Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 21, 2018

Tentang kelahiran Arissa Nadhira bt Ahmad Nizar | sedikit ujian dlm kegembiraan

Alhamdulillah anakanda kelima kami selamat dilahirkan pada hari Rabu, 2 Syaaban 1439 bersamaan 18-4-18.

Akhirnya seorang lagi puteri yang ditunggu abg2 dan kakak, selamat ke pangkuan keluarganya.

Nama Arissa Nadhira diilhamkan sejak awal mama mengandungkan sayang, di mana selalunya anak2 lain agak lambat kami dpt kata sepakat persetujuan nama kerana byk pilihan di hati. Tetapi berbeza dengan arissa, detik mama terfikir nama ni, terus papa pun terpaut dan bersetuju. Alhamdulillah. 

Arissa membawa maksud cerdik, azam yang kuat (bright) manakala Nadhira bermaksud “berseri-seri” (blooming).  Semoga Arissa Nadhira membesar sebagai anak yg solehah inshaAllah.

Cerita tentang kelahiran Arissa. Tak kira anak keberapa sekalipun, setiap kali ingin melalui fasa melahirkan, mama tak dapat elak rasa gemuruh, berdebar2, teruja dan tidak sabar silih berganti. Sejak dr detik pertama mengetahui Arissa dirahim mama, rasa itu mula ada dalam diri mama.

Arissa sayang, semasa sayang di dalam kandungan mama, mama tengah sangat sibuk dan diuji dgn pelbagai ujian utk membuka pejabat sendiri, sama ketika mengandungkan kakak Ariana. Turun naik mencari ruang utk dijadikan pejabat, mencari kontraktor utk ubahsuai pejabat, berkorban utk salurkan segenap sumber kewangan kpd ofis cuma beza kali ini, ada papa selalu dgn mama berbanding pada tahun 2012, mama bersendiri utk membuka cawangan ofis sendiri. Alhamdulillah, semoga pengalaman , ketabahan, kekuatan yang mama kumpul ketika itu, dpt membentuk sayang yang masih dirahim mama untuk menjadi wanita yang kuat, tabah, yakin dan sentiasa berjiwa besar dalam mengharungi apa sahaja di hadapan sayang. InshaAllah. 

Sejak mama tahu mama mengandungkan Arissa, selalu mama berdoa diizinkan sekali lagi pengalaman yang mudah ketika melahirkan. Keempat2 abg dan kakak sangat mudah proses kelahirannya, alhamdulillah. Papa banyak bantu mama dlm tempoh mengandung , selalu menggembirakan mama, bantu mama segenap sudut dr kerja rumah dan diofis utk memudahkan mama, tidak pernah gagal temankan mama ketika check up sayang, sehinggalah tidak putus mendoakan keselamatan kita, bekalkan kita dgn air selusuh yang papa buatkan utk mama. Hati tersentuh bila papa bgn solat hajat utk kita dan mendoakan kita. InshaAllah, dgn redha papa, mama hrpkan kelahiran kali ini juga dipermudahkan.

Sehari sebelum kelahiran Arissa, mama rasa sgt penat dan mcm xsabar dah nak bersalin. Bila berjumpa doktor, doktor cakap rahim mama dah soft n ready utk bersalin. Mama minta utk balik sekejap sbb mama nak ambil air selusuh papa (even papa kata doa papa ada sll dgn mama), selain nak tunggu tokma dan tokki dtg dr trg (kbtln tokma dan tokki masih di trg). 

Malam sebelum kelahiran, teringat pula papa mengusik mana. Papa suka mengusik mana, ingat nak cerita hantu ke apa hihi...mama tengah syahdu takut nak bersalin, mood swing sedikit la..kan dah malu sendiri saya :p





Keesokkannya seawal pagi mama terus ditolak ke labor room. Terima kasih tidak terhingga kpd Doktor Datin Suhaiza dan team gleneagles yang sgt baik hati, supportive, professional etc sehingga meninggalkan byk kenangan manis ketika proses kelahiran. Pengalaman melahirkan Ammar di hospital ini dhn doktor yang sama buatkan saya yakin utk dpt lagi bila megandungkan arissa. Ketika mama pregnant, byk kali juga trrserempak dgn Dato Ct dan Datin Shahid Dherbs sbb kami share doktor yg sama. 

Ketika menunggu kelahiran Arissa, papa belikan mama kuih n jus yg mama teringin sbb nnti dah nak berpantangkan. Kat sini je even masuk ke labour room, kami masih diberi mknan malah pihak hospital pun menyediakan makanan enak2 lagi sblm proses kelahiran. Kata mereka, proses kelahiran harus menjadi satu momen utk dikenang dgn kenangan manis, jadi kami dilayan dan dimanja oleh semua staff di sini.

Papa dan mama mengaji bersama2 sementara menunggu jalan dibuka sepenuhnya selain papa bersolat hajat. Mama smpt lagi curi2 reply msg dan email kerja huhu. 

Ketika kelahiran ammar, bila saya rasa nak bersalin, papa ckp awk akan bersalin bila awk muntah. Saya sendiri dh lupa, haha. Papa ckp mana boleh papa lupa sebab setiap anak, mama pasti muntah disusuli bersalin slps tu. Elok papa ckp, sy termunta lagi dibaju papa, tgh papa suap saya mknan. dan akhirnya nurse ckp, saya dh ready utk bsalin kan ammar.

Utk kali ni, papa dh siap bawa baju spare ok :) memang betul kata papa, bila mama rasa nak muntah, n mmg muntah pun, then mama dikatakan ready utk bersalin. Mgkn perut besar sgt, bila baby menolak nk keluar, mana jadi termuntah. So kesemua anak2 lima orang ada kenangan mama muntah dulu atas papa sbg tanda mereka bersedia menjengah dunia :) souvenir utk papa kita, teamwork dgn anak2 ... Tapi perasaan tu sgt legaaaa hihi. Sorry papa n tq sbb tlg semuanya. 

Dan doktor mmg sgt professional, minta mama push sikit2 je sbb taknak berlaku koyakan, dan akhirnya Arissa kesayangan kami selamat dilahirkan. Dan arissa merupakan anak yang plg mudah mama lahirkan :) alhamdulillah. Dan papa, selepas anak kelima, masih menitis air mata bila mengazan dan iqamatkan anakandanya. 

Usai arissa diazankan, nurse offer utk menangkap gambar kita dan mengabadikan kenangan pada hari itu dlm simpanan mama.








Anakanda arissa selepas dibersihkan...



Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berpisah tiada....



Dalam kami menyambut kegembiraan dgn penuh kesyukuran, tiba2 saya dikejutkan dgn berita yang meluluhkan hati saya. Betul2 sejurus slps arissa dilahirkan dan diazankan, cikgu Ariana maklumkan anakanda kami tjatuh disekolah dan berdarah. 

Hanya Allah tahu apa dihati saya. Sedih dan terkilan terapi terpaksa terima dgn redha sebab saya tak mampu utk berlari kepada anak kesayangan kami. Abah dan ma jemput ariana di sekolah. 

Saya tak dapat sorok lagi kegusaran di hati terus call minta adik saya aina hantar gambar keadaan ariana.

Hati ibu mana tak luruh melihat anak kesayangan berlinang air mata dan tersedu sedan pggl mama, tapi mama tak dpt segera ke sana :(



Terus saya minta papa dapatkan ariana utk di bawa ke hospital. Ariana dikatakan terjatuh. Masa tgh duduk, nak bangun tapi dia tersengguk ke lantai, dan kbtln lantai pula tak rata (suami visit location ariana jatuh). 

Papa pula kata nak pergi slps saya masuk wad sbb sy masih di labour room sbb baru sgt sudah bersalin. Masa tu la mama mula menangis ckp mama dah ok, dh sihat. InshaAllah tak ada apa2, mama akan lagi sakit sbb tak keruan terkenangkan ariana. Then baru papa bergegas blk dan bawa ariana ke prince court.

Ni dari phone papa, papa hantar lagi satu gambar. Katanya doktor kena jahit sbb luka dalam. 





So kami risau Ariana sakit atau berparut, then doktor suggest utk buat plastic surgery ie spt adam dahulu. Tapi ariana kena warded. Dalam kelam kabut tu, saya terlupa, kenapa tak bawa ariana ke gleneagles shj, at least sy bersama ariana di sini. Sebab dh tlalu biasa utk rawatan anak2, paed mereka di prince court. 

Gigih pujuk papa minta cancelkan prosedur, n dtg ke gleneagles segera. So utk consultation n cuci luka, papa kata kena caj dlm RM200. 

Smp di Gleneagles, papa bawa ariana jumpa mana dulu sbb mama rindu sangat. Peluk ariana lama2, ciun puas2. Then saya ckp dekat papa, sy risau utk ariana full bius sbb saya x ikut ke OT (even sy bukan contribute apapun). So minta papa dpt 2nd opinion dari doktor. doktor pakar kat sini cadangkan ariana xperlu full bius, tapi cuma diberi gas utk kurangkan sakit. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ariana menangis agak teruk. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Mcm menyesal pula tak proceed dgn plastic surgery utk full bius. Tapi keesokannya, baru tahu yg ariana cakap, masa dijahit tu langsung tak sakit, cuma Ariana berdebar2 je tgk jarum :) alhamdulillah. 

So papa tunggu ariana di ward tingkat 6, manakala mama di maternity ward level 3. Kejap2 i ada pelawat dr tingkat atas :) selain tokma tokki n adik beradik saya. 

Disebabkan papa pun kena tunggu ariana di wad, tiga lagi jejaka hensem mama, tokma dan tokki bawa pulang ke Bangi... agak sayu hari tu sbb saya mmg sangat jarang ala2 tak pernah tidur berjauhan dgn anak2. Rindunya tak terbendung, mujur Arissa ada di sisi, mama anggap ni masa istimewa utk mama ‘berkenalan’ dgn arissa sayang. 

Abah dan ma kirim kan selalu gambar anak2 saya. Mana tak happy, mereka boleh makan apa shj yang mereka request, siap boleh shopping buku, mainan, gula2 dan aiskrim. So emosi mereka sentiasa ok Alhamdulillah. Tq tokma tokki. Alhamdulillah, family support yang kuat buat kami lebih tenang.



Keesokkannya kami dapat berkumpul kembali sebagai satu keluarga. Alhamdulillah....

Gambar hari pertama Arissa Nadhira di kediaman kita 






Syukur ya Allah atas rezeki ini.. tidak putus doa mama dan papa, semoga anak2 kami membesar sbg hambaNya yang soleh, bertaqwa, menyenangkan hati kedua ibubapa, sihat dan diberi segala kegembiraan dunia dan kebahagiaan di akhirat. InshaAllah....

Semoga kita dijauhkan dari golongan orang yang kufur nikmat.

Buat ahmad nizar ismail, suami tersayang, bersama kita berusaha dan bersabar dalam memikul amanah Allah utk sama2 membesarkan anakanda kita mengikut acuan dan landasan agama serta dengan penuh hikmah. Berdoalah agar kita dibimbing dan diberi petunjuk yang benar dlm menjalankan tanggungjawab ini. awak adalah kekuatan saya, inshaAllah. Terima kasih.

Pengorbanan papa tak perlu mama sebutkan lagi, dari saat papa nekad melepaskan segalanya terutama karier papa demi utk bersama kita, berkorban segalanya utk menjaga sendiri amanah Allah ini, nikmat apa lagi yang mama harapkan bila Allah hadirkan teman yang sama perjuangan dan matlamat di dalam mendidik anak2 syurga kami , anugerah dari Ilahi. Semoga Allah jaga hati kita ini agar kekal sehati sejiwa di dalam menempuh pahit manis di dunia fana ini, dan kekal hingga ke alam sana. Ameen.

Salam

Mrs Nizar


Saturday, May 19, 2018

Happy birthday to our beloved king of our heart and forever little sweetheart, our first born | cuti2 trg kltn ie ngelat pantang

Salam

Lama tak bersiaran (masih alasan sama, blog prob.) 12-5 lepas adalah hari istimewa buat kami sekeluarga meraikan ulangtahun kelahiran ayahanda kpd anak2 saya. 

Dalam kegembiraan, terselit jua sedikit terkilan. Tapi kami yakin, perancangan Allah adalah yg terbaik.

So ready utk entry super panjang slps lama xbersiaran?  Here we go .....

Seminggu sblm hari ulangtahun kelahiran papa yg ke 26 tahun  :p, 12-5-2018, smpt hadiahkan papa handphone baru sbb mcm dh lama xbelikan phone utk papa.



Actually beli sepasang, utk saya juga :) iphoneX.



Alhamdulillah, 18-4-18 baru ni saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan kesayangan . Nanti saya update dlm nx entry. Kita hadiah bersalin juga la.

Semenjak kelahiran puteri kedua kami, byk perkara harus kami dahulukan keperluan anakanda kelima kami ini. 

Utk meraikan harijadi papa, saya merancang utk bercuti bersama keluarga. Actually, rasa lama sgt tak bercuti sebab terlalu sibuk dgn ofis ie persediaan utk utk cuti pantang selain masalah kesihatan ketika mengandung. So teringin nak bercuti even dlm pantang lg haha.

Papa ada la bergurau, tanya ada suprise x utk celebrate bday papa (sbb bday irham kita sambut kecik kecilan dulu sbb masa tu mama baru 10 hari bersalin, merancang utk adakan semula majlis utk irham). Lepas discuss, kita agree utk bercuti di Avani Sepang Goldcoast. 

Alasan utk bercuti di sini sbb dekat je dgn rumah, kedua sbb saya rindukan pantai, so bilik kat sini sesui utk saya ie rasa mcm di tepi pantai (chalet atas air kan) tapi xperlu bjln, just duduk je kat bilik :).

Sebab nak jimat, kami beli dr booking.com. ie kalau ambil yg xboleh cancel dh lagi murah huhu. 



So papa bagi greenlite, terus mama booking (xboleh buat surprise sbb I kan xdrive skrang, kalau papa xbawa nanti kan naya hehe). Total dlm RM546.

So pada hari lahir papa, kita bertolak agak lewat ptg sbb masa tu tiba2 agak berbelah bagi juga. Kami buat reservation masa di kelantan (blk cuti mengundi). So cepat2 blk sbb nak celebrate bday papa, tp mcm penat travel xhilang lg n apapun kami kena utamakan keselasaan baby juga. Sebab tak nak rugi, so kita perhi juga la.

Malangnya, gerak hati kita jarang salah. Sampai di sana, orang sgt ramai. Parking valet penuh n prking hotel agak jauh. Papa plan nk park sekejap kereta utk check in, tp guard tak bagi. Sbb org ramai sgt kan. So kena drop semua di lobby. Dekat lobby plk org sgt ramai dan seat semua penuh utk mama duduk (dlm pantang lg, so papa xbg mama bdiri lama). N ramai sgt foreigner, risau utk kesihatan Arissa sbb baby kan fragile. So kita tinggalkan hotel seketika, dan pusing2 pantai jap sbb macam tawar hati nk bercuti bil crowded sgt. Kami sgt jarang bcuti time public holiday etc n sllnya pergi tmpt xramai org. So dlm hati sedikit tawar la bila tgk keadaan di hotel even mmg teruja nk bcuti dh lama tperak kt rumah.

Tiba2 papa tny ok ke kalau kita bercuti semula later n bilik kami ni akan “hangus” la. Since anak2 ok, saya ok je cuma nak celebrate bday papa je. Even nmpk papa sndr pun agak frust sbb ni hari happy2 papa, tp ada perkara kita xboleh gamble ie kesihatan dan keselamatan anak2.  

So kita pun bertolak blk dgn redha melepaskan bilik sbb kami dh buat reservation yang xboleh cancel (budget nak jimat ambil yg murah hehe). Redha la hilang RM546. Sebab dah authorize payment terus masa booking.



Anak2 yang happy2 je selalu... even x jadi bercuti hehe... redha ye nak...

Tapi ok la sbb kami baru je blk bcuti. Sama juga masa nak blk kampung utk bercuti mengundi. Berkali2 berubah fikiran sbb risau keselamatan anak dan saya yg tak smp 20 hari lg bsalin.

Akhirnya, masa maghrib ie saya masih di atas salaian api (cara pantang saya), saya terus buat je reservation hotel dekat Marina Duyong Resort (dulu nama Ri-yaz). Dah booking semua baru call papa yang kat level 3 rumah, minta papa turun, smpt tny papa gagah tak nak drive hehe. Papa ckp, dah awk dh reserved bilik, kita kena blk la haha. Kes2 stress lama xbercuti. 

So sblm blk mengundi kami bermalam dulu di terengganu. Fmly sy juga berkumpul blk tp semua tido di hotel juga sbb rumah baru masih belum siap sepenuhnya ie tgh pasang kabinet (built in) etc so berdebu sikit la.

Sedikit gambar cuti2 trg sblm blk kltn.

Dr depan villa kami...












Ni sedikit rumah tokma yang belum siap..




Berbalik kpd cerita birthday papa tadi, masa otw balik tu papa request manggo cheese cake, gigih la google. Papa teringin steak juga, ie favorite pp ‘tomahawk’. 

So keesokkannya saya ajak la papa ke satu kedai mkn ni, sbb dia ada steak ie tomahawk, ada lobster n manggo cheesecake dr kula cakes.

Tp rezeki tak menyebelahi kami. Masa buat reservation katanya tomahawk dah habis begitu kuga dgn kek. Tapi kami pergi juga la utk try steak lain.

Papa nak steak + lobster. Alhamdulillah dpt capi hajat papa. Kat sini harga lobster ikut berat. Yg hari kami pergi tu ada satu ke tinggal, berat dlm 800gram, RM250. Kami tny tomahawk kat sini pun dlm RM250 satu. Ok la sbb tmpt2 famous lain dekat RM1k juga satu. Hmmmm xboleh try lg la tmpt lain hehe. Sblm ni pernah try tomahawk di menate, harga pun dlm rm200, so boleh la try kali teringin. Favorite papa.

Jom layan bday boy yg happy hari tu :)







Juga steak utk papa...juga utk sy...






Anak2 pula nak chicken chop setiap sorg














Sblm blk smpt snap pic bersama 



Sebelum tu ada la celebrate kecil kecilan birthday irham. InshaAllah mama plan bday celebration later sbb masa ni mama baru 10 hari bsalin. Nak keluar mmg xberani kan.  

Sambutan kecil kecilan bersama fmly kecil kami :) 







Our first fmly potret with 7 team member :) 



Proud mummy of five.. alhamdulillah...




Sebelum tu papa bawa anak2 shopping hadiah. Setiap kali bday, mmg semua dpt pilih hadiah, tp bday boy boleh pilih plg special... 

Muka happy nak pegi shopping... siap tinggal mama ye kat rumah :)



Ni hadiah pilihan hati...





Dan keesokannya, semua ajak papa tgk movie utk celebrate bday irham. Request nak tgk movie dekat beanie seat di klcc. Tq papa sbb layan anak2 sbb mama tak dpt nak buat anak2 happy2 sgt masa hari gembira mereka especially irham.



Now arissa dah cukup sebulan.....



Dan mama plk ketika hari ke 29 terpaksa keluar rumah sekali lagi sbb attend satu meeting penting. Sekejap je. Siap pakai kot (jaket) kan, so kira ok la...



Alhamdulillah mama dh get rid 16kg, ada lagi 5kg tp degilnya lagi 5kg ni sob sob. Hari tu berat bertambah 21kg, yg harunya, lepas bersalin cuma turun 4kg. Mama cuak jgk, tp pap laaaagiii cuak. Siap tny, boleh ke nak turun blk berat badan ni... byk jgk tu... i is redha.... tp cuba la....

Dan ini gambar latest kesayangan mama, kebahagian mama papa. Snap snlm sblm ke rumah tokma utk berbuka puasa. Alhamdulillah... semoga anak2 didalam lindungan Ilahi selalu.




Salam.

Mrs Nizar

Friday, April 13, 2018

Preparation for our latest little precious

Salam .....

Jarang dah boleh update sekarang sbb bosan dgn blog yg masih prob :) 

So nak update sedikit sebanyak tentang persediaan kedatangan adik. Hari ni sy genap 36 weeks. So smlm jmpa doktor, katanya dh boleh prepare bag baby n mummy sbb mcm sy ready utk bersalin anytime dlm mggu ni.

Kisahnya selasa, gigih ke KLCC. Itulah hari pertama saya buat persediaan shopping brg anak2. Tak perasan sibuk ntah apa2, tiba2 dh smp masa nak bersalin. Huhu. Kami ke mothercare, poney dan isetan. Xsmpt snap pic sbb mmg rushing kejar masa ie kami turun slps maghrib.

Yg haru tu, gigih shopping brg abg kakak plk. Beli baju baru etc tak sedar dh habis RM1000. Huhu. Baru perasan, bila ramai sikit team anak2, even beli x byk setiap seorg, tp bila dah utk empat orang, haruslah jadi byk juga kan hehe.

Rabu, lepas ambil anak sekolah, terus pula ke Sogo. Shopping lg brg2 adik. Kami xbeli byk sgt sbb mcm stroller, carseat, besen nak mandi baby etc semua pakai yg ammar je hehe. Beli baju2, barut2, bantal selimut mcm tu la. Pun sekejap je dh habis lg hampir RM1000. Xde benda murah kot skrang. Pam susu n botol susu belum beli lg. Pemanas susu etc semua pakai yg ammar dulu je, jimat.

Sementara mama papa shopping, mujur anak2 behave je :)



Sekejap je kami dtg, dlm sejam or less. Macam tu la sll sy, bab shopping sll late minute dan seminimum mungkin masa saya gunakan. 

Then bgegas blk rumah, mandikan anak2 n makan. Then gagahkan diri ke ikea pula. Sbb nak beli katil etc. bedding set kami usha beberapa tempat mcm di klcc (mothercare n sogo), kalau babycot shj kybkannya lebih RM1k. Kira yg cikai dh RM1k.  Tak campur lg tilam etc.So kami ke ikea, murah ckit. 

So dpt la bedding set ie babycot n tilam semua lengkap baru RM1k. Jimat la.



Haaa ini budak happy dpt kasut baru juga :) ni beli masa di sogo :)


Khamis, papa gigih mencari keperluan lain spt diapers, cotton ball, vitamin utk sy, minyak2 etc. smpt juga kita kemas2 ruang utk mama berpantang nnti :) alhamdulillah persediaan sudah hampir 100% selesai. 

Persediaan ringkas sbb kami xada maid lagi. Maid yg dijadualkan dtg tak jadi pula dtg sbb tak mahu jaga baby. Salah saya juga mungkin masa mula2 isi form dulu terlupa tulis tgh pregnant. 

So inshaAllah soon bibik akan smp. Moga dipermudhkan urusan bersalin dan berpatang nnti. Baby belum dtg tp mama dah sayang n rindu ni. Acaneerrr...❤️❤️

















Doakan saya, baby dan keluarga kami di dalam lindunganNya sll inshaAllah.

Salam 

MRs Nizar