Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 20, 2016

Kisah Aidilfitri 2016 kami

Kami bertolak balik ke kampung pada hari jumaat ptg. Jadi, ada 4 kali berbuka puasa dapat dirai di kampung bersama keluarga tercinta. Sebelum balik kampung, sempat kami berbuka puasa dgn parents saya sblm kami sama2 btolak blk kampung keesokan harinya. Kami berbuka puasa di Istana Bambu. Menu dia selalu gilir2. Kbtln kali ni ada menu fav kami iaitu sotong telur masin dan udang butter.



Ptg jumaat kita bertolak balik kampung. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami lancar ie tak sangkut dlm jem. 


Jadi kami berbuka puasa dua hari di kelantan dan dua hari di terengganu ie sabtu berbuka di terengganu, ahad dan isnin di kelantan kemudian selasa kami berbuka di terengganu pula.

Malam raya

Hari terakhir di bulan ramadhan, sempat kami berkumpul sekeluarga utk berbuka puasa bersama, gotong royong tolong ma sediakan juadah utk hari raya dan bermain bunga api bersama. Saya dan suami yg gigih belikan pelita etc :)





Raya pertama

Tahun ni giliran kami beraya di terengganu. Setiap tahun mmg kami adik beradik akan buat turn yang sama so that kami dapat berkumpul bersama ie berjumpa ketika hari raya. Maklumlah semua pun berkahwin orang jauh. Kalo kami tak rancang, akan ada hari raya yang kami tak dpt berjumpa di hari raya.

Juadah raya semua disediakan sendiri oleh ma saya. Sangat sedap masakan ma :) ada mee kari, ada laksam, ada nasi impit kuah kacang, ada sate (ni tempah), ada lemang (yg ni pun tempah), ada rendang air tangan ma, ada bihun goreng istimewa tokma, ada apam berkuah, kuih muih dan macam2 lagi. Juadah pagi raya benar2 membuka selera kami :) terima kasih ma.

 Gigih kami adik beradik bantu ma di dapur sejak selasa. Suasana lebih meriah bila masak bersama, even kdg2 stress tokma sebab nak cepat, tapi terpaksa layan kami 6 beradik bertny itu ini (kami tak pandai sgt masak haha). Dengan maid lagi sibuk duk kat dapur jugak (ada 4 orang). Rumah xla luas sgt kan. Hihi. 

Akhirnya kami minta kesemua maid duk kat luar utk kemas rumah/jaga anak2 je. Hanya kami adik beradik di dapur. Tangan sama ligat dgn mulut. Macam2 nk diceritakan, macam2 nak dikongsikan. Jadikan ia adalah moment dan masa plg berkualiti bersama ma abah dan adik beradik kami. Abah? Yeeee, abah pun rajin membantu di dapur dan rajin jgk mengusik ma kami. (Ye even bising dan byk bercakap, keje tetap siap ok hehe). 







Selingan : Ma saya memang suka sangat memasak. So saya hadiahkan ma saya periuk noxxa baru sempena raya kali ni. Mmg membantu dan sangat mudah di dapur (sbb sy pun sll memasak guna periuk noxxa je, jimat masa). 

Semalam gigih kami ke Bangi nak cuba nasi dagang ma saya masak kali pertama bersama periuk noxxa. Serius sedap even saya sebenarnya bukan penggamar (sebenarnya mmg tak makan) nasi dagang. Sedappp.. Ada gulai ikan tongkol dan telur selain lauk tambahan ayam merah, acar dan telur penyu :)

Pic comot sebab dah nak habis baru teringan nak snap pic.



Balik pd cite raya. Kali ni ayah saya ubah sedikit dr rutin kebiasaan kami. Pagi raya lepas solat aidilfitri, kami terus ke studio utk family photoshoot.




Lepas tu kita ke Masjid Terapung di kuala ibai utk bersalam raya dan amatur photoshoot lg :)








Lepas sessi bersalaman dan sessi "penyerahan" duit raya, kita berkonvoi 6 buah kereta utk beraya di rumah saudara mara terdekat kami. Happy sebab setiap tahun saya masih lagi dapat duit raya dari ma abah juga kakak saya. Hihi. Kak ckp kami tetap adik dia yg kecil di mata dia :) sayang kak.muah muah. Oh ye, bukan saya je, tp suami pun dapat dari ma dan abah. At least rasa la juga merasa raya cm budak kecik, teruja bila dpt sampul duit raya. Loncat2 dua org happy sebelum sambung berjalan raya. 


Raya kedua

Setiap tahun ma dan abah akan jemput utk makan2 ie open house raya di rumah kampung kami di trg.

Seawal pagi mmg tetamu penuhi setiap sudut rumah smp lewat petang. Memang kepenatan setiap tahun tapi kami happy sebab masa ni la nak jumpa semua sanak saudara. 

Juadah open house ada nasi minyak, laksa penang, nasi impit kuah kacang,  sate,bihun, tapai pulut, kuih muih dan kek etc.










Sekitar gambar ketika rumah terbuka.










Tetamu tak putus smp maghrib. Kami gembira dgn kedatangan setiap tetamu. Malam tu saya sekeluarga bertolak ke kelantan pula utk sambung raya di rumah mertua.

Raya ketiga

Awal pagi kami terus berkonvoi bersama adik beradik ie ipar duia utk berkumpul dan beraya di rumah abg ipar. 

Di sana juga ada sessi photoshoot bersama family belah suami pula. Gambar kenangan beraya seisi keluarga. Dan kami semua makan dgn jayanya di sana :)




Lepas beraya sakan di rumah abg ipar, kami ke rumah makcik kpd suami sy utk beraya sblm kami pulang berehat di rumah. Tengahari pula, saya ikut suami ke rumah kawan baik ketika sekolah utk majlis aqiqah anak mereka. Jalan mmg sesak sana sini. Jadi suami ajak kami rehat santai seketika di pantai cahaya bulan.

Dari raya pertama, kami makan juadah raya dgn jayanya. Sesekali papa ajak tukar menu ni buat sy sgt teruja. Kami order megi udang galah dan "colek" kata org kelantan juga air kelapa.








Sempat kami luangkan masa dgn anak2 pd ptg tu sblm pulang.








Raya keempat

Awal pagi, saya dan fmly bersama fmly adik ipar ke pantai lagi. Ye, family sy mmg sgt sukakan pantai. Kami berkelah awal pagi di pantai.

Semua sgt happy bila papa dan suawie mereka ajak kejar anak ketam sama2, dapat main ombak pantai etc. lama juga kami bermain pantai pagi tu. layan anak2 tersayang :) 









Semua sgt penat lepas main pantai. 



Dalam penat tu, sempat lagi kami ke Tok Bali utk mencari bahan mentah ie seafood utk kami masak. Saya teringin ketam nipah. Alhamdulillah jump even size dia agak kecil, tp wajib la fresh sbb masih aktif bergerak ketika kami beli hehe. Biras saya pula beli mcm2 lala kupang kerang juga. 

Malam tu gigih la biras saya memasak , saya bantu2 je sbb xpandai sgt kan hehe.suami plk tukang sediakan jus :)

Presenting our homemade Shell Out... Yeayy...Jom serbu makan ramai2... Nyums





Raya kelima

Kamibertolak balik ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah seminggu yang menggembirakan berakhir dengan sgt pantas.

Panjang umur semoga dapat merayakan aidilfitri lagi di tahun hadapan. Ameen.

Mrs Nizar