Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 26, 2016

The More We Get Together.. Together...The Happier We'll Be

Gembira saya adalah bila saya meluangkan masa bersama insan tersayang, setiap masa bersama suami, anak2 dan fmly tersayang

Setiap masa pasti kami cuba selit rutin kami masa untuk bergembira bersama inshaAllah.

Diari dari Rabu lepas :)

Kami ada tetamu iaitu kakak ipar sy, kakma dr penang. Ariana paling happy sebab ada sepupu perempuan utk bermain bersama. Main masak2 dan mak2. Sll sy je yg kena jadi "mak mak" dan masak2 dengan ariana.

Tghari juga, ma dan abah saya datang dari terengganu bawakan masakan air tangan bonda yang sangat sedap untuk dinikmati bersama adik beradik saya di rumah saya. Pic makan-makan. Semua ma saya yang masak. Sup tulang, kerutub daging, ayam masak merah, ikan bawal masak asam, ikan panggang, ulam2 etc





Malam pula selepas hantar anak-anak ke kelas Quran, saya ke bandar permaisuri untuk bagi kelas (talk) berkenaan prosedur jual beli kepada sebuah agensi hartanah. Ingatkan sekejap, sekali banyak pula soalan masa sesi Q&A, jadi suami balik dulu jemput anak2. Lepas habis kelas, kami supper seketika sebab lama suami menunggu tadi. 

Makan lewat malam dengan sangat banyak. Lately suami cakap saya tak perlu diet sebab kami macam "jongkang jongkit". Lagi saya turun berat badan, berat suami saya makin naik. Haish. Tak sempat dapat berat badan asal ie 50kg, suami asyik jamu makan banyak2 selalu. Tq abang. Sedap makan tapi berat dah statik 52kg. 

(Ayat usik keji suami : dah nampak awak turun sikit berat badan ni, kita kasi awak gemuk lagi. Kalau biasa pregnant berat jd 75kg (naik 25kg), kalau ada rezeki pregnant kali ni, nak bagi awak gemuk jd 80kg. Saya pula nak beria diet.--> Cita-cita suami, nak berat badan sama berat dengan saya. Kejam kejam ish ish ish)

Setiap masa bersama sangat berharga. Apatah lagi bila tengok psangan order dua menu sekaligus. Nasi goreng pedas n lamb chop (4keping ok) hehe.. 



Khamis

Petang lepas balik kerja, plan nk buat suprise dekat anak-anak. Tak jadi suprisenya, sekali semua nampak plan nak buat aiskrim malaysia yang viral di facebook tu. inilah masa berkualiti dengan anak-anak. Kami buat aiskrim bersama2. Gigih papa kacau aiskrim campur susu etc, saya potong jelly n tuang aiskrim dalam plastik, anak lelaki pula masukkan jelly dalam plastik. Apa yang pentinggg, kerjaaaasamaaa :):) semua teruja dan happy dapat buat aiskrim sendiri. Tak susah nak cari senyuman dan bahagia pada anak-anak. Hati mereka terlalu suci :)

Kami but aiskrim sementara menunggu untuk berjemaah maghrib bersama sebelum anak-anak ke kelas Quran di al Baghdadi. Adik-adik saya pun sibuk nak membantu sebab mereka lagi teruja nak paw aiskrim lepas ni hihi














Dan hasilnya.... Tadaaaaaa....



Lepas tu, kami pun ke kelas Al-Baghdadi. Inilah wajah ceria harta pinjaman dunia saya. Alhamdulillah





Kelas anak-anak dua jam. Dalam tempoh tu kami bergegas untuk hantar hadiah-hadiah untuk client yang support business saya. Mereka minta sedikit sponsor barangan dan wang ringgit untuk suatu program tajaan mereka. sponsor pula tak ditetapkan barang apa,terpulang pada kami. Ini yang kami pilih. 




Kalau ada lebihan modal (ameen), kami juga ada kadang2 sedia memberi sponsor kepada mana-mana badan yang maklumkan keperluan mereka kpd kami. Semoga dimurahkan rezeki kami selalu kerana dalam rezeki kita selalu ada hak mereka yang lain tanpa kita sedari.

Ini pula hamper-hamper untuk koperasi sekolah/anak yatim untuk satu majlis mereka. Semua adalah hasil usaha suami yang gigih teman saya untuk siapkan hamper-hamper. Ini salah satu cara untuk menggembirakan hati kami. Gembira bila melihat orang gembira. Ni hamper pilihan kami. Ada 5 hamper. Gigih suami pilihkan barang untuk hamper. Mungkin harga biasa-biasa, tapi harapan kami ia dapat menberi sedikit gembira pada orang lain :)




Lepas selesai hantar barang-barang, baru pukul 9.20mlm. Bonding time dating time makan time la untuk menunggu anak-anak balik kan hehe... 

Ye, saya tau sekarang saya sangat teruk bab2 makan. Dah dapat greenlight suami suruh makan, tak bagi diet kan hehe. 

Kami makan di kedai sup legend. Legend? Bukan nama kedai. Legend la sebab kami mula makan di sini sejak kami berkawan. Sejak papa rajin setiap minggu ajak saya lunch lepas saya dah mula kerja. Gigih papa naik tren datang ke ofis saya :) kedai ni dekat dengan office lama saya. Masa tu bukan bercouple tapi kawan baik je :)





Elok lepas makan, kami bergegas jemput anak-anak balik. Sangat teruja setiap kali jemput mereka balik. Semua senyum riang nak peluk mama dan papa. Macam lama sangat tak jumpa. Ariana pasti terlompat-lompat happy selalu.

Jumaat

Rutin saya memang padat setiap hari. Sejak awal pagi ie 5am, bangun je, saya dah mula sibuk di dapur. Masak breakfast, siapkan bekal dan masak lunch untuk family. Mandikan anak-anak dan siap-siap semua.

Elok lepas hantar anak ke sekolah, itulah nasa berkualiti/leisure time untuk saya. Sebab bila dah start masuk kerja, schedule saya sangat padat. Lunch hour berkejaran balik rumah pastikan anak-anak makan tengahari. Juga teman mandikan dan siapkan irham sebelum ke kelas agama. Lepas tu kerja lagi sampai petang. Balik rumah je, tak ada masa rehat. Terus ke dapur siapkan dinner dan suap anak-anak. Malam saya dan suami tengok homework anak-anak kalau tak ada kelas Quran. Lepas tu kami tidur.

Jadi, untuk masa sebelum kerja sekejap ni adalah "luxury" kepada saya. Suami selalu akan bawa saya breakfast ke semua tempat yang saya suka. Saya tau, itu effort dia untuk gembirakan saya dan rehat seketika dari rutin yang padat.

Minggu ni dua kali kami breakfast di Genting Highlands. Suhu sangat sejuk,14C. Ditambah pulak dengan suasana berangin. Saya sangat teruja :):)







Lepas tu saya bekerja seperti biasa dan juga menjalani rutin sebagai ibu dan juga isteri.

Malam hari pula, tiba-tiba lepas solat isyak, terasa nak ajak anak-anak tengok kartun. Zoothopia. Terus la saya dan suami cek schedule movie malam tadi. Di AEON Keramat movie stat 9.00mlm (awal sgt x smpt bersiap). KLCC lewat sangat ie selepas 10.30mlm. Kami menuju wangsa walk sbb movie stat 9.30mlm. Gigih lari-lari ke sana takut terlepas hehe.

Anak-anak melompat gembira. Lagi masa berkualiti untuk anak-anak. Saya gembira bila kesayanngan saya gembira :)

Bagi saya cerita ni sangat best. Banyak sangat unsur positif yang bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, malah kita juga. Jangan berputus asa. Kecil bukan bermaksud lemah. Untuk survive dalam hidup perlu kita cerdik dan licik (cth Fox). Lirik lagu tema untuk cerita ni sangat saya suka. "Try Everything". Sebelum saya share lagu, saya nak share gambar kesayangan saya dulu.

Setiap kali bawa anak-anak tengok movie, kadang-kadang saya jadi "bad mommy".

1) bawa tengok malam --> tidak Ok.
    Nak justify : malam minggu esok rehat. Tak ramai sangat orang (alasan tak bijak) hehe.

2) boleh makan junk food --> tidak Ok.
Tapi bila tengok wayang, kadang2 saya bagi kebebasan sikit. 

Kadang-kadang mereka teruja sebab nak makan2 masa tengok movie kan, dapt pulak chips huhu. Pap dan ariana je makan chips, irham fokus pada kartun. Adam suka fishball.

Sy beli dua chips, tiga set fishball cheese. Fishball tu satu untuk adam, satu untuk saya. Lagi satu papa share dengan irham dan ariana hehehe..


Tengok tu siapa comot tu. 






Pada saya cerita zoothophia sangat sesuai untuk tontonan sekeluarga.

Apapun, setiap catatan cerita mama adalah tentang apa yang kita lalui bersama sayang. InshaAllah, sedaya upaya, setiap detik dan setiap hari mama dan papa cuba untuk menghabiskan masa kami sebaik mungkin untuk anak-anak. Semoga hubungan kasih sayang antara anak-anak dan ibubapa serta kasih sayang antara saya dan suami berkekalan hingga akhir hayat. Semoga Allah jaga hati kita selalu. Ameen.

Inilah dunia kecil saya. Ye keluaga kami kecil, tapi impak kasih sayang kami sangat besar. Keseluruhan semangat saya ada pada anak-anak dan suami sy. Kesayangan saya. InshaAllah.


Lirik Lagu : try everything

[Shakira]


I messed up tonight
I lost another fight
I still mess up but I'll just start again
I keep falling down
I keep on hitting the ground
I always get up now to see what's next
Birds don't just fly
They fall down and get up
Nobody learns without getting it won

I won’t give up, no I won’t give in
Till I reach the end
And then I’ll start again
Though I’m on the lead
I wanna try everything
I wanna try even though I could fail
I won’t give up, no I won’t give in
Till I reach the end
And then I’ll start again
No I won't leave
I wanna try everything
I wanna try even though I could fail

Oh oh oh oh
Try everything
Oh oh oh oh
Try everything
Oh oh oh oh
Try everything
Oh oh oh oh

Hadamkan lirik ini. Terasa ada "jiwa" saya di situ. InshaAllah semoga kekal "rasa" itu.

Salam peluk cium untuk buah hati mama,
mrs Nizar

































Thursday, February 18, 2016

homemade jamu | dating | ayam masak lemak

Diari saya seorang isteri dan ibu semalam :)

Homemade Jamu

Sejak lepas bersalin, saya memang amalkan juga la pengambilan jamu. Semua orang tahu khasiat jamu, jadi saya pun teringin nak mencuba, tetapi takut juga untuk membeli sebarangan sebab tak tahu apa kandungan tambahan kan.

Selepas bersalin, saya dijaga seorang tukang urut yang arif pasal penjagaan wanita. Banyak nasihat penjagaan wanita kami kongsi bersama. Akhirnya saya memilih untuk sediakan sendiri air rebusan jamu saya. Syukur dapat suami yang sangat memahami malah lebih bersemangat dan menyokong bab2 penjagaan kesihatan ni. 

Malah dia lagi arif dari saya kot. Dia pun rajin membaca juga. Tukang urut bagi je senarai bahan untuk dibeli kepada suami saya, dan dialah orang yang selalu membeli stok "jamu" saya. Dia tahu kedai mana sebab selalu dia pergi sendiri je di terengganu. Selalu kami beli stok banyak terus sebab jarang balik. Di KL xpasti pula kat mana. Ada juga yang saya tak kirim pun dia beli sebab yang jual jamu syorkan. Saya bukan kenal sangat pun apa dia beli hehe.

Tukang urut selalu cakap, kecantikan dan kesihatan dalaman adalah lebih penting dari kecantikan dan kesihatan luaran sebab ia memberi impak kesihatan dan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kira kita ikhtiar dan berdoa la.

Ni antara air rebusan akar kayu yang saya selalu buat ie bahan-bahan ni memang selalu ada dalam simpanan di dapur saya :

1) genggam kacip fatimah


Ada beberapa jenis ye, ada akar kacip fatimah, pokok kacip fatimah dan genggam fatimah.

Khasiat dari google :

-Keputihan
-Sengugut
-Mengimbang Perjalanan Haid
-Mengembalikan Kekuatan Tenaga
-Mengecutkan Rahim selepas Bersalin
-Menyembuhkan Sakit Pinggang
-Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil
-Memberi Ketahanan Badan dan Kulit
-darah tinggi 
-kencing manis
-menurunkan kadar kolesterol dalam darah
-menyembuhkan sakit sendi
-pelawas ( duretik )
-merawat kebas-kebas kaki dan jari
-membuang angin dalam badan 
-menurunkan paras asid urik dalam badan ( mengawal penyakit gout )

PERHATIAN: Ini bukan 'Akar Genggam Fatimah' untuk mudah bersalin 
tetapi 'Pokok Genggam Fatimah' untuk merawat penyakit2 .

2) manjakani

Ini stok manjakani saya. Beli banyak sekaligus.


Sumber google :

  • Awet Muda - Anti Oksidan yang terdapat dalam buah manjakani dapat membantu melambatkan proses penuaan
  • Mencantikkan kulit  
  • Membantu mencegah jerawat 
  • Pencegahan Diabetes -  Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetes dan asma 
  • Pencegahan dari kanser serviks dan payudara 
  • Membantu merawat  keputihan kerana kandungan estrigent dalam buah manjakani membantu menyingkirkan bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan 
  • Tannins di dalam buah Manjakani pula dapat membantu menegangkan oto-otot faraj 
  • Membantu mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina 
  • Membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah 
  • Membantu memberi tenaga 
  • Membantu menjaga kesihatan mata - Memperbaiki tahap penglihatan 
  • Kalsium yang terdapat dalam manjakani juga membantu menguatkan gigi dan tulang 
  • Memelihara kebersihan mulut 
  • Sangat Mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran 
3) akar serapat


Khasiat dari google :

1. Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj.

2. Membantu menegangkan payudara.

3. Menegangkan otot dan sendi.

4. Membantu memulihkan luka dan menambah tenaga.

5. Menegang dan mengecutkan otot.

6. Membantu melicinkan kulit.

7. Membuang toksid dalam badan.

8. Melancarkan peredaran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ.

9. Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.

Contoh :

Semalam saya buat air rebusan genggam kacip fatimah dan manjakani. Kacip fatimah macam xde rasa, tapi manjakani sangatlah pahit. Tahan jelah. Isi dia pula kalau tak tahan nak telan, saya buat bulat-bulat kecil-kecil, jadi macam makjun tu, pastu saya telan dengan air milo ke apa. Hihi. So tak la rasa kepahitan yang teruk itu.


4) kalau lepas "datang bulan".

Saya tak ada pula ambil gambar. 

Bahan-bahan : halia, kunyit hidup, serai dan gula batu.

Rasa air ni sama macam air teh halia yang disediakan di spa selepas urutan :) sedap. Memang rasa khasiatnya elok selepas pengambilan.

Tujuan untuk menghilangkan bau tidak elok selepas "datang bulan" selain membersihkan bahagian dalaman dan buang angin dalam badan. Rasa ringan badan lepas tu. cuba la :):)

Juga saya cuba ini :)



2) cerita dating versi rare :p

Lepas buat air rebusan semalam, sebab ambil masa yang lama, saya ikut suami hantar anak-anak ke kelas Quran Al Baghdadi. Sementara menunggu anak-anak, selalu kami berdua berdating minum-minum di kedai-kedai area kelas anak-anak. Kelas mereka dua jam.

Semalam suami ajak ke Aeon AU2, sebab nak ajak tengok movie. Konon nak beli tiket dan midnite date berdua. Movie pilihan suami mula jam 11.45malam.

Tetiba rasa tak berapa larat sebab saya belum masak untuk brekafast dan bekal anak-anak. Lagipun, saya ada meeting awal pagi jumaat dan jadual padat back to back hari jumaat ie hari ini.

So papa try cari ada tak cerita yang dua jam je ie sementara tunggu anak. Harus la tak ada. Tp yang saya teruja tu, bila datang sini saya suka sangat fishball cheese dia. Datang sini beria nk beli selalu mengalahkan teruja nak tengok movie.

Tadaaaa....



Dan hasilnya, kami berdating sambil makan fishcheese ball dan hotdog sambil layan preview movie dekat TGV ngeh ngeh ngeh.. Layan jelah...




Ni la bangku tempat dating kami. Sambil tengok "movie" hehe


Lepas tu kami jemput anak-anak balik jam 10mlm. Anak dara saya dah mula pandai minta tudung bila keluar rumah :)



Ayam Masak Lemak

Semalam kali pertama masak ayam masak lemak cili padi. Selalu buat ketam atau udang je. Semalam lepas ambil anak balik mengaji jam 10pm, mula la masuk dapur jam 10.30mlm. Masak sorang2 sebab bibik pun dah lunyai. Haish.

Gigih menggoogle dan inilah hasilnya... Nyumnyumm...

Mudah. Tumbuk je kunyit, cili padi dan serai. Gaul dengan ayam. Letak dalam kuali.


Masak dengan api kecil tanpa air/minyak. Nak bagi ayam kering. Juga masuk bawang putih dan bawang merah blend. Halia juga.


Masukkan santan cair, asam keping, kiub pati ayam dan kacau. Saya xde daun kunyit. Hehe. Belasah je.



Dan nak mendidih, masukkan santan pekat pula dan tunggu mendidih. Masuk garam dan gula.


Yeay dah siap. Alhamdulillah. Makan dengan daging goreng kunyit. Ini la bekal anak-anak dan lunch untuk family saya selain bekal roti coklat nutella.



Pukul 1am baru boleh tidur lepas siapkan barang anak-anak. Bersih badan juga sebab busuk di dapur. Hehe. Suka wangi wangi kalau nak tidur. Jadi segar dan bila bangun mood pun baik. :):)

Sekian, entry diri sendiri sekali sekala :)

mrs Nizar