Alhamdulillah hari ni ada sedikit mood dan masa utk menulis. Lama tak menulis, jadi sekali tulis saya rangkum terus sebulan punya cerita.
Alhamdulillah baby sudah masuk 2nd trimester, even masih ada alahan, tapi tak seteruk baru ni. Antara lama menyepi dari blog juga sbb pregnant kali ni alahan paling teruk. Lesu, mual, pening, lemah etc mungkin disebabkan faktor usia, anak kecil masih menyusu dan banyak perkara nak handle.
Alhamdulillah, papa byk bantu masa saya kelesuan. Masa anniversary kami yg ke-9 baru ni papa tanya "apa yang awak nak cakap dalam satu perkataan tentang perkahwinan kita?".... laju je saya jawab "pregnant"... papa gelak sakan, mgkn dia bayang sy cakap happy ke, bahagia ke hehe... papa cakap betul juga apa saya cakap tu, 9 tahun kahwin, dah 8 kali pregnant, hampir 5 tahun dlm 9 tahun ni saya duk pregnant je sll.. huhu... alhamdulillah....
Satu lagi sebelum october dan ketika october ni, byk juga ujian melanda keluarga. Dugaan nak buka firm, tak sangka fund sgt byk diperlukan. Lebih menyedihkan ada pihak yang fitnah saya. Dalam dunia perniagaan papa selalu ingatkan saya tentang sepak terajang yang kotor. Saya selalu rasa itu mungkin byk dalam filem. Tapi makin hari makin saya rasa semua tu benar belaka. Mcm2 ujian salah satunya ttg fitnah. Dulu tahun 2014 pernah diuji fitnah sana sini konon kami dah bercerai walhal suami bekerja di canada. Macam2 ujian waktu tu dengan pakej pandangan serong.
Kali ni fitnah lebih berat tentang karier pula. Sedih juga sbb ia keluar dari mulut orang paling kita hormati. Bila berdepan dan tanya, baru cakap dia dalam keadaan tertekan sebab saya nak start business sndr. Semua bukti fitnah saya simpan. Jujurnya saya sangat marah dan jarang saya tak maafkan. Kali ni hati masih berat utk maafkan penfitnah dan fitnah yang dilemparkan itu. Sabarlah, Allah itu ada. Doa orang teraniaya tiada hijab. Tak lama Allah nak tunjuk kebenaran.
Ok habis dah, tak nak tulis cerita tak best banyak2. Hakikatnya dalam hidup ni biasalah ada ups and downs. Kena sabar dan yakin apa yang Allah atur sentiasa yang terbaik utk kita. Ujian pasti akan meraptkan Kita padaNya. Hidup seketika sahaja sebelum ke alam sana yang kekal. Tak perlu terlalu risau dan sedih utk urusan dunia. Tapi berusaha utk dunia bagaikan kita akan hidup 1000 tahun lagi.
Ok ringkasan kenangan oktober. Setiap tahun oktober selalu dinanti dan sll istimewa. Alhamdulillah. Ringkasan kali ini :
Karier
Alhamdulillah firm saya secara rasmi diterima pendaftaran pada 1 oct 2017. Ini bukan kejayaan, tapi permulaanutk satu usaha dan cabaran besar bagi saya. Doakan semua dipermudahkan utk orang baru mcm saya.
Dalam keadaan ofis belum siap (renovation), Allah hadiahkan lagi rezeki tak disangka. (Saya yakin berkat dari doa keluarga yang tidak putus dan doa kami yang dianiaya. Semoga Allah lindungi kami selalu).
Pada 11.10.2017 saya dapat satu lantikan peguam utk satu projek developer. Jualan rumah dari harga RM600k ke atas di subang.
Belum habis air mata syukur, dapat satu lagi surat lantikan dari developer yang ternama juga utk menjadi peguam projek mereka. Utk property dari harga RM1 juta ke atas. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Rezeki anak2.
Kesyukuran
Kami adakan sedikit majlis meraikan anak2 hafiz utk solat hajat dan doa selamat utk kesejahteraan, dijauhkan fitnah dan utk keselamatan keluarga dan sekaligus kesyukuran utk nikmat dariNya.
Happy sangat anak2 bila mama cakap nak ajak abang2 hafiz datAng rumah. Adam kerap sgt ckp nak jadi al-hafiz. Kami baru find out sekolah anak kami ada kelas khas tahfiz. InshaAllah tahun depan nak mulakan kelas tahfiz utk irham dan doakan. Doakan anak2 kami diberi hati yg terang utk menghafal qalam Allah.
Sekitar pic majlis doa selamat, khatam wuran, jemaah maghrib dan isyak bersama serta makan malam dgn anak2 syurga ini. Saya tempah nasi beriani pada malam tu.
Walau jmpa seketika, tapi hati sudah jatuh sayang pada mereka. Macam anak sndr rasanya.
Birthday
October juga istimewa kerana ia adalah bulan kelahiran saya juga. Bangun pagi seronok anak2 nyanyi lagu birthday kat mama yang masih busuk ini hehe.
Then tokma tokki cikna dan anak2 saydara dtg rumah buat surprise. Hantar hadiah birthday dan beli makanan dan minuman utk lunch ie celebrate birthday saya. Tq tq tq semua... terharu makcik hehe....
Petang lepas amik anak2 sekolah, papa bawak blk kek kegemaran saya. Beli beberapa slices hehe sebab satu slice ada yang RM16 ada yang RM15. Xleh bEli banyak sbb papa tgh kontrol sugar intake saya haha. Berbaloi2 sbb sedap dan mmg favorite saya.
Saya makan lebih dari separuh ni huhu....
Keesokannya papa bawak makan kat kedai fav kami juga di Di Naina. Papa suka sgt lamb shank kat sini.
Alhamdulillah minggu lepas anak2 dh selesai peperiksaan akhir tahun. Mmg tiap2 masa mesti last minute baru nak study. Huhu. Gigih papa pulun dgn anak2.
Ada masa serius, ada study santai2 mcm ni. Sementara mama gigih di dapur siapkan bihun sup utk minum ptg.
Antara pic, xbanyak sbb mood bergambar kurang sejak pregnant. Lagi pic ehsan handphone papa. Semua plg excited tgk stunt show + pegi ke tok aba cafe.
Ni trip kali kedua kami ke sini. Tiket dgn mykad RM150 dewasa, tanpa mykad RM190. Kanak2 lupa, lebih kurang tu jgk xsilap.
October juga ada school concert ariana. Tokma tokki pun dtg nk tgk show. Sepulu ariana, yusuf pun sekolah sama dgn ariana, so ada show jgk la.
Baju pink tu yusuf...
Tak pasti la anak girl ke boy. Mcm boy plk je haha. Awal2 suka sgt kek mcm girl. Tp lately asyik nak ketam je mcm anak boy. Apa2 la janji sihat dan selamat mama lahirkan.
Teringin ketam.... tapi kita buat alasan celebrate utk 2nd trimester la hihi. Aci je kan? Ni gi dating dinner dgn papa di www.fattycrab.com. (Actually anak2 xnak ikut sbb tgh syok main masa ni haha) Sedap masakan dia. Tapau utk anak juga. Nyumnyum....
Sy cuba dua masakan dia, ketam masak cili dgn ketam masak apa ntah lupa plk... blackpepper kot.
Apapun dalam diari harian kita pasti ada kisah sedih dan gembira. Yang penting, kena yakin setiap apa yang Allah aturkan pasti yg terbaik. Belajar utk utk redha even dlm keadaan paling pahit. Cuba utk byk ingatkan yang manis. Dalam hidup ini tak akan selalu orang sukakan kita even kita tak pernah usik kisah hidup orang, tapi percayalah itu tanda Allah sayang kita, nak bagi pahala free utk setiap ujian yang diberi. Contoh bila difitnah, kita redha sbb tanpa buat apa2, pahala tertulis bila orang bercakap hal tidak benar, even tgh tidur pun pahala masih mengalir. InshaAllah. Ceria ceria je sll.
(Sekali sekala nangis tu biasalah, happy pun nanges, sedih pun nanges...dalam orang bampak i ceria sll, suami n parents sy je tau i ni ratu airmata.... haha hati tisu, cepat tersentuh... masa marah pun nanges....apapun tapi saya janji setiap kali saya lap air mata (kalau sedih atau frust), saya akan bangkit utk lebih kuat dan lebih hebat. Ameen inshaAllah).
Ok terima kasih oktober utk byk kenangan manis dalam waktu down sy. Alhamdulillah....
Salam
mrs nizar
P/s: Doakan baby kami sihat selalu dan mama gagah perkasa utk terus bekerja. Semoga murah rezeki kita sekeluarga sll. Ameen