Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 24, 2016

Tentang Aidiladha | Busy & Bedrest | Simpanan Paksaan

Salam. Lately byk sgt rasa nak menulis, tp asyik bertangguh sebab semangat menulis berkurang dan masa lapang pun kadang2 je menjengah.

Dah seminggu sy bedrest shj. Mungkin sbb agak busy dan byk travel sana sini sblm ni. So entry kali ni pjg la ckit, dlm versi diringkaskan.

Apa yang busy smp kena bedrest?

Aidiladha kami 

Bermula dari cuti aidiladha, kami semua balik kampung. Spt biasa, sy korban di terengganu dan suami di kltn. Sehari dua sblm raya korban, saya ikut family saya bawak anak2 jalan. Kita ke pantai, aktiviti jalan2 cari mkn di terengganu dan melawat pusat sains ie dinosour trek 2 (anjuran petrosains). 

Antara gambar di terengganu...sebelum papa blk kltn, papa bawak kami makan2 di kedai fav kami dulu selain bawak anak2 belikan sedikit bekal mainan dan buku cerita sebagai teman mereka masa cuti.



Aktiviti di kampung :)






Lagi gambar ketika ke dino trek2









Seronok anak2 dtg. Tiket sgt murah, jauh lg murah dr di Avenue K tetapi lebih menyeronokkan di sini. Souvenir juga sgt murah :) 

Di pagi aidiladha, saya dan suami saling berhubung di talian selain suami snap gambar di pagi raya utk kami kongsi bersama. Bergegas i siapkan anak2 utk share gambar kami pula. Lama tak berjauhan, serius semua sgt rindu huhu.




Ini aktiviti setiap pagi aidiladha slps solat sunat hari raya. Kami melawat tmpt sembelih lembu, potong daging bersama, bahagi2 daging (sll ni kerja sy, kali ni sy deligate pd en adam sy bersama adik sy hehe)adam paling hepi sbb boleh naik motor dgn cikna dan ayahri masa bahagi2 daging. Kemudian masak bersama dan makan bersama. Sedapppp masakan ma :)









Keesokannya papa datang jemput kita utk beraya di kelantan pula (sy cuti seminggu). Di kelantan pun dgn aktiviti jalan2 cari makan di kltn pula. Sempat papa bawak anak2 ke aeon kota bharu, layan anak2 di sini selain papa dh janji nk belikan lego baru utk anak2 (kesan rindu anak kan, bila call time berjauhan ni, tiap permintaan anak mudah dipersetujui huhu). 



Riang betul kanak2 bernama ahmad nizar ni bawak kawan2 kete pusing mall. Sblm tu dh gigih pusing mall dgn robot. Layan "kawan2 sebaya" katanya hehe.



Hari khamis malam kita terpaksa bergegas balik kl, partner sy call ada meeting penting pagi hari jumaat. Kami tiba di kuala lumpur jam 3am. Pukul 10am, sy dah mula meeting. Masih mamai2. Lepas meeting, sempat papa bawak makan di nasi kandar Line Clear di kampung baru (dah tak perlu ke penang hihi). 



Kenapa kena bedrest?

Jumaat dan sabtu kami rehat sepenuhnya dirumah. Masa tu dah mula rasa senak2 sikit kat perut. Hari ahad sebab dh bosan dua hari di rumah, awal pagi papa bwk kami ke Good Meowning Cafe sebelum ke melaka. Lagi aktiviti anak3 bermain dgn kucing dan jalan2 cari makan. Di melaka kbtln ada pesta layang2 masa tu.

Gambar di Good MeowningCafe











Lepas lama bermain dgn kucing2 tadi, papa bawa kami menuju ke selatan. Sempat berenti seketika di starbucks di Plus Highway utk "meeting" nak ke mana selain adam teringin donut di sini.


Ketika di melaka kita visit pesta layang2 dan makan2 di umbai. 




Ada ketam masak cili, udang butter, sotong goreng kunyit, ikan bakar, lala masak tiga rasa, sayur, tomyam dan telur dadar. 



Hari isnin saya mula rasa senak2 perut dan malam tu tak boleh tidur sbb perut mula ada rasa cm contraction. Selain byk travel, bln lepas antara bulan plg sibuk sy. Dengan persediaan utk projek baru yg akan launch oktober ini selain satu lg urusan yg perlu sy selesaikan segera sblm bersalin.

Selasa tu kami terus KPJ Pakar Damansara utk dapatkan second opinion. Alhamdulillah katanya baby sihat tapi sy kena bedrest sebab risau threatern prematured memandangkan masa ariana dulu sy pernah nyaris bersalin ketika 26minggu. Waktu tu doktor dh cucuk untuk utk matangkan paru-paru ariana waktu tu.(lepas bedrest dua minggu alhamdulillah semua OK). 

So saya pun mula cuti dan bedrest shj. Tetapi rabu lepas ada perkara sy xboleh elak, terpaksa turun meeting di melaka sekejap. Papa bawak kereta dgn berhati2 dan sy dh siap beg semua takut emergency kena ke hospital :(.

Kami jmpa gyne sy di gleneagles khamis lepas, alhamdulillah doktor kata baby sgt sihat dan aktif. Tiada tanda sy dlm labour sebab uri jauh dr placenta ie 3cm. Tiada lagi masalah risau placenta trivea sebab baru ni rendah ckit mgkn kesan D&C dulu. Cuma sy diminta bercuti dan bedrest sebab risau ada lagi contraction (mgkn brixton hicks yang doktor risau menyebabkan sy in labour bkn pada waktunya. Sy baru 29 minggu).

Doakan saya dan anak kecik kesayangan kami sihat sll. Ameen. Baby kecil kami ni nama timangan dlm perut dia "pok chek". Mama syg sgt kat pok chek. (Belum ada offical name huhu.)

Berat pokchek dah 1.2kg. :) teruja tiap kali scan pokchek ie details scan setiap 2 minggu (appt setiap dua minggu). 


Lepas check up, sempat papa bawak makan bihun sup fav sy dan ais cendol kt  warung bawah pokok sblm kuarantinkan sy kembali di rumah huhu.



Sebab kebosanan baring je sll kan (tapi alhamdulillah sebab banyak baring kot, skrang saya dah sihat ie tak de rasa senak2 atau cramping lagi. Sblm ni bercakap byk pun terus cramp huhu), malam tadi ie sabtu sy masuk dapur la. Masak simple2. Emosi lately tak berapa OK. Suami usik lama tak makan i masak pun terus rasa sgt sayu sampai nanges2, smp senak perut. Ish mmg kena sgt kuat jaga emosi, utk pokchek. Kata org, ibu mengandung yang happy2 sll akan melahirkan anak2 yang ceria dan happy go lucky. So far tiga org anak kami ni jenis ceria2 sbb papa sll ceriakan sy ketika pregnant hihi. Tq tq.

Ni menu dinner.


Pagi tadi gigih sy masak nasi goreng sardin + meatball blackpepper + goreng keropok lekor trg.



Utk lunch dan dinner, abah dan ma dtg hantarkan mknan utk kami. Abah sy gelak bila sy ckp sy sgt bosan sebab duk baring dalam rumah je. Selalu bekerja ke sana sini dan wkend berjalan, mmg terasa impak bedrest ni :)





Simpanan paksaan

2016 adalah tahun yang penuh cabaran. Saya dan keluarga juga terasa tempiasnya. Ada beberapa sebab penyumbang kpd tempias ekonomi 2016 ni.

1) keadaan ekonomi dunia yang meleset + mata wang malaysia yang jatuh merudum. 
2) banyak bank2 tutup - memberi kesan pd business sy
3) developer pun mula perlahankan projek pembangunan -- juga memberi kesan kpd sy. 
4) keadaan saya yang kurang fit utk bekerja ie marketing spt dulu. 2016 tahun agak rehat sy sebab saya fokus utk jaga kesihatan kandungan sy slps tiga episod keguguran tahun lepas.

Tapi saya masih sgt bersyukur dlm ekonomi begini, dan kami pun sekadar bertahan shj ie tak seagresif sblm ni dlm business sehingga sy selamat mrlahirkan inshaAllah, masih ada dua projek developer akan dilancarkan october ini. Semoga menjadi rezeki utk pokchek. Ameen. 

Utk org yang bekerja ala "masa depan kelam" macam kami ie tak ada EPF, tak ada pencen etc, perancangan ekonomi ie simpanan semua sgt perlu dititik beratkan sejak bekerja sendiri. Mmg komitmen bulanan saya agak tinggi, tetapi sesetengah "komitmen" itu sy anggap sebagai investment utk memaksa saya "menabung". Semoga Allah permudahkan urusan kami, ameen.

Antaranya : 

Investment amanah saham

saya dan suami ada miliki dua unit (setiap seorg)amanah saham. Memandangkan kami "share partner" utk segala urusan, setiap apa yg sy commit, suami juga akan commit perkara yang sama. Ingat, kena join amanah saham yang ada "jaminan kerajaan shj".(even tak tahu la ia selamat ke tak dlm keadaan kerajaan hari ni. Semoga baik2 sll inshaAllah.) saya tak lernah invest utk apa2 saham yang tinggi risiko (penakut kami ni sbb kami bukan ada byk simpanan utk tampung kerugiaan huhu nauzubillah. Jgn mudah lercaya pada apa2 investment mudah ye. Kbyknya adalah scam.)

Setiap bulan kami peruntukkan RM5000 (RM1250 x 4 unit). Utk setahun kalau kami keluarkan, adalah simpanan tahunan dlm RM80k.(tolak modal RM60k setahun, adalah keuntungan tahunan RM20k. Not bad la sbb kalau tak tetap kami dh buat simpanan RM5000 sebulan di sini.) Kalau kami bertahan selama tiga tahun ia mgkn mencecah RM300k (gabungan simpanan kami berdua). Dan ada lagi la jadual simpanan ini.

PRS (private retirement scheme)

Dulu suami kata, kalau suami stay di petronas, bila suami bersara, akan ada duit imbuhan RM1M. Bermula dr detik suami meninggalkan karier, saya berazam utk pastikan bila suami bersara kami akan peroleh imbuhan yang sama. Melalui program PRS, dr perkiraan usia kami, kami perlu menyimpan RM1k setiap seorg sebulan sehingga berusia 55 tahun utk mndapat duit imbuhan slps pencen sebagaimana reward kalau papa nasih di petronas. Cuma kali ni sy berazam utk upgrade package kami ie simpanan wajib di akaun PRS sbyk RM2k sebulan setiap seorg utk  pulangan imbuhan hari pencen kami sehingga RM3M setiap seorang bila diusia emas nanti. Jadi kena berusaha utk simpan extra RM4k sebulan bg program simpanan PRS ni. (Kalau berminat boleh call sy jgk utk sy jelaskan lebih lanjut inshaAllah).

Sekarang mmg terasa, tapi kalau kami tak paksa "simpanan paksaan", kami rasa kami kurang disiplin sndr.

Insurance & takaful

1) takaful life insurance

Saya invest RM1k seorang ie utk sy dan suami. Nauzubillah seandainya berlaku kematian, waris/pasangan mendapat pampasan sehingga RM2M utk meneruskan kehidupan. Kami berpakat utk saling menamakan pasangan masing2 sbg penerima pampasan utk membesarkan anak2. (Kita hanya merancang, tak akan tahu siapa yang menemui ajal dahulu). Juga ada pampasan kalau berlaku kecacatan atau sakit (lupa berapa pampasan). 

2) savings takaful anak2

Utk anak2 pula, saya cuma bayar RM150 seorang ie (rm150 x 3). Ia bagaikan simpanan utk mereka sambung belajar nnti. Pada usia 18 tahun, anak2 ada simpanan mereka dlm RM250k. Ada juga la imbuhan/pampasan kalau kami ibubapa tak sihat/meninggal etc tp semua yang lain sy xingat dah apa pampasannya.

Bulanan total life insurance takaful kami dlm RM2450

3) medical card

Medical card kami pula kami bayar RM100 utk anak2 (unlimited coverage) dan kami dlm RM200 seorang (juga unlimited coverage). Yang ni bukan simpanan, ie kalau tak guna akan hangus setiap tahun. Tapi kalau warded setiap malam diberi duit poket RM150. Malam keempat mereka akan menambah duit poket menjadi RM650 satu malam sehihgga discharge. Semoga dijauhkan dari sakit2 dan kami sekeluarga sihat sll. Tetapi kami tetap kena ada persediaan sbb kita tidak pernah tahu tentang nasib kita di masa hadapan. 

Kami invest RM700 sebulan utk medical card.

Memang komitmen jadi tinggi tiap2 bulan, tapi sy dan suami bersedia utk kurangkan pengeluaran wang utk perkara lain sebab kerjaya kami yang tidak menentu. Ia adalah salah satu simpanan wajib atau investment kami sejak bkerja sndr.

Sebenarnya setiap investment di atas boleh diubah mengikut kemampuan setiap individu. Konsepnya mudah, lagi byk kita simpan lagi byk kita dapat. Yang penting kita cuba utk buat simpanan tetap secara paksa especially utk mereka yg tidak berdisiplin macam kami. Byk ikut darah muda orang kata.

Macam kami, termasuk sesiapa shj yg buat simpanan paksa ni, seandainya ada waktu kami tak mampu teruskan komitmen ini,nauzubillah, kami boleh berhenti investment ni pd bila2 masa dan akan dibayar mengikut berapa jumlah yang sudah dikeluarkan. Bagi kami tiada kerugian di sini membuatkan kami berani commit.

Semua komitmen ini tidak termasuk komitment lain kami spt bayaran dua buh rumah kami dan dua buah kereta serta komitmen lain2 huhu.

Utk simpanan sendiri, yang tu kami kena pandai2 sndr la. Pastikan setiap bulan ada satu bahagian khas utk sedeqah utk menyucikan rezeki yg diperoleh selain tidak culas membayar zakat. InshaAllah.

Mcm ni la kami memaksa utk berjimat cermat sejak mula bekerja sndr apatah lagi sejak kegawatab ekonomi ni.

Inilah juga antara penyumbang semangat kpd sy utk bekerja keras dan berusaha sll. Even dlm tgh bercuti kadang2 terpaksa batalkan cuti, dlm demam, kalau masih ada kudrat, sy sabarkan diri utk bekerja. Niat selain utk membantu mereka apa yang patut, semoga rezeki yang diperoleh dapat dikongsi dgn anak2 utk keselesaan keluarga tercinta juga. :)

Semoga tahun2 sukar segera berakhir dan tahun 2017 lebih bermakna dgn kehadiran anak kecil kami dan keadaan business juga semakin baik.ameen. Kadang2 tak sabar nak bekerja dgn agresif spt dulu . Hihi. 

Salam.

Mrs Nizar