Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 5, 2017

Pada cuti Aidiladha....

Salam semua.... masih bersiaran dari hospital huhu... tapi kali ni kerana ariana plk warded. 

Jom kita tgk apa cerita slps entry terakhir baru ni.

Khamis

Kita "celebrate" hari merdeka di hospital sbb ammar masih warded. Malam tu jelas dpt lihat pertunjukan bunga api dr klcc dr view bilik kami (prince court medical centre).


Juga pertunjukan jet dan helicopter pada keesokannya


Dan ini view favorite saya :)


Hari khamis dlm pukul 2pm kita selesai urusan discharge ammar utk cuti beraya dulu. Ammar pun getting better (sbb sblm ni doctor tak bg blk bila kami request). 


Saya dan anak2 x balik kampung kali ni sbb parents saya dan adik beradik semua berpakat utk beraya di kl ie di rumah saya. Mcm biasa bila raya haji mmg papa bg kebebasan utk saya dan anak2 nak balik ke mana. Raya puasa kami ada turn. Tq Abg !

Dlm pukul 3pm, khamis papa pulang ke kelantan dgn cikngah. Teruk papa kata kena harung jem ie smp kelantan pukul 1am. Tp ok la sbb tak ada baby, layan je :)

Petang tu semua fmly dtg berkumpul di rumah saya utk berbuka puasa bersama2. Gigih I masak mcm2 lauk, walhal ptg tu dah agak lunyai. Masuk je dapur jadi gagah. Hehe.

Jumaat

Awal pagi semua bersiap ke masjid utk solat aidiladha. Berphotoshoot utk papa juga :)



Tokma masak special di hari raya. Ada mee goreng, ada nasi keboli (ayam masak merah, kari ikan, acar timun, ikan masin dan gulai telur) juga nasi impit kuah kacang. Semua adik beradik saya dtg slps solat aidiladha.

Di masjid kawasan kejiranan kami, ibadah korban hanya dilakukan pd raya kedua sbb kbtln raya pertama jatuh pd hari jumaat, so mereka takut kalut utk kejar solat jumaat (ada 15 ekor lembu utk dikorbankan selain kambing etc).

Jom tgk apa menu raya pertama kita :)






Sementara itu, papa pula di kelantan .....




Sabtu

Awal pagi tokki bawa cucu2 ke masjid utk tgk ibadah korban yg dilakukan di sana. Saya tak ikut sama.


Dalam tengah hari, semua daging diagihkan. Jemaah masjid juga masak mcm2 juadah ie sup tulahg, daging black pepper dan pelbagai masakan daging di situ utk mkn bersama di masjid.


Di rumah pula, tokma masakkan daging masak mati air dan daging masak merah kegemaran saya selain ikan masin, telur dadar dan sayur2. Nyumnyum...

Sempat plk sy buat "site visit" sekali lagi dan adakan short meeting sblm bergegas pulang utk lunch bersama keluarga.


Ahad

Awal pagi kita berkumpul di rumah adik saya pula. Adik saya baru berpindah ke sunway montana (jual semua rumah di cyberjaya utk beli rumah ni) utk lebih dekat dgn ofis (kami kerja bersama dan dia org kuat sy selama ni) dan sekolah anak. Untungnya abb adik beli showhouse, so semua brg2 dlm showhouse tu adik dpt. 

Snip snap rumah adik sikit. Dlm 3km dr rumah saya. Best sbb kat sini ada diorg sediakan taman khas utk penduduk ie ada jambatan gantung plg panjang (kalau xsilap plg panjang), juga menghadap bukit dan berkabus juga sll.

Ni dr gate utama perumahan adik. Mandaki bukit....






Dah tak payh pening nak fikir utk design atau beli perabot :)








Datang berkumpul dan bermain bersama anak2. Semua suka kalau dtg rumah pakcik mereka sbb kat sini ada blk mainan dan byk sgt mainan best2. 


Anak2 adik saya ...



Lepas tu kita bertolak ke sepang. Adik lelaki saya yang bongsu pula sibuk nak ajak anak buah pegi tgk tmpt kerja dia (aircraft engineer di mas). Masa utk posing2



Lepas tu kita plan utk dinner seafood di bagan lalang sbb cancel nak ke port dickson. Sekali semua sibuk nak ke airport sbb nak beli happy meal Mc Donalds. Lepas tu mkn2 lagi dekat food court sblm balik ke bangi. 



Malam tu ariana demam lagi. Actually ariana start demam sejak khamis mlm. Tp siang hari sihat, malam demam panas. So sebab dh 4 malam, saya bawa ke klinik dan doktor minta refer ke hospital sbb demam panas sgt ie hampir 40c dan sudah 4 malam. 

Bila ke hospital doktor pun tahan ariana kat wad. So jadi la saya masih di hospital sekarang. Dan ada la peluang menulis di blog masa anak tidur.

Smlm sempat papa tapau lg kek favorite, pandan gula melaka dan raspeberry pisctachio cake. Ya Allah sedapnya.... hari tu sy janji nak diet bila anak dh sihat n keluar wad, tp ni masuk blk so boleh layan mkn lagi la kan hehe...







Ok... itu shj. Semoga ariana makin cepat sembuh dan kami dpt blk rumah hari ni. Ameen

mrs Nizar

















Monday, August 28, 2017

Hari ini | Weekend lepas | sebelum weekend

Salam

Lama tak menulis. Dlm draft byk nak tulis. Ada lima weekend yang berlainan episod saya dah draft tapi tak tersambung menulis. Macam tak cukup masa lately, dan fokus utk anak2 spjg masa terutama bila kelapangan.

Hari ni rajin nak menulis. Penulisan gaya "rewind". Hari ini saya bersiaran dari hospital.

Lama tak diuji dgn kesihatan anak2, utk tahun ni kali pertama kami berkampung di wad. Kisahnya minggu lepas anak2 semua tak sihat tak sihat tapi cepat kebah bila saya cuti dan pastikan mereka makan minum (selain berkhasiat, kena ambil intake yg cukup- kalau tak pantau masa demam mmg diorg xmkn sgt). Tapi yg lain cepat kebah. Bermula dgn adam, mula nak demam lepas blk sekolah. Dr whatsapp group, ramai plk yang demam dan berjangkit kt kelas tu. Then ariana dan irham, dan finally yang plg kami quarantin pun terlibat sama iaitu ammar.

Ammar demam, lepas tu selsema. Mulanya mcm keadaan makin ok, tapi sejak smlm, even dah tak berapa demam, tapi ammar mula tak nak mkn, tak nak menyusu dan tak nak air. Ammar yg aktif jd lemah. Berat badan baby cepat menyusut, so cepat2 kami ke hospital dan ammar ditahan di wad. Hrpnya ammar cepat sembuh dab bertenaga semula, ameen.

Gambar jam 3am tadi, ammar nanges merengek, mcm lapar tapi tak nak menyusu etc (ammar adalah baby yangsgt kuat mkn).





Ahad

Pagi ni ammar agak kebah. Ammar demam sejak rabu. Sabtu dan ahad ammar dah makin sihat ie xperlu terlalu kerap ambil ubat. Cuma tiba2 tak ada selera makan.

Awal pagi semua bangun tidur dgn ceria even kepenatan balik rumah lewat malam dr terengganu smlm.

Aktiviti ahad adalah bergelumang dgn anak2. Paling best duk busuk2 bersama. Sementara tu mama sediakan breakfast di dapur. Adam request nasi lemak. Adam sambal sotong, ayam goreng berempah, bilis goreng garing dan telur rebus.


Makan bersama adalah satu kemestian :)


Lepas kenyang, papa duk tunjuk mcm2 video dgn anak2 , dr memori masa mereka kecil termasuk la cerita2 teladan dan juga lucu dr youtube.




Lepas tu angkut semua anak2 buat "site visit" jap. In progress- semoga dipermudahkan.









Lepas tu, hantar anak2 blk berehat dan makan.

Saya dan papa smpt keluar berdating cari kek jap. Demam cake pandan gula melaka datang lagi. Dr beberapa insta famous baker. Sehari sblm tu gigih cari di trg, antara kedai kek plg famous ie ramai dr kl juga turun ke sana.

Mmg teringin sgt. Mujur ada suami yang layan semua kerenah suka makan saya. Nasib la dpt isteri kuat makan. Suami ckp nampak sgt mkn beria sgt lately n tahap teringin kek tu buat dia cuak, sll sy cam nak nangis nak mkn ni kalo pregnant je. Gulp ! Suka la buat lawak. Cuak ok. Siap ada nama dah utk "adik ammar". Cesss....

Gigih ke USJ sbb sll kami order di damansara.


Juga share sup meletop bersama. Super super super sedap. Kalau nak mkn sul mmg akan dtg lg sini. Sayang suami kita sbb bwk kita mkn best. Muah ciked ! 


Juga siap tapau mini macaroon dgn filling peanut butter. 



Then ptg tu smpt luang masa dgn anak2. Mereka nak tgk movie CArs 3. Menggamit memori sungguh. Masa anak2 sgt kecil dulu cerita Cars dan Cars 2 ni famous. Saya tak tahu berapa byk kami berhabis sbb semua mainan cars kami belikan utk irham dan adam. Dan setiap satu tu bukan murah. Masa tu bukan byk sgt duit, tapi gembira dpt belikan utk anak2. Huhu.


Sabtu

Ada urusan di terengganu. Gigih suami buat daytrip bawa kami ke terengganu. Tq Mr Superman (anak2 dan sy sll pggl mr papa kami ni superman sbb papa mcm sgt kuat dan bertenaga je sll. 24/7 gagah jaga fmly dan bawa kami sana sini. Semoga Allah beri kesihatan terbaik utk papa sll).

Seawal pagi kami bertolak ke trg. Cuaca redup dan berkabus spjg perjalanan. Best sgt.



Sampai di terengganu, gigih saya ke kedai favorite saya dan keluarga di erwina nasi padang. Sedap2 lauk pauk kat sini. Kami ambik ayam kampung gulai, sotong masak pedas super saiz, pedal masak apa ntah tp semua masakan dia mmg legend la hehe. 

Papa ajak kami picnic di pantai. So saya tapau je. Then ke studio cake yang famous itu, utk beli kek kegemaran saya. Saya beli kek pandan nisang (di trg pandan gula melaka dia jadi pandan nisang), victoria sandwich cake dan chocolate moist cake. Sekejap licin sbb sedap. Kat sini satu slice RM15 tapi berbaloi dgn rasa. Di KL RM13 satu slice.



(Apasal cam meleleh air liur ni masa buat entry ni sob sob).




Petang tu kami blk rumah ma di terengganu (even parents saya semu di kl). Kami blk berehat, mandi2 dan dinner (tapau di kedai favorite saya juga). Mmg niat nak mkn sepuasnya la blk kAli ni. Tak ada pic sbb penat dan lapar :) kami bertolak ke kl jam 9.30 malam. Alhamdulillah slmt smp jam 1.30 pagi ahad. Hampir 1000km papa drive dlm tempoh 17 jam. (Masa kami ke oklahoma dulu papa sll buat mcmni sbb kat sana setiap city tu mmg jauh huhu). 

Jumaat

Kata demam makan kan. Awal pagi dpt msg ni dr kakak. 



Weekend sblm tu kami blk rumah ma utk makan2, semua cerita berat badan naik. Gigih kakak ajak kami diet. Saya pun berangan nak start diet la, tapi dah dpt mesej ni, baik xpayah kan. Makan je, janji happy hehe. (Ayat sedapkan hati yg plg suami marah bila dia dengar haha).

Pastu dpt pulak msg ni dr abah.


Hoooreyyyyy... jom party lagi haha. Party la sgt... jom makan2 lagi.... tq ma abah suka sgt ajak anak2 yang kuat makan ni makan2 best sll.

Mee kari ni special sbb ada udang besar dr sabah juga kerang super saiz dr sana (ma abah baru blk cuti2 di sabah). 

Haish teliur lagi (cepat lapar bila duk kat wad ni rupanya haha). 




Siap ma tapau utk breakfast lagi. Ni aktiviti breakfast sblm bertolak ke terengganu dr menu yang tokma kirimkan.


Khamis

Dapat kunjungan istimewa + suprise dari ma dan abah. Asalnya sy puasa sunat (berbuka sbb tak berapa sihat). Rabu kami berpuasa bersama sekeluarga. Khamis tu asalnya sy puasa sendiri, tak smpt snp maghrib plk. 

Ma datang bawak udang super XXL dari sabah kpd kami. Ma masak lemak cili padi dan udang masak pedas. Nyumm (dlm pic mcm xbesar sgt).

Lepas masak saiz dia lg besar dr tangan suami sy. Mmg puas hati n isi dia pejal dan manis. Sedappp... semoga murah rezeki ma abah sll sbb suka sgt bg kami makan (juga jiran tetangga). Dr dulu lagi ma suka masak :)



Petang pula suami minta nak burger special. Khas utk papa, double patty (atam daging) dan nak cheese leleh gitu...





Rabu

Juga menu berbuka hari ni atas permintaan papa. (Sorry la, towards the end entry byk psl mkn sbb sy dh start lapar. Belum breakfast heeh)

Kari ayam, udang masak merah, ayan padprik, dan tumis sayur.



Ni supper saya, jam 12 malam. Kenapakah saya ni cepat sgt lapar ni. Lepas semua sihat ni inshaAllah baru start diet blk la hehe



Juga mee kari homemade yang dimasak sblm tu. 


Sekian, masa utk mencari rezeki pagi ni pula. Semoga ammar kami cepat sembuh, dan ceria spt sll ameen

Salam

mrs nizar