Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 17, 2016

What we did last weekend | Semalaman di cherating | Open House Raya

Sabtu lepas, bangun awal pagi, kami siapkan anak2. Kita terus ke genting highland utk minum pagi. Tp kedai favorite kami masih tutup, jadi kami turun dan makan di genting sempah shj.


Kemudian kita meneruskan perjalanan. Cik ariana kami kurang sihat ie ada selsema dan sedikit batuk2. Atas nasihat doktor dan amalan kebiasaan kami, saya bawa anak2 ke pantai kerana angin pantai selalunya membantu utk segerakan proses penyembuhan. 

Kami memilih ke pantai cherating. Plan asal nak jalan2 je, sekali terjumpa pula chalet yang agak cantik, paling penting sangat dekat dengan pantai. Terus kami check in di situ. Anak2 mmg sllnya kami bawa cukup persalinan ie baju utk satu dua malam. Suami pun ada bawa juga back up sbb dia mmg plan nk mandi laut, tapi saya? Saya tak bawak apa2 huhu.

Dan inilah bilik kami :)




Kami turun ke pantai se awal jam 1 tghari sebab cuaca sgt elok ie redup spjg hari. Alhamdulillah. Anak2 sangat teruja. Hari ni mereka bebas bermain. Dari main bina istana pasir, mandi pantai (air cetek & tenang), main bola dlm air dan tepi pantai dgn papa mereka, kejar2 ketam etc. 

Sempat juga kami makan aiskrim dalam sejuk2 ketika di tepi pantai. 

selain bunyi deruan ombak, hanya suara gembira dan ketawa anak2 yg kedengaran. Sangat tenang dan bahagia melihat kegembiraan mereka. Ye, saya ibu dan isteri yang sgt bahagia pd petang itu :) 















Selepas lebih tiga jam berendam dalam basah, saya ajak anak2 mandi bersihkan badan untuk kami keluar makan pula.

Tapi sempat lagi mereka main bola selepas mandi. Juga akibat kelaparan, anak2 sempat makan keropok lekor dan keropok keping sementara kami bersiap.



Kami makan di restoran tak jauh dr chalet kami. Makanan agak sedap. Ada tomyam campur, ikan siakap tiga rasa, udang celup tepung, udang masak telur masin, udang masak pedas, telur dadar, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit etc. air pun pelbagai jenis ie dua jenis air jus tiap org dgn lai chee kang lg, tp suprisingly harga sgt murah ie cuma RM140.  


Lepas siap makan2, kami bawa anak2 ke pasar malam. Sebab apa? Nak beli tshirt utk sy buat tidur malam je hehe. Satu lagi sebab anak2 nak beli mainan, semua teruja byk mainan murah2. Borong kereta kontrol la etc etc sampai xsedar leh habis seratus lebih jgk shopping utk mainan kt pasar mlm? Huhu.


Balik dari pasar malam kami berehat santai menikmati matahari terbenam bersama deruan ombak dan angin pantai. Semua kepenatan tapi sangat gembira :)






Hari ahad pula kita banyak jemputan open house. Bermula dgn majlis open house longhorn aka gathering alumni university of texas at austin ie kwn2 papa dulu. Kakak angkat papa yang kita penah visit di austin pun ada balik ke malaysia. Kita berkumpul di sana dengan kawan papa, bertukar cerita dan makan2. 






Ia adalah hari yang menggembirakan papa kita :) bagaikan beraya dengan family sendiri :)

Lepas tu, kita terpaksa tinggalkan majlis jap utk attend open house partner mama. Partner mama jemput tokma dan tokki juga. Ramai la berkumpul sbb kami 4 beradik bekerja di bawah satu bumbung :

Makanan yang disediakan sangat enak dan kena dengan citarasa papa (kami semua la hehe). Pilihan menu juga sgt byk :)






Ni mama + partner dgn sebahagian staff office kami.



Lama juga kita di sini sblm mama dan papa hantar anak2 pulang utk berehat dulu. Semua keletihan seharian keluar sana sini. Thank you anak2 sbb sgt behave di majlis orang. Lepas hantar anak2 ke rumah kami sambung semula ke rumah tpt gathering papa tadi.

Petang hari, anak2 ajak keluar sbb kena tinggal jap ptg tu kan. Sbb semua behave je kat majlis tadi, papa reward bawak anak2 tgk movie sbb dah lama anak2 ajak tgk Ghostbusters. Cik ariana tu rugi je beli seat, sebab spjg movie duk atas riba papa je. Satu takut hehe dan satu lg nak paw chips papa :)




Inilah diari kita minggu ini. Setiap kenangan pasti kekal sbg memori manis dan kenangan indah pemberianNya ketika kita masih diberi rezeki utk bersama. Alhamdulillah.

Selamat bekerja dan selamat bersekolah sayang semua :)

Salam

Mrs Nizar





























Wednesday, June 29, 2016

Shop till you drop | shopping raya | my new handbag :)

Setiap tahun even selalu berazam nak buat persiapan raya lebih awal, tp kami selalu gagal.

Kesian pula bila dengar anak2 tanya mereka tak ada baju raya ke. Anak2 sekarang, topik baju raya jadi bualan di sekolah ye. Katanya semua orang cerita psl baju mereka, warna baju etc. semua kawan kesian kat irham bila irham cakap "mama saya tak beli pun lagi baju raya". Huhu. 

Alhamdulillah, semalam kami mula operasi membeli belah. Mmg saya ni jenis tak tahan sikit shopping lama2 ie pilih2, pusing2 mall etc. sll saya ambil masa yang sangat singkat utk membeli. Masuk je kedai yang agak akan berkenan, pilih, pastu beli. Lepas dah beli jangan pusing2 mall, nanti kan frust kalau jmpa yg lebih cantik atau lebih murah. Dan kalau tak jumpa dah yang lain yang berkenan, kan dah buang tenaga dan masa tu hihi.

So operasi bermula dengan membeli baju raya saya. Saya ke butik meylana by memey. Kenapa ke sini?

1) semua baju sangat murah (sebab tak plan nak pakai lama/kerap baju2 ni dgn harapan dpt turun berat badan lepas bersalin kan hehe).

2) kain dia kualiti bagus, jahitan cantik dan sangat selesa. 

Saya beli tiga helai. Dan tiga helai baju saya adalah lebih murah dari sehelai baju melayu suami saya hehe ie dlm RM350 harga total. Suka suka. 

Tapi pilihan baju tak la banyak sangat.


Apa yang serius sangat tu pakcik? Ye, kat sini kalau nak beli kena bawa cash/ online transfer ye. Gigih suami buat bayaran ekekek...


Pastu terus ke kedai hugo. Misi beli baju melayu papa dan anak2 dan baju kurung cik ariana. Bila dah beli baju saya, baru boleh decide baju mereka.

Saya ni kan malas sikit bab usha2, masuk kedai jumpa color biru, terus minta suami cuba dan ambil. Suami cerewet ckit ie gini "ala, cam xberapa sama je biru kita. Cam lain je baju ariana". Haish, tak kira, dah penat, ambik je la.. Sob sob sob.

Bukan senang sama sebijik unless kena tempah awal2 kan. So beli la. Tetiba tak de stok plk, kena tunggu HQ mereka hantar ie jumaat baru sampai. Nak pegi cari kat tempat lain cam dah tak larat. Saya decide utk order je kat sini yang tak de saiz tu.

Sebab lama sgt masa diambil utk kami collect di sini, saya terus bayar dan arrange pihak HQ tunggu di sana, saya minta tolong despatch saya je collect dr sana. Suami cakap, kalau shopping dgn saya mmg camni,  semua kena kurang 30minit hehe. Kalau tak nanti saya jd pening2 nak pitam dan semput. Gejala apakah? Genetik suka shopping tu tak berapa ada hehe. Balance la sebab ada suami suka shopping, so dia la yang push saya. Kalau tak kesian anak2 hehe.

Yang best baju kurung ariana ada 50% discount. Dan yang bertanda "(order)" tu baju utk irham/adam yang perlu kami collect sbb xde saiz kat kedai :)


Dah settle shopping baju raya pertama kami. Sedondong biru gelap.

Teman suami beli kasut dan juga selipar baru. 



Suami minta saya beli kasut juga, tapi rasanya kasut saya masih baru. Satu lagi saya malas, sangat tak larat dah nak shopping. Tapi saya suka teman suami dan belikan brg utk suami dan anak2. Tengok tu, isteri yang kepenatan. camne tak penat, dah "bulat getel" orang terengganu kata. Gigih meriba perut yang kerap senak2.


Sebab penat, urusan shopping dihentikan seketika. (Tak sampai sejam ye hehe).

Hari ni saya ada urusan di melaka. Balik dari melaka, terus ke klcc. Niat hati nak shopping baju anak2 pula. 

Utk ariana, settle beberapa helai gaun dari lovely lace. Sempat juga beli satu lagi gaun dari poney.




Pas beli baju ariana, kami singgah beli handbag saya. Nanti saya cite. Ini kisah "paksaan" dari en suami. Hehe tq tq.

Kami balik rumah jap, ambik anak2 sebab nak beli baju anak lelaki ni kena ajak diorg, satu nk confirm size, yang kedua, mereka dah besar, nak aura gembira memilih dirasai bersama.

Jom balik rumah, tengok sape teruja dengan baju baru dia... :):) happy betul anak dara kami.




Eh cinderella ke ni? Kasut mana lagi satu, mana kasut?


Oh ye, kami dpt kejutan juga bila balik. Irham buatkan kad raya istimewa utk kami :) kad minta maaf sbb smlm irham gaduh dgn adam. Sayang anak2 mama.


Percaya tak, dalam masa sejam kami selesai shopping semua baju sampai raya keempat utk fmly saya. Yeayyyy.... Legaaa semua dah selesai. Tak leh lama2 sbb tak nak tcicir terawih. Masa shopping sgt suntuk.

Dalam kurang sejam kami sempat:

1) beli hamper utk semua partner ofis saya termasuk saya. Utk jimat masa, lepas pilih, saya terus naik ke isetan. Suami uruskan urusan bayaran dan bawa  hamper ke kereta dgn staff marks & spencer.



2) settle beli dua baju (kemeja) dan dua pasang jeans utk anak lelaki. 



3) then berpecah dgn suami, saya ke mothercare belikan underware anak2, suami pula turun beli kemeja dia.


4) akibat penat dan lapar, sempat makan lagi ye, hehe. Supper hehe.



Alhamdulillah, akhirnya baju raya kami selesai dibeli juga even di saat akhir.

Tapi yang paling istimewa, saya dapat beg raya baru juga :) saya bukan jenis kerap beli handbag. Jadi suami cakap handbag saya dah tak cantik ie lusuh. Ajak saya shopping handbag.

Saya memang minat handbang louis vuitton, tapi selalu bila nak beli, saya tak jadi n cam sayang nak membeli.

Kali ni saya masuk saja2 je nak usha satu handbag yang mmg sy berkenan, baru launch pun. Sampai kat dalam, suami cakap sangat cantik. Bila saya cakap tak nak beli lagi, siap kena bebel.

1) suami cakap, saya xpernah beli brg special utk diri sndr. Sll beli utk fmly beribu2 baju tak penah kisah, beli brgan kegunaan fmly etc. tp dia xpernah tgk saya beli brg utk kegunaan khas utk sy sndr ie expensive reward. Cth suami suka jam etc. 

2) dia kata dah lama xbeli handbag,dan  yang sedia ada dah xelok. (Semua handbag saya ihsan suami je haha). Saya pakai coach n micheal kors je. 

3) mmg saya dah lama berkenan model ni. Dia xsuka saya xbeli apa yang saya berkenan huhu (selagi boleh beli la, bkn mengarut meraban la). 

4)dan ada beberapa lagi reason (sy anggap itu compliment) yang buat saya rasa, hmmm ok la saya beli. Haha. 

Tengok pic handbag yang sy minat ni. Tabah suami duk pujuk kat belakang cakap lawa hehe.


Thanks abang sebab selalu memahami. Suami cakap, kadang2 saya mmg perlukan satu "pushing factor" utk dpt apa yg sy idam. Kalau suami tak paksa, sampai sudah saya tak beli kot. Katanya reward la utk saya yang berpenat lelah dgn kerja dan fmly lately. (Alhamdulilah ada yang hargai sob sob). 

Saya suka bag ni, n color yang sy pilih ni belum officially launch. Warna baru.





Saya memang suka warna pastel je :)

Dan ini adalah antara handbag saya yang sangat saya sayang dan agak mahal saya beli ie lebih RM10k. (Kata suami patut dah lama beli... Eh eh sempat lagi menambah dia ni). Toche n muah muah.


Ini "AIMI" punya. :)





Dan saya menutup operasi shopping raya dengan pembelian handbag ini muehehe... Terima kasih suami :)

Opppss, sampin anak tak beli lagi. Saya serahkan sepenuhnya pada usaha suami la ye ekekeek... 

Sekian entry sesekali bershopping sakan di saat2 akhir. 

Salam