Alhamdulillah anakanda kelima kami selamat dilahirkan pada hari Rabu, 2 Syaaban 1439 bersamaan 18-4-18.
Akhirnya seorang lagi puteri yang ditunggu abg2 dan kakak, selamat ke pangkuan keluarganya.
Nama Arissa Nadhira diilhamkan sejak awal mama mengandungkan sayang, di mana selalunya anak2 lain agak lambat kami dpt kata sepakat persetujuan nama kerana byk pilihan di hati. Tetapi berbeza dengan arissa, detik mama terfikir nama ni, terus papa pun terpaut dan bersetuju. Alhamdulillah.
Arissa membawa maksud cerdik, azam yang kuat (bright) manakala Nadhira bermaksud “berseri-seri” (blooming). Semoga Arissa Nadhira membesar sebagai anak yg solehah inshaAllah.
Cerita tentang kelahiran Arissa. Tak kira anak keberapa sekalipun, setiap kali ingin melalui fasa melahirkan, mama tak dapat elak rasa gemuruh, berdebar2, teruja dan tidak sabar silih berganti. Sejak dr detik pertama mengetahui Arissa dirahim mama, rasa itu mula ada dalam diri mama.
Arissa sayang, semasa sayang di dalam kandungan mama, mama tengah sangat sibuk dan diuji dgn pelbagai ujian utk membuka pejabat sendiri, sama ketika mengandungkan kakak Ariana. Turun naik mencari ruang utk dijadikan pejabat, mencari kontraktor utk ubahsuai pejabat, berkorban utk salurkan segenap sumber kewangan kpd ofis cuma beza kali ini, ada papa selalu dgn mama berbanding pada tahun 2012, mama bersendiri utk membuka cawangan ofis sendiri. Alhamdulillah, semoga pengalaman , ketabahan, kekuatan yang mama kumpul ketika itu, dpt membentuk sayang yang masih dirahim mama untuk menjadi wanita yang kuat, tabah, yakin dan sentiasa berjiwa besar dalam mengharungi apa sahaja di hadapan sayang. InshaAllah.
Sejak mama tahu mama mengandungkan Arissa, selalu mama berdoa diizinkan sekali lagi pengalaman yang mudah ketika melahirkan. Keempat2 abg dan kakak sangat mudah proses kelahirannya, alhamdulillah. Papa banyak bantu mama dlm tempoh mengandung , selalu menggembirakan mama, bantu mama segenap sudut dr kerja rumah dan diofis utk memudahkan mama, tidak pernah gagal temankan mama ketika check up sayang, sehinggalah tidak putus mendoakan keselamatan kita, bekalkan kita dgn air selusuh yang papa buatkan utk mama. Hati tersentuh bila papa bgn solat hajat utk kita dan mendoakan kita. InshaAllah, dgn redha papa, mama hrpkan kelahiran kali ini juga dipermudahkan.
Sehari sebelum kelahiran Arissa, mama rasa sgt penat dan mcm xsabar dah nak bersalin. Bila berjumpa doktor, doktor cakap rahim mama dah soft n ready utk bersalin. Mama minta utk balik sekejap sbb mama nak ambil air selusuh papa (even papa kata doa papa ada sll dgn mama), selain nak tunggu tokma dan tokki dtg dr trg (kbtln tokma dan tokki masih di trg).
Malam sebelum kelahiran, teringat pula papa mengusik mana. Papa suka mengusik mana, ingat nak cerita hantu ke apa hihi...mama tengah syahdu takut nak bersalin, mood swing sedikit la..kan dah malu sendiri saya :p
Keesokkannya seawal pagi mama terus ditolak ke labor room. Terima kasih tidak terhingga kpd Doktor Datin Suhaiza dan team gleneagles yang sgt baik hati, supportive, professional etc sehingga meninggalkan byk kenangan manis ketika proses kelahiran. Pengalaman melahirkan Ammar di hospital ini dhn doktor yang sama buatkan saya yakin utk dpt lagi bila megandungkan arissa. Ketika mama pregnant, byk kali juga trrserempak dgn Dato Ct dan Datin Shahid Dherbs sbb kami share doktor yg sama.
Ketika menunggu kelahiran Arissa, papa belikan mama kuih n jus yg mama teringin sbb nnti dah nak berpantangkan. Kat sini je even masuk ke labour room, kami masih diberi mknan malah pihak hospital pun menyediakan makanan enak2 lagi sblm proses kelahiran. Kata mereka, proses kelahiran harus menjadi satu momen utk dikenang dgn kenangan manis, jadi kami dilayan dan dimanja oleh semua staff di sini.
Papa dan mama mengaji bersama2 sementara menunggu jalan dibuka sepenuhnya selain papa bersolat hajat. Mama smpt lagi curi2 reply msg dan email kerja huhu.
Ketika kelahiran ammar, bila saya rasa nak bersalin, papa ckp awk akan bersalin bila awk muntah. Saya sendiri dh lupa, haha. Papa ckp mana boleh papa lupa sebab setiap anak, mama pasti muntah disusuli bersalin slps tu. Elok papa ckp, sy termunta lagi dibaju papa, tgh papa suap saya mknan. dan akhirnya nurse ckp, saya dh ready utk bsalin kan ammar.
Utk kali ni, papa dh siap bawa baju spare ok :) memang betul kata papa, bila mama rasa nak muntah, n mmg muntah pun, then mama dikatakan ready utk bersalin. Mgkn perut besar sgt, bila baby menolak nk keluar, mana jadi termuntah. So kesemua anak2 lima orang ada kenangan mama muntah dulu atas papa sbg tanda mereka bersedia menjengah dunia :) souvenir utk papa kita, teamwork dgn anak2 ... Tapi perasaan tu sgt legaaaa hihi. Sorry papa n tq sbb tlg semuanya.
Dan doktor mmg sgt professional, minta mama push sikit2 je sbb taknak berlaku koyakan, dan akhirnya Arissa kesayangan kami selamat dilahirkan. Dan arissa merupakan anak yang plg mudah mama lahirkan :) alhamdulillah. Dan papa, selepas anak kelima, masih menitis air mata bila mengazan dan iqamatkan anakandanya.
Usai arissa diazankan, nurse offer utk menangkap gambar kita dan mengabadikan kenangan pada hari itu dlm simpanan mama.
Anakanda arissa selepas dibersihkan...
Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berpisah tiada....
Dalam kami menyambut kegembiraan dgn penuh kesyukuran, tiba2 saya dikejutkan dgn berita yang meluluhkan hati saya. Betul2 sejurus slps arissa dilahirkan dan diazankan, cikgu Ariana maklumkan anakanda kami tjatuh disekolah dan berdarah.
Hanya Allah tahu apa dihati saya. Sedih dan terkilan terapi terpaksa terima dgn redha sebab saya tak mampu utk berlari kepada anak kesayangan kami. Abah dan ma jemput ariana di sekolah.
Saya tak dapat sorok lagi kegusaran di hati terus call minta adik saya aina hantar gambar keadaan ariana.
Hati ibu mana tak luruh melihat anak kesayangan berlinang air mata dan tersedu sedan pggl mama, tapi mama tak dpt segera ke sana :(
Terus saya minta papa dapatkan ariana utk di bawa ke hospital. Ariana dikatakan terjatuh. Masa tgh duduk, nak bangun tapi dia tersengguk ke lantai, dan kbtln lantai pula tak rata (suami visit location ariana jatuh).
Papa pula kata nak pergi slps saya masuk wad sbb sy masih di labour room sbb baru sgt sudah bersalin. Masa tu la mama mula menangis ckp mama dah ok, dh sihat. InshaAllah tak ada apa2, mama akan lagi sakit sbb tak keruan terkenangkan ariana. Then baru papa bergegas blk dan bawa ariana ke prince court.
Ni dari phone papa, papa hantar lagi satu gambar. Katanya doktor kena jahit sbb luka dalam.
So kami risau Ariana sakit atau berparut, then doktor suggest utk buat plastic surgery ie spt adam dahulu. Tapi ariana kena warded. Dalam kelam kabut tu, saya terlupa, kenapa tak bawa ariana ke gleneagles shj, at least sy bersama ariana di sini. Sebab dh tlalu biasa utk rawatan anak2, paed mereka di prince court.
Gigih pujuk papa minta cancelkan prosedur, n dtg ke gleneagles segera. So utk consultation n cuci luka, papa kata kena caj dlm RM200.
Smp di Gleneagles, papa bawa ariana jumpa mana dulu sbb mama rindu sangat. Peluk ariana lama2, ciun puas2. Then saya ckp dekat papa, sy risau utk ariana full bius sbb saya x ikut ke OT (even sy bukan contribute apapun). So minta papa dpt 2nd opinion dari doktor. doktor pakar kat sini cadangkan ariana xperlu full bius, tapi cuma diberi gas utk kurangkan sakit. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ariana menangis agak teruk. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Mcm menyesal pula tak proceed dgn plastic surgery utk full bius. Tapi keesokannya, baru tahu yg ariana cakap, masa dijahit tu langsung tak sakit, cuma Ariana berdebar2 je tgk jarum :) alhamdulillah.
So papa tunggu ariana di ward tingkat 6, manakala mama di maternity ward level 3. Kejap2 i ada pelawat dr tingkat atas :) selain tokma tokki n adik beradik saya.
Disebabkan papa pun kena tunggu ariana di wad, tiga lagi jejaka hensem mama, tokma dan tokki bawa pulang ke Bangi... agak sayu hari tu sbb saya mmg sangat jarang ala2 tak pernah tidur berjauhan dgn anak2. Rindunya tak terbendung, mujur Arissa ada di sisi, mama anggap ni masa istimewa utk mama ‘berkenalan’ dgn arissa sayang.
Abah dan ma kirim kan selalu gambar anak2 saya. Mana tak happy, mereka boleh makan apa shj yang mereka request, siap boleh shopping buku, mainan, gula2 dan aiskrim. So emosi mereka sentiasa ok Alhamdulillah. Tq tokma tokki. Alhamdulillah, family support yang kuat buat kami lebih tenang.
Keesokkannya kami dapat berkumpul kembali sebagai satu keluarga. Alhamdulillah....
Gambar hari pertama Arissa Nadhira di kediaman kita
Syukur ya Allah atas rezeki ini.. tidak putus doa mama dan papa, semoga anak2 kami membesar sbg hambaNya yang soleh, bertaqwa, menyenangkan hati kedua ibubapa, sihat dan diberi segala kegembiraan dunia dan kebahagiaan di akhirat. InshaAllah....
Semoga kita dijauhkan dari golongan orang yang kufur nikmat.
Buat ahmad nizar ismail, suami tersayang, bersama kita berusaha dan bersabar dalam memikul amanah Allah utk sama2 membesarkan anakanda kita mengikut acuan dan landasan agama serta dengan penuh hikmah. Berdoalah agar kita dibimbing dan diberi petunjuk yang benar dlm menjalankan tanggungjawab ini. awak adalah kekuatan saya, inshaAllah. Terima kasih.
Pengorbanan papa tak perlu mama sebutkan lagi, dari saat papa nekad melepaskan segalanya terutama karier papa demi utk bersama kita, berkorban segalanya utk menjaga sendiri amanah Allah ini, nikmat apa lagi yang mama harapkan bila Allah hadirkan teman yang sama perjuangan dan matlamat di dalam mendidik anak2 syurga kami , anugerah dari Ilahi. Semoga Allah jaga hati kita ini agar kekal sehati sejiwa di dalam menempuh pahit manis di dunia fana ini, dan kekal hingga ke alam sana. Ameen.
Salam
Mrs Nizar