Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 11, 2017

Weekend kita kali inj | Bila nenek bersama kita | Ammar ke Cameron Highlands

Salam

Malam ni tak dapat lelap mata pula. Banyak pula yang bermain di fikiran, tentang debaran kali pertama izinkan anak ke lawatan sekolah sendirian (sll kami senyap2 follow atau anak pergi dgn adik beradik masa tadika- lagipun kali ni dua tempat lawatan pula anak sy join). Kedua, byk pula berfikir dgn perancangan hari esok. Lantas, handphone dicapai, dan mula menaip memori bersama kesayangan saya lagi di malam hari. 

Tak pasti saya ni normal atau tidak, tp setiap malam, ada satu perasaan sgt sayu bila menatap wajah anak tersayang. Terasa byk kelemahan diri sbg ibu kpd mereka. Mudah je air mata mengalir bila menatap wajah mula anak4 ketika mereka tidur. Cepatnya masa berlalu, cepatnya mereka membesar......

Berbalik pada cerita hari minggu kali ini...

Khamis lepas nenek dan suawi dtg ke rumah kita. Suawi smp ketika maghrib hari khamis sbb cikwa ada meeting di awal pagi jumaat di putrajaya.

Malam tu saya minta papa call cikngah utk ajak dinner bersama kita bila nenek tiba nnti.

Malam tu kita dot berkumpul dan dinner bersama. Saya masak kari ikan jenahak, ayam masak lemak cili padi , udang goreng, pak choy dan ulam2.




Ni pinggan saya, makan lewat mlm (pukul 11 malam huhu.)


Jumaat seawal jam 7am suawi nenek dan cikwa bersiap utk ke putrajaya. Saya sediakan mee goreng dan roti cheese telur dan susu utk mereka breakfast sblm keluar rumah selain masak ie rutin utk anak2 sblm ke sekolah. 

Lepas tu saya bersiap utk pergi kerja. Saya masak dulu utk lunch sebelum keluar kerja sbb takut lewat blk kerja, utk kami lunch bersama di rumah. Sllnya mmg kena masak dulu sblm kerja sbb anak2 akan blk sekolah nanti pasti cari nasi dulu kan.

Smpt masak kari tulang, sup ayam dan padprik campur (ayam udang dan sotong). 



Petang tu semua bersantai mandi kolam bersama2.




Utk dinner , kami mkn lauk sama ditambah sedikit daging blackpepper dan telur dadar. Malam ni pun kita dinner bersama dgn fmly cikngah. Setiap hari cikngah dtg jenguk nenek dirumah kita, so dapatla berkumpul utk makan beramai2.



Entry kali ni mmg byk pasal aktiviti makan je, bak kata nenek, dtg kali ni byk makan lepas tu tidur lepas tu makan lagi hehe. 

Sabtu tu plan asal kami nk berjalan2, tapi  nenek cuma nak berehat je dirumah, so memang papa pun layan tidur jelah selain kami cuma duduk berborak dgn nenek. Cuma suawi keluar jalan2 smp lewat ptg.

Awal pagi saya dan papa keluar tapaukan nasi lemak ayam kampung atas permintaan nenek. 

(Tak ada pic, mgkn upload later2 sbb gambar yang ada nenek tak bertudung, tunggu minta tlg papa edit dulu haha. Kantoi x pandai edit pic sbb xde apps dlm phone sy).

Utk lunch dan dinner saya plan nak masak. Tapi kita proper lunch agak lewat sbb rumah kita kehabisan gas. So papa smpt tapaukan burger n bubur etc di McDonalds. Pukul 3pm baru saya settle masak. Masak simple2 sbb semua dh lapar (errr saya yg plg lapar kot haha). Nenek request utk masak padprik lagi, so saya masak padprik dan ketam masak lemak juga telur dadar.




Petang pula, semua turun utk mandi kolam lagi. Kali ni lama ckit mandi manda




Lepas mandi manda semua pun kelaparan. So sblm dinner, papa request pula nak makan megi. Huhu. Kasi chance anak2 join sekali. Sejuk menggigil semua mandi slps hujan hehe. Nenek pun join sekali mkn megi petang tu hehe. Apakah .... ajak nenek makan megi????


Slps dinner, suawi call pizza hut pula (as if supper awal hehe). Semua layan makan lagi..... tagline minggu ni, jom balun makan hehe. Saya sukaaaaaa :) 



Pagi ahad pula, cikngah dtg dan bawakan breakfast utk kita. So kita breakfast bersama sblm nenek bertolak blk ke kelantan.

Bila nenek bertolak balik, papa bersiap2 n ajak keluar. Sbb dh beberapa hari kita duk rumah je. Papa tny nak ke mana, saya jawab la "jom pegi cameron". Tiba2 papa ckp, "jomsss, layan percutian tertangguh kita"... hehe... Cameron ni ada satu kenangan antara sy n papa. Masa tu tgh pregnant irham, bgn pagi terasa nk pegi cameron sgt. Tiba2 bergolek2 atas katil mcm budak umur 5 tahun nak beli mainan ajak papa pegi cameron. Gigih papa bawak. Kita masa tu "pembawakan budak" kot hehe. So bila ajak pagi ahad tu, terus papa jwb jom sbb papa kata risau sy buat perangai lama haha... saya acah2 je ajak actually, dah org kata ok, terus la kita packing.

Kita bertolak jam 10am. Bekal dlm perjalanan.... nyumssss....4 set breakfast 



Cuaca redup spjg perjalanan. Masa mendaki, suhu sgt sejuk dan kabus tebal spjg jalan.  Kalau tak silap, ini kali pertama kami Ammar ke cameron highlands ni.


Smp sana terus check in hotel. Hotel biasa je ie Nova Hotel. Yang penting baru, bersih n selesa ie ada ruang tamu, bilik tidur berasingan, dapur ringkas etc. ok la utk kami. 







Lepas rehat seketika ie solat, lunch (tapau nasi lebih yg cikngah belikan tadi) dan salin diaper n baju anak2, kami turun 
Ke Cameron Valley utk minum ptg.

Semua cake n pastry sgt la sedap :)


Sebab cuaca sgt dingin dan nyaman, smp tiga cawan teh tarik ariana dpt habiskan.






(Oh ya, kalau perasan, dlm blog, FB etc jarang sy letak pic saya. Actually sy mmg xsuka bergambar haha. Lain sgt perangai dgn suami yg cukup sporting bab suruh posing. One two three action... dia terus ready posing hehe...kdg2 siap papa yang suruh i snip snap pic dia hehe.... tapi kdg2 saya snap la gambar sndr juga utk kenangan anak2 nanti :) 



Bajet pemalu la kan... kuang kuang kuang... kalau ada pun byk utk sinpanan sndr sahaja bila papa snap :) shy la... apalagi kalau papa amik masa lama sgt nk snap, nak suh anak senyum la, tgk camera la etc... haishhhh... pastu lepas snap pic ygg diambil tak jadi juga haha (hehe gurau je). tapi sy sgt sgt sgt suka abadikan gambar kesayangan saya setiap masa.


Lepas tu kita ke pasar malam di tanah rata. Layan la anak2 nak shopping, ntah apa2 je yang mereka nak. Saya ckp kat papa, kita layan je, kenangan diorg. Amik jelah apa diorg nak....haruslah mainan yg mereka nak. 





Lepas tu kita dinner di restoran rasa sayang sblm balik hotel. Plan asal nak buat daytrip je n kelam kabut packing tu sbg persediaan jelah kot2 nak bermalam. Dah tertinggal semua brg keperluan cm berus gigi, etc. so smp shopping di mall bawak hotel sblm naik ke bilik.


Awal pagi kita pergi breakfast sblm singgah di Cameron Holiday Park.


Lepas tu kita ke Cactus Valley dan Big Red Strawberry. Smpt mkn ais krim goreng strawberry di sini dan jus strawberry juga strawberry milkshake. Kat sini cantik, dan boleh petik strawberry segar sndr. Juga melawat taman pelbagai bunga2 yang sgt cantik dan kebun sayur2 spt salad etc.

 Jutaan photo sekaligus ye ( kes mata dh mengantuk la ni hehe).


















Jalan turun dr taman agro tourism yang agak mencabar ie curam.


Lepas tu kita check out hotel dulu sblm sambung shopping di kea farm. Beli jagung dan ubi buah tangan utk fmly di kl.


Dalam perjalanan pulang, smpt saya singgah mkn nasi kandar. Ada ayam goreng, kari sotong, telur sotong etc... nyum nyum sungguh


Dan sekarang semua kesayangan saya sudah tidur. Irham ckp irham happy sgt hari ni (tahu tak mama jauh lg happy bil anak2 happy). Tinggal saya yang masih berjaga. 

Selamat malam kesayangan. Semoga mama mimpi indah lagi mlm ni, ditemani kenangan manis bersama keluarga, inshaAllah. Salam.

Good night zzzzzz

mrs Nizar


































Tuesday, September 5, 2017

Pada cuti Aidiladha....

Salam semua.... masih bersiaran dari hospital huhu... tapi kali ni kerana ariana plk warded. 

Jom kita tgk apa cerita slps entry terakhir baru ni.

Khamis

Kita "celebrate" hari merdeka di hospital sbb ammar masih warded. Malam tu jelas dpt lihat pertunjukan bunga api dr klcc dr view bilik kami (prince court medical centre).


Juga pertunjukan jet dan helicopter pada keesokannya


Dan ini view favorite saya :)


Hari khamis dlm pukul 2pm kita selesai urusan discharge ammar utk cuti beraya dulu. Ammar pun getting better (sbb sblm ni doctor tak bg blk bila kami request). 


Saya dan anak2 x balik kampung kali ni sbb parents saya dan adik beradik semua berpakat utk beraya di kl ie di rumah saya. Mcm biasa bila raya haji mmg papa bg kebebasan utk saya dan anak2 nak balik ke mana. Raya puasa kami ada turn. Tq Abg !

Dlm pukul 3pm, khamis papa pulang ke kelantan dgn cikngah. Teruk papa kata kena harung jem ie smp kelantan pukul 1am. Tp ok la sbb tak ada baby, layan je :)

Petang tu semua fmly dtg berkumpul di rumah saya utk berbuka puasa bersama2. Gigih I masak mcm2 lauk, walhal ptg tu dah agak lunyai. Masuk je dapur jadi gagah. Hehe.

Jumaat

Awal pagi semua bersiap ke masjid utk solat aidiladha. Berphotoshoot utk papa juga :)



Tokma masak special di hari raya. Ada mee goreng, ada nasi keboli (ayam masak merah, kari ikan, acar timun, ikan masin dan gulai telur) juga nasi impit kuah kacang. Semua adik beradik saya dtg slps solat aidiladha.

Di masjid kawasan kejiranan kami, ibadah korban hanya dilakukan pd raya kedua sbb kbtln raya pertama jatuh pd hari jumaat, so mereka takut kalut utk kejar solat jumaat (ada 15 ekor lembu utk dikorbankan selain kambing etc).

Jom tgk apa menu raya pertama kita :)






Sementara itu, papa pula di kelantan .....




Sabtu

Awal pagi tokki bawa cucu2 ke masjid utk tgk ibadah korban yg dilakukan di sana. Saya tak ikut sama.


Dalam tengah hari, semua daging diagihkan. Jemaah masjid juga masak mcm2 juadah ie sup tulahg, daging black pepper dan pelbagai masakan daging di situ utk mkn bersama di masjid.


Di rumah pula, tokma masakkan daging masak mati air dan daging masak merah kegemaran saya selain ikan masin, telur dadar dan sayur2. Nyumnyum...

Sempat plk sy buat "site visit" sekali lagi dan adakan short meeting sblm bergegas pulang utk lunch bersama keluarga.


Ahad

Awal pagi kita berkumpul di rumah adik saya pula. Adik saya baru berpindah ke sunway montana (jual semua rumah di cyberjaya utk beli rumah ni) utk lebih dekat dgn ofis (kami kerja bersama dan dia org kuat sy selama ni) dan sekolah anak. Untungnya abb adik beli showhouse, so semua brg2 dlm showhouse tu adik dpt. 

Snip snap rumah adik sikit. Dlm 3km dr rumah saya. Best sbb kat sini ada diorg sediakan taman khas utk penduduk ie ada jambatan gantung plg panjang (kalau xsilap plg panjang), juga menghadap bukit dan berkabus juga sll.

Ni dr gate utama perumahan adik. Mandaki bukit....






Dah tak payh pening nak fikir utk design atau beli perabot :)








Datang berkumpul dan bermain bersama anak2. Semua suka kalau dtg rumah pakcik mereka sbb kat sini ada blk mainan dan byk sgt mainan best2. 


Anak2 adik saya ...



Lepas tu kita bertolak ke sepang. Adik lelaki saya yang bongsu pula sibuk nak ajak anak buah pegi tgk tmpt kerja dia (aircraft engineer di mas). Masa utk posing2



Lepas tu kita plan utk dinner seafood di bagan lalang sbb cancel nak ke port dickson. Sekali semua sibuk nak ke airport sbb nak beli happy meal Mc Donalds. Lepas tu mkn2 lagi dekat food court sblm balik ke bangi. 



Malam tu ariana demam lagi. Actually ariana start demam sejak khamis mlm. Tp siang hari sihat, malam demam panas. So sebab dh 4 malam, saya bawa ke klinik dan doktor minta refer ke hospital sbb demam panas sgt ie hampir 40c dan sudah 4 malam. 

Bila ke hospital doktor pun tahan ariana kat wad. So jadi la saya masih di hospital sekarang. Dan ada la peluang menulis di blog masa anak tidur.

Smlm sempat papa tapau lg kek favorite, pandan gula melaka dan raspeberry pisctachio cake. Ya Allah sedapnya.... hari tu sy janji nak diet bila anak dh sihat n keluar wad, tp ni masuk blk so boleh layan mkn lagi la kan hehe...







Ok... itu shj. Semoga ariana makin cepat sembuh dan kami dpt blk rumah hari ni. Ameen

mrs Nizar