Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 4, 2012

Asam Garam Kehidupan

Ini bukan entry mengeluh jauh sekali tempat melepaskan perasaan. Sebab saya ada org-org istimewa utk sy luahkan perasaan kalau perlu. Ini cuma entry "blobe" kata org kelantan ;p

Suatu masa dahulu, masa saya bekerja dengan org ie makan gaji, sy sll terfikir, bestnya jadi boss, xperlu fikir byk2 hal, semua staff yg buat kerja, diorg boleh kuar masuk ofis sesuka hati etc.  Tapi semua gambaran tu berubah selepas saya sendiri sekarang berada di tempat yg dulu saya panggil "boss" slps sy sendiri terpaksa mengoperasikan business sendiri. rupanya tempat yg saya rasa selesa dan berkuasa itu jauh lebih "memeningkan dan tidak seselesa yang saya sangkakan" :)

Yup, terlalu banyak yg perlu difikirkan, liability, client, staff etc sampaikan dulu ada la jgk isu (term betul ialah "masalah" , tp sy xsuka sgt perkataan tu, cm terlalu negatif kan ;p) "kecik" disekeliling sy yang berkait emosi ke apa, sy rasa besar sgt, tp kini isu yang sama tu cm senang di atasi. dgn kata lain, sy dh tak perasan tentang isu itu sbb byk lagi isu besar yg sy kena tempuhi dlm kerjaya.

Salah seorg my partner, dah berkecimpung lebih 20 tahun dgn firma tu, antara org yg sy kagum. bagi sy beliau antara org yg berjaya. Kalau refer pada kejayaan tu, mmg agak subjektif. apa makna kejayaan bg setiap individu mmg berbeza. Tp bila sebut berjaya dlm kerjaya sudah tentu ia berkait dgn kewangan. cuma yg membezakan kan kejayaan itu, sejauh mana seseorg itu merasakan mereka berjaya, bergantung kepada target masing2 dan pencapaian masing2. saya sudah tentu jauh panggang dr api la, tp sy sentiasa positif, one day my turn will come :) cuma satu ayat yg plg sy ingat pesanan partner sy tu, ie merangkap master sy selama ni " aimi, org lain akan nampak kita berjaya dgn graf luruh yang mudah, tp yg merasakan kesusahan dan ujian sblm berjaya tu hanya kita. dan utk berjaya bukan benda mudah" sy sgt ingat pesanan tu. saya akan cuba berhati2 sll jgk, insyaAllah. Kalau dulu sy pernah letakkan target utk mendapatkan income lebih 5 angka setiap bulan sebelum usia 30 tahun, mungkin itu sy sudah capai. alhamdulillah, tp sekarang, ada benda lain yg lebih penting utk sy capai. Bukan sekadar "itu" sahaja. Sbb tu sy yakin dgn doa juga doa org2 disekeliling kita, insyaAllah, kalau niat kita baik, semua pun kita mampu lakukan.

Sorry, enrty ni mmg bosan, sbb sumanya hanya cerita saya ;p

Kalau dulu masa makan gaji sy cuma fikir nak naik gaji la etc, tp sekarang lain plk isunya. So antara isu yg memeningkan kepala sy :

1) mencari business
alhamdulillah, mula2 beroperasi agak terasa tentang hal ni. tp sekarang, syukur rezeki yang Allah bagi agak baik. boleh dikatakan setiap hari sy menerima beberapa kes baru. syukur sgt. utk org baru seperti sy kan. selalu sy ingatkan sy, sy jauh lebih patut bersyukur even apa pun isu yg timbul sbb kata org "pening kepala sbb ada kerja lagi baik dr pening kepala sbb xde kerja" kan :) apapun tak de shortcut utk semua ni, mesti melalui perit jerihnya dahulu. so tiap kali dlm kesusahan etc, sy sll ingat, setiap benda yg susah digapai adalah lebih baik dan lebih bermakna nanti. InsyaAllah.

2) isu staff
yg ni agak ketara. xsangka office kecik kami pun ada politics nya. even ada seramai 8 org staff dan 3 org partner (11 org semua). Bukan senang nak puaskan hati  semua staff. me sesama partner alhamdulillah xde masalah. staff sesama staff  la terutamanya. so kami bertiga la kena fikir cara nak bg semuanya OK. sehingga pernah memberi impak sgt tak baik pada ofis. alhamdulillah, isu ini juga semakin boleh selesai.pjg kalo nak cite, tutp jelah dlm hati sy kisah itu.

3) bankers, developers etc
ini pun satu, bukan mudah nak gembirakan hati mereka. kena rajin kuar sll, entertain client. jaga hati mereka, sabar dgn macam2 kerenah mereka which is sgt tak sesuai cite cni la. tp apapun, sy masih bersyukur dgn mereka semua ni, yg masih baik2 dgn saya dan memberi byk ruang dan peluang utk sy bergerak lebih jauh. ini semua pun sbb izin dariNya

4) client
percaya atau tidak, dlm record "recent call" saya, memang penuh dgn nombor2 baru dan kadang2 sy dh xleh trace sape call sy pagi td, sbb tlalu byk masuk, record yg tersimpan hanya sekadar smp tghari je.pastu "full" dgn number2 baru lain. dan semua panggilan telefon itu harus dijawab dgn senyuman, sabar dan memberi keyakinan pada client sll. walauapapun situasi kita waktu tu, sedih, penat, marah...bila dgn client, hati kita berada di ranking yg bawah ye.tp saya hepi je.


KEGEMBIRAAN DAN KEBAIKAN DISEBALIK ITU

tetapi, mana ada setiap keburukan itu tidak diselit dgn kebaikan kan :):) inilah yg buat sy rasa sgt bersyukur,.

1) masa
masa yg flexi. kecuali waktu2 yg sgt busy dan xleh elak, sy gembira dpt masak setiap hari utk family sblm kerja. kena bgn awal sket la utk stat masak.

kalau papa outstation, sy masih leh arrange jadual sy kadang2, dan kita leh teman papa jgk. dan macam2 lagi

contoh hari ni. tiga hari lepas, berturut2 sy sgt busy dan blk lewat. bayangkan sy baru isi minyak full tank, xsmpt habis hari dua sy dh isi blk, dan semalam habis lagi. byk pergerakan sy. byk org sy jumpa. byk benda sy buat. memang agak penat, tp alhamdulillah sy masih kuat utk itu. tp hari ni sy agak free.plan nk bwk anak p ofis ;p  dan smlm adam merengek2 n mengigau mungkin siang hari smlm dia xhepi sgt ie byk gaduh dgn abg ke apa. (senang nak tgk anak2 sy ok ke tak, kalau mood xbaik je siang hari, mlm diorg akan menrengek n n mengigau, then time tu la nak cite mama apa dh jadi kat diorg ;p )

so pagi ni mama arrange lewatkan ckit appointment. papa pun p keje lewat ckit, join umi ain je. sbb mmg plan hari ni nak guna 1 kete je sbb jadual mlm sy padat. so pagi ni. sempat main sama2 pg td. kuar mkn jap ngan anak2. ni plan nak ke KLCC jap, beli kasut baru kat anak2. pastu hantar anak2 blk Gombak jap, rindu mainan mereka. saya ada appoinment utk signing pukul 1. then siapkan keje jap. pukul 5 dah nak balik amik papa n jmpa anak2  :) mlm ni sy ada dua meeting, satu di gombak pukul 8 dan satu di Bangsar pukjul 10 mlm. sbb tu hari ni sy nak bawak anak2 sy p ofis. sbb sy tau sy akan blk lewat. so yg awal malam tu, anak2 boleh main dgn sepupu mereka jap sementara sy ada meeting tu dekat area umah kami je. yg pukul 10, semua sekali sy akan angkut, jmpa client utk signing di starbucks je. so anak2 leh lepak dgn papa sementara tu kat sana. sll je kami buat cmni, sbb xnak anak2 rasa mama dia lama sgt pegi keje :) at least sy ada waktu flexi utk amik anak2 sy sll :) dab celah2 masa utk mereka jgk.

2) happy2
ramai org tanya, xpenat ke kuar mlm2, kuar jalan2 sll tiap minggu. sbnanrnya, semua tak tau, itulah terapi selepas segala kepenatan kami di siang hari, dan cara kami utk meluangkan masa yg berkualiti dgn anak2. sbb tiap kali kami keluar, kami SANGAT GEMBIRA :) serius, hilang semua apa2 yg xbest siang hari.

sy penah ckp kat abah sy "sy ni, nampak sgt hepi pagi2 dgn anak2 kan, tp bila sy masuk kereta, kuar dr rumah utk kerja, sy dh ready dr mental dan fizikal utk menempuh macam2 kerenah dan menyelesaikan masalah org, berdepan dgn "MACAM2 HAL" etc, dan sy kena lakukan dgn bersungguh2. tapi tak dilupa juga, sy sll juga sgt hepi dgn perkembangan ofis skrang. syukur atas rezeki itu. mmg perasaan gembira, pening, etc bercampur baur sepajg beberapa jam kat ofis tu.hehe. jadi bila sy blk umah, sy mmg tinggalkan semua isu itu diluar pagar, dan tiba2 datang kuasa baru, buat sy super hepi bila tgk wajah suami dan anak2 sy. syukurlah, sbb berat mata org memandang, sbnanrya xla berat sgt bahu memikul, sbb sy ada terapi plg kuat dlm hidup sy, anak2 dan suami sy " .hihihih

so hari ni, sy dh ready utk new chapter, cabaran baru, dan sy tau, sy boleh lalaui dgn baik, insyaAllah. so inilah wajah2 yg buat malam2 yg indah. kadang2, waktu semua org dh nyenyak tidur, sy terjaga, dan menangis, melihat wajah2 yg tersayang ni lena. tak puas kucup mereka waktu itu. Ya Allah, byknya nikmatMu. janganlah lalaikan aku dgn NikmatMu, kuatkan aku dgnnya Ya Allah. amin.






p/s : impian terdekat sy skrang nak bwk suami, ibubapa dan mertua sy (separuh dah terlaksana) utk melakukan ibadah umrah. insyaALLAH semoga kami dijemput menjadi tetamuNya kuran 2 bulan lg. inilah impian sy sejak mula nak kerja sndr.semoga niat dan doa sy dimakbulkan, dan dipermudahkan urusan kami di sana.AMIN.

entry ntah apa2
aimi shaniza

Monday, April 2, 2012

Cuti-cuti Melaka :)

NOTE : Ini adalah entry panjang dan bergambar :)

Ingat tak mama cite papa pergi gunung kinabalu tu. Ok, rentetan dr itu, sampai je ke ke tempat penginapan malam tu, papa pun call mama. papa ckp papa rindu sgt kat kita. n papa terlalu rasa nak bawak kita p cuti2 elok papa balik. So papa minta mama booking dulu hotel kat Port Dickson, samada Thistle atau Legend Water Chalet. Mama iyakan je, tp mama x call pun hotel sbb mama rasa, mesti papa penat kan elok blk nanti, so kita rehat2 je.

Pastu, bila papa cecah je kaki gunung, papa call lagi, n tny dh booking hotel belum. Bila mama ckp x, papa ngomel2. Dalam hati, serius ke papa ni, bkn penat ke. Masih lagi mama xbooking la hotel. Then kat airport plk, papa tny soalan yg sama. Mama pun start usha2 la ;p tp xbooking jgk.

Jumaat papa cuti, so papa teman mama p keje jap then kita kuar sama2. Masa ni tokma n tokki pun ada kat Bangi. Pastu papa kata, papa kuat je, xpenat dh. kebetulan plk, kawan mama (my business partner) uncle mizi plk ada buat aqiqah anak dia kat Melaka dan papa plk, ada kenduri kawan ofis kat seremban. so kita tukar fikiran dr nak ke Port Dickson, kita menuju melaka je.

Sampai melaka, kita terus ke rumah uncle Mizi. lepas makan2, kita pergi plk umah best friend mama masa sekolah dan matrik KPM ambilan januari, Dr Marina. So smpt la tgk umah baru Dr Marina dan Dr Shafie. cantik :)

Pas jmpa kawan2 mama, kita pun mula nak cari hotel. masalahnya, suma hotel (beberapa la yg mama kol, antaranya Bayview Hotel, Holiday Inn, Philea (yg ni mahal sgt ;p, over budget kali ni) dan A Famosa Resort) suma xleh booking, kena walk in je sbb kira peak season kan. xde cooporate rate jgk ditawarkan. fikir punya fikir, kita pilih A Famosa Resort. Memang hotel dia dh "tak baru" sgt dah n biasa2 je, tp sbb masa tu dh kul 5 ptg, n kita mesti penat nak redah masuk bandar, n cm xtau apa sgt aktiviti kat bandar melaka kan (dh sll sgt ke sini;p) at least kat A Famosa ni banyak aktivitinya :) 

 ni lah rupa tiga beranak yg sy syg  ni duk lepak2 kat beranda elok check in, lepak2 dan makan2 jap sbb kepenatan. melaka jem teruk jgk la hari ni. so apa aktiviti kita?

yup, kita pergi ke Cowboy Town. Pas maghrib terus turun sbb show bermula jam 8.30 mlm.ticket masuk sini RM30 seorang, tp sgt berbaloi.
 ni gambar kat bazaar dlm Cowboy Town itu ...
 apa aktiviti yg ada? ada carnival show dan animal show. ni rupa kita anak beranak xsabar tunggu show. kbltn plk dgn "earth hour" so ada la jgk persembahan n tarian sempena itu.
 ni antara show dia, persembahan red indian. main api etc
 ada kereta berhias....
 pet show - mcm2, gajah, unta, kuda, tikus, burung,ayam, kambing,badut2 sarkas dan macam2 lagi
 dan show ini diakhiri dgn persembahan bunga api yg sangat cantik....irham dan adam sangat la hepi. mama dan papa xyah nak cite la ye ;p

pas tgk show, kita pun ronda2 dlm cowboy town jap. kita naik kete antik ni. RM10 satu pusingan.cikna pun ada join kita .... 
 dan nilah muka kanak2 riang dpt ronda2 ngan kete antik :)
 pastu irham nak naik poney plk. beria, cm koboi anak mama. even ada org iring irham, mama xlepas punya anak mama.lari sana sini ikut kuda, tlg pegang jgk irham mama cam  org yg iring irham tu.mesti tensen org tu kan...hahahaha....lantak la, sy risau takut2 dia careless ;p cian anak sy :) kebanyakan ride kat sini suma RM10.
 pastu kita pi main ini jgk...best, lompat2 dlm ni , byk bolaaaaa....
 tadaaaaaaa....bkn anak2 je masuk , mama dan papa budak pun main sama. best, dah lama nak main gini masa kecik....hahahaha....penat sgt masuk cni, sbb kita main perang2 baling bola (cm paintball ;p) suma pun buli cikna sbb cikna suka sgt buli anak2 mama ye ;p
 juga main ini.....best sgt. :):)
 ni antara aksi menggedik kat coyboy town :)




 esok tu, pas breakfast, kita bermalas-malasan kat bilik. kata cuti2 rehat kan ;p pastu check out, kita menuju ke bandar melaka. kita lunch kat Pantai Klebang. besttt...picnic jap.senang handle, letak dua2 hero mama kat atas carseat, so xde la berpasir etc kan ;p baik je suma mama suapkan. syok layan angin pantai kan.

apa kita makan? super best kat melaka ni. suma pedas. kena je dgn kami. ada puyuh goreng pedas, ikan (apa ntah) asam pedas, pari bakar, ayam goreng, kupang, ayam goreng,,telur masin, sayur kailan ikan masin etc. sgt best :) beli kat kedai favorite kami, Ikan Bakar Malim :)


pas makan2, kita menuju ke Mahkota Parade. Plannya nak cari bedak mama je, sekali xde la kedai MAC atau Bobbi Brown kat sini. alih2 yang ada sale kat butik Poney....jeng jeng jeng....apa lagi, smpt la shopping 4 helai suar jeans n kemeja utk anak2 hensem saya...suka sgt :) papap pun belikan mainan baru lg utk anak mama, hhmmm berapa byk robot trnasformers sudaaaa anak2 :) cikna, as usual, hantu shopping itu sempat la shopping beberapa helai baju jgk.

pas shopping2, kita menuju pula ke umbai. Makan kat Parameswara. kat sini famous sbb makanan dia sedap dan agak murah.....so lauk utama biasalah, ketam, udang dan sotong serta lauk2 sampingan lain ie tomyam, sayur etc. udang kat cni sgt besar dan fresh, sama saiz ngan udang kat sekinchan. tp kalo pegi sekinchan serius seekor tu dah RM10. tp kat cni, OK la :)


 so nilah rupa buah hati sy yg sll buat sy hepi2, suka bwk kita jalan2 dan makan2, smp saya je gemuk. anak2 xgemuk plk kan ;p heheeh

 lepas makan2 kul 9.30 mlm , kita bertolak blk Bangi, dekat je, tp sbb jem, kul 1 pagi bru smp Bangi...huhuh,. alhamdulillah. satu lagi weekend yg menggembirakan utk kita. :)

TAMAT

me,
mrs nizar 

Sunday, April 1, 2012

Gadget Baru Irham

Irham sangat happy sebab bagi hadiah, handphone baru utk irham. actually, hset ni papa beli utk standby je masa papa ke kinabaliu baru ni.

so blk tu, terus papa hadiahkan utk irham. handphone basic je. tp yg lucu tu sbb terlalu basic, maka kuarla unsur2 luicu dlm perbualan irham semalam ;p

irham : mama, irham nak tgk ultraman boleh ? (refer pd youtube kalo dlm hset mama)
mama : ultraman xde dlm hphone ni syg.
irham : mmm, irham nak buat keje la kejap boleh. (ayat "buat keje" tu refer pada keje2 google menggoogle,sbb mama sll cek email dan buat keje dgn hset mama)
mama : mmm...OK
irham : mama, irham nak tgk jalan, pastu sampai boleh (refer pd "maps" - navigation la plk, aiseh)
mama : alaaa, mama rasa xde kot maps kat hset tu.
irham : mama, irham nak amik gambar mama boleh. senyummmmmm (suh mama senyum)...alaaa, nape xde ni.
mama : ala, mama rasa xleh amik pic jgk la syg.
papa : adoiii, teruk tul papa, beli yg basic je kan, sambil gelak2.
irham : ok la, irham nak main game leh?
mama : OK boleh, meh mama tunjuk.
irham : ni, dah main dh...

wah wah wah...cepat je pandai godek2 anak mama ni.

so inilah hset baru anak mama...RM100, basic samsung. kejap2 kol mama. n penah smlm, mama masuk kedai mesra je, nak beli barang, leh je dia kol mama jap, nak kirim brg la tu ;p sonok anak mama :)





Tuesday, March 27, 2012

Bila Irham Si Anak Papa Berkata-kata


Irham sangat petah sekarang......

kali ni papa pergi ke kota kinabalu awal pagi, ie anak2 masih tidur. so xde ucapan selamat tinggal atau peluk cium sebelum bertolak. cuma papa cakap awal2 kat irham papa nak pegi outstation kan.

smlm balik keje, eham n adam xhenti2 tny mana papa :

eham : mama, mana papa? nape papa xbalik?
adam : papa jeje (keje) --- pandai je menyampuk kan ;p
mama : adam , papa keje mana?
adam: esisi (read klcc, hehe)


pastu smlm, lewat malam, eham tak nak tido sbb xde papa.sll main2 dulu n tido sama2. kalo time papa p outstation kerteh etc, jarang sangat tinggal kita (suma ikut ala2 cuti2 sambil keje), kalo xikut pun, eham OK je sbb dia tgk papa pergi, salam papa, n cium dgn papa. so sblm tidur merengek la cari papa.

pukul 3 pagi....eham mengigau n nangis kuat2 jerit cari papa. bila mama tny, nape eham nangis ...eham nangis lagi teruk n cakap "eham nak papa"....kalo ikut hati, mama pun rasa tersentuh, tp buat2 biasa jen pujuk la anak teruna sy. pukul 4 lebih irham tido.

pukul 7 pagi, bgn je tidur eham terus ckp ;

eham :mama, eham nak cakap dgn papa.
mama : nape nak cakap papa? eham nangis ke semalam?
eham : eham nampak papa (sll eham guna term "nampak" tu refer utk mimpi...sll bgn pagi dia cite mimpi dia kat maman  papa :) suka melayan)
mama : eham nampak papa kat mana?
eham : eham pegi hong kong dgn papa. papa pakai jubah putih, eham pakai jubah hitam.

aiseh, xsedap hati plk dgr mimpi anak kali ni.
terus la i text papa tny leh tak nak kol papa. tak bape lama, terus papa kol kita....

papa : eham buat apa tu?
eham : eham duk umah hana.(smlm kita tido umah umi ain) papa pegi mana?
papa : papa pegi kinabalu
eham : papa buat apa?
papa : papa naik gunung. nanti esok papa balik ok.
eham : eham nak ikut.
papa: eham jaga mama dan adik OK.
eham :L eham jaga amnia (sepupu berusia 7 bulan)
papa :eham jaga amnia? eham riba ke? xberat ke?
eham : a ah, eham riba. xberat. poapa eham nak baby girl.
papa : OK, nanti kita cari baby girl.
eham : papa, eham nak adik ramai2 boleh.
papa: bolehhhhh....eham dan makan?
eham : dah, eham tak nak makan nasi.
papa :eham makan apa. minta nasi dgn telur dgn mama ye.
eham : eham nak pegi tgk donkey dgn arnab (sambil buat bunyi donkey versi eham)

bla bla bla bla (i pulak rasa nak nangis dgr dua beranak tu berbicara)

lepas cakap dgn papa, eham senyum n ulang kali ckp kat mana;
eham : mama, papa pegi balu balu (ie gunung kinabalu). esok papa balik kan? (senyum lagi)
mama : ye, esok papa balik sayang.
eham : bibik, papa eham pegi balu balu. esok balik.
bibik : Ok. kak, sy risau la,m cmne kakak n abg nak tinggal irham nanti. papa dia tinggal kejap pun dia dh xtido semalam, nangis je cari papa.

me : insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan sy, dan anak2. insyaAllah xde aral, maman  papa akan menjalani ibadah umnrah (kalau diberi keizinan dan mendapat jemputan dariNya ke tanah suci xlama lagi).

baru teringat, adam sy tak pernah langsung tinggal, irham ada malam yg saya accident, dia xtido dgn sy. sy berserah pada Allah je nanti, semoga niat suci sy dipermudahkan . amin

dan adam, cuma breastfeed je (xsuka susu formula). so kalo hari keje pun, jarang sgt amik susu formula (stok susu dh abih sbb ada sorg bibik dulu suka bazirkan n panaskan byk2 sekaligus...huhuh...frust), adam mesti nak tunggu mama blk baru nak menyusu.sbb tu adam byk makan solid food (ie nasi etc). kalau lambat sgt mama blk, dia minum la jgk dlm 3oz sehari susu formula. (adam amik enfagrow dan pediasure- susu abg irham)

so lepas puas hati berborak dgn papa, anak teruna sy tidur balik lebih nyenyak sbb smlm xtidur sgt kan. masa mama pegi ofis, irham masih tidur lagi, masa tu dh pukul 10 pagi, jarang irham tidur dan bangun lambat.

irham mmg petah, teirngat plk semalam bila pak long dia (abg ipar sy) bersin.

irham : sape besin (bersin) kuat tu?
mama :pak long
irham : dah pegi tenek (klinik)
mama :belum la tu.
irham : nanti amnia demam (tau plk dia fikir bab2 leh jangkit2 ni...haishhhh)

ni la rupa anak teruan sy yg baru lepas rindu berborak dgn papa pagi tadi.



dan ini video anak2 mama yg ceria sll. malam sblm papa bertolak ke kota kinabalu. anak2 kami sgt la hepi sll..kanak2 riang dan ceria sll..jarang moyok2 even tgh demam ke apa kan....so bila eham sedih2 rindu papa, hati sy sgt tersentuh. eham dan adam, dua2 happening, dua2 happy go lucky....buah hati sy sll :) salam




mama irham dan adam


Menuju Puncak- versi warkah utk suami

WARNING : entry ini digarap ketika sy sedang sarat rindu rinduan pada lelaki baju merah di bawah ni..yup, he is my man, my love and my life :)

dan dia tiada bersama saya sekarang...dia sekarang berada di sini (tak tau nk letak mode hepi ke sedih, hepi sbb sonok tgk tpt dia p sgt best, tumpang hepi...tp icon sedih sbb sy dh rindu dia even xsmp 12 jam dia xde depan sy ...haishhhhhh)

ini entry warkah buat suami sy. ye, for ur eyes only, en ahmad nizar ismail.


hari ni, 27.3.2012, papa pegi ke Kota Kinabalu, menyahut cabaran mendaki Gunung KInabalu. even itu cita2 bersama kita sblm ni, tp x sy xdpt teman abg sbb sy xsmp hati kalau kita dua2 tinggalkan anak2, dan sy tau, sy tak la gagah mana pun.

abg ingat tak, ahad lepas, kita shopping sakan utk abg. semua selesai diborong ahad lepas.semua benda utk bekal abg kat sana WAJIBLAH baru, dr baju smp la benda2 kecik termasuk stoking. nampak cam ghairah je sy teman awk shopping2, n sy pun best sbb awk hadiahkan sy jgk baju yg cantik2.

tp elok selesai beli, awk cuma usik sy ckit je, cko nanti kalau awk dh pegi sana, xde org dh leh jaga sy baik, leh teman sy malam2, terus sy nangis teresak2 dlm kete...awk memang teruk ! penat sy kawal diri sy biar nampak OK je, tp awk kantoikan sy, smp sy cm biasa xleh tahan rasa nak nangis.

aritu masa Gunung Nuang, awk xjadi pegi sbb sy ckp sy susah hati, sy risau dan sy takut nak lepaskan awk.terima kasih sbb amik berat ttg perasaan risau sy, akhrinya awk xjadi join. so yg kali ni sy xnak halang awk.sejak dr awal lg xputus sy buat solat hajat biar permudahkan urusan awk disana, dan awk sihat dan kuat sll, mental dan fizikal :) amin

dan semalam...kita kemas beg awk sama2. sy cuba sebaiknya pastikan semua keperluan awk OK utk awk bawa. sy risaukan awk, sbb sy syg sgt kat awk. alhamdulillah, lewat mlm semalam, selesai semua brg2 dipacking....dan awk, sbg suami yg sgt bertanggungjawab, sblm tu awk penuhkan brg2 kat umah ni (groceries) utk mudahkan kami sehari harian di rumah sepjg peninggalan awk (even 3 hari, tp awk buat yg terbaik) pastikan kereta sy dah isi petrol penuh2, smartg tag sy cukup, etc...sy sgt terharu...dan itulah awk setiap kali nak tinggalkan sy dan anak2. terima kasih .

being me, yg jenis cepat risau,ini lah brg2 penting dlm list sy utk awk. ubat2, energy bar n energy drinks, kurma etc,dan kitap astikan baju2 suma masuk dlm zip lock sbb takut basah kalau hujan, kan kan kan :)




ini penting sgt ni, utk bekal tenaga pada abg spjg mendaki nnti...insyaAllah





so inilah rupa beg barang papa :)



pagi tadi kita bgn seawal 4.30 pagi...bersiap dan sama2 bersolat hajat utk kemudahan dan keselamatan abg. semalam pun kita tidur lewat mlm jgk sbb layan anak2 main bola even dh pukul 12am kan.


pukul 5.45am kita bertolak ke airport. mcm2 papa cerita, even sekejap, tp rasa lama je perjalanan td. smpt kita minum sama2 sblm abg boarding. sedih sgt masa tgk abg lambai lagi kt sy yg kat luar ni, kali terakhir sblm sy dh xnmpk awk. dh terlayan emosi awal2 pagi. rasa rindu sgt2. dlm xsedar, isteri awk yg teruk ni menangis lagi.xsuka sgt dgn sy, sbb "sy" sll buat sy cmni :( tiba2 awk hantar sms ni..... sy sedih lg, sbb sy tau awk pun ingat kat sy kan :) even xsmp 15min kita berpisah. kuatnya impak awk dlm hidup sy, abg :(





sesampai je di airport kotak inabalu, papa terus kol sy. sy hepi dan sgt ceria lepas dgr suara abg. hilang gelisah dan gundah sy sejak pagi. abg xhenti2 MMS sy pic utk tatapan sy....sy sgt sgt hargai setiap MMS tu, setiap msg abg. rasa abg sll ada utk sy even siang td sy smpt "mereng2 dan susahkan" abg lg...tp sy tau, dan awk tau, apa dlm hati kita sll. insyaAllah.amin

ni gambar abg snap masa dlm bas sblm tiba di kaki gunung.



sesampai di gunung, papa xhenti2 kirim pic utk sy. serius sy sgt teruja, sgt cantik. mau aje terus terbang ke sana. ni pic kaki gunung, kata papa.



dan inilah rupa chalet, tpt penginapan suami tercinta sblm start mendaki lagi pukul 2 pagi nanti, insyaAllah sy xhenti2 doakan abg, solat hajat utk org plg sy cinta...



yup, inilah dia gambar plg sy nanti2, dlm byk2 pic abg kirim, sy tertunggu2 gambar abg. teruk kan sy !! ;( itu la sy wahai en ahmad. macamlah awk tak tahu kan ;p



insyaAllah saya harap satu hari sy pun dapat jejak kaki ke sana, bersama abg dan anak2. abg tak putus2 sebut nak bawak kami ke sana. apalagi, isteri nakal yg suka tagih janji dan "snap" kata2 ni, buat tatapan abg....hihih...sy tau awk pasti baca entry sy sblm awk naik kan.

:) byk pic awk bg, ini je smpt sy attach kan. tu la, janji sgt kan ;p!!!!





dan ini bukti plg penting kena simpan...tahun ni ye papa nak bwk kami...hihihihih ;p




yelah tu, dtg utk survey utk kami ye. terima kasih sll...yang penting, jaga diri sll kat sana, bykkan doa dan zikir, insyaAllah semua dipermudahkan. sy doakan abg diberikan kudrat dan semangat yg cekal di sana nanti. dan dipermudahkan dan "terjumpa" denai2 yg sgt mudah utk tiba ke puncak nnti . insyaAllah.


saya, irham dan adam rindukan abg sgt :) take care dear



salam,

mrs nizar





























Thursday, March 15, 2012

Jagoanku, irham dan adam :)

waaaa...second entry utk hari ni...dlm super busy ni, smpt jgk ek :) hari ni mood sy sgt baik even penat....byk berita besh kot :) masih boleh senyum even terpkasa attend 4 signing dh arini, n jmpa 2 officer bank (bayangkan kepenatan sy n lari sana sini...huhuh) tp sy masih sgt hepi.,alhamdulillah utk rasa itu. dan masih xhabis lagi ni. ptg ni ada dua lg signing, tp sy akan attend satu je sbb clash waktu. satu lg my lawyer akan attend ... yg sy attend kat bangi je, so ok la. elok blk nnti smpt singgah jap. so selingan ckit, pic ni sy amik kat fb, rasa cm betul sgt...hihihih.... hanya kami yg tahu pasal kami (kami = lawyers) huhu


kisah nak update hal anak2 je ckit, xde draft yg baik, terabur, ikut isi hati je ;p


terbaru & terkini


iham

- dah xpakai pampers siang hari sejak bln lepas... kadang2 penah gak terlupa n xsmpt p toilet, tp eham comel je ckp "mama, sorry...eham tak sempat"...hahah.cair hati...xrasa nak marah, rasa nak cium je tau.


adam

-sgt nakal n byk sgt aksi..pandai nari, pandai nyanyi..byk lagu dh hafal. leh ikut mcm2 bunyi, leh ikut lagu yg baru je dia dgr berkumandang kat radio, leh ikut2 (bunyi2 yg akhir je) ikut mama ngaji dan pandai sujud dgn betul...dulu tertonggeng je...sayanggggg adammm



gaduh


dua2 makin kuat gaduh lately...gaduh yg ganas punya, wrestling OK...nk gelak pun ada, risau pun ada geram pun ada.gaduh siap campak mainan, tarik rambut, n gigit2 tau


n bila eham sgt marah, eham akan jerit kuat2 "adammmmmmmmmmmmm"...dan adam akan balas "bisinggggggg" ataupun "abanggggggg".....germa ada, geli hati pun ada...tp anak2 masih yg plg special di hati sy...apapun, sy nampak best je sll...hahah


team


bila eham n adam dh bina team baru?

1) bila nak panjat sofa...dia akan buat sama2. at least kalo kena marah, dua2 kena marah..pastu diorg gelak je syok kena marah.kalo kena cubit, dua2 nangis sbb kena cubit...eham kalo nak buat salah ie panjat sofa etc, confirm akan ajak adik jgk. adik follow je suma...adoiii


2) bila bkk peti ais nak curik2 nak jilat kicap manis. abang akan jerit pggl adik, then sama2 bkk peti, then cuit ckit kat botol kicap, then gelak sama2. kadang2 eham colek ckit, suap adik. xpun sapu terus kicap tu kat pipi adik. adik akan gelak sbb syok sgt main gitu. adik plk cuit ckit, pun suap abg, xpun sapu kat hidung abg.yg ni mmg mengundang pukulan dr abg. tp dua2 gelak blk pastu...


aduh anak2, byknya yg sy ingat. byk nya sy nak tulis, tp xsempat...nnti mama cite lg ye sayang...mesti best bila baca blk nnti kerenah anak2 mama :)


ok stop cni dulu ye...bawah ni pic eham adam bentuk satu team belasah en buaya, sbb papa nak elak diorg gaduh sesama sndr, baik la pukul si buaya ni..ade sape sakit. dua2 leh gelak lagi...


sekian, entry rindu dr mama...bye

salam






mama yang best


p/s : off to bangi :)

































Wednesday, March 14, 2012

Reunite again - kepulangan yang dinanti

alhamdulillah ma dan abah dah selamat sampai ke tanah air dr tanah suci semalam :) syukur alhamdulillah dipermudahkan semuanya, dan diberikan kesihatan yang baik utk kedua org tua sy.


smlm sy cuti. sy nak siapkan juadah utk ma dan abah, juga nak jemput ma dan abah di airport. so hasilnya, hari ni sy kena masuk keje seawal 8.30 pagi utk langsaikan keje tertunggak. tu pun sy kuar seawal 6.30 pagi hari ni sbb hantar adik beradik sy ke airport dulu, utk cuti2 Hong Kong...alaaa, nak ikut...tp xleh ikut :(


ni la wajah2 yg sy rindu sgt selama 2 minggu lepas...best sgt dpt jumpa balik...yeay...tokma dan tokki akan stay di KL selama 12 hari lagi...suka :):)



flight smp dlm pukul 12.57 tghari. sy ingatkan smp kul 11.50am, salah info sket.so pukul 12, sy dh tercegat dgn anak2 dan adik2 kat sana...adik beradik yg bekerja plk half day, jmpa tokma terus di Bangi je.


ptg n malam, kita suma sibuk godek2 ole-ole dr tanah suci....semua hepi termasuk la ketiga2 puan bibik di rumah.



semalam sy masak nasi minyak utk menyambut kepulangan tokki dan tokma juga untuk sesiapa yg datang jemput tokma dan tokki hari tu. mcm2 dugaan, tgh nak masak, gas plk abih. buntu sy sbb xsure mana nak beli gas di bangi, sbb dua2 kakak tgh meeting nak tny kat mana nak beli. mujur smpt siap sblm nak p jemput tokma dan tokki :)



saya masak ayam masak merah....





salad/kerabu sotong




udang goreng....




dan gulai telur.....



jarang sy masak utk quantity yg byk, ie semuanya penuh kuali...sll cukup2 kami atau tambahan 2-3 org je lagi.hehe...


itu jelah kisah kepulangan org tua sy yang sgt dinanti
....


syukur, ada masa sy nak update lg ni. pasal anak2 plk :)


salam

me,

mrs nizar



p/s : selasa lepas sy masak kari kepala ikan utk kali pertama. mujur suami sy suka.dia ckp lepas 4 thn kawin bru dpt kari kepala ikan...hahaha...suka tgk papa makan byk, n yg sy hidangk at bawah ni licin..mueheheh.....nak buat lagi, nak improve lg, nk try byk lg menu baru insyaAllah. tiba2 makin bersemangat n byk mood nak masak ni ;p even biasa2 je rasa.huhuhh