Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 24, 2014

Birthday irham

Birthday irham dah xlama dh. Kali ni, utk kali pertama irham dh demand nk celebrate bday ( sbb sll join bday kwn2 n sepupu2... Nk clown etc).

Masa sgt suntuk. Mama bru nak plan. Simple2 je. Birthday irham nxweek ie hari  selasa. Plan asal nk sambut kt school je, tp td papa plk request utk celebrate special ckit utk anak teruna papa.

Mggu ni mama ie kita semua ke johor. InshaAllah wkend depan kalo kita dpt buat reservation, inshaAllah mama cuba capaikan hajat irham dan hajat papa sekali. 

Apapun, alhamdulillah syukur Ya Allah, hadirnya irham dlm hidup mama dan papa, dan menjadi kegembiraan pada seluruh keluarga kita. Semoga irham membesar sbg anak yg soleh ameen.


Smlm irham xnk tido kt blk, nk tido kat sofa ni sbb irham ckp papa sll tido dgn irham kat sini :) bersabarlah anak :)

Tuesday, April 22, 2014

My happiness

Pengubat hati... Penat seharian keje terhapus sekelip mata tgk anak2 :)

Waktu special aka bonding time dgn anak2, selain waktu malam, utk irham dan adam, masa otw ke sekolah dan balik sekolah adalah masa special kami bercerita. Perjalanan yg agak jauh n jem bg kami lebih quality time :)

Ni pic pg td. Time ni suma mood xberapa ok sbb first time pegi sekolah xsmpt facetime dgn papa. Masalah internet kan :) irham ckp rindu papa byk sgt hari ni n tny betul x mama dh janji nk bawak mereka jmpa papa. InshaAllah syg :)


Dan ni plk wajah ceria puteri kami... Masa istimewa sy n dia bila sy blk lunch kt rumah setiap hari kecuali kalo ada meeting di luar :) hepi dan ceria sll puteri nan sorg ni :)







Plg seronok dpt bergelumangan sama2 kt katil :)

Pic ni fresh dr oven :) sy masih dirumah time lunch hour ni.

Tiap masa sy suka peluk cium anak sy. Tp sekarang sy akan cium ganda dua kali tiap waktu. Sy akan ckp "td mama "sayang"(cium)...ni kiss dr papa plk. Papa ckp syg dan rindu sgt anak dia".... Irham dan adam yg dh fhm mesti gelak n hepi2. Kalo sy cium sekali je mesti diorg tny, papa xsuruh "sayang" ke hari ni hehe.

Yes darling, sy dh peluk cium sll anak2 kesayangan kita :) semoga awk heli juga di sana :)


Gundah

Duhai hati, bertabahlah....

Hati agak gundah,
Risaukan keselamatan abg.

Hati agak gelisah,
Bila kita tak dpt "berjumpa" spt sll.

Alhamdulillah suami dh slmt smp ke camp (field).

Bila suami terpaksa ke field, apa yg plg sy risau ttg keselamatan suami dan ttg komunikasi kami.

Papa terpaksa kerja ditpt yg sgt isolated, xde sesiapa kecuali 4 org yg bekerja di sana. Hanya 4 org di tpt yg sgt isolated :( jauh di dalam hutan. Tak de internet wifi. Xde phone coverage utk sementara waktu. Mujur trip kali ni cuma 2 hari :( preview.

Tp nanti papa akan ulang alik ke field. Dua minggu kerja di field, seminggu ofis seminggu cuti. Mcmtu la sll. 

Utk smp ke field, papa tpaksa redah offroad yg jauh. Mujur salji dh cair so jln agak kering. Yg terdetik di hati sy slps papa maklum ttg pjlanan papa adalah risau dan sy tahu perjalanan ni sgt mencabar.

Allah ada sayang. Allah akan jaga abg di sana. Makan pakai terpaksa jaga sndr ie papa kena masak sndr. sbb tpt yg sgt kecil n isolated. Semoga cuaca baik dan xsejuk sgt :(. Papa hny tinggal di cabin di sana. Mcmana sy nk tenang mkn di sini bila sy tahu awk hny ada seketul salmon utk di masak, dan 2 bungkus megi syg. Dlm cuaca sejuk ni :'(

Sy tahu suami sy kuat. Sy tahu suami sy tabah. 

Plg sedih, sbb dh tlalu biasa call berjam2 tiap hari, berkali2, even utk perkara kecil kami pasti discuss bersama, tiap kali ada ingatan kami akan terus berhubung, agak terkesan bila tiba2 semua ni menjadi limited. Tq syg sbb sll update sy ttg awk.

Semoga 48jam ini cepat berlalu. Mendoakan yg tbaik sll utk ayah kpd anak2 sy ini. InshaAllah.

Sy tahu kerja abg bkn mudah. Sy tahu byk cabaran terpaksa abg tempuhi. Tiada apa akan dtg bergolek dan mudah sll dlm hidup. Cabaran akan buat kita luat. Cabaran akan mengajar kita lebih tabah. Dan dgn cabaran juga kita aka lebih hampir pd tempat pergantungan kita, Pencipta kita. InshaAllah. Byk hikmah dlm perancanganNya ini.

Allahuakbar.

:(


Papa sblm bertolak td. Dan ini flight papa td. 



Monday, April 21, 2014

Hari yang panjang dan mendebarkan

Semalam schedule meeting sy sgt padat. Lebih 6 jam kami meeting dan dgr presentation dr semua bank officer kpd developer (sedikit penat bila byk duduk n fokus hehe).

Jam 6 ptg, lepas meeting tiba2 ribut sgt kuat. Sy xberani nk blk sbb my fren ckp hujan lebat xnmpk apa kat jalan, stat banjir dan super jem (sy di area equine park).

Sy beredar ke giant sementara tunggu hujan reda. Sy parking betul2 dpn pintu nk masuk. Sy kowtim dgn guard la



Bayangkan betapa kuat angin smp sy xboleh bkk pintu pun. Angin menolak dgn kuat dan menekan pintu. Sy keluar dr kereta melalui pintu penumpang.

Signboard byk tumbang. Sampah bertebangan. Serius cuak.

Lepas solat n mkn2 cuaca ok sket, cuma hujan lebat dh xde angin kencang. Mmg super jem. Smp umah dh hampir pukul 8.

Memang semalam seharian yg memenatkan lepas meeting back to back non stop.

Semoga hari ni lebih baik. Sy reschedule meeting di johor hari ni. Penat blk kampung masih bersisa :)

Esok waktu canada ie tghari hari ni waktu msia papa akak pegi field. Semoga dipermudahkan urusan papa disana. Kalo di msia p field/offshore naik chopper, kat sana papa ada peluang naik jet peribadi mewah 8 seater. Semoga cuaca baik. Sy yg gayat ni plk cuak .... Ni model yg papa tunjuk. Doa utk suami xpenah luak setiap hari. Semoga doa kami dimakbulkan. Ameen


Hari ni kuliah dhuha stat awal ie 8.45 am di kemensah height. Hrp smpt smp lepas hantar anak pegi school kat petaling jaya.
InshaAllah


Sape nk join leh dtg ye :)

Sunday, April 20, 2014

Weekend dan weekday

Weekend bru ni sy bwk anak2 blk kampung sy di kuala terengganu. Kami btolak pukul 1.30tghari ptg jumaat.

Alhamdulillah blk kali ni mcm2 mknan yg sy rindu dpt sy nikmati. Ma sy xberapa sihat. Tp sejak jumaat smp la ahad, ma sy xhenti duk dapur masak lauk2 kegemaran sy dan anak2. Anak2 plk pandai mulut manis. Puji aje tokma masak, n mkn byk2, lagi la ma sy rajin ke dapur. Sy risau takut ma xsihat.

Ptg sabtu tu smpt bwk anak2 ke pantai batu buruk. Layan mereka nak main kt taman permainan, nak tgk ombak dan naik kereta kuda.





Tjmpa plk org jual mainan tepi jalan ie yg rm10 satu tu. Abg2 ok je bila ckp xpyh beli, cik ariana pandai plk gesel2 mama buat muka sedih n jerit "nak nak " sbb ada mainan dora ( fan dora ni) hehe





So semua org dpt la mainan kat situ :0

Smpt layan naik kete kuda jgk. Ariana jerit2 sbb excited tgk kuda. Geram nk pegang. Huhu




Semalam kita btolak blk ke kl. Kita tolak blk pukul 3.00ptg  Alhamdulillah slmt smp umah kul 7.30 mlm. 

Hari ni hari kerja sy yg agak busy. Meeting developer n bank officer utk persediaan projek bru sy xlama lg. dr pukul 12pm smp 6ptg di putrajaya. Semoga sy gagah n meeting ni sukses. Alhamdulillah rezeki plg besar sejak sy bukak firm. Semoga Allah permudahkan urusan. Ameen. Lepas ni sy mgkn tpaksa ulang alik kl-melaka sll hingga projek ni selesai.

Esok kalau xde aral, sy akan attend meeting di johor bharu.berdaytrip ke sana. Kena btolak awal pagi, then terus blk lepas meeting. Juga utk satu lg projek harapan kami.semoga menjadi. Ameen.

Semoga dipermudahkan semua urusan kami. InshaAllah. Bak kata papa, keje kuat sbb xlama lagi.........(isi tpt kosong) hehehe.

Salam



Thursday, April 17, 2014

Coretan tentang hati~

Lama plk rasa xmenulis. Nak sgt menulis. Byk nk tulis, tp makin sibuk akhir2 ni.  Sorry kalau coretan kali ni tlalu bkisar psl hati dan fikiran sy. Tp itulah resmi blog sy. Hny berkisah dunia kecil sy. 

Dah hampir dua minggu rutin sy berubah. Alhamdulillah sy dh makin boleh adapt dgn rutin baru sy. Kalau pd awal perubahan tu ie bermula dr papa ke calgary, ada hari sy rasa lemah, sedih n kerap juga menangis rindu, skrang rindu tidak luak, tp hati rasa lebih lapang. Alhamdulillah. 

Dulu sering tertanya2 ttg perancangan etc, skrang hati mula nmpk sedikit sbyk hikmah disebaliknya. Alhamdulillah.

Mula2 perpisahan sy rasa sepi krn papa sll disisi menemani. Sy bkn yg punya ramai kwn. Sejak sekolah/ universiti, sy jarang keluar dgn kwn2. Xreti/xbiasa sbb tlalu biasa keluar dgn adik beradik je. 

Papa izinkan utk sy keluar jmpa kwn etc utk sy lebih gembira. Tp bila fikir blk, mgkn bkn fitrah sy utk keluar minum2 n bercerita2 dgn kwn2. Nnti risau hati mula rindu rumah hehe. Dan siapakah yg sudi temani sy hihi. Mgkn xperlu sy melawan fitrah kehendak hati sy hny krn ingin tenang dr rasa sedih. 

Risau juga hati. Bila papa penah ingatkan, jangan tlalu fikir kata org etc walau serapat mana pun mereka, krn kdg2 ada pandangan mereka ada sbb asbab mereka sndr. Malah xde org akan lebih fhm dan tahu kenapa dan apa ttg kita, pilihan kita etc.... Hanya kita yg tahu dan yakinlah setiap keputusan sbb yg akan melalui adalah kita. Papa pesan sy jgn menjadi lalang, hati berbolak  hny krn pandangan org.

Detik saat itu, sy tekad, tiap nasihat sy jd kan pedoman, tp tiap keputusan sy berserah padaNya, hanya dgn istikharah.

Sy mula mencari "kawan" baru. Bkn lg sekadar teman berbicara atau utk luahkan -- err xsmpt jmpa pun. hmmm mgkn sy bkn jenis luah pd kwn kot. xreti huhu.shy :p ) 

Alhamdulillah, Dia temukan sy kwn2 usrah baru. Dan dia temukan sy tpt utk sy menuntut ilmu. Setiap hari di waktu dhuha di sebuah masjid. Sy cuba hadiri andai kelapangan (cuba lapangkan sejam setiap hari).



Dari kwn situ juga, sy mula tahu ttg kelas2 agama dan kelas quran utk sy dan anak2. Teruja utk sy join xlama lg.

Secara tiba2 sy rasa rutin sy dipermudahkan. Penat dan sedih bagai hilang. Tiada lg tekanan di kepala. SubhanAllah. Semoga kekal nikmat ni inshaAllah.

Makin lama sy makin nmpk hikmah. Ada seseorg bkata pd sy, dr mata kasar manusia, mereka rasa sy bagai punya segalanya. Keluarga yg bahagia, cukup (bkn mewah) dlm kewangan, kesihatan yg baik etc. buat sy tersedar. Mgkn Allah sgt rindu dan sygkan sy. Takut sy lalai dlm nikmat ni.alhamdulillah.

Allah jarakkan fizikal kami suami isteri seketika, tp Allah dekatkan hati kami, malah Allah bg kami rasa manisnya bertuhan bersama.

Bkn dulu kami tidak ambil kisah. Bkn kami tidak solat etc. malah hampir setiap waktu suami akan berjemaah dgn sy. Tp dulu mgkn pegang Quran bila malam jumaat atau sementara tunggu maghrib, dan bukan la rutin, mgkn dulu bgn malam hny dibuat andai terjaga bkn benar2 niat dr awal ke arah itu etc etc. itu lah hikmahnya. Bkn bermakna bila kami dekat kami tak bersyukur, tp manusia, asal dr perkataan insaan, kadang2 terlupa :):) peringatan ini tanda Syg Tuan pada hambaNya.

utk 24jam sehari masih spt dulu, tempoh 24jam adalah sama slt dulu jgk, tp sy rasa lebih tenang dan pjg tempohnya. lebih byk benda sy boleh lakukan. Setiap hari sy bgn seawal 4.30am-5 am. Masa utk saya "bertenang". Sehingga 6.30am sy akan mula memasak dan mandikan anak etc. syukur sy xrasa tlalu kalut n penat. Smpt lagi masa utk berborak dgn suami lama2. Masa berkualiti kami bertambah. Smpt luang masa dgn anak2. 

Seawal 8.30am sy cuba berada di ofis dh. Sbb sy cuba hadir kelas jam 9.30pg sblm ke ofis/kerja lg. cuba utk blk lunch (so far so good) utk jenguk anak.

Blk kerja, kami habiskan lebih sejam utk berborak dan bertukar cerita dgn papa (sy sll blk keje lewat lately, alhamdulillah utk rezeki Allah). Selang setiap malam sy bawak anak2 keluar ie antara ke jusco utk bergroceries dan klcc etc.

Malam ni kami tgk air pancut di klcc







Even sibuk seharian, alhamdulillah masih diberi kudrat utk ceriakan anak2. Krn sy tahu, mereka hrpkan 200% kasih syg dr sy sementara papa mereka jauh. Anak2 juga makin behave n berlembut. Dia mudahkan urusan sy. Alhamdulillah. 

Hubungan dgn anak2 makin baik juga (sblm ni pun baik alhamdulillah) tp sy punya byk waktu lapang utk bercerita dr hati ke hati dgn setiap anak2. Sy mula jd pendengar setia anak2 smp mereka tido. 

Malam2 sblm tidur, masa utk sy berborak lg dgn suami. Lewat mlm n time lunch sy adalah waktu istimewa. Secara fizikal mgkn kami jauh, tp tanpa sedar hikmah jauh ini mendekatkan jarak hati. Kami "ada" masa utk sekadar tenung kekasih hati sepuasnya bila bervideo call even tanpa kata. Hanya Dia tahu isi hati kami :)

Cinta itu dr Allah. Dia yg anugerahkan, Dia juga yg boleh menghapuskan. Kita berdoa dan berusaha utk suburkan, tp Allah lebih tahu yg tbaik utk kita. Suami, anak2 dan keluarga adalah amanah utk kita kasihi. Tp sy sll lupa, diri sndr juga adalah amanah yg perlu kita jaga dan kasih. Krn kita xpunya hak mutlak pd diri sndr. Hati kita, akal kita, ilmu kita.... Wajib utk kita kasihkan diri sndr, baru kita lebih jaga batas diri inshaAllah.

Perancangan Allah sll yg terbaik. Tiba2 lepas papa pergi, ma sy kurang sihat. Smpt sy jaga ma sy dirumah dan hospital selama smggu. Dan krn lapang hari mggu xu skrang (sllnya mmg kami akan blk kg sekurang2nya sekali sbln), jadi skrang  Sy mgkn blk lebih kerap (kalo xsetiap mggu sbb risau kepenatan etc nk drive kan). Ini juga kena tgk sbg hikmah, tiba2 ada peluang utk sy jaga ma sy dgn lebih baik, saat ma sy kurang sihat. InshaAllah esok sy akan btolak blk trg. Doakan keselamatan kami sekeluarga.

Banyak lagi hikmahnya. Pengajaran utk sy, tiap kali kita rasa susah/ rasa ada ujian, cepat2 la yakin Allah dtgkan sesuatu pasti dgn satu pakej hikmah yg plg indah. 

Sy ckp pd suami, skrang rutin buat sy tenang dan gembira. InshaAllah bila tiba saat kita bersama, itu la detik gembira krn lompong kegembiraan dunia akan dipenuhi. Bersabarlah hati. Bekejarlah kita utk bahagia di sana, tp bahagia di sini bkn la dilupa. Apapun, kesusahan atau kesedihan dunia ni bagai langsung xbermakna dgn kesusahan dan kesedihan bila di sana. Yakin lah sayang. Allah sgt sgt sygkan kita. Tlalu byk nikmat utk kita :):) semoga kita lebih bersyukur.

Sentiasa berdoa semoga kegembiraan di dunia ini berterusan hinggalah kita di akhirat kelak. Kegembiraan abadi yg tiada tolok bandingnya. Ameen

Terima kasih papa krn xhenti "menjaga" sy walau kita jauh. Menjaga hati sy, keperluan sy etc. plg penting menjaga sy dgn ingatan2 abg ttg tindak tanduk sy. Ingatan agar menjaga amalan dan ttg dosa pahala. Mengingatkan sy sll, setiap tindakan sy, abg akan menanggung dosa yg sama. Tiap kebaikan sy, pasti ada kredit utk bersama. Sy akan cuba perbaiki kekurangan sy yg sgt byk ni. Tq love. Sekarang sy semakin yakin, Allah telah anugerahkan sy jodoh yg sgt baik utk sy. Semoga Allah merahmati jodoh kita.... Dan saya ingin berjodoh dgn awk hingga di syurga. Ameen

P/s: bkn bermaksud kami tenang, kami kuburkan plan utk segera bersatu. Tidak. Itu tidak benar. InshaAllah akan tiba detik bila Dia izinkan. Doakan dimakbulkan doa sy ttg "perkara penting" mggu hadapan . Ameen

P/s : tadi papa bg pic ni.


Suami tlalu berkenan cincin ni.papa sgt serius minta sy carikan n papa nk kami tulis nama kami pd cincin tu utk dipakai. Sy pun sgt teruja utk mencarinya. InshaAllah sy try minta bantuan ma sy. Semoga smpt sy hadiahkan pd abg. InshaAllah. Mgkn hadiah birthday kalau smpt. :)

Sayang,
Isteri abg.









Monday, April 14, 2014

Weekend bersama buah hati

Weekend baru ni, hari ahad, kawan sy merangkap mama pd kawan anak2 sy nk buat birthday party. So jumaat tu sy bwk la anak2 p gunting rambut sbb dh pjg sgt kan sblm kami pegi cari hadiah utk anak kwn sy.





Pastu kita pegi beli mainan utk kita hadiahkan kt kwn mereka. Sekali diorg plk nk mainan n ckp "mama harith beli utk harith, mama adam kena beli utk adam la". Sbb dh lama xbeli mainan baru, so sy belikan la hadiah sama dgn kwn mereka



Pastu tiba2 weekend tu ariana n irham demam panas. Sabtu tu kakak sy dtg rumah, lepak2 borak2 smp malam. Xla sunyi sgt. 

Hari ahad tu sy plan nk cancel kan ke megakids mid valley utk attend bday celebration tu, tp irham merengek2 plk. So sy plan pegi kejap then blk la sbb dia dh janji dgn kwn.


So pagi tu kami pegi lewat ckit. Irham sgt x ok, risau sy. Tp alhamdulillah smp sana, jmpa kawan2 n main lari2 irham makin sihat. Mula2 smp irham nangis n ckp kt teacher irham sedih sbb irham demam tp papa x blk. Pandaila teacher kowtim. Sgt close n manja dgn teacher.



Oh yang baju hitam tu cucu teacher cum gf adam hehe.(acah je).




Sesi pujuk memujuk eham dan teacher zam (baju biru). Eham ada tiga org teacher. Kelas eham cuma 10 org student, so mereka sgt close.


Ariana plg hepi main.






Hepi dpt main ngan kwn2


Kul 2.30ptg blk rehat n lunch kat rumah. Ptg bwk anak2 pegi taman kepong nk bg diorg lari ckit dgn harapan cepat sihat. Main bola n bubble :)



Plg best tgk ariana excited lari kejar bubble :) terjerit2 smp org sekeliling pun gelak :):)





Hampir pukul 7 kita semua blk n rehat. Mlm tu smp p beli keperluan anak2 ie susu n diapers sblm p basuh kete. Anak2 tido awal dan sy pun boleh la berehat dgn tenang bila tgk wajah manis anak2 yg hepi mlm tu. alhamdulillah :)

Looking fwd utk bwk anak2 cuti msia plk. Kalo papa bg greenlite. InshaAllah. Rasa nk p pulau la :) misi gembirakan anak2 :)inshaAllah