ini ketika saya mula minta pandangan cum izin utk pindah ke rumah baru. Setiap masa ma dan abah byk bg nasihat dan ingatan pd sy. Semoga kita semua tidak lupa. 




Tiadalah kegembiraan dan lapang hati di dunia tanpa doa dan redha dr suami dan ma abah saya. Pesan suami ma dan abah sy semat dlm hati sll.

 Pesan abah, dunia ni hanya sementara, kejar la akhirat, inshaAllah kita dpt dunia kita dpt akhirat. Kalau susah di dunia, jgn takut, ujian dunia sgt sekejap, tp takutlah utk ujian di akhirat. Kalau hilang apa yg pernah dimiliki di dunia (org kesayangan ataupun harta benda), janganlah takut kerana sudah ditakdirkan sejak azali apa yg didunia tidak pernah kekal. Ujian kehilangan juga adalah tanda Allah syg, bukan hukuman. Allah Maha Pengasih, bersangka baik sll pdNya.

Semoga anak2 mama juga ambil pedoman setiap nasihat berguna yg mama terima kerana mama risau mama khilaf dlm mendidik dan menasihati anak2 mama.

Salam sayang semua.

Mrs Nizar



















































Monday, December 19, 2016

Ammar 30 hari | Ngelat2 Pantang | Looking forward to move in

Salam... Terasa agak lama xmenulis... Macam2 hal berlaku dan sgt busy dgn rutin baru. Ada beberapa cubaan penulisan dibuat dan entry yg ditulis tak dipos juga, tak siap2 hehe.

Rabu ni inshaAllah genap usia ammar 30 hari.

Perkembangan Ammar Faiz

Berat ketika kelahiran ammar adalah 2.9kg je.Slps 10 hari, berat ammar meningkat, itu pun cuma sebanyak 100gram menjadi 3.0kg. Tetapi slps beberapa hari, berat ammar bertambah dgn agak cepat. Ammar sgt kuat menyusu. Hari ke-20, berat ammar sudah bertambah menjadi 3.5kg. Ketika hari ke23 pula kami ke klinik lagi. Ketika ini berat ammar bertambah lg jd 3.7kg. Papa sgt yakin berat ammar hari ini sudah 4.0 kg apatah lagi apabila genap usia ammar 30 hari nnti. Membesar bagai jaguh buah hati kami :) alhamdulillah.


Mama pun dh mula buat stok susu utk sayang. Dah hampir penuh tiga daripada 6 tray freezer kami. Ada lg tiga tray kosong. Rezeki ammar, lebih 100 paket susu (dlm 12-15oz setiap paket) dlm freezer. Total lebih 1000 - 1500 oz stok susu utk ammar bila mama mula bekerja nanti. 




Semoga dimurahkan rezeki ammar sll. Mama baru nak ajar ammar guna botol susu. Dulu masa kakak ariana, mama mula ajar menggunakan botol susu bila ariana berusia 30 hari :).

Ngelat pantang?

Baru ni tukang urut dtg sehingga hari ke15 sahaja. Lepas tu katanya kena blk kampung ie trg seketika sbb anak buah kahwin. Sementara tukang urut balik, mujur ada papa sll tlg jaga kami. Papa yang masak setiap hari dan papa juga bibik tlg tungkukan sy.

Jom tgk apa menu papa masak... Sebut je, semua papa buat. Balik dr masjid di subuh hari, terus masuk dapur sbb isteri cepat lapar masa pantang sbb menyusu kan. Terima kasih abang :) 

Menu 1
Ayam panggang, daging black pepper dan sayur


Menu 2 : gulai ayam dan sayur


Menu 3

Sup daging, daging bakar ala steak dan sayur


Menu 4
Blackpepper lagi


Menu 5 (pic ni menu utk anak2. Yg mama ckit je leh mkn hehe)


Dan mcm2 lagi.

Ngelat? Ye, ada sehari tu  saya xberapa sihat siki minggu lepas. Waktu tu baru seminggu tukang urut balik kampung. Jadi saya menjadi sedikit malas dgn rutin pantang. Tapi saya masih sht menjaga pantang makan dan minum, cuma saya malas berbarut.( So, justify la kali ni masih sgt gemuk lg n byk kilo belum turun. ) 

Dah malas nak layan. Lepas2 ni la fikir. Sbb selalu urut n tungku, nyaris saya kena bentan. Rasa sakit badan n sengal. Selalu tak pernah rasa lenguh2 atau sengal2 sbb hari2 ditungku dan bersalai di atas bara api kan. So kakak saya pggl seorg lg tukang urut. Memang sgt best tukang urut ni. Alhamdulillah katanya belum bentan (serius cm dah sakit sgt badan, tak tau la cmne org bentan. Nauzubillah). Lepas tu gagah semula.

Sebab tak berapa ok masa tu, mula risau. Tukang urut kata nk blk seminggu, tapi lepas seminggu tak dtg. So saya blk trg beberapa hari. Kira kes sambung berurut di terengganu sehari dua sblm balik ke kl sama2. Total tukang urut balik hampir 10 hari (4 hari tu saya ada di trg bersama tukang urut. So betul la seminggu je dia blk hehe). 

Bila blk kampung, tiba2 saya ter"ngelat" lagi, smpt pegi pantai juga sekejap.

Presenting our latest family potrait. Latest edition :) 



Sempat bertahnik juga dan papa beli mknan yang I masih tak boleh mkn. Tabah kan mama ni hehe...sabar je tengok :)



Oh ye, ammar ada selsema juga ketika di kampung. Kami ke klinik dan utk kali pertama ammar kena neb dgn air garam


Ok sekarang tukang urut sy dh datang semula dr trg. So rutin berpantang bermula semula.inshaAllah...(mood berpantang lenyap sudah). Tengok la macamana. Berjaya tak habiskan pantang dgn berjaya ie berurut tungku hingga hari2 terakhir. Cuma yg plg penting, hari akhir berpantang sy dh booking utk urut, lulur dan bertangas.

Kenapa hilang mood nak berpantang bagai?

Moving in soon

Preview.  Cerita panjang nx entry.

Sekarang juga tiba2 kelam kabut pula utk berpindah.  Dulu masa ariana, elok hari ke 37 kami pindah ke kg warisan. Sejarah berulang, time ammar pun inshaAllah kita akan berpindah tak lama lagi. 

Baru tjmpa rumah idaman hati ie even beberapakali papa nak cari rumah yg ada taman utk anak2 bermain. Lagipun kata papa, keluarga kami semakin bertambah ahlinya, perlu ruang lebih selesa utk anak2 membesar. InshaAllah kita doa yg terbaik, dan cuba yg terbaik. Cerita pjg dlm entry lepas ni.

Semoga segera dpt kunci ie schedule dalam minggu ni dan kami dpt segera berpindah ke sini. (Tunggu taman dan swimming pool dibersih sblm Kami dpt kunci. Abaikan rumput karpet yg belum terurus itu.) lokasi : melawati. Dekat dgn ofis sy. 

Pic preview.










Sekian. Semoga dipermudah segala urusan sebagaimana dirancang dan tahun 2017 membawa sinar dan semangat baru pd kita semua.

Ameen. InshaAllah.

Salam

Mrs nizar