Hari ini mama nak menulis sedikit tentang kasih sayang.... kasih sayang insan dan paling penting, kasih sayang dari Allah. Dalam ramadhan ni, ada sedikit ujian utk mama, dan papa kata ujian tu juga adalah ujian utk papa dan keluarga. Tapi bila kita lihat ujian ini dr pandangan rahmat Allah, ia adalah kasih sayang Allah kepada kita sekeluarga. Peringatan utk cuba buat yg terbaik. Dan membawa lebih byk kasih syg dan cinta pd kita sekeluarga.
Masa mama menulis ni mama ada di sini ....
Kisah bermula masa mama baru je melepasi waktu pantang. Tiba2 ada satu hari mama rasa pening2, sesak nafas dan kebas tangan. Sehinggalah keesokan harinya, tiba2 tangan kiri mama langsung xboleh bergerak, n jadi berat utk mama angkat.
Terus papa bergegas bawa ke Prince Court. Sebelum ni mmg mama pernah ke prince court sbb pernah sakit dada n doktor kata semua ok cuma kena lebih rehat dr stress sebab tak elok utk jantung. Tahun lepas pun pernah kena refer ke IJN, dua doktor pakar pun ada pandangan berbeza. Sorang doktor dr msia kata mama mcm ada rekod pernah ada serangan jantung. Tetpai doktor pakar dr filipina cakap result tu tak betul sebab dr rekod darah n risiko, ujian darah cantik, mama masih muda dan tidak merokok, agak payah utk dpt serangan jantung.
Salah sorg mencadangkan mama buat angiogram tapi mama refuse sebab takut hehe..
Berbalik cerita tadi mama kena warded sebab doktor risau mama kena stroke. Alhamdulillah, hari tu mama buat tiga kali ECG pada hari tu, doktor kata semua ok. Mama bukan kena stroke n bukan masalah kantung semua nampak sgt baik. Byk sgt darah kena ambil sbb nak buat ujian lain.
Mama dah sayu sebab anak2 kena tinggal di rumah. Wad utk kardio ni agak special dan kena senyap. Mula tu mama xplan nak inform sesiapa pun, malas nak susahkan orang dan mama pun dh ok, tapi lepas seketika tu mama call juga tokki sbb kalau warded, anak2 mcm kena balik rumah n papa nak stay di hospital dgn mama. Mmg tokki sgt terkejut. Terus cikna dtg utk jaga anak2 dirumah dan tokma tokki juga dtg utk tidur di rumah kami.
Kecuali ammar je kami bawa ke wad. Saya merancang utk bermalam di hospital satu mlm je, tapi pda hari kedua, doktor cakap byk pula ujian utk di buat utk pastikan keadaan jantung saya Ok.
Malam tu tiba2 datang sesak nafas teruk lagi, dan seluruh badan belah kiri kebas. Saya terpaksa tidur dgn bantuan oksigen sepanjang malam. Itu punca saya tak boleh discharge. Dan keesokannya saya terpaksa di bawa utk buat ujian eEcho dan juga stress-test selain kena X-Ray (utk cek leher ok tak sbb sakit kepala takut kesan accident dulu kala).
Alhamdulillah result semua ok. Gigih saya minta nak balik sebab rindukan anak. Awal pagi papa balik ke rumah utk hantar anak2 ke sekolah sebelum bergegas lagi ke hospital. Terima kasih abg sebab jaga saya dan anak2 bagaikan sempurna. Alhamdulillah.
Lewat petang tiba2 doktor cakap nak pindahkan saya ke HDU. Cuak ok, tgh kami sibuk nak berbuka puasa. Papa yang baik hati tahu mama xbetah lama tak jmpa anak2 sudi blk redah jem utk bawa anak2 teman mama dan berbuka puasa bersama sebelum hantar mereka balik rumah semula lepas tu. Beberapakali ulang alin utk hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, ambil anak dtg berbuka dgn mama dan hantar mereka semula slps berbuka. Tq papa !
Gambar seketika sebelum berbuka puasa :) huhu papa bawa mereka shopping buku dan mainan dulu sblm jmpa mama.
Kenapa ke HDU? Doktor cakap, hasil ujin darah, calcium dan potassium saya drop rendah dan mereka mulakan drip. Yang tu ok lg sbb mereka consider saya baru bersalin dan menyusukan anak2. Tapi ujin selanajutnya, berkenaan magnesium. Bacaan magnesium saya cuma 0.4 di mana doktor kata bacaan sgt kritikal. Lebih kurang mcm ni la...
Kenapa kena ke HDU? Doktor nak top up segera magnesium secarq infusion. So kena monitor dr HDU sebab akan ada perubahan pada denyutan jantung, so perlu fully monitorng dr specialist.
Apa keperluan magnesium?
Kekurangan magnesium boleh menyebabkan cardiac prob ie serangan jantung. Kalau kurang sikit masih ok, tapi kata doktor pakar yg merawat saya, saya berada di paras kritikal. Dan threaten to fatal.
Mula tu saya bersetuju cuma minta utk diberi masa utk berbuka puasa dgn suami dan anak2. Arissa je di rumah dgn tokma dan tokki.
Tiba2 masa makan mama dan papa berbincang. Pp xagree utk mama proceed dgn rawatan. Papa takut risiko bila dah ke HDU (mcm ICU la). Dalam keadaan mama sihat tgh gelak2 dgn family, papa cakap kena nak masuk ke HDU. Dan bila fully monitor ni ie dgn sambung wayar etc, monitor jantung papa kata berisiko. Kena discuss lebih ramai org. Saya pun ridau juga. Lagipun papa cakap papa terpaksa lepaskan saya sepenuhnya kepada pihak hospital sbb di HDU tidak dibenarkan ahli keluarga menunggu.
So selain diacuss dgn family, saya dptkan beberapa opinion doctor lain termasuk kawan2 sy. Saya ada satu group whatsapp roomates masa matrik dulu. Kesemuanya adalah doktor ie tiga org doktor pakar, salah sorg mmg pakar bab bahay merokok dan jantung. Juga timbalan salah sebuah hospital di sngor.
So isu antara doktor saya dan kawan2 adalah sama :
1) macamana bacaan terlalu rendah ie itu bacaan utk org tua yang terlantar lama n tiada bantuan susu yg penuh nutrien shj.
Even magnesium boleh affected ie berkurang disebabkan stress, tapi mcm mustahil utk serendah bacaan saya.
2) semua agree mmg ada risiko utk buat magnesium infusion ie pd jantung, tapi mereka minta diacuss dgn doktor lg sbb mereka cuma ada rekod darah saya shj.(kami sll discuss sbg fmly sbb kalau sbg patient, jwpn mereka lebih kpd rawatan etc. sy tny mcmana mereka treat kalau ini anak mereka huhu)
So saya discuss lg dengan pakar sy :
1) katanya keadaan agak kritikal perlu rawatan segera ie ke HDU tak boleh tunggu esok. Dan katanya keadaan saya boleh menyebabkan kematian mengejut.
2) bacaan terlalu rendah, so mereka akan siasat punca the next day. Hari ni cuma nak top up utk stabilkan saya (sy sgt sihat boleh melompat pun waktu tu huhu).
3) bila saya ckp sy xnak proceed lagi, n sign surat tanggung risiko sndr, baru doktor ckp risiko dia mmg tinggi. (Haish)
4) cuma proceed drip potassium shj.
So malam tu saya ambil risiko utk berehat di bilik je. Doktor ok. Tp nurse tak henti dtg push kami smp papa pun mula nak marah sbb tak nak bg sy stress. Lepas tu baru la semua dh xmasuk utk pujuk bawa sy ke HDU.
Esoknya saya discuss pjg dgn doktor pkar jantung selain pakar Nephrology. Antara point yg kami dapat :
1) ujian ECG, echo dan stress test semua saya dlm keadaan ‘perfect’. Salur darah dlm keadaan sgt baik — result pakar yg buat echo.
2) result darah sy sgt baik utk usi sy ie kolestrol, gula etc, buat test kecuali mineral dlm badan (especially magnesium dia ada test asing, kalau blood test biasa kita xcek magnesium).
3) jadi mereka musykil kenapa mineral dlm badan drop (even mereka tahu sy baru bersalin dan meletakkan kemungkinan stress plg teruk sekalipin), bacaan itu tidak wajar. Jadi buat test organ takut ada mana2 organ failure especially kidney sbb kalau failure kidney boleh menyebabkan mineral tidak dpt diserap. Akhirnya result, semua organ dlm keadaan baik berfungsi.
4) sebab semua dlm keadaan baik, doktor cakap ini antara kes yang mana org2 muda yang sihat dan fit mendapat stroke ie mengejut kerana kekurangan mineral. Jadi mereka masih nak siasat lagi, nk buat mcm2 test termasuk angiogram.
So kami membuat keputusan utk menolak semua test lain sebab rasanya saya sihat je, inshaAllah. Result darah, scan dan segala test menunjukkan sy seorang yg fit dan sihat.
Tapi doktor minta sy kurangkan stress dan beringat sll tentang keadaan sy yang boleh kehilangan magnesium lebih cepat kalau stress selain kena dptkan supplement utk tambahan magnesium termasuk utk menjaga jantung. Sebab mereka tak puas hati mcmana mineral badan sy drop begitu. Mereka ckp risau kalau berlaku lg keadaan tiba2 saya sesak nafas etc sebab tak psti kenapa keadaan tu berlaku.
Saya tak suka di treat mcm org sakit huhu. So saya sign surat utk bertanggngjawab ats risiko ini sendiri. Malam ketiga saya dpt discharge. Sementara tunggu discharge smpt berbuka puasa dgn anak2. Dan saya pun rasa sy sgt fit je dan happy je sll huhu, so kita lupakan la psl kerisauan doktor, cuma berdoa sll.
Balik je rumah, mcm2 mkanan bersumber byk magnesium, calcium n potossium papa cari n paksa sy makan huhu. Sedangkan saya ni mmg jenis mkn byk pun hehe..
Ada mcm2 paket kekacang, yogurt, bayam, susu, pisang, etc
Kejap2 tny dh minum susu, dh makan pisang, dh mkn kacang huhu... penat i kena mkn sll. Dan setiap pagi akan tny dh amik semua supplement etc. terima kasih utk semua ingatan tu abang :)
So dr ujian ini banyak membuka mata pada rahmat kasih sayang.
1) kasih sayang Allah yg menambahkan ingatan saya bahawa setiap masa mati boleh menjengah tanpa kira usia. Rasa lebih berebuat utk berbuat kebaikan, rindu utk mencari jalan utk dekat pdaNya. Untungnya perasaan itu, kita lebih tenang tentang hal dunia. Dulu kadang2 sedih dgn kata2 org ke atau pandangan org, bila tahu ada org tak puas hati pd kita ke, sekarang semua tu tiada makna lagi. Saya cuma mahu fikir sesuatu yg berguna utk di Sana dan di dunia juga bersams fmly. Hargai setiap nafas yg Allah berikan pd kita.
2) dulu sll sebut je bersyukur tiap kali bgn tidur, tapi kali ni sy betul2 menghargainya. Setiap kali ablm tidur mmg sy cium anak2, tapi kali ni kasih sayang itu lebih dalam. Saya cium bagai tiada esok utk kami. Juga suami sy. Mmg sll tidur di lengan suami sejak hari pertama kahwin. Tapi kali ni saya baring dan tenung wajah suami puas2 kerana mgkn ini malam terakhir kami bersama.
3) kasih sayang kami makin erat. Even suami nak tinggal sekejap utk hantar anak sekolah, mmg sll papa cium mama. Tapi masa di wad, mama tahu papa cium lama dan dalam2. Bila sy usik, awk takut sy ‘xde dh nanti’. Papa merajuk dan mcm nak marah. Ok ok xbergurau dh. Anak2 pun sll cakap mereka doa xhenti utk mama sihat (masa mama kat wad la). Happy sgt bila mama ckp mama sihat la. Sekarang pun adam sll risau kalau tgk mama tidur. Mesti tny, mama ok. Mama syg sgt anak2 mama.
Semalam saya kena berbuka puasa di luar dgn client, sy plan nk pergi sndr sbb tak nak susahkan papa. Tapi papa insist utk hantar dan tunggu sebab risau sy pergi sndr. Saya jadi tak tenang sebab kesian papa. Smlm sy di impiana hotel. Papa plk dgn ammar menunggu di lobby pcmc. Anak2 lain berbuka di rumah ditemani adik sy aina.
Terima kasih utk kasih sayang ini Ya Allah. Even saya rasa sgt bersalah dan nak menangis bila papa byk sgt berkorban. Semoga Allah jaga hati sll.
4) lebih byk masa sy nak habiskan dgn org sy syg. Abah dan ma lebih byk habiskan masa dgn sy, smlm abah ma dtg tidur di rumah sblm blk trg. Saya sayu bila abah ma cium saya dan peluk sy erat2 setiap kali kami nak berpisah. InshaAllah abah ma, saya sihat. Say sll risaukan abah ma, tapi kini mcm abah ma lebih risaukan sy. Sll pesan utk jaga kesihatan, bykkan rehat. Abah ckp abah grmbira sbb abah tahu sy selalu happy bersama papa dan anak2. Ma sll hantar lauk kegemaran saya, terima kasih ma.
5) insurance, medical card seluruh keluarga menjadi keutamaan saya. Memang seawalny kami ambil insurance with unlimited coverage. Dulu pernah jgk rasa mcm hmmmm rugi ke bayar mahal2, skrang baru bersyukur utk persiapan atas perkara yg tidak dirancang andai diuji masalah kesihatan nauzubillah Perancangan pada suami lebih menjadi topik serius. Seawal perkahwinan, saya dan suami mmg share semua password akaun bank etc. even kami guna akaun bersama je lately. Sebab kami saling yakin masing2 tahu dan matlamat kami sama, utk menjaga fmly kami.
Seingat saya masa papa di canada, papa bagi saya elaun ata nafkah dan reward sbb terpaksa struggle sndr fizikal dan emosi membesarkan anak2 dan menjaga diri sndr masa papa jauh sebanyak RM8k sebulan (lebihan semua gaji papa slps tolak komitmen dan tiket flight blk setiap bulan), dan jujurnya saya simpn dan langsung tak guna duit2 yang papa bagi. Saya pernah cakap, bukan duit yg sy harapkan tapi masa suami dgn fmly. Bila papa ckp nak berhenti kerja, baru sy maklumkan saya langsung tak sentuh duit tu, bukan tanda tak hargai, tapi sgt hargai sehingga sy xnak bazirkan apa shj yg papa bg pd sy, dan sy pulang utk kegunaan papa dan fmly juga. Ppa ckp papa berani bg kesemuanya pd sy sbb sy bukan jenis berbelanja. Itu juga kepercayaan sy pd papa. Semuanya sy biar papa yg uruskan.
Kami discuss matlamat kami, harapan kpd anak2 n cara membesarkan anak2 in case salah seorg drpd kami pergi dahulu. Tak perlu tunggu sakit ye :)
So rutin kami masih mcm biasa, handle fmly dan pejabat bersama. Alhamdulillah sihat je even ada la sesekali dtg semput haha. Dan kami bergerak aktif spt biasa, sibuk seperi biasa, gembira n bergurau spt biasa, gelak ketawa spt biasa malah lebih erat dan lebih penuh kasih syg inshaAllah semoga selamanya semakin erat kasih syg kita. Ameen.
Ptg smlm saya snp rumah pukul 5pm sblm bersiap utk keluar jam 6pm utk berbuka puasa dgn client. So kali pertama sy tak masak. Hari sblm tu sy smp ofis pukul 5.30 pm. Sbb mmg stay rumah je, smpt je masak simple2 utk buah hati di rumah.
Nasi putih pula lauk daging salai masak lemak permintaan suami (cuba utk penuhi semua permintaan suami dan anak2 dan ma abah juga semu org disekeliling sy inshaAllah).
Papa beli murtabak raja frozen yg famous tu. Gigih saya panaskan dlm kuali.
Dan belajar dari kesilapan smlm ie kemungkinan blk ofis lmbt n xsmpt masak, hari ni sy masak awal pagi sblm gi kerja. Saya tahu papa tak suka membeli. Snlm la sekali kami beli slps beberapa tahun tak ke bazaar ramadhan.
Saya masak kari tulang dan daging goreng sbb ptg ni sekali lg sy kena keluar berbuka puasa diluar.
Dan tahun ni plg rajin buat kuih muih utk berbuka puasa. Kalau rasa sibuk di ptg hari, mama buat kek etc di awal pagi sblm bekerja. Tapi papa pun h ckp lama xbuat kuih, baru dua hari kot. Papa ckp xnak dh beli kuih, xsedap nnti membazir. Haha. Ayat mcm la bini pandai sgt masak. Xsedap pun byk sgt papa mkn.
bila bekerja, inilah gaya bawa anak2 ikut sekali
Ini pula smlm papa keluar dgn ammar dan arissa :) mama pergi meeting :)
Ye, arissa masih fully breasfeed, sy siapkan susu sblm tinggalkan arissa bila meeting. Stok susu arissa juga alhamdulillah meriah walaupun sy terpaksa menyusukan dua org, ie ammar dan arissa. Syukur utk rezeki anak2.
Alhamdulillah dianugerahkan suami yg dipanggil super husband dan super dad. Rajin dan tidak berkira. Sentiasa berkorban demi keluarganya. Nikmat apa lg yg boleh sy dustakan.
Bak kata papa, kami dh lalui mcm2 bersama, terlalu byk suka duka susah senang dikongsi bersama.
. “All relationships have one law. Never make the one you love feel alone, especially when you’re there.” -Unknown
“All relationships go through bad times, but real relationships get through bad times.” – Anurag Prakash Ray
Paling terasa dengan kata2 ini “beramal la bagai engkau akan mati esok hari dan berusahalan bagai engkau akan hidup seribu tahun lagi”. Peringatan yg sgt baik utk semua.
Live life to the fullest !
InshaAllah :)
Semoga setiap ujian itu mendekatkan kita lagi padaNya dan pda org2 yang kita sayang. Alhamdulillah utk jentikan peringatan ini. Buat saya rasa, Ya Allah byknya kasih sayang di dunia ini. Subhanallah alhamdulillah allahuakbar.
Jangan segan utk kerap zahirkan kasih sayang dan cinta kita pd keluarga, suami anak2 dan ibubapa. Kerana kita tak tahu bila masa terakhir kita bersama, sematkan rasa kasih itu utk org sekeliling kita.
Dari kecil smp sekarang, saya tidak segan silu utk ucap cinta dan syg (bkn pd suami dan anak2 je) peluk cium sll, tapi kpd ibubapa saya, malah masih tidur di riba abah ma bila blk kampung atau abah ma dtg rumah saya. Dan dr situ anak2 pun terikut2 kerana kita ada cermin kpd keletah mereka.
Abah ma tmpt sy berbicara setiap masa even pd waktu org lain sudah lena. Smpt bergayut dgn abah slps bgn malam, hanya utk tahu update apa di kampung dan kirimkan doa dlm solat abah ma pd malam hari. (Hehe sll abah yg call bila nmpk sy reply msg abah la :)
Semoga kita semua di dalam lindungan dan rahmat Allah sll.
P/s : akhirnya siap entry ni. Dr pagi smlm, hari ni baru siap tulis. Hihi
Salam sayang.
Mrs Nizar.